Jom...

Showing posts with label gendang silat. Show all posts
Showing posts with label gendang silat. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

cak pak..cak pak.. ting ting das...2

Dah lama aku tidak bersembang tentang gendang silat. Aku terleka dengan hal-hal duniawi aku yang satu itu. Dua tahun. Agak lama. Bukan tidak bergendang. Atau melupakan terus. Cuma jarang-jarang. Mana mungkin untuk aku melupakan terus.

Sahabat pergendangan aku, saudara SerunaiFaqir dari kumpulan gendang silat Gemala kasturi KGGK pernah menyuarakan hasrat untuk membina satu laman weblog tentang seni gendang silat. Dan ya. Dia telah melaksanakan hasratnya.

Sebagai menyahut seru beliau, aku dengan berbesar hati dan punggung, telah menempek profil kumpulan gendang Selumbar Emas yang tak seberapa ini di Blog tersebut. Blog gagasan Gendang Silat Semalaysia. Di SINI.

(Gambar semasa last function (pergh..) di rumah kenduri salah seorang sahabat)...cerita panjang lebarnya, aku akan muatkan di blog gendang KGSE nanti...sila baca(tapi biar siap dulu la).






*******
Dari sembang-sembang aku dengan beliau, timbul satu isu di sini. Isunya, blog aku sebenarnya sudah menjadi satu blog cukup caca marba. Seawal dulu, tujuan aku berblog adalah untuk tujuan peribadi sendiri. Segala catatan di sini, segala yang aku merapukan di sini, semuanya bertujuan untuk mengisi masa lapang. Betul. Aku bangsa Melayu. Bangsa ini memang banyak masa lapangnya. Tidak dinafikan.

Justeru, aku bercadang untuk membina satu lagi blog khas untuk gendang silat. Lebih tepat, khas untuk kumpulan gendang Silat Selumbar Emas (KGSE). Segala akitiviti kumpulan itu nanti, akan aku muatkan di sana. Sekali gus, blog tersebut akan menjadi wadah dan lidah untuk aku dan rakan-rakan sekumpulan.

Jika rajin aku jadi terlebih, akan aku muatkan beberapa artikel yang aku simpan di dalam simpanan tentang gendang silat itu sendiri. Terus terang aku mengaku sedikit sebanyak ada juga aku cuba menulis tentang permainan gendang silat. Terutama daripada aspek alatan, permainan, lagu, falsafah, adat dan keseksaannya.

Seksa itu merujuk kepada seksanya untuk mempelajari dan memahirkan permainan ini. Kedua, seksanya untuk mempertahankan kedudukannya di mata masyarakat kita. Aku cuba letakkan semula kedudukannya setaraf dengan justin bibier yang terkenal dengan lagu baby sehingga anak aku sendiri menjadi fanatik dengan dia. Celaka sungguh bibir itu.

Monday, August 2, 2010

selumbar emas

satu lagi vid clip aku jumpa...



sound, supa dejeiii...


*

Monday, July 26, 2010

Kumpulan Gendang Selumbar Emas

Sudah lama Video Clip ini saya upload ke Facebook. Setelah sekian lama berada di dalam memori handphone. Satu percubaan untuk memuatnaik ke internet via facebook. Berjaya.

Percubaan kali kedua. Cuba bermesra dengan blogger. Adakah dia mesra video clip ini. Ya. Berjaya!




Bemakna saya berjaya. Ini adalah satu cara untuk saya mengenengahkan bakat rakan-rakan ke alam maya ini.

pasti nanti, Video-video yang lain pula akan menyusul.


sekian. salam.,
Cikgooden[Selumbaremas]


(skima nak mampusss ayat ni..hahahahaaha)

*

Saturday, January 23, 2010

gendang

*

Bila perut terasa lapar, sudah menjadi lumrah alam. Ia akan mengeluarkan sedikit bunyi kruk krak kruk krak. Makin lama makin rancak. Nada dan tempo juga turut berubah. Seolah-olah mendendangkan irama lagu-lagu gendang silat.

Cak pak cak pak.. ting ting.... das....

