Jom...

Saturday, May 30, 2009

Aku serupa Ayah ke?...

*
Kata kawan-kawan, aku serupa ayah. Aku pernah menafikan. Keyakinan aku adalah sebaliknya. Muka aku lebih mirip ke muka Mak. Kata aku. Bukan muka, tapi sikap dan kelaku. Itu maksud mereka. Aku cuba mencari kebenaran kata-kata kawan aku. Aku cuba selidiki dan merenung diri.Apa aku dapat?...betul. Kelaku aku lebih mirip ke Ayah.

1.Gedik kaki masa berbaring nak tidur…

Salah satu daripada tabiat ayah ialah suka mengulit kaki. Biasanya dalam keadaan berbaring. kaki kanan di letak atas kaki kiri. Atas kaki bertemu. Tolak kaki kanan, depan belakang, depan belakang. Sambil tangan kanan melapik kepala. Tangan kiri menyental pusing rokok daun.

Selalunya scene ni masa tengah hari dapat aku tengok. Lepas makan nasi. Waktu rehat dia selepas balik berkebun.

Aku pun kekadang sama terikut-ikut kelaku nan satu ini. Terutama berbaringan nak tidor. Kekdahnya seperti mengulit diri sendiri. Sungguh! Selepas beberapa round mengulit..pasti lepas tu aku tak sedar. Roh aku menjalar keluar badan. Lena beb!

Kalau tak lena pun, sempat juga aku berangan dua tiga babak memadu asmara bersama puteri masa tu..ha ha ha..Suka melayan angan-angan…

2. Setia dengan seorang isteri hingga ke akhir hayat.

Ini aku puji tentang ayah aku. Tak pernah dia terlintas nak mendua atau mentigakan bini dia. Jika mengikut rekod arwah Chey…bini dia tiga. Sehingga akhir hayat, Emak la sorang bini dia...

3.Garu belakang dengan cara menyandar ke bucu-bucu tiang dan menggesel2…kruh!kruh!kruh!...

Terutama bila masa makan nasi. Bila gatal belakang, mana nak garu jika tangan penuh nasik...dicarinya bucu-bucu tiang. Serendek, bergesel...best jaa nampak!...

Aku?..kadang-kadang, buat juga perangai tu. gatai siyot!...kena la garu...nak mintak orang garu, feel dia tak best la...ha ha ha...sedap lagi jika ditenyeh2 ke tiang!...

4. Suka kenyit-kenyit mata.-(susah nak hurai...bukan sebab mengenyit ngorat, tapi ntah, pesen dia kut..ha ha ha)

Aku..kekadang kenyit jugak mata tu...he he. sekali sekala bila perlu.

5. Batuk ada darah.......

Sebelum arwah meninggal, inilah beban yang dia tanggung...

ada sekali, aku terbatuk...ada kesan darah..Apakah..?..
Ahhh, sudah!...aku dah mula takut sekarang ni..

*

Friday, May 29, 2009

Walaupun sibuk, aku berusaha mencelah masa meng'up-date' N3 ...

*
sekiranya anda menggunakan komputer riba (note book atau laptop, atau sebagainya...). Jangan lurus bendul. Walaupun namanya komputer riba, tapi jangan sesekali guna ia di atas riba...

. aduuss...ia cukup memanaskkaannnn......(masak beb!)

*

Wednesday, May 27, 2009

On the Way...

*

Sambungan n3 hari ini…Aku post menerusi Hand Phone…Tadi agak tergesa-gesa mengejar teksi. Aku nak berangkat dah!

Sekarang Aku masih di atas kapal terbang. Dalam perjalanan menuju Rom…hajat hati nak tengok perlawanan bolasepak Final liga juara-juara Eropah. (Semoga sempat sampai….tiket tak beli lagi!)

Aku bukannya nak sangat Barcelona menang. Cuma, aku mahu Manchester United kalah. Berlagak sungguh!...Meluat aku.

(game dah nak start…tiket tak beli lagi!)

Selepas game ni, mungkin aku tak balik Malaysia buat masa terdekat ini. Aku teruskan perjalanan, merantau sambil melencong ke negara-negara Eropah yang lain.


So, tiada N3 untuk sementara waktu…



Salam, Jazakal allah hu Khair.., ya ahlill nujum!.. sahabat-sahabat Ku…


p/s:

Sebelum naik kapal terbang tadi, sempat aku singgah kedai kopi Pa roti canai di Pekan. Semasa menghirup teh ais yang rasanya sejibik rasa teh, terdengar satu dialog yang terpacul keluar daripada mulut seorang Pakcik berkopiah putih, rambut putih, baju putih dan berseluar slack hitam. Beliau ni dah nak balik sesudah meng’oder’ air.


