Jom...

Showing posts with label puasa dan raya. Show all posts
Showing posts with label puasa dan raya. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

sesekali sambut aidilfitri ala ala amereka, beh jugak...

Buat sementara ni, aku tempek gamba dulu....nanti next n3, aku tambah teks...


Line-up band tok ketua porum (cikgu Khai, Damat, Cik, paksu, dan sorang budak kecik talented sungguh..)
Louis.....memang power lu punya sora brader.....

Timbul urat mareh...

Dato Fauzi...Tuan penasehat laman web tukugho kapongku portal....sporting..Boh selagu...sedap sora dia. Itupun kata dia, sora dah kurang sebab minum kopi o tadi....kalau tak, lagi sedap..kah kah kah...kelolo!




Dari kelmarin, aku heran, bila yuh panjat tiang, snap gambar dari angle ni.....



HUh!...

Tak nyempat nak tunggu next n3, aku dah gatal jari mengetuk aksara.

Raya tahun ni, ahli kelab Tukugho Kapongku portal, buat re-union. Pembaharuan. Ada band-band gitu. Lama dah tak mengetuk drum dan memetik gitar. Rasa malas nak bergedik kaki atas stage.

Tapi bila kena paksa dek tok ketua. Hampir-hampir diugut bunuh guna dengan cangkuk. Lepas tu nak dibakar atas zink. Abu mayat pulak nak dibuang dalam sungai. Terus aku setuju.

Memang libang libu. Lama dah tak main...kah kah kah,


Meriah Raya ini tahunnnnnnnnnnnnnnn......

*

Saturday, August 21, 2010

Bufet Ramadhan...!

Berbuka puasa ala bufet ramadhan sudah menjadi trend..Bayar duit sejumlah ditetapkan, anda berhak melahap sehingga termampu. Jika pecah perut, tanggung sendiri. Itu bufet. Itu kisah makan.

Tapi ada satu kisah lain (SINI).

Ini kenyatan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Katanya, hasil daripada pemantauan Jakim terhadap 34 buah hotel yang menganjurkan bufet Ramadhan, didapati 70 peratus daripada premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Malah menggunakan bahan yang diragui halal.

“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

Jadi sesiapa yang rasa nak berbuffet sempena bulan Ramadhan sila beringat. Ini berita aku dapat tadi.

Tapi dua hari lepas, aku dan sahabat pergi berbuka di Restoran ini.




Dan terbaca di Kosmo versi cetak, tersenarai 24 hotel yang mempromosikan Bufet Ramadhan yang tidak mematuhi piawaian halal. (Kosmo, 21 Ogos 2010:11). Sila cari dan baca sendiri. Jangan Malas!

1.
2.
.
.
..
.

11. Restoran Tupai-tupai, Kajang!
.
.
.

Restoran ini tersenarai di nombor 11. Cis!

Sungguhpun aku dan sahabat tidak berbuka secara bufet, tapi dapur yang sama aku syak mereka gunakan untuk memasak. Kemungkinan juga menggunakan bahan ramuan yang sama. Malah tukang masak yang sama. Pendek kata, jika di situ, samada berbufet atau tidak, sama sahaja.

Hmmmm......mati akal sekejap! rasa tertipu...
.
.
.
.
.

.
.
.
..
.
.
Lagi satu, tomyam dia manis!..menggelugei tekak.

*

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan yang mulia..


*

Tengok ke tajuk...macam tajuk tazkirah ramadhan...
Minta maaf ye. Tak berhajat langsung untuk bertazkirah..
apatah lagi bermuzakarah...

Cuma terkedu bila masuk ke bulan Ramadhan. Kata orang yang aku dengar, bulan ramadhan bulan mulia. Bulan Ibadat. Bulan barakah. Dan bulan ini juga arwah ayah aku ke alam Barzakh...

Tarawih pertama aku, kelmarin dulu...di surau Taman Universiti. Sg. Tangkas. Malam yang dingin dek hujan. Usai 8, aku cabut balik. Dalam kedinginan itu, fikiran aku melayang. Melayang jauh menilai diri. Aku sudah semakin laghoooooooo....

Dan, ketika ini juga. Juga dalam kedinginan malam.
Aku cuba membetulkan diri...

Moga aku mendapat kekuatan dan tetap istiqomah dalam perjalanan aku..


*

Sunday, October 5, 2008

Raya pertama #1


Mazlina, Khairuddin, Nurul Izzah, Nurul Khairina.

selamat hari raya kepada sahabat-sahabat yang menjengok...

Ni la family aku..ha ha ha

Malam raya... Aku masih di Rumah aku.

Pagi raya.... aku beraya di rumah mak mentua.

Bila tengahari....aku beraya di rumah mak aku pulak.

Bila malam....aku balik rumah aku semula...Tidur.

Indahnya raya...


Saturday, October 4, 2008

pra-N3 raya...


Aku berhalusinasi sendiri

menginjak deria sittah

meneka dalam gelap

meraba dalam terang

menyuluh waktu siang..........


Raya 2008 yg penuh rasa Suka Duka Hiba dan juga seperti Kera Sumbang...

tidak seperti yang diinjak deria sittah aku...