Dan, terus mengingatkan aku kepada seorang sahabat yang sealiran minat dan hajat. Semuanya satu. Berusaha memertabatkan irama seni gendang silat...Sudah lama tidak bersua.

untuk keterangan lanjut sila ke blog beliau, di sini-->SINI..




*

Friday, September 11, 2009

pak teh cha.........aku terkenang..

*


Bila keseorangan, sunyi ja rasa. Terkenang pulak pada gendang, serunai dan gong. Dah lama tak main benda alah ni. Dulu sebelum berkariah di daerah Bangi ini, sering juga aku berkunjung ke rumah Zul, di kpg paya, Batu Kurau untuk bergendang. Bergendanglah kami, alang alang ....terus ke waktu sahur.

Itu dulu. Sekarang dah tak jumpa saat-saat begini. Masing-masing sibuk. Kumpulan gendang Selumbar Emas hanya tinggal nama. Jarang sudah kami berlatih. Berweng-weng, mendengungkan telinga mengalunkan irama cak pak ting ting doh ini...Aku rindu suasana itu...

gambar gendang aku dulu...gendang ppd daerah sebenarnya...Ini lah set gendang yang dibawa ke hulu ke hilir.

Di saat ini juga, aku terkenangkan seorang guru tua. Seorang guru yang pernah mengajar aku tentang BISMILLAH Serunai..Seorang guru yang cukup aku sanjung. Guru tua yang sebaya arwah ayah. Rakan sepermainan arwah semasa bergendang di waktu muda.

Pakteh Cha. Nama yang sering di panggil bagi merujuk kepada guru tua ini. Nama yang sudah dikenali jauh. Hatta si Peniup serunai kumpulan gendang gemala kasturi juga mengenali beliau. Dalam kesempatan ini, aku cuba bercerita tentang pak teh cha. Tidak pandai menyusun ayat, jadi aku hidangkan gambar untuk kalian tatap.

gendang di rumah pakteh cha.....gendang yang menjadi mainan aku suatu masa dulu...


pakteh menunjukkan cara memilih gendang yang sesuai dgn diri pemain...tinggi gendang mesti setakat telinga pemain jika diletak diatas riba.


salah satu cara gaya pegang gendang...


pakteh bukan saja buleh main..malah membuat gendang....aku kagum.



sebahagian daripada kulit yang digunakan untuk membuat gendang...kulit lembu, kambing.


salah satu kaedah menjemur kulit gendang, sebelum dipotong mengikut saiz yang diperlukan.


sebahagian rotan yang sudah diraut kemas, sebagai penarik kulit gendang


gambar pakteh cha masa muda2 dulu....gambar yang di gantung di dinding rumah dia...tahun bila aku tak pasti..tapi lama dah la..



sebahagian artikel tentang pakteh cha dalam sebuah tabloib..tulisan saudara Usu Azha...jurnalist kelahiran batu kurau..sila ke blog beliau.


gambar beberapa tahun dulu...kakak, adik, dan afiq (anak amran)..ketika mencuba gendang2 yg memang sentiasa ada di rumah aku...


pakteh cha sekarang...

gambar yang aku ambil..dua bulan sudah...


Pakteh.

Sesungguhnya aku merindui pak teh sebagai guru aku...aku sentiasa berdoa agar pakteh sentiasa tabah dan kuat melawan sakit yang ditanggung. Harap pak teh cepat sembuh....nanti aku pegi jumpa pakteh. Buleh kita bersembang panjang. Minta maaf. Dah lama aku tak ke rumah pakteh...

Untuk mu pakteh, aku buat kan n3 khas ini. Aku tahu, walaupun pakteh tak jumpa blog ini, tapi aku nak pak teh tahu.....Aku berbangga dengan pak teh. Walaupun aku bukan anak murid yang cerdik, atau dalam ertikata yang lain, tak banyak yang aku dapat, tapi pak teh tetap ku anggap sebagai guru aku. Dunia dan akhirat.

pakteh,

selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
.
.
.
.
.