Tokey kedai : Air ni nak bungkus ka?

Pakcik berkopiah putih: Dak!...bubuh dalam plastik…. Susah nak bungkus air.

Aku : ..ha ha ha…(dalam hati: Dejeeiii…)


*

Calon BN

*


Oleh sebab tiada calon BN di penanti, aku bertekad membirukan Blog aku...

Sebab...
Semuanya menghala ke manik Urai....


...bersambung di manik Urai!


*

Sunday, May 24, 2009

Skektot sahabat...

*


Dua sahabat baik dalam perjalanan pulang dari sebuah Disko. Semasa berhibur tadi , sudah berbelas malah berpuluh gelas Arak dan Bir mereka minum. Tapi mereka tidak mabuk. Masih boleh berjalan straight...Dan, masih nampak pintu kereta.

Di pertengahan jalan, mereka berasa lapar. Lalu mereka singgah di sebuah kedai masakan panas. Atau jugak dikenali sebagai kedai Tom Yam...

Kita namakan mereka berdua sebagai A dan seorang lagi bernama B. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan Puan-puan, mereka ini berbangsa Melayu dan beragama Islam, gamaknya...

Al-Kisahhh...

Pelayan : makan apa Encik?....

A : Nasik goreng petai..
B : Nasik goreng belacan...
Pelayan : minum Encik?...
A dab B : Air suam!...

sesudah pelayan beredar, tanya B kepada A...

B : kau makan petai?.....
A : ya. Kenapa? tak boleh?...kau tak makan?..
B : Aku tak makan petai..
A : kenapa tak makan?...busuk?..tak best?...kelat?...

B : makruh!...






.
Cikgooden: suka makan petai...kenapa sesetengah orang tak suka petai?...sedap pulak cicah dengan sambal tempoyak...

*

Saturday, May 23, 2009

Skektot family…

.

Masa :Agak2 petang dekat dekat nak waktu Asar, gitu…

Situasi :Sambil sambil duduk sembang2 makan manggis 3 kilo sepuluh ringgit.

Lokasi :Ruang tamu, merangkap ruang makan, ruang sembang, ruang tengok tv dan ruang
tidur sekali sekala.

Alkisahhh….

Baba : korang berdua dah besar. Dah kena pandai-pandai buat kerja rumah.

Kakak: macam mana baba?..

Baba: Sapu sampah, basuh pinggan, lipat kain..

Kakak: Aa’ah..kakak boleh dah setakat nak basuh pinggan, sapu sampah tu.

Adik : Adik punnnn…

Baba : Ya ..baguslah dah pandai….Hah tu…tu!, Kain tu…pegi lipat..

Adik : Allahhhh….(cam nak ngelat ja…)

Baba : Pasni, baba ajar masak pulak….

Adik : Allah..(macam tadi, nada berunsur nak ngelat jai..) baba pandai masak ka?

Baba : Pandai…..goreng telur! (ha ha ha…dalam hati)

Kakak : kakak pun..Cuma kakak tak pandai Bukak Telur.

Adik : Adik punnn…

Baba : Tak ngapa. Belajar dengan Mama..Mama paaaandai bukak telur…

Mama :…tiba tiba menjelingggg ja…

Baba : ha ha ha…(dalam hati jugak!)

Cikgooden : Malam ni nak Baca Yasssin…..dah lama tak baca. Kata tok guru, tak semestinya malam jumaat saja buleh baca Yassin, malam malam lain pun buleh…

Thursday, May 21, 2009

Kata kalu…Ba

*
Apa yang aku nak tulis adalah tentang tabiat kita apabila berbual atau bercerita. Aku pasti semua daripada kita pernah bercerita. Atau, bersembang borak. Tak kira dengan anak, bini, laki,kawan atau dengan mak mertua. Tak kira bercerita tentang perkara-perkara lawak atau cerita-cerita yang penuh adegan kesedihan diselangi deraian air mata (cerita kena rogol misalnya…)

Baik. Aku dengar apa korang bisikkan. Ya! Bagi mereka yang pendiam, dan tak suka bersembangborak juga pasti akan pernah mendengar orang bercerita.

Dan lagak orang bercerita ni macam macam fe’el , cara dan tabiat. Terutama ayat ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan. Terutama ketika tengah rancak bercerita. Atau sebagai penegasan kepada penceritaan..

