Jom...

Showing posts with label Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Rumahtangga. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Pisang rebus kopi O...

Kelmarin aku balik ke rumah emak. Selepas selekoh, ternampak dengan jelas rumah emak. sebelahnya rumah adik dia, yakni maknjang aku.

Sebelah kanan (gambar bawah), yakni sebelah kiri rumah mak, rumah kak dia. Maklang aku. Warna biru.

Rumah emak dan arwah ayah di tengah-tengah antara rumah Maklang dan maknjang.


Hehehehe...pedoman ini aku turunkan di sini supaya senang jika ada kawan-kawan nak datang rumah mak aku nanti. Tujuan datang, terpulang. Nak masuk meminang ke...nak jumpa bakal mak mertua ke....terpulang! hehehe...

Rumah aku dengan rumah emak, tidaklah jauh jaraknya. Ibarat kata sekangkang dinasor. Jika dari pintu rumah, aku nyalakan rokok. Tak sampai separuh batang, dah sampai ke rumah emak. Tiap-tiap petang, atau malam aku menjengah dia. Dia tinggal bersama abang aku nan seorang itu.

Abang aku sibuk orangnya. Kekadang dia keluar pagi, balik tengah hari. Belum sempat panas punggung, dia keluar semula. Balik petang dekat dekat nak senja. Tak pasti apa kerja dia buat. Yang pasti kerjanya sama seperti pekerjaan rakyat kampung yang lain.

Emak kadang-kadang duduk di rumah berseorangan. Lebih-lebih lagi pakwe dia dah innalilaah...

Satu sikap emak yang aku sanjung ialah amat memuliakan tetamu. Tetamu yang datang pasti dijamu. Dia cepat menghidangkan air kepada tetamu. Sejak kecil aku perhatikan. Tetamu ceq letak punggung, dia coh bingkas bangun ambik cerek, tadah air, letak atas dapur. Masak. Bancuh air. Hidang. Tetamu kena minum.

Tidak kira siapa, termasuk aku. Menjadi satu pantang, jika datang rumah dia, tapi tidak menjamah juadah. Kalau tiada apa juadah pun, sekurang-kurangnya air secawan dua, dia sediakan. Semua yang datang rumah dia. Siapa sahaja. Termasuk aku.

Kelmarin aku balik memang langkah kanan. Dia hidang Pisang rebus. Lama tak makan pisang rebus. Makan dengan kopi O.......

Cuma pisang rebus petang itu belum cukup syarat. Jika dulu, pisang rebus dicicah dengan kelapa parut. Atau disebut "nyo kuko" dalam bahasa kariah aku. Kelapa yang diparut, digaul dengan sedikit gula. perghhh!..

Tapi ada yang tidak tahan makan pisang rebus dicicah kepala parut. Jika tidak tahan, akan mengakibatkan lubang punggung menjadi gatal-gatal. Kerawit. Serius cakap! Sebab itu, jika tidak tahan cicah nyo kuko, elok dimakan begitu sahaja. Nikmatnya juga boleh tahan.

Emak!!........

Aku banyak menulis tentang dia. Cuma aku tidak publishkan. Cukup untuk renungan aku sendiri. Aku menulis sebagai tanda betapa aku menyanjungi tinggi emak aku nan seorang ini..

* Dia pandai berlagu Al-Quran. Bekas Qariah Mukim, dalam tahun 50an dan 60an...
* Dia penghidap penyakit darah tinggi, sejak umur aku di dalam perutnya sehingga sekarang...
* Dia bersama-sama arwah, mengusahakan dusun durian yang menjadi nadi kepada sumber
ekonomi keluarga, semasa aku kecil.
* Dia pernah menjadi s/u muslimat PAS kawasan Larut.
* Dia juga mandi, makan, pergi pekan sama seperti orang lain.
* Dia..
* Dia...

Dia lah ratu, dia lah raja yang bertakhta di istana hatiku..


*

Wednesday, November 10, 2010

Perihal rumahtangga cinta tiga dimensi...

wah wah wah...

Macam bagus tajuk entry kali ini. Sebenarnya tadi, aku menggodek-godek blog aku yang mula-mula aku buat. Entry pertama nun tahun 2007. Pandai pula blog yang dulu aku label labelkan entry. Ada satu label tentang rumahtangga. Dan ada kisah perihal cinta 5 segi...