Sunday, June 14, 2009

Irama dari Selumbar Emas...irama itu masih kukuh berkumandang...

*
Sebelum ni aku ada bagi tahu pasal kenduri kawin member se forum..mee vesspa n dikput..dan grup Selumbar Emas aku, main untuk majlis ni...tak sempat nak perturun gambar...di bawah ni aku lampirkan gambar2 masa majlis tu...itu pun aku dapat dari salah seorang member forum, Man_ong..dia yang jadi paparazzi..dengan bantuan En. paparazzi ni, dapat la aku tengok muka kediri masa main hari tu..he he he...


Acara silat mesti la ada...selalu aku tak sempat nak snap. Itu jam aku main gendang, itu jam dorang silat, mana nak snap. Ini pun gambar dari kawan aku jugak la yg bagi...



Ahli grup..pak jamil...sedang mengocak buah romba..dia pemain romba dan tamborin...tadak dia, tak meriah...org lama. Semangat muda..pembakar semangat ahli2 muda yang lain.


cikgooden: Tak pasti adakah irama ini disukai orang, atau saja saja depa kata ok, nak ambik ati...

Thursday, June 11, 2009

Dalam Dok Kata Tak Ada Kerja.., Ghupanya, aku sibuk.......

Dua tiga hari kebelakangan ni, memang rasa macam nak berjalan ikut belakang...kalut. Nak-nak sepanjang minggu lepas dan minggu ni. Macam-macam perkara berlaku sekali rup...Adik ipar aku kawin..Maizatul Akmal dan pasangannya Roseli...Lepas ni, adik ngan kakak takleh dah bermanja lebih-lebih dengan acik...sebab dia dah ada pakcik dah...:)


Adik ngan kakak jadi budak perempuan bunga (Flower Girl)...gila besaq baju tu...adik?..ecce cece..senyum-senyum kembang idung la tu..


Bila tengok mempelai bersanding, teringat aku masa dulu dulu. Di tempat yang sama, cuma bentuk dan corak pelamin saja yang berbeza. Disitu lah aku bersama org sebelah bersanding..ha ha ha...berpeluh weihh..panas...!

Panas bukan sebab tak ada kipas. Tapi bajunya tebal ya amat!...apa gila ntah masa tu tak pikir nak cari baju yang agak nipis-nipis sikit...Sama la macam depa ni...aku syak. Ada titik titik peluh merenik di dahi dan atas hidung...Panas la tu..

Walau bagaimanapun majlis ni amat meriah....Masa ni budak kompang tgh balun gendang. Sambil menyanyi melalak...ntah, aku tak dapat tangkap apa lagu depa ni main...lain benar daripada yang selalu aku nyanyi dan tepuk dulu...Tapi, bagi aku tak kira la apa lagu sekali pun, orang yang paling rasa best dan gumbira, dah tentu la orang yang tengah bersanding tu....er, tak gitu?..

Adik Zafran...anak Khir. Adik ipar aku. Katanya, yang ni yang paling kecik. Aku agak ini bukan yang paling last...sebab, anak dia baghuuuu ja Lima...

Adik frust, baju jaring dia hilang...tak berbaju jaring macam kakak dia..kesiannn...

Adik beradik ipar aku...dan anak-anak buah

Selang sehari, kawan pulak kahwin. Member se forum. Membe laman web batukuro kapongku..Me Vesspa dengan DikPut...Sama cantik, sama lawa. Kenduri dorang, aku main gendang silat dengan grup Selumbar Emas. Aku hayun ja. Tak henggat donia. Balik terus terlentang. Penat. Tapi aku puas. Pertama, sebab dapat jumpa geng-geng forum...walaupun tak semua, tapi ada la dua tiga orang yang tak pernah jumpa boleh jumpa masa tu. Kedua, sama macam sebab pertama tadi.

Semalam. dapat satu mesej..."din, tolong check-in hotel kat taiping..esok aku sampai"..apa gila aku nak check-in. Tolong booking logik la ..Aku tak pasti siapa orangnya. Sebab nombornya aku tak ada...Untuk kepastian aku Call..

