Jom...

Friday, January 30, 2009

Sedap sangat kah makan luar..?????

Kelmarin, semasa dalam perjalanan balik ke Bangi, aku singgah di R&R Bernam. Cuaca tak berapa nak sihat. Hujan yang turun cukup Rock n Roll. Nak memandu pun tak berapa nak best!. Aku tak nampak depan. Pengelap cermin pun satu hal. Dah kurang kudrat menepis air. Nak kena ganti baru barangkali. Apa kes kat highway kena speed 40km/j. Baik naik basikal.

Bila keadaan pun dah jadi kelam kabut, spontan tangan memusing stereng ke kiri. Menghala ke parking lot yang penuh sesak dengan kereta yang banyak. Mungkin sebab tuhan nak tolong, walaupun penuh, dapat jugak aku parking. Ada satu lot, mungkin dah reserve utk aku….ehem!.

Sambil menghirup kopi 0 panas, tangan menyelak akhbar. Sambil menanti hujan reda. Lama jugak lepak situ. Hujan masih heavy metal rock. Tak ada nampak gaya-gaya nak ronggeng sikit-sikit pun. Aku terus membaca. Hingga ke ayat-ayat iklan pun habis semua aku baca.

Sampai dah takde apa lagi nak aku baca. Maklumla…. duduk sorang sorang. Dah tak tahu nak buat apa, mata meliar usha orang. Perati gelagat orang memang termasuk dalam senarai hobi aku. Macam-macam gelagat orang. Sekadar memerhati. Buat modal nak berkartun. Kekadang idea datang tika-tika macam ni la.

Sambil mata melirik tengok gelagat orang, terpandang pulak sebuah gerai buku tepi tepi situ. Ada satu tajuk yang tertulis kat muka depan sebuah majalah tu, ‘ Sedap sangat kah makan luar’.

Er..Makan luar?....

Hmmmm….aku tertarik dengan perkataan ni. Dua perkataaan sebenarnya. Perkataan membentuk satu makna yang cukup tak sedap kita dengar. Bermacam makna dapat kita tafsirkan. Jika aku tanya korang apa makna, pasti jawapan yang aku dapat bermacam-macam. Maknanya boleh ditafsir daripada pelbagai aspek.

Tak payah la nak pikir panjang-panjang tentang aspek mana. Dalam konteks perkahwinan, makan luar merujuk kepada perkataan curang dan tak setia. Samada laki atau bini, suami atau isteri, salah seorang curang pada pasangan masing-masing atau masing-masing curang pada pasangannya. Kata orang, laki keluar pintu depan, bini keluar pintu belakang (anak?... terjun tingkap…)

Dulu-dulu, selalu kita dengar kes kes bini mengamuk sebab laki curang. Laki makan luar. Ada spare-part di luar rumah. Dalam kes-kes ‘kereta’ kat rumah ‘liking…’ atau ‘semput’, dicarinya ‘kereta sapu’ kat luar. Ataupun, memang jenis dia suka mencari ‘kereta sapu’ walaupun ‘kereta’ kat rumah masih elok, ‘enjin’ masih steady, kata orang.

Tapi sekarang, banyak pulak kes bini-bini pulak makan luar. Pernah la jugak aku terbaca kat satu akhbar tu…kes bini-bini makan luar. Dengan bangsa asing pulak tu. Daripada nama yang ditulis…walaupun bukan nama sebenar, dah boleh agak jenis bangsanya. Dah tentu sama macam kita jugak. Nampak gaya ‘kereta-kereta’ Melayu zaman sekarang ni dah pandai pilih-pilih ‘pemandu’ agaknya.

‘pemandu’ yang selalu naik mungkin dah tak berapa nak best!. Lantas dicarinya ‘pemandu’ luar negeri. Difahamkan, ‘kereta-kereta’ ni cukup berahi dengan ‘pemandu’ luar negeri…Rusia, Amerika, Negro atau Bangla. Selalunya golongan eksekutif atau profesional jadi pilihan mereka. Dahsyat betul c.c ‘kereta-kereta’ Melayu kita sekarang nih…

Berbalik kepada tajuk, sedap sangat ke makan luar?....sedap ker?..Soalan ni aku tak reti nak jawab….ada sapa sapa yang boleh jawab?.....