5 segi tu!... jangan main main.....Aku tahu ada yang pernah baca. Cuma 3 orang yang baca dan menurunkan jejak di entry tersebut. Saudara penyubiru, saudagar garam dan Tasek Merah. Sahabat awal aku dalam dunia blog. Semua dah lost kontek. Kecuali Tasek tu, sampai sekarang masih kontek (er..tak gitu, tas?)..hehehehe...

Nanti aku bagi link dia. Kamu klik saja di perkataan SINI. Tapi sebelum itu, nak berpesan (macam CkLah pesan), datang balik sini. Belum habis lagi. Lihat SINI.

Hal yang dulu aku cakap perihal cinta 5 segi. Perihal tentang aku tidak dapat mencari penyelesaian daripada mana datangnya watak ke-lima itu.

Siang tadi, sempat berbual mesra dengan seorang sahabat. Dia menceritakan kisah benar sahabat dia. Kita namakan dia sebagai A. Seorang lelaki. Kategori Jantan Budiman. Dengar-dengar balik, ceritanya lebih kurang sama seperti yang aku tulis dulu.

Cerita nya selepas dilintang pukang, berbunyi begini:

A dan B berkawan baik. Sejak mereka masih di alam persekolahan. Persahabatan mereka tanpa disedari membawa bibit-bibit percintaan. Di pendekkan cerita, segala dendam kesumat, madah berhelah, sepi sekuntum mawar merah, semua sudah mereka ungkap dan lafazkan. Hal ini terbawa sehingga ke umur dewasa, yakni lepas sekolah dan memasuki alam pekerjaan.

Ok!.

Dipendekkan cerita, si A dapat bekerja sebagai tentera laut. Manakala si B pula bekerja di Chow Kit Road. Bila berjauhan, seperti biasa macam ayat ayat dalam novel cinta, perhubungan mereka semakin lama semakin pudar dek jauhnya jarak antara mereka. Ketika itu belum ada Facebook. Kalau ada Facebook, pasti sudah lama mereka berfb Chat, berbalas-balas komen Atau berbalas-balas mesej di inbox. Atau pun ketiga-tiganya sekali. Serentak.

Si B mula menunjukkan sikap tidak setia dalam perhubungan mereka. Secara diam-diam dia berkenalan dengan C. Maka, segala episod laila dan majnun mereka mulai. Sementelah si C agak kukuh ekonominya berbanding si A yang hanya makan bila ada gaji. Tadak gaji, tak makan.

Berbalik kepada si A tadi. Dengan restu keluarga, disuruhnya emak, bapak dan kaum kerabat yang lain pergi meminang B. Tetapi sehari sebelum hari tersebut, B datang berjumpa A memberi keputusan enggan mengikat tali pertunangan. Hari yang cukup celaka bagi A. Dan lebih celakanya, si B tadi datang bersama-sama C. Sudah nampak sikap nak menunjuk-nunjuk seperti sikap jiran yang bukak pintu luas-luas sebab nak tunjuk peti ais baru beli.

Terlupa nak beritahu tadi. Keluarga A sebenarnya sudah ada pilihan untuk jodoh si A. Bahkan A tahu siapa dia. Baik, kita namakan dia sebagai D. Tapi A tidak mahu. Oleh sebab kekecewaan tadi, si A bersetuju dan menerima bulat-bulat pilihan keluarga untuk menyatukan dia dengan si D. Dipendekkan cerita, mereka berkahwin dan berbahagia lah dia dengan pilihan keluarga.

Nak dipanjangkan balik cerita, si A berhenti kerja sebagai tentera laut dan dapat kerja lagi best. Gaji pun lagi best. Rumah pun best. kereta pun best. Semua best. Kita tutup dulu cerita pasal A sekejap.

Kita siar pulak cerita tentang B. Adapun si B dan si C (sat, C ke?..dah..aku konfius dah....) Ok. Betul. memang C. Akhirnya, si B dan si C berkahwin. Tetapi nasib B tidak secerah nasib A. Ibarat ku sangka panas hingga ke petang, rupanya memang panas sampai ke malam. C dibuang kerja. oleh itu, tinggallah si B yang menjadi pencari rezeki keluarga., (untuk tidak konfius, B adalah wanita, ok!)

Maka kehidupan mereka amat berbeza. A dengan kesyurgaannya. Manakala B dengan kenerakaannya. Amat berbeza kehidupan mereka. Seperti seluar levi's dengan seluar kodi. Tetapi. Ada tetapinya. Walaupun berbeza, mereka masih ada persamaan. Kedua-duanya masing-masing ada 7 orang anak!

