Jom...

Showing posts with label aku dan ukm. Show all posts
Showing posts with label aku dan ukm. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Alhamdulillah...

Syukran Jazilan Ila Allah hu Subhanahu Wa Taala..

...akhirnya, Aku selesai juga menamatkan peperiksaan Lisan seperti yang digembar-gemburkan sebagai amat mendebarkan dada aku sepanjang minggu lepas.

Jumaat sessi viva aku..tapi petang khamis aku dah tercongok di bangi. Mencari-cari tempat penginapan. Sebelum itu, ke kedai gunting Mydin, sg. Tangkas....trim rambut, misai dan janggut<-----detailkan aku bagitahu....

Teringat tempat di sekitar jalan Reko ada Reko Inn...gua stay situ...Malamnya ada pasar malam...ntah apa konsep ntah..tapi nampak di papantanda, gaya gaya Islamik gitu...

Dan....Ada satu restoran ikan bakar...baru bukak aku jangka. Last aku pergi sana belum ada lagi restoran ni....Maka, dinner aku malam tu.....di Situ....

Sebagai seorang insan yang tak lah banyak mana duit dia...aku hanya mampu mengoder ikan kembung.....jadi lah....sekadar dapat tenaga untuk menarik kain selimut...


ini saja yang aku orderrrrrrrrrr....


ini dia punya halegerrrrrr...





Malam itu, aku tak lena tido.....bedebar, beb.


Paginya, aku tiba awal....seawal 8.30....

hehehehe..awal lah tu sebab Viva start pukul 9. Tempat pertama aku tuju, bilik penyelia aku. Namanya Dr. Abdul Razaq Ahmad.

Tak kenal?...tak kenal sudah.

Tapi sekarang dia dah dapat title Prof. Madya...Tahniah Razak<----biasanya aku panggil dia Razak, jika dia tiada di depan aku..Kalau berdepan aku panggil dia, Dr..

Nak di jadikan cerita, masa itu juga aku dapat call dari En. Asrol (nama sebenar),. Pegawai yang incas viva-viva untuk student di Fakulti Pendidikan. Ada perubahan tempat. Sepatutnya di Bilik Cambah Minda. Bertukar tempat ke bilik Gerbang Minda (Tak best nama bilik bilik sini, kan?)

Sambil menunggu, sempat melilau memerhati sekeliling. Hampir 6 bulan aku tidak ke mari.



Sempat mengambil gambar Gazebo @ Wakaf @ tempat untuk student duduk menyiapkan kerja @ tempat tunggu kawan @ sekadar pembaziran.

Fikiran aku masa itu, bercampurbaur. Macam-macam masuk kepala. Tapi satu pun bukan pasal tesis..hahahahha..teringat rumah renovate aku, budak budak silat, jadual waktu sekolah, soalan exam yang skemanya aku belum buat lagi dan macam-macam.. hingga melalut sampai ke Hatnyai....Ntah apa faedah aku berfikir macam itu, saat saat sebelum masuk bilik?....ntah....tak tahu laaaa....Setan yang direjam memang setan. Pandai hasut aku berfikir macam macam di saat aku dilanda gabra.

Sememangnya aku cukup gabra dalam viva tesis ini. Gabra aku bersebab. Yang paling utama, persediaan tidak cukup. Maklumlah, dah lama sangat aku tak sentuh hal hal duniawi aku yang satu ini.

Bayangkan, sepatutnya tarikh viva tidak lebih dari 3 bulan selepas submit ke Fakulti...Tapi aku?...Aku submit bulan Nov 2010 lagi... Ini bulan Mei 2011 baru kena panggil...Itu pun selepas aku mendesak supaya percepatkan...Jika tidak, awal Jun....Apa ke hae, punya lama nunggu...

Semasa disoal-soal, aku dah ingat-ingat lupa apa kajian aku itu...Malam sebelum tu, aku ingat apa aku buat..bila siangnya, jadi lupaaaa..

Sudahnya, aku belasah ja....Harap-harap janganlah lulus aku itu, sebab mereka kesian...Biarlah sebab usaha yang aku dah buat....

Merenung pintu yang terbuka...


Merenung petugas menyiapkan persiapan yang perlu disiapkan sebelum aku kena bersiap-siap....

Tapi, apa apa hal punnn....


***
Syukran Jazilan Ila Allah hu Subhanahu Wa Taala..

...akhirnya, Aku selesai juga menamatkan peperiksaan Lisan seperti yang digembar-gemburkan sebagai amat mendebarkan dada aku sepanjang minggu lepas.

Gua dah boleh lupakan debaran dada dek hal duniawi yang satu ini...Di khabonya, gua lulus dengan pembetulan sikit sebanyak, atas cadangan pembaca....

Dia cadang, gua akur jer..Yang penting dia Luluskan gua, sudah...

Ok...
Tamat pengajian separuh masa pertama.....sekarang gua rest....
Separuh masa kedua, betul-betulkan kan sikit tesis...submit....pas tu tunggu surat konvo...

fieewittttttttttt.....

Monday, November 29, 2010

power point...