Contoh:

1)Pastu:

Selalu juga seseorang yang bersembangborak dengan menggunakan perkataan pastu..sikit-sikit pastu. Sikit-sikit, pastu…

Contoh cerita:

Ada la satu lori tu..datang depan, pastu…anak kucing tu terkejut, pastu…anak kucing berlari ke tengah jalan. Pastu, derebar lori tu brek. Pastu… lori berenti, pastu..dia turun la..pastu…dia ambik kucing tu, ..pastu…

(adik aku dulu suka bercerita pesen nih…jahat jugak aku menyakat, pastu…three!..ha ha ha…terus terdiam, tak jadi cerita..)


2)Kan..kan..:

Ni satu lagi…jenis suka sebut kan-kan…asyik tanya orang ja…

Contoh cerita: (masih versi budak-budak…)

Hang tahu la, kan… aku bukan ada duit sangat, kan..takkan aku nak beli benda mahai lak kan..nak makan pun susah. Kan…ke teruk aku, kan…tapi, kan…abang aku, kan..banyak duit. Aku, kan…selalu la mintak kat dia….takkan dia tak nak bagi aku,,kan aku adik dia, kan…


3)Hang tau tak?..(hang torak?)

Ni pesen orang kalut bercerita….Belum apa apa lagi dah tanya, hang tau tak?...dah tak cerita ,mana la nak tahu …ha ha ha..kekadang nak cepat, jadi hang torak?...

Contoh:

Hang tau tak?...minah, anak pak Mat ngok ngek, hang tau tak?. Dia la ni dah tiga bulan, hang tau tak?..Ntah mana benih dia kutip, hang tau tak?…aku selau nampak dia berjalan ronda-ronda kat pekan ..hang tau tak?..dengan mat bangla mana tak tau la, hang tau tak?.. (aku petik versi makcik-makcik ngumpat..hi hi hi).


4)Apa nama:

Yang ni..memang kelas tinggi punya. Dulu mantan PM selalu guna..belum ayat dah dimulakan dengan Apa nama?..apa nama?....


Contoh:

….susah nak buat…cuba cari wawancara lama mantan PM dulu..


Ada banyak lagi contoh-contoh perkataan yang selalu sangat kita dengar atau kita sendiri yang guna. Aku ada stok 15 perkataan feveret…aku tak tulis kat sini. Semua tu aku dah buat bahan aku nak hantar kat Gila-Gila. Siap nak buat ilustrasi lagi…

Kalau korang nak tengok yang lain-lain, sila beli Gila-Gila. Kalau takde tu, maknanya sila le ke pusat pelupusan sampah berdekatan. Kemungkinan karya aku bersemadi di sana!.(kes kena reject la…ha ha ha)

Tapi dalam banyak-banyak perkataan tu, yang paling aku suka yang ni…kawan aku cerita: Aku ingat sampai bila-bila…

Situasi cerita di sebuah sekolah tamil….Lokasi tak di ketahui..

Guru : ini hari cigu mau ajar perkataan ejaan pada kamu…Cuba ikut apa cigu cakap.

Murid : Ammma!..(ramai-ramai)

Guru : B.A..kata kalu,..ba.

(murid menyahut…)

Murid : B.A..kata kalu,..ba

(guru menyambung lagi…)

Guru : T.U..kata kalu,..tu

Murid : T.U..kata kalu,..tu

(guru menyambung….)

Guru :..baik. kita sambung kata kalu, B.A, kata kalu, ba. T.U, kata kalu, tu…Baca kalu, Batu…

(murid menyahut serentak)

Murid: B.A, kata kalu, ba. T.U, kata kalu, tu…Baca kalu Batu.

Guru : bagusssss…..

Cikgooden: …suka sebut dejeeeiii…bukan tak tahu. Tahu..takleh nak buang tebiat nih!..satu lagi ..”Dok Aeihhh…”..ha ha ha..ntah apa apa..

(aku asyikl tukar warna ja templet ni...takdak kerja!)

*

Wednesday, May 20, 2009

bintang binatanggg!





Aku bagi 5 bintang (*****) untuk video ni....maksud aku, utk kerja grafik 3D dia, smooth...berkarekter, walaupun seko tu sangat bermughallazah.

walaupun dah lama ada kat tenet, tapi aku baru ja tengok!

Cikgooden : (aku selalu lambat)

*

Tuesday, May 19, 2009

mungkin

Cuti ni cadang nak ke Melaka...nak tangkap gambar atas beca di Jonker Street tu...Tak pun ke Phuket!