Point cerita ini sebenarnya, apabila B dan A berjumpa semula. Dan B mendesak untuk meraih semula cinta A. Sewajarnya A berasa serba salah?. Dalam dilema?. Antara B atau D?..Atau lantak ke aku, ikut suka aku?.Mana satu yang dia perlu buat?

Itu zaman dulu. tetapi sekarang, mereka berjumpa semula. Dalam Facebook. Secara tidak sengaja, B terjumpa A dalam senarai fren list kawan dia, iaitu E. Tanpa membuang masa, dia menge'add' A. Pada masa yang sama E (perempuan), juga cuba bermain cinta dengan A. Rupanya A dalam diam diam berhati waja cuba menjadi kasanova. Rakan rakan facebook yang lain seperti F, G, H, I, J ,K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z juga cuba digodanya. Ini semua B dapat tahu melalui rakan Facebook dia juga, iaitu Alip, ba, ta, stha, jim dan Kho (terpaksa gua abjad jawi..) yang juga merupakan Fren list dengan A. (ok, ok....yang ini aku saja saja tambah. Cerita tadi sebenarnya sudah tamat pada perenggan di atas )


*****
"boleh buat novel cerita kamu ni" kata aku. Lalu aku suruh dia menulis dan kalau perlu, tokok tambah saja cerita nak bagi lebih sedap. Tapi akhirnya, terbantut. Bila dia kata.

"Aa'ah...macam cerita lagenda budak setan"

Hmmmm....dah ada dah...


sebab tu, aku pernah kata pada seseorang: Buat cerita lain la.......asyik asyik sama ja jalan cerita. Tak guna buat berpuluh buah novel tebal-tebal, tapi jalan ceritanya hampir samaaaaaaaaaaaa.

*****


Sunday, November 7, 2010

kubur...

"Baba, tolong lukis harimau bintang"

Tadi. Kakak minta tuan empunya blog ini melukis harimau bintang. Rasa nak melompat jugak tadi. Bukan sebab tak tahu melukis. Cuma tak berapa nak pandai melukis harimau bintang. Aku risau jika melukis, bukan harimau bintang yang jadi. Kemungkinan besar ia menjadi serupa kucing kemaruk nak berbini. Jalan nak mengelak, aku minta dia melukis sendiri

"Kakak cubalah lukis sendiri. Guna imajinasi kakak" kata aku. "Tidak pun kakak buka buku sains, cuba cari gambar harimau bintang. Kakak tiru saja". sambung aku.

Sungguh. Itu lah anak-anak aku. Kata nak belajar melukis. Tapi suka suruh-suruh aku lukis. Padahal itu amat tidak bagus jika nak belajar. Sepatutnya mereka lukis sendiri. Proses pembelajaran akan terjadi apabila mereka buat sendiri. Soal cantik, semat atau tidak, jangan bincang dulu. Yang penting buat! aku cakap... apa apa hal pun, kakak kena cuba buat sendiri.

Untuk lebih menegaskan hal ini, aku beri satu andaian.

"kakak suruh baba buat, yang pandainya baba, bukan kakak" sedikit ceramah aku bagi. "sepatutnya kakak buat sendiri. Dengan cara itu, Kakak akan belajar"

Rasa tak sedap pula kalau ceramah pendek pendek. Aku tambah lagi.

"Kalau semua kakak suruh baba buat,macam mana kakak nak pandai. Katakanlah baba mati esok. atau lusa. atau esok pada hari lusa. Masa tu baba dah duduk dalam kubur. Macam mana kakak nak suruh baba lagi?" Aku bina soalan macam itu. Biar dia berfikir sikit.

Kakak dah mula nampak berfikir sikit. Saja nak mainkan emosi dia, aku ulang sekali lagi " Hah..macam mana baba nak lukis lagi untuk kakak?"

" Lukis dalam tanah". Adik menyampuk.


Aku tediam!. tak jadi nak ceramah-ceramah lagi..

*

Thursday, November 4, 2010

Sawa...

"Kenduri ni kita buat makan sawa dah la" Ujar Mak petang kelmarin.

"Sawa?..Mana boleh dimakan mak woo!" Kak aku yang terbaring bingkas bangun. Bersila mengadap emak. Hairan. Di kepalanya mungkin sedang ligat meneka.

buang tebiat?

melawak?

atau apa?