Surat panggilan untuk Viva tesis belum kunjung tiba. Masa yang terluang ini, aku gunakan untuk membuat persediaan semasa pembentangan nanti. Namun, apa yang bermain di benak aku yang separa benak ini adalah mengenai apakah yang perlu aku bentangkan dalam pembentangan itu nanti? Apa yang boleh menarik perhatian pembaca (penilai ) aku? Apa yang penilai aku ingin tahu?. Apa...apa?...apa?..

Aduh. Sakit jugak kepala. Hal ini membuat aku berfikir...
.
.
.
*Tapss..*

Idea mari..... ( " banyaklah hang punya idea.." ...terdengar Tasek Merah mengutuk aku dari Melaka).

Untuk pembentangan aku ini, cukuplah sekadar mengunakan power point saja. Adapun penggunaan kaedah power point ini adalah sejagat sifatnya. Hal yang sama seperti digunakan oleh seluruh ahli masyarakat Student yang lain.

Masalahnya sekarang, tesis aku terlalu banyak muka surat untuk aku masukkan dalam power point. Amat tidak bijak dan nampak dungu jika aku meng'copy&paste" semua muka surat, sumbat masuk ke dalam bentuk power point.

Lantas, Jantan budiman yang kurus tinggi macam tiang letrik itu memberi cadangan. Sambil dia bercakap, aku memandang.

"Kau hanya perlu letakkan point-point saja. Lebih senang untuk dihurai". Kata dia...Hmm. Nampak cerdik.

"Sebab itulah ia dinamakan power point. Hanya point-point sahaja dimuatkan. Bukan ayat berjela-jela" Dia menambah. "Dan, point itu pulak mesti la power..."

Terima kasih, Tiang letrik. Itu aku tahu laaaaa....

Yang aku tak tahu, apa point aku nak rengkaskan...po-en. tahu takkkk!!!poooo--ennn!


Haih.

*

Tuesday, November 23, 2010

lencana-lencana yang dekat dengan hati aku...

*
Di arena berpesbuk, aku jumpa semula kawan-kawan lama..dan juga aku jumpa semula jejak-jejak pendidikan aku..


(I)

Masa pakai seluar biru pendek, beg galas warna hijau, kasut putih stokin getah tak mencerut melurut ke bawah penuh lekat kemuncup.


(II)

Asrama pertama selepas penilaian darjah 5. Seluar hijau panjang, hari jumaat pakai baju melayu bersamping hijau berlencana sekolah. Pakai songkok. Minggu orientasi kena paksa hafal tahlil ingat terpacak dalam kepala.


(III)
Join masuk selepas SRP berangan jadi arkitek, tapi lingkup bila Technical Drawing dapat 9, sambil gred SPM dapat pangkat 3! bahalol tadak dah, bila gila main muzik dan join grup rock, nyaris buat album.


(IV)

Join kelas kemanusiaan, dari aliran teknik, campur-campur sains sikit-sikit, gila sempoi rasa senang, cincai main dapat skor, masuk universiti.


(V)

Masuk belajar, serupa tak belajar, janji dapat biasiswa, enjoy main snuker sampai 4 pagi. Melalak jamming dapat makwe. bertahan satu semester, kena tinggal. Sekarang apa kes lepas dapat kerja, balik sini sambung belajar. Sampai sekarang, entah bila nak setel.



Semua dekat di hati......tapi dah jauh di mata.

Saturday, November 20, 2010

Rock rock jugak, sembahyang jangan tinggal..!!


Always on my mind. Terpandang tulisan Hard Rock buat hati amba berdebar-debar. Degup jantung menjadi kencang. Terkenang seseorang!

Ok.
.
.
.
.
1. Sekarang ini dada amba sedang berdebar bercampur baur dengan serabut. Dan yang lebih menambah tak sedap hatinya apabila menunggu surat panggilan viva.....mak aiiii.....serammm!. Hanya tuhan saja yang maha mengetahui...Menunggu surat untuk viva tesis ini memang celaka dia punya debar. Tengok posmen lalu depan rumah pun dada jadi debuk debak debuk debak. Walhal belum pasti entah ada entah tidak surat. Gelabah semacam. Seperti gelabahnya kambing yang terdengar bunyi guruh, walaupun belum pasti lagi hujan nak turun. Ataupun seperti gelabahnya pemburu haram yang ternampak kelibat pegawai Mergastua di kedai kopi. Kekadang terasa seperti gelabah orang yang sakit perut terasa nak berak sangat-sangat dah dalam kereta yang terperangkap di jalan yang jeng!!.(berpeluh wehhh..)

2. Ntah bila surat itu nak kunjung tiba amba tak pasti. Pernah juga amba menghubungi pejabat. Jawapan yang amba dapat tetap sama. Tunggu surat. Jadinya amba tunggu sahaja. Amba sendiri pun dah jadi hampir hampir nak lupa, apa kebenda yang amba sudah buat dalam kajian dulu. Yang paling penting, harap-harap surat itu datang sebelum sampai tarikh tamatnya cuti belajar. Zaman tak-pergi-kerja-tapi-dapat-gaji sudah mahu sampai ke garisan penamat . Masuk saja tarikh 23.12.2010, habis dah la cuti!...

4. Selepas itu amba kembali meneruskan rutin seperti sebelum ini pergi-kerja-dapat-gaji. Cuma amba belum tahu di mana nanti amba ditugaskan. Samada di tempat lama dulu atau tempat baru.