Cheh!...member masa belajar dulu. Azhar Abd Ghaffar. Dia dalam perjalanan balik ke Johor. datang majlis perkahwinan sedara dia di Kedah. Lama tak jumpak...berbelas tahun aku rasa. saat bersua, dua perkara menjadi topik perbualan. Satu, pasal perut. Dua, pasal kepala dah bubuh!,,ha ha ha...

Ya rabbbi...lain benar dah kau azhar. Lagi besau badan Ko...

Jumpa kat selera malam Terminal, kamunting...Makan malam di situ.
Mana tengkuk hang Azhar?..ha ha ha...

Ni org sebelah Azhar...rasa-rasanya junior kami..budak tesl dolu-dolu...mungkin satu batch dengan org sebelah Anjang.


****************************

ni cerita lain...

Ada sekali, bila dah cuti-cuti ni, teringat aku pada arwah Ayah. teringat pada kebun durian dia. Selalunya dengan aku dia mengerjakan dusun ni...Di sini la kami menebas, memanjat, memikul, menarik jaring...dan banyak lagi...

kelmarin aku naik bukit ni...saja nak tengok apa jadi..

Ya rabbbi...semak maung!...dah lama tak pergi. Hutan semak dah sama tinggi dengan tuan. Apa gila aku nak buat kerja-kerja menebas macam dulu...

Demi kasih aku pada arwah Ayah...aku akan usahakan. Kesempatan cuti ni aku ambil untuk mencerahkan kebun Ayah ni...
sambil-sambil melenggak ke pokok, nak tengok buah..weeeiii...ada buah ghupanya..Dorian, dorian...ha ha ha...maknanya, cuti ni aku sebok tak bertenet...aku sebok cari buah dorian...itupun jika ada lebih-lebih saki baki yang ditinggalkan oleh kaum kerabat Berok, Babi, Kera, Lontong dan segala macam musuh...



Err..ini bukan dorian ya tuan tuan...ini bunga kantan...yang dah kembang. Sempat snap..yang masih kuncup tu aku dah ambik..Bawa balik. Bikin masak Laksa!...sedap woo...


nah!..gila punya N3 aku buat....semua aku sumbat!.


Cikgooden: bila berada dalam dusun tu...terbayang wajah arwah Ayah...terngiang-ngiang suara dia. Nampak seperti bayangan dia yang berjalan mundar mandir keliling pokok...Aduh. Tak terasa, pipi aku basah dek air mata yang mengalirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.................Aku Rinduuuuuuuuuuuuuu Ayah!

*

Tuesday, November 18, 2008

mak inang selindang.......

Punya la lama aku main...pendek ni ja yg dirakam...dekat2 nak habis lak tu...

cukup dah.......


Jusnizan spontan mengalunkan lagu jong2 inai....aku test gendang baghu...perit woo....dia punya kulit keras lagi...begha tapak tangan...


N3 tentang 'perturun tangan' dah pernah aku taruk dulu. gambar yang aku masukkan dalam n3 tuh semua gambaq mampuihhh...Ada video aku rakam sebenaqnya. Tapi sebab tak cukup ilmu, aku tak reti nak upload.

Bila time2 cuti sekolah ni...aku hairan, ntah macam mana datang ilmu ni masuk dalam kepala hotak aku. Buleh pulak aku upload video ni.

(cukup dah syarat berblog bagi aku...pandai taip teks, post gambar dan masukkan video...aku suka. Lepas ni kalu aku dah berenti berblog pun, dah rasa puas dah..ha ha ha)

Tuesday, October 21, 2008

MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITRI NORADZ HOLDING'S

Function malam tu sempoi habis. Kami henjut rilek sambil mata menjeling awek dua tiga orang pakai kebaya ketat. Kami main di majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Noradz sempena majlis Ramah Mesra dan Jamuan Aidil Fitri.

Bila sebut kumpulan Noradz, mungkin ada di antara kita akan perasan, sepanjang minggu lepas, heboh sikit pasal syarikat-syarikat skim cepat kaya. Ada syarikat yang diserbu Bank Negara, kerana didakwa terlibat dalam skim cepat kaya. Termasuk dalam ramai-ramai syarikat tu, kumpulan noradz ni la.