Banyak kes la pulak...meningitis la...Leptospirosis la... Influenza la...

Sudahnya, aku bajet-bajet nak ke Arab Saudi ......

*
Jangan cari aku. Mungkin ketika kalian membaca ini, aku sudah berada dalam kapal terbang dah!

Mungkin....Aku kata...Mungkin...

Sunday, May 17, 2009

hari ahad ...

*
Aku bangun awal tadi. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Awal pala hotak hang!...ha ha ha.

Selesai mandi, pakai baju. Seluar jugak!. Start motor. Ambik sarapan tengahari di kedai simpang. Dalam perjalanan balik, singgah beli Akhbar. Sampai rumah, berbaring membaca akhbar yang dibeli berselang seli menyedut wasap-wasap...

Fuh!...betul-betul ayat orang takde kerja+boring tak tahu nak buat apa. ha ha ha!

Betul..aku tak tahu nak buat apa!

*ting*

...Bahana gila bolasepak juga meresap dalam badan sekarang ni. Berjangkit dari kawan-kawan. Tambahan pulak 27 Mei ini Final liga juara juara Eropah...Dah pasti siapa bakal pemain terbaik menjadi tanda tanya...

Ronaldo atau Messi...Siapa yang lebih berhak dan selayaknya merangkul anugerah pemain terbaik Dunia Fifa?...

"Gua Bosan dibanding2 kan...". Jawapan Ronaldo apabila diaju soalan...

"Gua okey, ja..".Messi memberi jawapan. Agak meyakinkan.

pada aku kedua-dua nya best. (berbanding Khalid Jamlus...)

Rasa nak menconteng...

peringkat sketch!...Terus touch-up Ink...

jadi rupa ini...tak serupa langsung!..ha ha ha. Alang-alang dah tak jadi, aku tenyeh ja dengan kaler...

Separuh Jalan...lagi nampak kelam kabut!

Sudahnya jadi macam ni..ha ha ha

Ya!...gambar sengaja dikaburkan...Jangan banyak tanya.


Cikgooden: Boring...Cuti lama sangat!...

*

Saturday, May 16, 2009

Hari Guru...

*
Setiap tahun: Tanggal 16 Mei. Guru-guru Malaysia akan diraikan. hari ini adalah hari yang dikhususkan untuk merai guru. (dalam ertikata , hari-hari lain, hang kerja setengah nyawa,takde siapa pedulik..) Setiap tahun akan ada sambutan secara besar-besaran peringkat kebangsaan. Satu Malaysia tahu. Warga guru cukup faham makna dan maksud hari yang disambut ini. Katanya sambutan hari guru peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Terengganu.

Seronok la orghan ganu, ekk!..Tema hari guru tahun ni..."Guru Pembina Negara bangsa". Teman sahabat handai yang berada di sekolah pasti meriah dengan acara sambutan hari guru.

Pasti akan ada beberapa orang anak didik yang datang mengucapkan selamat!... Seronok la korang pergi sekolah tak payah masuk kelas. Diraikan lagi. Harap pasukan kompang aku dulu, tak lupa lagu berlarak mengiringi korang ke tapak perhimpunan itu. Seperti tahun sudah..hi hi hi.

Bagi aku yang dah tak ke sekolah ni, sedikit rasa sedih dan sayu. Tiada lagi ucapan selamat!... daripada anak didik. Tiada lagi, seperti tahun yang lalu, hadiah sebiji epal yang dibungkus dengan plastik putih…,Seruhh! Serehh! Seruh! Sereh!..bunyinya jika direnyuk itu.

Tiada lagi permainan galah panjang, bowling buah nyoq atau basikal lambat. Tiada lagi game bola dan takraw antara guru dan murid.

Dah tak dapat lagi rasa macam tahun lepas, rasa-nak-tercabut-lutut-tergeliat-pinggang-apabila-pusing-pusing masa buat poco-poco..
he he he.

Dan tiada lagi anak murid yang nak ucap selamat hari guru untuk aku.

Oleh sebab takde sapa yang nak ucap, maka aku nak ucap selamat hari guru pada diri sendiri.


Er..er..Excuse Me..

Ehemm…Ehemmm!


“Selamat hari guru aku..!” kata aku kepada aku.

“Selamat hari guru untuk kamu jugak aku..” balas aku pada diri aku…

He he he..


Cikgooden: Alahai…Terasa sepi tanpa anak murid di sekeliling…Rindu sekolah la pulak….Arghhhhhhh,, …sudah!