5. Bila fikir benda benda macam ini buat amba susah nak tidur. Tengok!.Jam 2:37 pagi amba upload entry ini....

6. Tuan-tuan dan puan-puan, Sekian saja sebuah entry yang karangannya telah lari tajuk.

7. Jangan cari no 3.... Memang tiada!

*

Saturday, August 21, 2010

Bufet Ramadhan...!

Berbuka puasa ala bufet ramadhan sudah menjadi trend..Bayar duit sejumlah ditetapkan, anda berhak melahap sehingga termampu. Jika pecah perut, tanggung sendiri. Itu bufet. Itu kisah makan.

Tapi ada satu kisah lain (SINI).

Ini kenyatan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Katanya, hasil daripada pemantauan Jakim terhadap 34 buah hotel yang menganjurkan bufet Ramadhan, didapati 70 peratus daripada premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Malah menggunakan bahan yang diragui halal.

“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

Jadi sesiapa yang rasa nak berbuffet sempena bulan Ramadhan sila beringat. Ini berita aku dapat tadi.

Tapi dua hari lepas, aku dan sahabat pergi berbuka di Restoran ini.




Dan terbaca di Kosmo versi cetak, tersenarai 24 hotel yang mempromosikan Bufet Ramadhan yang tidak mematuhi piawaian halal. (Kosmo, 21 Ogos 2010:11). Sila cari dan baca sendiri. Jangan Malas!

1.
2.
.
.
..
.

11. Restoran Tupai-tupai, Kajang!
.
.
.

Restoran ini tersenarai di nombor 11. Cis!

Sungguhpun aku dan sahabat tidak berbuka secara bufet, tapi dapur yang sama aku syak mereka gunakan untuk memasak. Kemungkinan juga menggunakan bahan ramuan yang sama. Malah tukang masak yang sama. Pendek kata, jika di situ, samada berbufet atau tidak, sama sahaja.

Hmmmm......mati akal sekejap! rasa tertipu...
.
.
.
.
.

.
.
.
..
.
.
Lagi satu, tomyam dia manis!..menggelugei tekak.

*

Friday, July 30, 2010

Cetusan hati dan dedikasi....

Layan lagu ni........tiba tiba jadi sayu la pulak....isk.isk...




Dah lama terdengar lagu ini berkumandang di corong radio. Terutama radio sinar. Dalam slot cetusan hati dan dedikasi Jamal Jamaluddin.............. Sungguh!..sayu lagu ni...



Sambil-sambil layan lagu, tak terasa pulak tangan menjadi rancak mengetuk kibok, meng key-in data....(pastu, lagu ni aku ulang pasang ....ulang..........ulang.........ulang.....hingga pengsan...)


..menaruh harapan agar dapat siap segala urusan duniawi yang satu ini, sebelum matahari terbit pada suatu hari nanti di hujung bulan november.......Pasti?


*

Friday, July 16, 2010

teman lamaaaaaaaaaaaaaaa........dulu.

*

Dalam FaceBook, segalanya mungkin berlaku..bak kata Hasbullah Awang. Ya. Tanpa disangka-sangka, kita boleh bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama yang terputus hubungan (walhal dulu pun sama jugak, bukanlah ada apa-apa hubungan pun..)..


Tadi..ada sorang sahabat. Dia klebek foto aku dalam FaceBook..Bolehkah dia kata aku ini kerja kartunis?...Itu sebelum aku bersembang panjang dengan dia...


Bila dah tahu kedudukan perkara sebenar..dia gelak ja.....

"apasal gelak?"..aku tanya dia..


"gelak la...muka kahaq macam hang jadi cikgu...sah kecut budak-budak sekolah bila hang lalu". ayat dia, sambil disambung dengan ayat,... hahahahahahahahah...


aku sambut juga dengan..... hahahahahha.... jugak. (Muka kahaq tapi hati baekkkk...kata aku dalam hati, memuji diri sendiri...)







koma.

yang betulnya, aku sendiri confius.....apa yang aku buat selama ini betul atau tidak..Semuanya memenuhi tuntutan minat aku dan minat orang lain.

Justeru, sementara oksigen masih sudi masuk ke paru-paru, Kesemua tiga perkara aku jalankan serentak dalam kehidupan aku.......Mengajar, Melukis dan Muzik....(rasa nak tulis buku pasal ketiga-tiga perkara ini dalam kehidupan aku...Ya...aku akan buat.!)...Tapi bila aku sudah siap tulis tesis aku dulu laaaaaaa!

Ya!...tesis aku sudah mencecah tahap kritikal......Tahap lintang pukang...Tahap yang memerlukan aku pening-pening kepala....Nak analisis. Nak menulis. Nak membaca semula..nak repair...nak kena dengar komen penyelia..Jenuh nak susun semula.

Dan. Hanya pada Allah saja aku panjatkan doa, agar aku masih tetap istiqomah dalam usaha murni ini..................... (cam harem ja ayat..hahahaha)



Salam....


(Tengah tune otak untuk menulis semula.......

*





Saturday, July 10, 2010

first time keluar akuarium...

Dah lama gambar ni terperuk dalam folder foto. Tidak diusik semenjak pulang dari bandung. Ini kali pertama aku keluar negara. Berbanding kawan-kawan yang lain sudah menjejak kaki merata dunia. Beijing, Perth, Melbourne...malah Cape Town.