"Sapa kata nak makan sawa!!!!" Emak menjawab mengiringi Ha, Ha, Ha. Emak ketawa.


.....

Sebenarnya itu dialog suatu petang di rumah Emak. Untuk makluman, satu majlis pertunangan anak saudara aku akan berlangsung raya haji ke empat nanti (ada ke empat raya haji?..hehehe).
[aku tak jemput korang. Aku bagi tahu saja, ok.]

Maka, berlansunglah sembang sembang menu antara kami-kami (aku, emak, kak, adik, abang).

Sawa?..

maksud emak masak sweet n sour...

Aku tak berapa nak join kalau bab menu atau apa nak dimasak. Itu bukan kerja orang jantan. Jantan budiman macam aku hanya buat kerja kerja kasar. Pasang lelangit, angkat almari, bukak katil, pasang katil. Pendek kata, kerja yang memerlukan otot lengan yang kuat saja aku buat (goyang senduk dalam periuk, tersangat tidak memerlukan kekuatan lengan, Ok!)



* Haih!...



Monday, November 1, 2010

011110...

Hari ini isnin...
Tarikh?..1.11.2010

Nanti apabila tarikh menginjak 11.11.2010, aku yakin pasti akan ada bebrapa peristiwa yang berlaku. Sama seperti 10.10.2010 (atau rengkasnya, 10.10.10)..bermacam-macam peristiwa. Yang sedih, duka, lara, dan seronok.

Dan pasti juga bulan disember nanti, yakni 12.12.2010 juga akan berlaku banyak peristiwa. Samada peristiwa yang kita semua cuba elak atau peristiwa yang sememang dirancang sejak awal.

Perkahwinan, contohnya.

Dalam hal menetapkan tarikh perkahwinan, ramai yang berlumba-lumba untuk mencari tarikh yang istimewa. saban tahun tarikh tersebut di cop.
1.1.2001
2.2.2002
3.3.2003

dan seterusnya, penamat 12.12.2012. Sebab tiada pulak 13.13.2013. Ada ke bulan 13?..hehehe..

Justeru, sayugia diingatkan kepada adik adik yang nak menetapkan tarikh perkahwinan. Cuba tengok kalendar. Nasehat ini diberi supaya kalian tidak menyesal. Dan pada masa yang sama akan berasa puas. Terutama apabila sudah mendapat tarikh yang agak istimewa untuk peristiwa yang istimewa dalam hidup.

Pernah juga aku mengejar tarikh istimewa. Anak aku yang sulung. Yakni Kakak. Aku cuba mengejas tarikh operation (belah perut mak dia untuk keluarkan dia) untuk mendapat tarikh 31.8.2000. Tapi tak dapat. Doktor tak bagi. Dia tetapkan lebih awal.

Maknanya, Bukan semua yang kita hendak akan terjadi mengikut kehendak kita. Semuanya ketentuan Allah jua.


*******

Selamat menyambut hari perkahwinan, pada siapa yang akan melangsungkan acara belaga lubang kecing, tak lama lagi...

Wednesday, August 4, 2010

Adik ku sayang....

Fuh!!...

sejak lepas subuh hari ni, sampai nak ke subuh esoknya....hati bedebar-debar. Banyak hal berlaku. Serentak sekali ruppp...Pakej! kata sahabat aku.

Hampir sentap, apabila diberitakan pak mer dimasukkan ke wad kecemasan. Serangan diabetes. Boleh tahan dia punya Attack. Terkebil-kebil hampir pengsan. Pernah sekali kena ekoran terlalu kurangnya gula dalam badan. Orang sebelah berkejar ke rumah pak mer. Sesampainya disana, ambulan dah ada bersedia untuk membawa pak mer ke Hospital.

Aku tidak pasti. Dalam keadaan mamai, aku dipesan orang sebelah supaya menjaga adik yang badannya menjadi sangat panas melampau.

Oh, Ya. Lupa nak beritahu. Adik kena demam beguk. Kata orang kariah aku, bengkak cantik. Bak kata Tasek Merah, celah mana datang cantiknya, entahlah! Bila jumpa doktor, dia cakap kena Mumps....

Pada masa yang sama, aku perlu bergerak ke Bangi. Menguruskan urusan duniawi yang buat aku cukup tertekan...(tetekan?). Habis semua hidup jadi lintang pukang. Malas dah sebenarnya nak tulis...tertulis ugak sini...aran cako...malas nak edit...biarlah.....Lebih-lebih lagi jika dapat jawapan yang semuanya, hentam aku balik...hang urus masa teruk!...jadual kerja lintang pukang! banyak bertangguh kerja!......