Friday, May 15, 2009

Macam mana aku boleh jadi guru?...Sedangkan aku tak minat kerja guru?

*
Pekerjaan. Setiap orang ada pekerjaan. Tiada yang tidak bekerja. Hatta penganggur itu sendiri juga ada kerja. Kerjanya mencari kerja. Juga memaksa mereka bekerja. Malah lebih keras kerjanya berbanding mereka yang sudah mempunyai kerja.Setiap orang ada kisah tentang pekerjaan masing-masing. Termasuk aku.

Itu mukaddimah.

Aku mahu bercerita tentang pekerjaan aku sebagai guru. Bagaimana aku boleh terjebak dalam arena perguruan. Adakah minat atau cita-cita?. Kedua-duanya bukan. Jika diberi peluang atau ada peluang yang lain, pasti aku tidak memilih bidang ini. Jika begitu, kenapa aku memilih kerjaya guru?.

Aku terpaksa.Itu jawapannya. Dek memenuhi kehendak orang yang aku sayang, aku pasrah memilih profesion ini.

Desakan Ayah dan mak aku tidak bisa menepis. Ibarat luah mati Mak ditelan mati bapak! Antara luah dan telan, aku memilih untuk mengunyah!

Dalam diam tak diam, aku sudah mengunyah kerja ni, hampir 12 tahun lebih. Terus terang aku mengaku. Aku tak suka kerja ni. Aku menjalani rutin harian mengajar seperti aku sedang berenang di dalam sungai yang tak aku jumpa tebingnya. Setiap kayuhan renangku, amat meletihkan. Menyeksa jiwa. Aku tak suka!

Namun aku terpaksa juga terus-terusan berenang ke tebing usia karier. Jika sebelum ini, tebing usianya pada tahun aku berumur 56. Tapi sekarang dah ditambah ke umur 58. Bertambah lagi letih aku….



Cikgooden: Jangan Percaya cerita diatas…!


*

Thursday, May 14, 2009

Aduihhh...Panas!

...

Din tersengih apabila mendengar jawapan aku. Aku dapat agak apa yang ada dalam kotak fikiran dia. “ buat lawak la tu…”. Dan. Agakan aku memang tepat! Sambil menarik sebatang rokok dari kotak marlboro light, dia bersuara.

“Hang buat lawak haih. Mana ada untung bisnis tu”.

Kata Din. Seterusnya meyambung dengan hujah-hujah betapa tak praktikalnya bisnis ini. Betapa susahnya nak cari pelanggan. Katanya rakyat Malaysia masih lagi tebal dengan adab budaya timur. Adab yang penuh dengan sikap kemalu-maluan (kononnya). Sukar nak cari orang yang benar-benar memerlukan sebuah ejen untuk mencari jodoh.

“ Aku bukan nak buat untung. Sekadar nak cari komisen sikit-sikit”.Jawab aku.Sambil menghembus asap nikotin. Berkepul-kepul. Berbunga-bunga. Serentak ruang makan disitu bercampur-baur haruman dunhill, marlboro dan gudang garam. Ada mamat indon juga menghembus asap di meja sebelah. Huh!...

“Komisen yang macam mana?.” Ternyata Din agak berminat. Biasa la, dia kan Lelaki Arjuna.

“ Komisen dari syarat bisnis aku. Jika ada mana mana umat yang nak cari pasangan mesti carikan untuk aku seorang jodoh!” Aku senyum. Memandang Din. Dia buat muka heran.

“sat...sat!. Aku konfius! Hang nak bisnis atau hang yang nak cari jodoh?.Ni sapa yang nak cari jodoh sebenarnya nih?” bertalu-talu Din menyoal. Lagaknya seperti SB semasa mengorek maklumat.

"aku, er..er..Aku, ku..er." gagap la pulak. Tak pandai nak jawab soalan Din.


"Hang Okey?"........Soalan Din, Aku sukar nak Jawab.. Erkkk.


*tamat...

.

Wednesday, May 13, 2009

Adakah...

Aku ada seorang kawan. Sama sama menyambung pengajian di peringkat Sarjana, Ukm. Dia juga Full Timer. Pelajar sepenuh masa. Sama macam aku. Yang tak sama, aku ditaja kementerian. Sedangkan beliau ditaja oleh dirinya sendiri. Beliau seorang usahawan. Taraf berjaya, aku kelaskan.

Seorang pengusaha tadika. Di bandar Baru Bangi. Semasa berbual-bual kosong sementara menungu nasik hadam dalam perut pada suatu tengah hari.