Aku?..mmmm...jika saja saja nak pergi tak terpergi nya aku. Kebetulan dapat pelawaan penyelia untuk bentang paper..hantam saja. Sebetulnya, aku dah hilang semangat ketika nak pergi. Semua gara-gara barainya perancangan awal seperti yang dimaklumkan.

Dalam jiwa tak berapa nak molek, aku gagahi juga. Kata orang, nasib orang hanya tuhan yang tahu. Kekadang, rezeki orang bergolek di depan mata, tanpa perlu berusaha. Sedangkan kita, bertungkus lumus, jangan kan rezeki yang datang, malah petaka yang tiba..........Kesekian kali, Aku masih bersyukur dengan rezeki dan ujian yang diterima.....


Brader Ahmad...Phd student...pergi bawak Family....Sama seperti dalam plan aku. Hendak membawa kedua puteri aku bersama. Tapi tak kesampaian....

Bersama Irwan dan kak apa nama la tah...lupa..(nanti bila aku ingat,aku taip balik..malas nak tunggu lama-lama..pasni aku nak publish post dah)
Sampai di Pintu ketibaan Airport Bandung...lagi skali aku lupa...Apa ke nama ntah Lapangan terbang ni...Malam weii......malam.....Aku sampai malam...naik flight malam...

Di Sambut pihak urusetia...di sana dipanggil Panitia..Ya pihak Panitia Seminar...Dengan bas, kami dibawa ke Hotel Penginapan....dan terus ZZZZZZZZZ.......

Besoknya, kami diiring ke tempat seminar. Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung. Hujan turun renyai-renyai...Sempat jugak berbual dengan urusetia yang mengiringi kami. Bertanya serba sedikit tentang bandung. Banyak yang diberitahu....cuaca, geografi, makanan, orang...tapi kan, bila sudah ramah, topik perbincangan menjadi semakin luas. Hingga lajak ke topik Dangdut....masajjjjjj..disko dan goyang gerudi Inul...hahahhaha.......


Rehat selepas keynote speaker....Jamuan ala kadar.....tapi kek dia sedap....masa balik, aku angkat dua tiga peket sebagai ole-ole....




Bila rehat tengah hari, kami dijamu dengan nasi.....Tak terbayang langsung bagaimana cara jamuan yang disediakan. Seperti kebiasaan kita di Malaysia, makan secara buffet...Tetapi di sana makanan disediakan di dalam kotak.

Ada tertera nama nasi yang disediakan syarikat Catering....Lupa nama syarikat tu..Dalarouske menda ntah...Tak kesah la apa nama pun, cuma aku tertarik dengan nama-nama nasi dia. Tersentak bila silap baca, "Nasi Liwat"..hahahahahaha..

Student.....mmmm...ini lah student bakal pendidik sekolah iIdonesia...Difahamkan, Universiti ini mengeluarkan guru-guru yang bakal mengajar di sekolah-sekolah seluruh Indonesia...!

Pembentangan paper aku.....Bila tengok list, Mak Aii..nama aku first. Bermakna, gelanggang aku yang kena sepuh dulu....Mana tahan beb....

Pertama kali membentang kertas seminar. Menggigil jugak...Cuma aku bernasib baik sebab pembentangan dibuat secara grup. Sekurang-kurangnya, secara psikologi gigil itu teragih sama rata dengan ahli grup yang lain..hahahaha...kurang lah sikit tekanan.

Aku belasah ja..................apa la korang tengok tu?.......mmmm gambar blur...tak reti nak ejas setting kamera. Setting dia lari, semenjak semut masuk buat sarang....

Seminar tamat sekitar jam 5 petang....Apa jadi selepas itu.?..Susah aku nak gambarkan melalui perkataan dan ayat....semua aku taip dalam memori aku.......tak boleh nak share, OK!..

Esoknya, kawan aku ajak pergi.............jalan2 sekitar pasarbaru......beli itu, beli ini, tengok itu, tengok ini.....

Cuma yang aku nampak, sekitar pasarbaru ni......kelam kabut. Sesak....Ramai umat...

bila Malam baru nampak pintu bilik hotel....itu pun selepas merenderk sekitar rumah mode, Cihampelas Walk, Dago ...

Sambil diiringi..pemuzik Jalanan....busker ni.....mak aii...lagu yang dibawa...itulah kehidupan mereka>....aku dengar lirik dia....betul-betul merintih....




Sini lah tempat yang buat orang pompuan lupa diri.....beli baju macam kat rumah dah takdak langsung baju nak dipakai.....kalau boleh, dengan rak rak baju pun nak dibawa balik....Aku?...aku rilek ja....ada la sekeping dua yang dibeli..hehehehe...

budak ni....start dari aku keluar kedai...dan sepanjang jalan time aku nak cari barang.....ikutttt ja..bukan dia sorang....ramai lagi budak seusia dia berkeliaran menadah tangan minta duit..Tidak kurang juga yang menjual barang...

budak ni...malu....paling muka bila nak snap gambar...


itulah.......dalam pada itu, sebenarnya aku tak puas berada di bandung....lebih-lebih lagi.....