Situasi kumpulan Noradz pada masa ini, amat kritikal. Kawan aku ajak main untuk majlis ni. Aku no hal. Hantam saja. Cuma rasa sedikit cuak dan gusar tentang kedudukan kumpulan Syarikat ni. Majlis ni pun sendiri hampir-hampir dibatalkan saat-saat akhir disebabkan kes serbuan tu. Bagi aku, tak kisah lah, siapa yang serbu siapa. Jangan masa kami main, kami yang kena serbu, sudahlah.

Katanya, syarikat ni lepasss…, tadak kena mengena dengan syarikat skim cepat kaya, dan majlis tu berjalan lancar seperti yang diharapkan. Cuma wakil daripada pengerusi Kumpulan Noradz sahaja yg berucap. Pengerusinya, Dato’ Adzhar Sulaiman tak dapat hadir. Aku lihat ramai jugak tetamu yg datang. Kesemua yang hadir adalah di kalangan ahli-ahli Kumpulan Noradz.

Aku tak de kuasa nak menjatuhkan hukuman, adakah benar kumpulan ni skim cepat kaya atau, apa. Grup kami Cuma diminta untuk main lagu, sambil-sambil mengiringi tetamu makan. Saja nak wujudkan suasana meriah ala ala kampung gitu. Disulami dengan lagu-lagu raya walaupun telinga ni dak cukup tepu nak terima lagu lagu raya. Pada aku, mood raya dah lama habis….

Oleh sebab nak meraikan majlis kawan-kawan, Grup kami hantam saja.






pada sahabat aku yang dok kat manjung, ni la gambaq tu..he he he. Aku belasah ja.. Jusnizan. Tak best la hang tak dak. Wbp, perjuangan kita dalam pergendangan masih belum selesai. Harap kita terus dan tetap istiqamah dalam hasrat dan perjuangan kita yo...

nampaknya ilmu aku dalam perbloggan ni belum cukup. Cadang nak up-load video clip lagu ni. Tak pandai. Kalau tak, boleh la kita sama-sama angguk angguk, geleng-geleng layan lagu2 camni.. ha ha ha.. dan boleh jugak layan lagu guling-guling 'Mohabbbattein'...tak pun gedik2 kaki layan lagu mak inang ka, dangdut ka..ha ha ha. tapi lagu hip-hop tak dapat la aku nak tarik...so, takleh nak buat tarian 'patah-patah pinggang' tu...

Monday, October 20, 2008

gendang berdengung.....

Lama betul aku tak jamming. Gian tahap petir 23 kali Jamal Jamaluddin di radio sinar tu. Sepanjang bulan posa, grup aku tak jamming. Bulan ibadat, kata kawan aku. Siang berpuasa, malam berterawih dan kekadang, terus sambung ber ‘morey' kerang rebus dan teh ‘O’ limau’. Di kedai paksu Mat……ha ha ha.

Lepas raya, dalam minggu lepas, kami start jamming. Bila dah lama berhenti, nak start balik rasa kembang pipi dan kebas-kebas tangan. Tune mula lari. Tempo dan beat, lintang pukang sikit. Jenuh nak ekjas. Jamming jenis macam ni bukannya by Note…semuanya by dengaq telinga, kemudian buat. Jika telinga agak2 pekak badak skit, susah la nak tangkap muzik2 jenis ni.



Sebelum main, makan minum la dulu...layan2 perut ngan layan kepala..ha ha ha.




N3 ni aku buat lama dah..saved as draft ja. Tak aku lepas lagi. Masa ni kami berlatih untuk function 19.10.2008. Untuk n3 function aku akan boh dua tiga hari lagi. Sekarang ni aku baghu balik function tu..kepala masih dok weng-weng. Tak buleh nak tidoq.kawan aku kat manjung, hang tunggu la. Aku boh n3 ni dulu. N3 function tu aku boh kemudian. Sori tak dan nak ajak hang sekali. Job terserempak la.....