“Amacam kau punya bisnis”. Tanya aku. Memulakan bicara dalam perbincangan yang aku tak pasti mana hujung mana pangkalnya.

“Okey..makin bagus” jawab Din. Namanya sama macam aku. Cuma badan aku lebih tinggi dari pada dia yang agak rendah. Tapi bukan kategori Kemetot.

“ Staff ada dalam 30 orang. Murid pun dah mencecah 600 orang” Sambung beliau.

“Ramainya…Agak-agak kau bisnis ni boleh tahan ka?....”..Duga aku.

“Beres din.." juga dia panggil aku dengan nama Din."Selagi ada orang berkahwin, selagi ada orang beranak…Selagi tu aku ada pelanggan” Simpel jawapannya. Falsafah meniaganya cukup mudah.

“oo..selagi ada org beranak. Tapi kalau dah takde orang beranak kecik, macam mana? Mungkin kau dah takde pelanggan?. Tambahan pula sekarang ni kan ramai umat yang tak berkahwin?.

“…………”. Din terdiam. Terfikir sesuatu, barangkali. Melihat dia terdiam, aku bersuara.

“Aku jugak nak bukak bisnis…” Aku menyambung. “Agar bisnis kau tak mati. Supaya kau sentiasa ada pelanggan”.

“Bisnis apa…?”. Din. Tiba-tiba berminat dengan cadangan aku.




“Ejen mencari jodoh!”.


….bersambung!

Tuesday, May 12, 2009

Siti...

*
Siti…

Kau sudah berubah sekarang ni. Jika dulu, kau amat aku benci. Namun sekarang rupa mu membuatkan aku separa gila. Hilang pertimbangan. Punggung mu semakin pejal. Menyungkit. Perghhhh!...buat aku berdebar-debar. Mata mu juga semakin galak. Di alis celak tebal.

Dada?...Cakap pun tak guna. Dadamu bikin aku termimpi-mimpi. Buat aku berpaling dua belas kali. Menancap dadamu membuatkan aku lupa pada dada mu yang dulu. Jika dulu, dadamu agak leper. Leseh!..agak terperuk kedalam. Jika dipegang rasa tak Best!. Namun, berbeza amat sekarang. Lebih mendada. Bahkan ketara lebih menonjol kedepan. Aku suka!.. Bikin mata lelaki membulat. Leleh air. Menitik.

Siti...

Mungkin ada tercatat di luh mahfuz, ada jodoh antara kita. Aku kata mungkin. Jika dulu kau merayu untuk memiliki aku. Aku Bo layan..ha ha ha. Apa kelas kau!... Sekarang sudah sebaliknya pula. Aku pula tergila-gilakanmu. Tercari-cari kelibat jasadmu. Bak kata Haji Yahya, kampong padang Das. “Tak dapat tengok tuan, dapat tengok bumbung rumah pun jadiiii..la”. Begitu dahsyat penangan mu, Siti…

Siti…
Paling ketara aku tergoda pada bodi mu yang banyak berubah. Harap perubahan ini bukan kerana suntikan BOTOK…berdosa. Semakin pejal dan ketat pinggang mu. Ku kira hayunan pinggang mu bikin punggung ku rasa selesa. Aku membayangkan saat-saat indah aku memanjatmu..aku petik kata-kata seorang apek tua, “tatak goyang wooo…!”.

Siti…

Cakap banyak pun tak guna.

Siti, Lu Tunggu. Ada orang mau datang cari sama Lu

Cikgooden: Oh!..City. Apa kau fikir aku nak kawin sama kau?..maap!..aku sudah ada pilihan hati yang lain..ha ha ha!

dagu...

*


Semalam dia buat hal lagi. Bukak Blog, YM Putus. Bukak YM blog hangkang!
.
.
.
.
.
.
Sudahnya, aku bukak Baju. Bukak Seluar. Hampir-hampir separa bogel, aku berkain pelikat . Mengadap laptop kiut ini. Kejap kiri, kejap kanan...kekadang bawah, kekadang keatas.! Beralaskan bantal kiut empat segi, Aku menupang dagu menaip kibok!...

.......

Dah tiga hari aku menupang dagu...Sabbbaarrrrrr!


Cikgooden: Betul ker menupang?...menupang ka menopang?....ada ker istilah tu hah?...he he he

*

Saturday, May 9, 2009

Aku ada 3 mak!...