Banyak tempat yang tak sempat aku pergi.....................


Ketemu lagi....

Sunday, April 4, 2010

kadang-kadang kita jadi mamai tak ingat...

****
Apa perasaan tokey restoran jika ada seorang pelanggannya terus belah setelah selesai makan sambil melepaskan sendawa sedas dua tanpa pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan yang dimakan dengan tanpa ada rasa bersalah sebab makan free..?

.......

ha ha ha......aku lah pelanggan mamai itu...terlupa beb!..

Lepas makan aku angkat punggung. Selamba rock aku pergi ke kereta. Terus gerak ke Library di Kampus tepi bukit itu. Bila sampai. Parking kereta. Terasa macam ada benda tak setel. Aku tak berapa pasti apa perkara yang tak setel. Sambil bawak kereta tadi pun jenuh memikirkan apa benda rasa macam tak setel ja....Jadi serba tak kena....Tapi aku tak dapat kesan....

Semasa berjalan menuju ke tangga khutub khanah Universiti Tepi Bukit itu baru teringat, makan tadi belum bayar. ha ha ha....loklaq betuii.. Patah balik ke kereta. Terus ke kedai makan tu.

Dari jauh dah senyum kulat-kulat kak kaunter...Aku syak dalam kepala otaknya, terselit ungkapan, Nak makan free ke mamat ni..?..

Tapi aku tak kesah apa dia kata..memang aku lupa sungguh...biasa lah ...mamai ni bukan tentu ketika kalau nak jadi....Tapi kes lupa nak bayar ni, tak lah seteruk kes seorang kawan aku dulu....

Dah sampai sekolah baru sedar...kaki kanan kasut lain, kaki kiri kasut lain......masa keluar rumah tu, main sarukkk saja...tak tengok dulu. Lagi tepat. Memang Mamaiiii......hahahaha!


Salammm Hormat...

*

Friday, April 2, 2010

ok....

n3 kelmarin aku buat dalam keadaan diri kucar kacir. Mengenangkan banyak perkara nak difikir dan buat. Nasib baik otak kecik aku tuhan jadikan berbelak-belak, berlekuk-lekuk...jadi boleh jugak, selit-selit ruang untuk berfikir tentang semua perkara serentak. Sekali gus.

kakak, dah ok. sakit pedih ulu hatinya itu, aku syak memang dia mewarisi aku. Pernah dulu aku ceritakan tentang sakit aku...rasanya tahun lepas..tak pun dua tahun lepas. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, dah lama dah....

Sesekali dia datang juga menjengah perut sekali sekala...Jenuh jugak menahan. Jika sekarang, aku kena serang, pasti ramai yang akan berkata puncanya stress...ya la...asyik merungut tension, kalut, banyak kerja.....(sebahagian kata-kata daripada kawan terhadap aku, sejak dua tiga menjak ini)

Berkenaan Projek study, aku masih keliru. Di tahap mana aku berada sekarang. Cuba tengok langkah-langkah nak buat tesis.....kalau lah ada siapa siapa sini nak buat tesis ..(jangan tanya mana sumber aku dapat)..hehehehe..

Langkah membuat tesis

1.Mencari masalah kajian dan membuat pernyataan masalah(selagi tak dapat, selagi itu kau akan bermasalah)

2.Terkial-kial

3.Berhempas pulas membaca tesis orang untuk dijadikan panduan(harus diingat ini bukan langkah untuk meniru, plagiat atau koyak kulit buat kulit baru yang ditulis dengan nama sendiri-haram)

4.Laksana kajian dan mengutip data

5.Analisis data

6.Menyaring, menilai dan tulis, Tulis, tulis.........hingga siap!

7.Hantar untuk semakan penyelia. (yang pasti, kena ulang semula langkah 6... tulis, tulis, tulis...till fade)

8. Viva<-----serammm...

9.Baiki semula. Jika tak kena gaya, kena patah balik langkah 1, ulang sehingga langkah 8. Kalau ok, boleh dengan bergaya ke langkah 10

10.Hantar yang dah siap

11.Duduk lepak atas balkoni rumah, sambil pekena kopi dan sebatang dua rokok dunhill menunggu surat panggilan utuk konvokesyen.

Salammm..hormat.


*

Thursday, January 7, 2010

Boleh Kenyang ka?....

Tadi aku ke Eprd meninjau bahan tesis. Aku cakap tinjau sebab memang betul-betul aku tinjau..Haram sepotong ayat tak menulis lagi....Masih terkial-kial memilih permasalahan kajian. Bila waktu masuk dekat dekat jam dua petang, perut aku auto lapar. Baru sedar tak lunch lagi...

Punya khusyuk membelek hasil kerja orang hingga aku terlupa ke perut sendiri. Jika khusyuk itu diberi markah, mungkin aku dah boleh lulus, hanya dengan markah khusyuk itu tanpa perlu membuat tesis!...

Tempat makan aku di Cafetaria, area area situ jugak....Tapi yang bestnya, atas meja makan di situ banyak info yang dorang tampal-tampal..

Di meja yang aku duduk, tertulis info ni...aku rasa nak tergelak...lantas segera meng'snap' gambar. Korang tengok la....

Boleh kenyang ka makan macam ni?.......


hahahahaaa.......



