Sejak kematian pakwe, mak aku keseorangan. Rumah yang didiami juga menjadi suram. Mak juga tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini. Cuma menumpang semangat aku. Bila dah cuti ni, dapat lah sekejap bermanja manja dengan dia.
Berulang alik ke hospital mengikut appointment doktor. Menjadi tugas aku selaku anak yang tak bekerja tapi dapat gaji ini.
Heboh satu ketika dulu, dua orang doktor dicekup timbalan menteri ketika sedang sedap sedap rilek. Sedangkan pada masa yang sama diluar berderetan pesakit menunggu giliran. Itu kesah di hospital. Memang benar.
Hospital memang ramai orang.tengok la...ramai kan. Jenuh nak nunggu...
sampai keluar terpaksa kerusi ditambah. menampung ramainya pesakit...
Berbalik kepada kesah doktor tadi. Aku tak pasti samada betul betul mereka curi tulang, atau sebenarnya mereka rilek sebab memang waktu rehat dorang. Waktu nak pebetui urat dan tulang.
Ada sekali aku bawak mak pergi rawatan rutin dia. Ada janjitemu dengan pakar tulang. Masalah lutut dia yang dah kurang Minyak pelincir. Sakitnya hanya dia yang tahu. Nak berjalan pun sakit. Terpaksa guna kerusi roda.
Bila tengok keadaan hospital masa tu, tak mustahil jika doktor keletihan. Pesakit punya lah ramai. Bila ramai menunggu di luar, ramai beranggapan doktor lambat buat kerja. Doktor sedap-sedap rilek kat dalam.
Bukan aku nak membela doktor-doktor ni. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Dan aku masuk kedalam bilik rawatan depa. Sesak. Meja rapat-rapat. Sekali tengok dah macam rupa pejabat bursa saham….
Aku terfikir sendiri….takkan la menteri kesihatan tak sedar. Sepatutnya tambah lah bilangan doktor.
....
.
.
.
.
Er..melalut pulak, aku nak cerita pasal 3 mak aku...Tapi tak berapa nak lepas cerita la pulak,,,,sedu!
Semua pernah jaga aku, bela aku, beri aku makan dan membesarkan Aku....
Terima kasih mak!
Mak menakan pun sama kuanggap macam mak kediri...
Apatah lagi mak aku sendiri..mestilah lebih lagi... ye, tak?
SELAMAT HARI MAK...
*
21 comments:
Amboi cikgu,hang cerita pasai mak. Kak sedih sebab tak boleh balik tengok mak. Jauh-jauh ni,dok telepon saja la.
Selamat hari mak untuk emak anak-anak hnag cikgu. Bila nak bawak mai berkenalan dengan kak ni haha!
ni kener buat selamat hari doktor lak utk hargai doktor2 yg bekorban merawat mak pak kita.....hehhe
CikGooDen pon anak yg baekkk...
SELAMAT HARI IBU utk mak, mak njang dan mak lang...
",
salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya...tq
bestnya banyak mak.. selamat hari mak..
menghitung hari apa tuh cikgu?? lain macam jek
Jgn ada 1 lagi mak dah oi - MAK JAN! hehehe
aku pun ada 3 mak.... mak aku... mak tiri dan mak (mak sedara) yg bela aku sejak kecik
selamat hari ibu
......Selamat hari ibu untuk semua mak.....
ckLah ada 2 mak je...
mak ckLah...
mak mertua...
Syukur...keduanya masih ada...
Kpah pernah bawa anak pergi klinik sebab demam. Ada ke doktor tu sambil cek anak mata tengok screen tv cerita hindustan!! hangen seluruh badan.
Jeran, aku tak pegi lagi klinik tu. Patut la pun aku tengok klinik tu macam segan nak idup je.
Selamat hari ibu kat orang rumah hang dan jugak kat mak hang yang tiga tu.
selamat hari ibu untuk ibu ibu anda cikgooden dan juga ibu ibu kesemuanya.
salam..selamat hari ibu semoga mereka sentiasa dirahmati ALLAH..dan moga kita menjadi anak yg soleh
menghitung ari ek..
jeng jeng...
smthing ngn kak ina ke...ekekkee
bertuah cikgu dapat ibu yang baik. aku menumpang kasih nenek. nenek yang jaga aku..... mak aku ada tapi ntahlah.... aku tak faham...apa masalahnya..kadang aku rasa tersisih tapi sekurang-kurangnya aku masih ada ibu juga.
selamat hr ibu utk ibu2 kamu... ibu ank2 kamu...
pssttt... menghitung hari apa ni cekgu? :)
.
waterLily:
telepon pun salah satu kaeah berubung jugak..yg penting masih berhubungan.....bila nak mai?...tak tau la...he he.
Acik:
ha ha ha..selamat hari Doktor jugak...
S.Yanaz:
Terima kasih.....selamat untuk hang jugak! dan sapa sapa la yang jadi mak...
Anak pendang:
nanti Aku Pi Blog hang..
IIna:
Ya..Selamat hari mak...menghitung hari?..he he ..Ada la...
Sf:
Wei...tu tak termasuk, Ok!..ha ha ha..
Shifu:
Ya...kenang jasa org yang jaga kita kan...jgn kenang telekom yang cekik darah tu..ha ha ha
CKLah:
Juga pada CKlah jugak., selamat hari mak!..
kakPah:
Klinik macam tu, kalu aku..itu la pegi, pastu tak pegi dah la..
Azani:
Ya..selamat hari ibu utuk kamu jugak!..
Arsaili:
Salam!...semoga menjadi anak yang soleh...
Azza:
Wuihhh..lama hang menyepi..baru nampak. tak sehat ka?..he he he...
menghitung hari?..jeng jeng jeng...
safiya:
tak kira la sapa, sapa yang bela kita itu la kita sanjung kan..kan...
tasek:
hitung hari?..kuang kuang kuang...
paling mahei...gamba mak njang ﺮ ...kalu dulu2, sebelah kedei G hat reper mutu nu, maknjang ﺮ la hat menega kedei..habih segala barang amba gi borong sana time kelik cuti, bermanja2 ngan chey usop amba tu.....pah tu, ka NoRa henDon hat jaga kedei...lo ni, wallahualam....pasei amba pong lebih suka borong diTESCO dak pong giant......kirim salam ke dema dih.....
dua perkara menangkap jiwa..
rumah itu dan juga makda..
tak mampu nak ku teruskan kata..
hanya mampu kuiringi doa..
Yong:
hoo..lae..tinggae dema tiga beradik dah lae..tadak sapa dah..
wakara:
Aku teringat maknjang Teh....Cukup terkeduuuuuu....
kasihan kan kat orang2 tua ni, kasihan juga kat dokter2, pesakit ramai. betul tu, kena tambahkan bilangan dokter ler, utk menampung pesakit2 yg makin bertambah saban hari.
suka-suka je cakap x termasuk. abis kalau orang yang x ada ibu camne?.... like u ok la ada 3 ibu. boringnya
Post a Comment