*

Sejak kematian pakwe, mak aku keseorangan. Rumah yang didiami juga menjadi suram. Mak juga tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini. Cuma menumpang semangat aku. Bila dah cuti ni, dapat lah sekejap bermanja manja dengan dia.

Berulang alik ke hospital mengikut appointment doktor. Menjadi tugas aku selaku anak yang tak bekerja tapi dapat gaji ini.

Heboh satu ketika dulu, dua orang doktor dicekup timbalan menteri ketika sedang sedap sedap rilek. Sedangkan pada masa yang sama diluar berderetan pesakit menunggu giliran. Itu kesah di hospital. Memang benar.

Hospital memang ramai orang.tengok la...ramai kan. Jenuh nak nunggu...

sampai keluar terpaksa kerusi ditambah. menampung ramainya pesakit...


Berbalik kepada kesah doktor tadi. Aku tak pasti samada betul betul mereka curi tulang, atau sebenarnya mereka rilek sebab memang waktu rehat dorang. Waktu nak pebetui urat dan tulang.

Ada sekali aku bawak mak pergi rawatan rutin dia. Ada janjitemu dengan pakar tulang. Masalah lutut dia yang dah kurang Minyak pelincir. Sakitnya hanya dia yang tahu. Nak berjalan pun sakit. Terpaksa guna kerusi roda.

Bila tengok keadaan hospital masa tu, tak mustahil jika doktor keletihan. Pesakit punya lah ramai. Bila ramai menunggu di luar, ramai beranggapan doktor lambat buat kerja. Doktor sedap-sedap rilek kat dalam.

Bukan aku nak membela doktor-doktor ni. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Dan aku masuk kedalam bilik rawatan depa. Sesak. Meja rapat-rapat. Sekali tengok dah macam rupa pejabat bursa saham….

Aku terfikir sendiri….takkan la menteri kesihatan tak sedar. Sepatutnya tambah lah bilangan doktor.

....

.

.

.

.


Er..melalut pulak, aku nak cerita pasal 3 mak aku...Tapi tak berapa nak lepas cerita la pulak,,,,sedu!


Mak njang, mak dan mak lang...tingai depa tiga beradik saja lagi...
Semua pernah jaga aku, bela aku, beri aku makan dan membesarkan Aku....
Terima kasih mak!

Mak menakan pun sama kuanggap macam mak kediri...
Apatah lagi mak aku sendiri..mestilah lebih lagi... ye, tak?

SELAMAT HARI MAK...

Cikgooden: Menghitung hari...

*

Friday, May 8, 2009

hari ibu..

*


Kata depa hari ibu tanggal 10 hb...hari ahad ni...


kata aku...hari ibu bukan sehari tu ja. Hari Ibu setiap hari...Betapa besarnya pengaruh ibu, sebab tu jika tersilap atau tiba-tiba terkejut, pasti kita sebut " Alamak!...

Tak pulak sebut Alapak!...

Tiba-tiba terdengar lagu ni...ntah sapa ntah yang nyanyi, sambil menghayati..aku cuba taip bait-bait lirik.....yang sempat dihayati!



Dia...
ibu tua,
hatinya berdebar...
tunggu pulang anak nya
petang dan pagi
doa tak bertepi
resah hatinya
dia menanti
kegelisahan nya

kekosongan hati
semakin terasa
ibu terluka
kecewa
pulangnya
anaknya
mengubah mimpi indah

doa dan harapan
si ibu
kasih dan.........................................
...............
..
.
.


(Sapa yang dah lama tak balik jenguk ibu...balik-balik la...)

Cikgooden: Aku tak der ibu... Aku ada Mak!

Tuesday, May 5, 2009

dok saja-saja, tak tahu nak buat apa...

.

Dah cuti-cuti ni, rasa kesian pulak aku pada otak. Dia boring. Tak tahu nak pikir apa. Dua tiga bulan sebelum ni, banyak pulak kerja dia. Dikerah. Diperah. Dihenyak macam macam dengan kerja kerja Esei yang memeningkan dan menyenakkan.

Sekarang ni...Emmm. Dah tak tahu nak buat apa. Kelmarin aku bukak fail plastik kotak lutsinar yang selalu aku usung kemana saja aku pergi, (selain Serunai pusaka,.. dua benda yang akan aku bawak ke mana-mana.) .... Belek-belek muka muka yang aku kartunkan. la...Banyak la jugak.