Lupa nak bagitahu, aku makan di Cafetaria Bawah Blok Kementerian Kesihatan.....Patut la.


*

Thursday, December 17, 2009

Penantian satu Penyeksaan.....

Bila dah sampai...hilang seksa....





Alhamdulillah.....



Bersambung.....

Mood untuk menulis sudah hilang untuk sementara waktu...kerana dihimpit oleh 'lembaga' yang menyenakkan kepala...




SALAM MAAL HIJRAH........

Tuesday, November 10, 2009

bila geng senja berlabun...

Hari Selasa.


Aku nak pergi ke rumah abah. Nak pinjam buku pasal Polis. Aku dikejami penyelia agar menulis tentang tokoh wira Malaysia. Ada 100 orang kesemuanya. Namun, Aku cuma diminta untuk menulis tentang 6 tokoh sahaja. Itu pun kalau boleh aku nak escape…tapi tak mampu nak menepis. Nak tak nak, terima jugak.


Semua lima yang lain dah setel. Cuma pasal Tun Mohamed Salleh Ismael ni ja aku blur. Bahan tak cukup. Bila mintak pada abah, dia cakap ada buku tu. Lega. Maklumlah, dia tu pencen polis. Walaupun Cuma PVR, tapi semangatnya pasal polis-polis ni ngalahkan polis regular. Peminat setia gerak khas. Bila rancangan ini ke udara, jangan siapa kacau. Kosentret.


Berbalik cerita tadi, sebelum ke rumah dia, aku singgah di pekan Batu Kurau. Jika hari selasa, pekan Batu Kurau cukup best. Ada pekan sehari. Sinonim namanya pekan selasa @ pekan lasa @ kas selasa @ kas lasa. Nama ni aku turunkan, sebab pada aku, pekan selasa ni dah cukup lama maujudnya. Sejak bila kewujudannya, tidak aku dapat pasti. Setahu aku, sejak kecik, sedar-sedar dah ada dah.


Tanya lah siapa pun dalam kalangan warga Batu Kurau. Semua kenal. Semua tahu. Jika ada yang mengaku tak tahu pekan selasa, memang jenis dia tu spesis tanggang aku syak. Jenis kacang yang lupakan kulit.


Sementara menunggu abah aku balik dari kas selasa, aku singgah minum di kedai kopi paklong moner yang cukup gah dengan kotiau sayur dan mee bandung. Ntah apa ramuan yang dia guna, aku tak pasti. Jika ditanya, aku pasti menjawab, di situ lah mee bandung yang aku boleh makan. Sedap. Boleh repeat dua pinggan.


Masa aku tiba tadi, meja dah penuh. Tak ada tempat kosong. Yang ada Cuma sebuah kerusi di meja orang. Terpaksa aku berkongsi meja dengan sorang pakcik. Dah tua dah pakcik ni. Agak-agak aku, mencecah 60 lebih. Makan subsidi dah umurnya. Ayah aku dulu selalu sebut. Umur takat 60 saja..kalau umur panjang lebih dari itu, di kira dapat subsidi . Kena beringat. Ntah la..(alahai, teringat ayah la pulak…)


Dalam hati, aku berkata-kata. Apa salah duduk makan sekali.. Bila dah siap makan, pakcik tadi mula bersuara. Bertanya. Berkenalan. Bersembang. Walaupun aku mulanya agak kurang berminat. Nak cepat pergi ke rumah abah sebenarnya.


“duk mana?”..pakcik itu mula menegur. Aku tidak terus menjawab. Aku sedut teh ais yang mula menitik-nitik airnya di luar gelas. Sambil menyedut, aku menjeling, memerhatikan karekter pakcik itu. Berambut putih, berbaju coklat pudar seakan-akan warna teh ais kedai makan Melayu yang kurang susu tapi terlebih gula.


“Saya duk di Jelai”. Aku jawab. Ringkas. “saja maghi tengok kas lasa, lama tak maghi”. Sambung aku, saja saja nak buat ramah. Aku fikir dengan jawapan yang aku bagi, pakcik tu tak bersuara dah. Aku tengok dia cuma angguk.


“Sorang ja?..tak maghi dengan orang rumah?.” . Pakcik tu dah mula nak bersembang. Aku cakap orang rumah kerja. Bermula dari situ, aku bersembang ghabung dengan pakcik nan sorang ni. Rupa-rupanya, dia ni duda. Bini dia mati 6 tahun lepas. Sekarang hanya duduk menumpang di rumah anak perempuan.


Anak ada lima orang. Yang bongsu kembar. Lelaki. Yang sulong dan nombor dua, juga lelaki. Semua anaknya dah berumahtangga, kecuali anak yang bongsu kembar itu.


Bila dah rancak bersembang, terlepas pulak satu soalan dari mulut aku. Bertanya, kenapa tak kahwin lain. Sambil masam mencuka, pakcik menjawab.”Anak tak bagi kahwin.”. tergamam dengan jawapan dia. Biar betul pakcik ni.


“sebenanya susah duk lagu ni… anak-anak tak faham. depa ingat senang duduk sorang”. Sambung pakcik tu. Kata-kata dia ini menarik minat aku untuk terus bertanya. Dari cerita pakcik ni aku dapat tahu yang anak-anaknya tak berapa suka ayah mereka berkahwin lain. Itu cakap dia. Aku tak pasti samada dia bercakap betul atau berbohong.