Ntah bila masa nak sampai ke penghujungnya entah la....masih libang libu, kata orang kariah aku.





Pagi sebelum ke Bangi, aku membawa emak ke klinik. Rutin menge'cek' darah. Melihat persen gula dalam tubuh. Pada masa yang sama, MakLang mek yang kematian paklang juga ikut sama. Bukan nak mengutuk klinik di tempat sendiri. Tapi realitinya gitulah. Lambat nak mampus!
hampir 3 jam lebih menunggu, baru siap segala urusan.

Lagi sekali menerima berita sentap. Panas badan adik mendadak naik. Mak mer telefon suruh tengok. Sepantas schumacher, lepas hantar mak dan mak lang, aku pederasss kereta....deras sungguh!..Habis semua kedai tepi jalan tercabut bumbung terkena angin kereta aku..(maaf:..bab cabut bumbung tadi aku bohong).

Sampai rumah mak mer. Tengok adik. Menggeletar. Pegang badan>>>>>>>fuh. Macam bara! Terus bawak ke hospital berdekatan yang jaraknya hampir 32 km.,.....(jauh kan?..mmm..)

Dipendekkan cerita....sekarang...tika aku menaip n3 ini....hati masih berdebar-debar tengok keadaan adik....dadanya mula berombak. Nafas kedengaran mengeruh ngeruk...hai..takkan asma dia datang balik..?????( 1 + 1...jgn lah...

...
..
..

Thursday, April 1, 2010

Berubah jua akhirnya......

Sepanjang petang aku merenung dia tertidur dalam kepenatan. Mungkin dalam kesakitan juga, barangkali.



terjumpa gambar ni, alahaiiii......rindu tika dia baya baya ni...



Jika dibandingkan dengan gambar ini, setahun nan lalu......


Kakak......moga hilang kesakitan itu...yang sering datang, tidak menentu tika dan waktunya. Sehingga mengundang hairan orang sekeliling. Mereka cuma mencemuh. Mengada. Ungkapan menghiris hati. Sedangkan hal sebenar, hanya kita sahaja yang mengetahui......


Salamm........

*

Tuesday, September 29, 2009

RAYA: Episod 4( makan tgh hari di rumah aku...

*
Ini rumah aku. Silap. Rumah kerajaan. Aku tumpang duduk. Dah 5 tahun aku tinggal di sini. Selama itu lah, elaun rumah dah aku tak merasa. Kerajaan ambik balik sebab aku tinggal di kuarters dia. Buruk siku betul kerajaan ni. Dah bagi, ambil balik. er..er..maaf.

Bukan tentang siku yang aku nak cerita. Masih bab cerita pasal Raya aku. Banyak benda nak ditulis. Aku cadang nak sumbat n3 pasal raya, terus lajak sampai raya haji.

Boleh tak..?..ha ha ha.



gambar ni aku tujukan kepada kerajaan malaysia...ko tengok la..umah ko....sempit. nak buat kenduri pun tak muat makan di dalam..kena sambung tikar makan di luar rumah...


Man_ong dan anak.., Dikuk dan anak Mi.., Loyot (abg ipar aku..) member porong tukugho kapongku...


Bila dah lajak petang, kami sekeluarga bergambar ramai-ramai. tahun ni backgroundnya bukan rumah bercat kuning. Tapi background bukit bukau dan sekolah tempat aku kais pagi makan pagi kais petang makan petang suatu ketika dulu.....



salam..............................

*

Sunday, September 27, 2009

RAYA: Episod 3..( pagi raya di rumah mak mertua isteri aku..dan petang di rumah mak mertua aku

*



cucu-cucu mak....

lepak-lepak makan sambil rilek2 melayan syahdunya pagi syawal.....nak cepat, seprah lapik kueh tarik ja paper lama....resaikel..he he he

ini bukan cucu-cucu mak.....geng marhaban mana ntah....ha ha ha..

mulanya aku tak pasti anak siapa....bila di tenung dan tenang lama-lama...baghu nampak shape....patern muka kawan2..ha ha ha...

anak kawan-kawan kampung aku la jugak.....Dan terus teringat masa aku baya dorang....habih sekampung aku terjah..tak kira rumah sapa..best betul!....

