Jom...

Wednesday, May 13, 2009

Adakah...

Aku ada seorang kawan. Sama sama menyambung pengajian di peringkat Sarjana, Ukm. Dia juga Full Timer. Pelajar sepenuh masa. Sama macam aku. Yang tak sama, aku ditaja kementerian. Sedangkan beliau ditaja oleh dirinya sendiri. Beliau seorang usahawan. Taraf berjaya, aku kelaskan.

Seorang pengusaha tadika. Di bandar Baru Bangi. Semasa berbual-bual kosong sementara menungu nasik hadam dalam perut pada suatu tengah hari.

“Amacam kau punya bisnis”. Tanya aku. Memulakan bicara dalam perbincangan yang aku tak pasti mana hujung mana pangkalnya.

“Okey..makin bagus” jawab Din. Namanya sama macam aku. Cuma badan aku lebih tinggi dari pada dia yang agak rendah. Tapi bukan kategori Kemetot.

“ Staff ada dalam 30 orang. Murid pun dah mencecah 600 orang” Sambung beliau.

“Ramainya…Agak-agak kau bisnis ni boleh tahan ka?....”..Duga aku.

“Beres din.." juga dia panggil aku dengan nama Din."Selagi ada orang berkahwin, selagi ada orang beranak…Selagi tu aku ada pelanggan” Simpel jawapannya. Falsafah meniaganya cukup mudah.

“oo..selagi ada org beranak. Tapi kalau dah takde orang beranak kecik, macam mana? Mungkin kau dah takde pelanggan?. Tambahan pula sekarang ni kan ramai umat yang tak berkahwin?.

“…………”. Din terdiam. Terfikir sesuatu, barangkali. Melihat dia terdiam, aku bersuara.

“Aku jugak nak bukak bisnis…” Aku menyambung. “Agar bisnis kau tak mati. Supaya kau sentiasa ada pelanggan”.

“Bisnis apa…?”. Din. Tiba-tiba berminat dengan cadangan aku.




“Ejen mencari jodoh!”.


….bersambung!

14 comments:

ckLah @xiiinam said...

Hek elehhh....
Bersambung pulak....




ckLah pun nak buat macam nilah....
Orang komplen cklah suka tulis panjang-panjang....
Lepas ni, 'satu cerita' nak buat 18 bahagian la pulak....
Hik..hik..hik...

ckLah @xiiinam said...

Errrr...18 bahagian?
Macam Mona Fendi lah pulak...
keh..keh..



Tak jadilah...
ceita ckLah tetap satu bahagian..
Panjang pun panjanglahhhhhh......

Cikgooden said...

cKlah:

tulis untuk diri...bukan untuk org lain...pedulikan yang lain...
(tak tidoq lagi..?)

iina said...

ejen carik jodoh?? ok gak tuh.. kgn tukang bukak bisnes lak yg terlebih jodoh ye tambah lagi dan langi dan lagi... dari siti ke seri .. hahahah

ckLah @xiiinam said...

Baru pukul 10.52 tak kan nak tidor wei...
Nak menikmati malam yang indah ...
Dan panas membahang ni dulu...

Yunus Badawi said...

jgn ko cari jodoh utk diri ko sendiri sudahlah Din. Ingat org2 yg kat rumah tu hehehe

lupekanje said...

bijakk...bijakkk... haa...copek sambung citer...heheh

aza ni said...

aku nak kata bagus....mmmmm...
macam nilah Cikgooden, apa kata kalau kita dapatkan first client kita dari Cik Azalina Othman, kalau sukses, mwemang jadi boom syarikat you tu....

Safiya said...

aku sokong sgt la falsafah bisnes kawan hang tu. yang kawan hang tu apesal amek sgt port ngan persoalan hang yang tak de makna tu.

Anonymous said...

idea yang sunnguh kreatif... ada ciri2 seorang uasahawan dan jutawan!

KTS said...

bagus bagus bagus..

aku setuju benar... marilah sama2 mengeratkan silaturrahim..

hikhikhik..
ejen 008 - mencari jodoh :D

tasekM said...

ni nk jadi ejen ke..... hape nih... ha ha.

Lily Abdullah said...

Ala, dia betul2 nak jadi ejen tu Tasik. Jgn dibunuh semangat keusahawanan kawan haha!

Cikgooden said...

iina:
ha ha ha....kalau dah jodoh.nak buat macam mana kan?...

CkLah:
ha ha ha...Panas sekarang ni...nak berbaju pun seksa.

Yb:
tak salah kalau dah ada jodoh kan?..ha ha ha

Azani:
Dia nak ka?..nampak gaya macam tak sudi ja..ha ha ha

acik:
terlepas pulak...ha nak sambung citer?...aisey..nanti la.

Safiya:
biasa la....dia lelaki Arjuna! ha ha ha.

TMFH:
ha ha ha....jutawan(hutang)

kts:
amacam?..berminat nampak?..ha ha ha

Tasek:
isk.isk..ni hape, hapenyer?

Waterlily:
ha ha ha....hang faham jiwa kawan sungguh, haih.