Tapi aku cuba juga mengusik. “Takkan pakcik takdak sapa- sapa yang bekenan?”..Tanya aku. Sekadar nak menghangatkan lagi suasana. Sementara, nak habiskan sebatang nikotin dan tar berjenama Dunhill itu.


“:payah adik woooi…Bukan takdak. Ada. Tapi kaaaa..(panjang ka nya itu)..,yang kencing manis. Yang darah tinggi. Yang Lelah. Ada yang sakit jantung. Habis!..lagu mana nak bela aku…depa pun sakit…hahahaha”. Terang pakcik ini. Disambung dengan gelak mengekek. Ketara nampak gigi dia tinggal tiga empat batang. Turus pagarnya dah rompong.


Bila sampai bab ni ada dua perkara yang aku musykil. Pertama, Betul kah anak pakcik ini tak bagi ayah dorang kawin atau pakcik itu sendiri yang tak dapat calon. Cari yang sama batch…memang la, macam2 penyakit duk ada. Cari la yang steadi skit…(aku kata dalam hati saja…)


Dan satu lagi yang aku musykil. Apasal dia panggil aku adik. Adakah dia nak tunjuk yang dia tu masih muda..atau dia nak kata yang aku ni agak-agak semacam baya baya dia?...Dia muda atau aku tua?....hahahahahahahah (dalam hati jugak…)


mmmm…aku dah tua kae?...wokpa duk ghasa macan muda jaeeeee....hahahahahha!!..



bersambung…(tahun depan!)



*

Sunday, October 25, 2009

Nostalgia : Rock dan aku...

Bila sebut muzik rock, aku teringat zaman-zaman muda dulu...hahahahah Nostalgia bro. Nak nak, bila aku belek2 blog sahabat aku ni. Anjang. Ada dia bubuh gambar masa jamming di Kamsis D dulu.

Dah lama jugak aku ni mula main muzik rupanya. Tapi aku dah stop bab muzik-muzik moden ni...Aku kosentret ke tradisional...Gendang silat..Serupa macam aku ni semua nak tibai buat.

Seingat aku, mula aku kenal-kenal dengan rock ni...masa sekolah aorob dulu. Zaman tu, grup search dah keluar dengan first album..Cinta buatan malaysia. Betul la cakap ko, anjang....kumpulan ni memang cukup mempengaruhi budak-budak sekolah masa tu.

Cuma sebelum tu, aku dah terpengaruh dengan grup Sweet Charity. Kata kawan aku..kumpulan security...hahahahahah.....Ramli sarip dengan sora serak-serak tertelan ekor cicak tu cukup memberi kesan. Lagu teratai.....Batu... ntah banyak lagi.

Yang aku ingat lagu Tajam-tajam tu...Dengan lagu ini juga aku mula bermain gitar dengan cord dalam. Dulu main dengan cord luar...Rasa bodo ja...Bila kenal cord dalam..rasa macam terer . Bangga gila. Pada hal sama ja....selang dua fret..susunan cordnya sama ja...cuma bila pegang gitar main cord pacak....rasa bangga. Campur berlagak la skit. Boleh berlagak dengan kawan-kawan yang masa tu baru nak kenal cord A minor, D minor, G, F, E minor..pastu tu, turun A minor balik..hahahah... balik-balik ulang yang tu ja...tak kira apa lagu...macam aku jugak mula-mula tu...

( nizam: spell cord tu betul ka?..atau code..atau chord...atau kod ja.)

Zaman tu, bab dressing jangan cakap la.....flunce search, dengan seluar ketat, warna warni lagi....hijau ada, merah ada, kuning pun ada. Nasib baik golongan istana dah tak kesah rakyat jelata memakai baju kuning berbanding zaman dulu dulu... Bahkan warna pink pun ada jugak aku pernah tengok..hahahaha...Masa tu kalau cakap pada mamat rock tu, warna pink untuk golongan Gay, mahu dia bakar ja seluar tu...Tapi tak kira sangat. Asalkan nampak macam rock, pakai ja....

Teringat kawan aku, curi skarf mak dia...semata-mata nak ikat di peha. Istilah-istilah mat rock cintan, rock leleh cukup popular. Cuma aku heran masa tu, pakaian gila ganas..rambut gila mengerbang sampai susah nak kenal mana mamat, mana minah.. Mana jantan, mana betina. Tapi bila jamming dalam studio..lagunya...meleleh gila.....lagu cinta ..hahaha.

Betul cakap ko anjang, zaman tu kumpulan gersang memang dapat gelaran. Kumpulan telur terbang. Aku heran, asal dia buat konsert ja...tak kira di mana, telur mesti melayang naik stage. Ada sekali aku dengar cerita masa zaman tu,,di Funfair Taiping...kejadian macam ni ada juga berlaku. Gigih sungguh orang yang sanggup bayar tiket funfair semata nak baling telur ke Man Bai....


gambar masa di Teknik penang....masa iring mak, bapak, cikgu-cikgu makan masa mesyuarat PIBG...
Aziman (lead gitar).., din (Drum)..Mi.(bass)...ada mamat pakai tai londeh (pesen tu..) pakai baju pengakap tu.. er..er..tukang tarik langsir...bukan pemuzik...

gambar ni aku cilok dari blog anjang.....badan ko masa ni saiz L ja njang....hahahahahah. Sekarang aku tak tahu la berapa L nyer dah...(gurau njang...gurau,..)
Aku lupa sungguh nama mamat yg duduk belakang aku...Faris , anjang...mungkin korang ingat...dia tak main apa masa tu..tapi dia naik jugak ke stage..hahahah...support member punya pasal..