Ni Shahizan..sepupu aku..UUM, Sintok. katanya Profesor madya dah.....tahniah abg...gambar ni aku nak tunjuk kepada kak hida (Ashley)...Ni kawan laki hang...Betui ka?...Suruh dia tengok..Buat kawad Cam. Takut silap orang....Aku pun tak pasti....

Awat abang jadi kecik dari aku ni..ha ha ha...Kuruih posa kut no.? masing-masing sebok, di kesempatan aidlfitri jer la..nak jumpak pun...




salam, semua...


*

Saturday, September 26, 2009

Bila semua dah start taruk n3 raya, aku juga tidak ketinggalan...RAYA - episod 1

*
Hari Raya di tempat aku....

rokok pertama di pagi aidil fitri yang syahdu...sebelum bertolak ke rumah mak aku


Dan sempat pulak bergambar, bila balik daripada sembahyang sunat aidil fitri....

emak nan sorang....

Pagi okey..bila tengah hari, cuaca agak mendung. Bila hari beralih petang, nah kau...hujan turun mencurah-mencurah. menderuuu.....itu cerita di petang raya.

Tapi, sebenarnya sehari sebelum raya pun, hujan dah membanjiri jalan menghala ke pekan Batu Kurau. Banjir kilat. haaa.........

gambar ni aku cilok dari blog tok serunai....member kapongku.
Cerita lebih lanjut........Tengok sini.

Dalam deruan air hujan dan dentuman guruh di petang raya pertama, aku hanyut diulit mimpi. Hanya terjaga bila perut terasa lapar. Jam menunjukkan pukul dah dekat-dekat nak maghrib. Tak tahu la pukul berapa. Fuh! gila sedap layan tidur waktu petang.

Malam. Mata tak dapat lelap. Turun Pekan. Join kawan-kawan pekena teh tarik. Siapa sangka malam raya kedua dah ada kedai buat teh tarik.

Pung pang pung pang punya sembang. Sedar tak sedar, sembang sampai lajak ke pukul 3.30 pagi. Mata pedih. balik rumah sambung tidur.......ha ha ha...Meriahnya raya.

Ini sekadar intro....
.
.
.
.
.

Friday, September 4, 2009

Puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan tidur dari pagi hingga ke petang...

Minggu lepas aku balik berpuasa bersama keluarga. kakak dan Adik ku berikan semangat untuk berpuasa. Aku tazkirahkan tentang padhilat2 puasa. Sekadar yang aku tahu. Namun pemahaman adik agak terhad. Dia cuma paham tentang fadhilat upah duit raya. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Aku tak kesah tentang itu. Cuma nak mereka tahu, tentang rukun yang satu ini. Aku kira mereka pasti akan keletihan berpuasa. Namun telahan aku agak meleset. Bahkan sepanjang hari mereka cergas. Ngalahkan bapaknya....(tak cergas sebab kekurangan nikotin dan tar dalam badan...)

Nak nak pulak masa tu memang cuti sekolah. Happy la...tak payah ke sekolah. Sepanjang hari nak main. Aku risau mereka tak tahan. Cara yang selamat, aku suruh mereka diam ja..Tengok tivi...buat apa kekdah yang tak meletihkan. Bukan apa, takut bila dah letih, minta buka pulak puasa tu.

Badan dah makin mengembang, mana boleh tinggal-tinggal puasa.

Bila petang. Kemungkinan kudrat yang ada tak banyak digunakan sangat. Jadinya, tenaga berlebih. Dibantainya main bola. Aku tak perasan pun. Bila sedar riuh rendah ja di luar. Sekali tengok ..he he he...

Ayie...tunjuk handal...he he he.

Gelecek, kak........gelecek...

padang stadium tak rata...jawapan dia..., bila di tanya kenapa bola asyik masuk celah kangkang jer...

Sesi bergambar semasa rehat separuh masa pertama...juru gambar baru bangun tidor..

***************

Esoknya adik demand nak bukak puasa di Kenny Rogers. Aku pandang mama. Mama pandang aku. Pandangan mama meleret ke poket aku. Hmmm....masih berisi.

Ok!..jom berbuka di kenneisssssssss.......Rojoh!

kakak dengan muka muslimah, menanti dgn penuh sabarrrr...

Adik..
jap jap tengok jam..jap jap..tengok jam........Sabar dik, sabar yer..he he he..

sudut ini cukup seksa aku nak snap.....tak fokus ke muka...asyik mengira buih air lemon tea..ha ha ha

Sabarrr kak...................