Gatai pulak tangan nak boh warna. Saja try-try buat. Mangsa aku pada kartun anak-anak CkLah ngan Anak YB ..ha ha ha

Aku rindu pada meja hitam dalam bilik Gelap aku kat rumah (Tempat aku bertapa jika hati rasa gundah gulana............
....Semalaman hingga ke siang aku berjaga dalam bilik ni. Melepaskan rindu pada suasana tempat kerja aku...(bila dah start belajar, jarang dah nak bulih duduk-duduk dalam bilik nih...jgn salah faham, ek. Ini bilik study aku dulu, merangkap bilik solat . Bukan bilik bertapa macam Ayah Pin tu..ha ha ha) sambil-sambil menenyeh pena marker Prisma atas lukisan muka budak budak nih...

jadi muka tua la pulak!..ha ha ha

Aku Tenyehhhh ja..ha ha ha.



Aku 'tarik perhatian'kan n3 ini untuk kawan aku. Dia Merangkap Abang, sahabat, Sifu jugak!.Saudara Aloy bin Abd Hamid. Mu hitey , tereneng tengok..jadi lagu mana hat ambo buat?...


Cikgooden: Teringat kawan yang makin lama makin menjauhhhhhhh jer...isk..isk..

Sunday, May 3, 2009

fakta...

AKU DAN FAKTA2 TAHUKAH ANDA…


Fakta dalam internet. Diakui kesahannya atau diragui tidak sah? Selalu juga aku dapat email daripada kawan-kawan. Macam-macam yang diorang bagi. Sumber diorang pun daripada internet jugak. Kekadang aku terfikir, adakah sumber internet ini benar-benar kita boleh percaya.

Sebab tu aku pastekan kat sini supaya korang baca dan fikirkan. Adakah fakta-fakta yang kita dapat itu benar , tipu, sekadar gurauan atau sekadar baca kerana nak membuang masa ( maklum lah…kata orang, bangsa ‘hidung kembang bak jambu air’ selalu dikaitkan dengan tabiat suka membuang masa). Fakta internet jugak ni…

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..

YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee.. pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensornya hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 123456789876 54321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D. C mengalahkan penduduk penduduknya

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa, untuk bahagian bibirnya sahaja

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

32. Selepas ini anda mesti rasa macam best dan riak je kan …sebab banyak benda yang anda tahu. Ha ha…..

Friday, May 1, 2009

zaman gawat...sila ke kedai membeli cawat!...

*

Di zaman kegawatan ekonomi macam sekarang ni, ramai kawan kawan aku mengeluh. Duit yang ada seperti tidak cukup. Barangan keperluan semakin melonjak harganya. Jika dulu, duit RM50 sekeping tu buleh tahan dua tiga hari. Tapi sekarang, jika guna sikit di pagi hari, tak sempat nak senja duit tu dah habis licin. Bila malam, dah nak kena keluar lagi sekeping. Nilainya dah jadi kecik.

kawan aku selalu merungut. Duit gaji tak pernah nak cukup. Belum 15 haribulan, setiap bulan, poket dah mula kosong.

Kata aku, bersyukurlah sebab kita masih ada kerja. Walaupun gaji kita kecik dan tak sama gaji Barrack Obama, tapi kita masih lagi ada kerja. Ada sesetengah orang, bukan kata tak cukup duit gaji, malah dah hilang kerja. Diberhentikan. Ada yang dapat vss. Itu kiranya masih beruntung. Ada sesetengah, tanpa Vss, tanpa amaran atau surat, diberhentikan secara tiba-tiba.

Andaikan anda sekarang sebagai pekerja. sedap-sedap kerja dan dapat gaji bulan, tiba tiba diberhentikan oleh boss anda. Apa tindakan anda?...Jika di Hong kong, ada umatnya yang bunuh diri akibat kecewa dengan keadaan ekonomi. Akibat dibuang kerja.

Di tempat kita ada ke manusia yang ambil tindakan serupa?...Akibat desakan hidup, ekonomi tiris....jalan singkat diambil. Bunuh diri!.

Bila dah takda kerja, maknanya tak dak duit. Bila takde duit, macam mana kita nak makan?. macam mana kita nak beli barang?...Aku cuba menyelami perasaan umat yang dulunya ada kerja. Tapi sekarang ni takde kerja sebab diberhentikan majikan.

Agak-agak nya mesti kalut... kan?



Cikgooden: Bersyukur sebab masih ada kerja...

selamat...

Selamat hari Buruh!...


Kepada semua buruh-buruh di malaysia...
Dengan ucapan, selamatkan kerja anda dan selamat menjadi Buruh hingga akhir hayat...


Cikgooden: Seorang buruh KeraJaan...(merangkap kuli batak..)