13 comments:

Mak Su said...

makan mekdi sekali sekala ok ler, tapi sekarang zaman boikot, so beli nuget local, sendiri goreng, dan makan kat luar rumah untuk dapatkan feel.

one love said...

okay cikgu, saya ingat saya nak jawab, tapi takut cikgu salah sangka pulak nanti...
tapi sebab cikgu dah bertanya, saya kena lah jawab...

kdg2 kereta kat umah ni marah dengan pemandu sebab pemandu tak layan kereta sepatutnya...

susah nak cakap! tapi dari segi akidah, memang dah terpesong lah! no argument on that. cuma kalau dibincangkan dari sudut kereta-pemandu ini, masing2 punya cerita masing2!

saya? m hepi :) dan selalu mintak pemandu saya kawen lain kalau dia mau... sebab saya memang jenis yang TAK KESAH punya!
percaya tak? he will nod kalau cikgu bertanya!

so, segalanya bergantung pada kisah masing2... :)

Tera said...
This comment has been removed by the author.
Shifu67 said...

sedap ke tidak 'makan luar' ni ko kena tanya Lukman..... pasal dia yg selalu promo kedai2 makan kat sepanjang jalan dia pegi.... Aku tak suka 'makan luar'.... aku lagi suka yang mem aku 'buat'.....

xiiinam said...

Cikgu oden

Rindu akan isteri/suami sendiri lalu makan bersama….mengundang pahala…dan kemanisan
Rindu akan isteri/suami orang…lalu makan di luar mengundang dosa…dan kehancuran
Bergegar tiang Arasy Yoeb…..semoga Allah kukuhkan tali ijab dan qabul kita dan pasangan yang telah disuratkan buat kita….

lupekanje said...

makan luar? ramai gak org2 kita yang suka makan luar...menyebabkan ramai jugak yang terpaksa makan dalam... yang makan dalam ni, diam je...sediam org yang makan luar. Bezanya, orang yang makan dalam ni...hati dia hancur...remuk cam keter kancil yang dilanggar lori treller..totally damage punya..payah nak sembuh.
Cuma, kalau orang itu orang yang beriman, tidak akan ada istilah makan luar, maka tidak perlu lah ujudnya istilah makan dalam juga.

Sekian, buat renungan yang suka makan luar.

tasikmerah said...

dulu ustaz aku kata. mmg la sedap sbb ada setan bertenggek. yang sebenarnya, rasanya sama saja.

bagi aku. rumahtangga dikemudi suami. jika suami pandai mengemudi, sang isteri tak mungkin teringin nak makan luar.

jika tidak mahu sang isteri makan luar bermakna sang suami juga perlu bertindak yang sama. tak gitu?

:)


.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

maksu:
ya ini baru betul betul makan luar....luar rumah!

one love:
betuah kalu dapat ayat2 macam hang...

shifu67:
hang pemandu yang baik.

cikLah:
mudah-mudahan....

acik:
ya..makan dalam lagi sakit dari makan luar...

betul tasik:
makan luar dengan makan dalam, rasanya sama saja...(bila masa aku rasa, haih!) ha ha ha

iina said...

Cikgu dulu masa bz mmg selalu mkn luar pe.. siap tapau gik nak buat camno dah kelas smpi malam hehehhe.. mkn luar yang lagik 1 tu.. tepuk dada tanya selera.. apapun juga mesti ada sebab musabab yang menyebabkannya..

Daddy Cool said...

dEEN...lama tak dengaq habaq...amacam study?

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

iina:
tul..skang ni aku asyik makan luar ja....keseorangan kan..haha ha

ddycool:
sehat, bro:..study cam biasa .Agak gelong sikit mulanya

ashley said...

Aku ni agak blur bab bab soalan tersirat ni jadi aku betul bendul lah jawab ye..

Kalau makan kat luar rumah tu, boleh juga la..
suami sendiri yang bawa..
jalan jalan kan kan kan..
jauh perjalanan luas pemandangan..
kalau dok terperap kat rumah, mau otak sembab semacam juga..

Itu jawapan LURUS BENDUL aku.

Jawapan tersirat lain lain aku tak berapa reti lah nak jawap kan..
.....kan kan kan..

whitetulip said...

Ko dah jawab pun, apa nak tanya lagi??

Makan luar, tak semestinya tak baik..sebab, bila kita makan luar...jimat masa nak masak..kehkeh. tapi ada pro n kontranya ler..jugak..

Err..makan ati n makan dalam tue..sama ek?

Sama2 la kita renungkan diri kita na...