....................lama aku perati dia menghayati lekukkan dan aroma muffin

Tak sanggup menunggu lama...he he he


ambik kau!..he he he.................puas hati.


Malam yang cukup rojeh punyaaaaaaaaaaaa.......

Esok kita mari lagi, baba nak?...cadang adik..


ya...esok, puasa ke tujuh tahun depan pulak..he he he....



*



Tuesday, August 18, 2009

demam...

Hai...

saya Nurul Khairina

saya Nurul Izzah

kami anak cikgooden...

baba cakap dia tak sehat..tak larat nak update blog..
baba dah pegi klinik...nasib baik bukan H1N1
baba demam biasa ja..

.
.
.
.
.
kt
rrrt..tteett. tett...



*

Thursday, July 2, 2009

terlebih X-plore...

*

Dua beradik ni dah mula berjinak-jinak dengan komputer. Separuh nyawa laptop mama dan baba di henyak mereka. Asal tinggal ja, terus melekat...



Ada sekali aku Check, Apa dorang dah buat. Nampak suka sangat. Rupanya dorang menerai Cyber link Youcam...snap gambar sendiri...Ntah macam mana, terlebih x-Plore agaknya, aku jumpa Clip ni..





Hai...macam-macam...Nak kena pantau kerja dorang ni. Nak kena tengok-tengok jugak apa yang dorang dah buat. Jgn buat perkara yang mengarut-Carut je dah....Dah mula takut,aku.


Saturday, June 13, 2009

okey!..time check gigi...jangan nak ngelat...

*
Tadi bawak adik dengan kakak pegi check gigi. Adik selalu komplen, tak leh makan, gigi sakit. Okey!..baba bawa pegi dentist. Kakak pun. Kena check jugak.

"Ehhhhhhhh..kakak selalu gosok gigi, aaa..." protes gamaknya.

"Tarak..gosok ke tak gosok ka...kena check jugak. Mana tahu gigi ada lubang ka, pecah ka..ada dinasor ka?" Aku kata. Cuba berlawak. Tak menjadi, nampak sangat macam lawak bodoh ja. Namun, kakak akur aje.

Tapi masa di klinik, aku tengok kakak pucat. Lesi. Takut agaknya...

kakak buat gaya penyanyi nasyid...Serius. Pucat...nampak sangat takutnya tu...
tapi adik?..len macam sikit budak ni..

Walau nampak kepucatan, tapi masih steady, kata orang..he he he



Cuma adik saja kena tampal giginya. Ada lubang, kata doktor. Kakak punya lepas. Tak dak masalah. bila lepas keluar ..senyum ja. Tadi macam asam kelat ja muka. ha ha ha...
Bila dah selesai, kena la tunaikan rasuah. Kena tunai janji nak bawak pi jalan-jalan makan McD..

ok!..ok!..aku dengar apa kalian cakap..memang takde tempat lain dah. Area situ je aku pergi pun...mana lagi nak pergi....
lagak anak arab pelancong mencuba mesin racing kereta...satu token sinnggit...tahu berapa dorang hentak aku?...sepuluh..nah ambik...janji sangattttttttt...

Wajah-Wajah Kesayangan hamba...

Berbaju formal... lepas menziarahi kematian arwah maknjang Esah...Moga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...Aminn.

***********************************

.

Thursday, June 11, 2009

Dalam Dok Kata Tak Ada Kerja.., Ghupanya, aku sibuk.......

Dua tiga hari kebelakangan ni, memang rasa macam nak berjalan ikut belakang...kalut. Nak-nak sepanjang minggu lepas dan minggu ni. Macam-macam perkara berlaku sekali rup...Adik ipar aku kawin..Maizatul Akmal dan pasangannya Roseli...Lepas ni, adik ngan kakak takleh dah bermanja lebih-lebih dengan acik...sebab dia dah ada pakcik dah...:)


Adik ngan kakak jadi budak perempuan bunga (Flower Girl)...gila besaq baju tu...adik?..ecce cece..senyum-senyum kembang idung la tu..


Bila tengok mempelai bersanding, teringat aku masa dulu dulu. Di tempat yang sama, cuma bentuk dan corak pelamin saja yang berbeza. Disitu lah aku bersama org sebelah bersanding..ha ha ha...berpeluh weihh..panas...!