Tuesday, October 20, 2009

Demam pereksa...

Bila sebut exam, aku rasa macam dah nak demam-demam. Memang...sejak dulu. Ntah apa pasal ntah. Asal saja nak mula minggu exam, demam ketar dada deguh deguh pasti datang. Buk bak buk bak ja....Ibarat senggugut. Datangnya bermusim.

Ya....Jangan kata budak sekolah saja nak exam. Ni... bapak budak pun dah kena badi exam. Aku teringat kan kak Tiny. Kawan Blogger aku suatu masa dulu..(sekarang ni dia dah jarang ke blog aku dah..eksyenn woo dia la ni..hi hi hi....). Selalu dia menulis tentang subjek ni..statistik.....aku gelak ja..Tapi sekarang ni aku syak, dia mesti guling-guling gelakkan aku yang tension tension pasal nombor-nombor nih...

Walaupun cuma satu subjek....tapi pada aku, bahana beban yang ditanggung seperti batang balak beratnya. Kemungkinan cuma aku saja yang rasa camtu. Mungkin pada orang lain, tiada apa apa kesan....Tapi, itu lah....

Yang nak dibaca, tak terpermanai banyaknya...

Jadi, kepada mereka yang selalu bertanyakan aku, kenapa tak update blog,?

dan, inilah jawapan aku..

Aku pinta korang tolong doakan aku....tolong doa supaya pemeriksa kertas tu...terbuka hatinya nak excelenkan result aku....tolong, ekk!...(walaupun aku masih blur, apa kejadahnya statistik ni..hahahahahah!)


salam hormat, hamba mengundur diri....sementara waktu.

Saturday, October 3, 2009

RAYA: Episod 6 : Jamuan Raya Pensyarah paling sempoi..

*
Tengah rilek-rilek buat keja, sambil didendangi lagu-lagu rock kapak 80an..ha ha ha.....dapat satu sms.

Kelas batal. Sila ke rumah saya untuk jamuan raya..ha ha ha....sms dari lectr aku....molek sangat la....Aku syak dia pun sama macam aku... Mood rayanya mungkin lajak sampai raya haji....

Jam 5 lebih camtu , kami gerak ke rumah dia.....


Tetamu lain belum ramai.....kami terawal...bukan sebab kebuluran nak makan banyak, tapi datang awal sebab nak bergegas ke kelas jam 6 ptg pulak lepas tu....kelas yang lectrnya...mungkin dah klimaks mood rayanya... barangkali..ha ha ha...

bergambar dengan our Lectr...Anuar Ahmad...berkemeja putih....

Bersama kawan sekelas....sorang lagi berdiri di belakang kamera.....tukang puko gamba....dua orang lagi tak hadir....kelas aku cuma 6 orang..ha ha ha...bahagia betul masuk kelas ni..macam sembang kat cafe...



*
Habis cerita raya di kariah kedua.....aku balik kariah pertama. Aku merindui dua orang anak dara aku ni.....




salammmm hormat..

*

Friday, October 2, 2009

RAYA: Episod 5 - Water Lily n Abg. Razak

*
Episod raya aku masih lajak ni. Brake tak makan. Aku sudah berada di kariah kedua. Semalam, aku menerima kunjungan sahabat porong. Man G, Bero. Diterjahnya rumah aku, tika aku memang dalam kelaparan. Molek sangat. Bila sampai, aku ajak keluar makan.

Pergi pekena nasi beriani Gam , Sri Ghazal. Bandar Baru Bangi. Sedap tu memang la sedap. Tapi Kambingnya tu..., jahat. Perut aku menjadi medan peperangan. Kambing berperang dengan kuah kari roti canai sarapan pagi sebelum itu. mangsanya aku la...

Bila petang, ada lagi kunjungan raya....daripada Kak Waterlily n Abg. Razak. Sori...Tiada jamuan kueh raya. Hattta air sekalipun. Air mineral ada la sebotol kecik. Tu pun dah tinggal suku. Rumah aku tiada mende..ha ha ha. Just sembang-sembang.

Sori ek....dan, pada siapa siapa yang nak mari raya umah aku, kena sanggup la sembang-sembang kosong. Nganga la kekdahnya. Takdak menda..ha ha ha.

Dorang datang bawak buku selonggok sajak SALUN EKSOTIKATA. Buku ni aku pesan suruh dia bawak. Aku nak beli.

Aku kata meja aku berserabut...Takpa. dia jawab...Biasa lah...Cikgu paling bizi dalam dunia..ha ha ha....

kak Lily...Terbaca ayat-ayat hang...

"terima kasih kerana menyokong.. mengunjungi blog di waktu terang dan waktu kelam"

.
.
.
.

sama-sama... Salammmmmmm..hormat.