Panas bukan sebab tak ada kipas. Tapi bajunya tebal ya amat!...apa gila ntah masa tu tak pikir nak cari baju yang agak nipis-nipis sikit...Sama la macam depa ni...aku syak. Ada titik titik peluh merenik di dahi dan atas hidung...Panas la tu..

Walau bagaimanapun majlis ni amat meriah....Masa ni budak kompang tgh balun gendang. Sambil menyanyi melalak...ntah, aku tak dapat tangkap apa lagu depa ni main...lain benar daripada yang selalu aku nyanyi dan tepuk dulu...Tapi, bagi aku tak kira la apa lagu sekali pun, orang yang paling rasa best dan gumbira, dah tentu la orang yang tengah bersanding tu....er, tak gitu?..

Adik Zafran...anak Khir. Adik ipar aku. Katanya, yang ni yang paling kecik. Aku agak ini bukan yang paling last...sebab, anak dia baghuuuu ja Lima...

Adik frust, baju jaring dia hilang...tak berbaju jaring macam kakak dia..kesiannn...

Adik beradik ipar aku...dan anak-anak buah

Selang sehari, kawan pulak kahwin. Member se forum. Membe laman web batukuro kapongku..Me Vesspa dengan DikPut...Sama cantik, sama lawa. Kenduri dorang, aku main gendang silat dengan grup Selumbar Emas. Aku hayun ja. Tak henggat donia. Balik terus terlentang. Penat. Tapi aku puas. Pertama, sebab dapat jumpa geng-geng forum...walaupun tak semua, tapi ada la dua tiga orang yang tak pernah jumpa boleh jumpa masa tu. Kedua, sama macam sebab pertama tadi.

Semalam. dapat satu mesej..."din, tolong check-in hotel kat taiping..esok aku sampai"..apa gila aku nak check-in. Tolong booking logik la ..Aku tak pasti siapa orangnya. Sebab nombornya aku tak ada...Untuk kepastian aku Call..

Cheh!...member masa belajar dulu. Azhar Abd Ghaffar. Dia dalam perjalanan balik ke Johor. datang majlis perkahwinan sedara dia di Kedah. Lama tak jumpak...berbelas tahun aku rasa. saat bersua, dua perkara menjadi topik perbualan. Satu, pasal perut. Dua, pasal kepala dah bubuh!,,ha ha ha...

Ya rabbbi...lain benar dah kau azhar. Lagi besau badan Ko...

Jumpa kat selera malam Terminal, kamunting...Makan malam di situ.
Mana tengkuk hang Azhar?..ha ha ha...

Ni org sebelah Azhar...rasa-rasanya junior kami..budak tesl dolu-dolu...mungkin satu batch dengan org sebelah Anjang.


****************************

ni cerita lain...

Ada sekali, bila dah cuti-cuti ni, teringat aku pada arwah Ayah. teringat pada kebun durian dia. Selalunya dengan aku dia mengerjakan dusun ni...Di sini la kami menebas, memanjat, memikul, menarik jaring...dan banyak lagi...

kelmarin aku naik bukit ni...saja nak tengok apa jadi..

Ya rabbbi...semak maung!...dah lama tak pergi. Hutan semak dah sama tinggi dengan tuan. Apa gila aku nak buat kerja-kerja menebas macam dulu...

Demi kasih aku pada arwah Ayah...aku akan usahakan. Kesempatan cuti ni aku ambil untuk mencerahkan kebun Ayah ni...
sambil-sambil melenggak ke pokok, nak tengok buah..weeeiii...ada buah ghupanya..Dorian, dorian...ha ha ha...maknanya, cuti ni aku sebok tak bertenet...aku sebok cari buah dorian...itupun jika ada lebih-lebih saki baki yang ditinggalkan oleh kaum kerabat Berok, Babi, Kera, Lontong dan segala macam musuh...



Err..ini bukan dorian ya tuan tuan...ini bunga kantan...yang dah kembang. Sempat snap..yang masih kuncup tu aku dah ambik..Bawa balik. Bikin masak Laksa!...sedap woo...


nah!..gila punya N3 aku buat....semua aku sumbat!.


Cikgooden: bila berada dalam dusun tu...terbayang wajah arwah Ayah...terngiang-ngiang suara dia. Nampak seperti bayangan dia yang berjalan mundar mandir keliling pokok...Aduh. Tak terasa, pipi aku basah dek air mata yang mengalirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.................Aku Rinduuuuuuuuuuuuuu Ayah!

*