*
Apa yang aku nak tulis adalah tentang tabiat kita apabila berbual atau bercerita. Aku pasti semua daripada kita pernah bercerita. Atau, bersembang borak. Tak kira dengan anak, bini, laki,kawan atau dengan mak mertua. Tak kira bercerita tentang perkara-perkara lawak atau cerita-cerita yang penuh adegan kesedihan diselangi deraian air mata (
cerita kena rogol misalnya…)
Baik. Aku dengar apa korang bisikkan. Ya! Bagi mereka yang pendiam, dan tak suka bersembangborak juga pasti akan pernah mendengar orang bercerita.
Dan lagak orang bercerita ni macam macam fe’el , cara dan tabiat. Terutama ayat ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan. Terutama ketika tengah rancak bercerita. Atau sebagai penegasan kepada penceritaan..
Contoh:
1)Pastu:
Selalu juga seseorang yang bersembangborak dengan menggunakan perkataan pastu..sikit-sikit pastu. Sikit-sikit, pastu…
Contoh cerita:
Ada la satu lori tu..datang depan, pastu…anak kucing tu terkejut, pastu…anak kucing berlari ke tengah jalan. Pastu, derebar lori tu brek. Pastu… lori berenti, pastu..dia turun la..pastu…dia ambik kucing tu, ..pastu…
(adik aku dulu suka bercerita pesen nih…jahat jugak aku menyakat, pastu…three!..ha ha ha…terus terdiam, tak jadi cerita..)
2)
Kan..kan..: Ni satu lagi…jenis suka sebut kan-kan…asyik tanya orang ja…
Contoh cerita: (masih versi budak-budak…)
Hang tahu la, kan… aku bukan ada duit sangat, kan..takkan aku nak beli benda mahai lak kan..nak makan pun susah. Kan…ke teruk aku, kan…tapi, kan…abang aku, kan..banyak duit. Aku, kan…selalu la mintak kat dia….takkan dia tak nak bagi aku,,kan aku adik dia, kan…
3)
Hang tau tak?..(hang torak?)
Ni pesen orang kalut bercerita….Belum apa apa lagi dah tanya, hang tau tak?...dah tak cerita ,mana la nak tahu …ha ha ha..kekadang nak cepat, jadi hang torak?...
Contoh:
Hang tau tak?...minah, anak pak Mat ngok ngek, hang tau tak?. Dia la ni dah tiga bulan, hang tau tak?..Ntah mana benih dia kutip, hang tau tak?…aku selau nampak dia berjalan ronda-ronda kat pekan ..hang tau tak?..dengan mat bangla mana tak tau la, hang tau tak?.. (aku petik versi makcik-makcik ngumpat..hi hi hi).
4)
Apa nama: Yang ni..memang kelas tinggi punya. Dulu mantan PM selalu guna..belum ayat dah dimulakan dengan Apa nama?..apa nama?....
Contoh:
….susah nak buat…cuba cari wawancara lama mantan PM dulu..
Ada banyak lagi contoh-contoh perkataan yang selalu sangat kita dengar atau kita sendiri yang guna. Aku ada stok 15 perkataan feveret…aku tak tulis kat sini. Semua tu aku dah buat bahan aku nak hantar kat Gila-Gila. Siap nak buat ilustrasi lagi…
Kalau korang nak tengok yang lain-lain, sila beli Gila-Gila. Kalau takde tu, maknanya sila le ke pusat pelupusan sampah berdekatan. Kemungkinan karya aku bersemadi di sana!.(kes kena reject la…ha ha ha)
Tapi dalam banyak-banyak perkataan tu, yang paling aku suka yang ni…kawan aku cerita: Aku ingat sampai bila-bila…
Situasi cerita di sebuah sekolah tamil….Lokasi tak di ketahui..
Guru : ini hari cigu mau ajar perkataan ejaan pada kamu…Cuba ikut apa cigu cakap.
Murid : Ammma!..(ramai-ramai)
Guru : B.A..kata kalu,..ba.
(murid menyahut…)
Murid : B.A..kata kalu,..ba
(guru menyambung lagi…)
Guru : T.U..kata kalu,..tu
Murid : T.U..kata kalu,..tu
(guru menyambung….)
Guru :..baik. kita sambung kata kalu, B.A, kata kalu, ba. T.U, kata kalu, tu…Baca kalu, Batu…
(murid menyahut serentak)
Murid: B.A, kata kalu, ba. T.U, kata kalu, tu…Baca kalu Batu.
Guru : bagusssss…..
Cikgooden: …suka sebut dejeeeiii…bukan tak tahu. Tahu..takleh nak buang tebiat nih!..satu lagi ..”Dok Aeihhh…”..ha ha ha..ntah apa apa..
(aku asyikl tukar warna ja templet ni...takdak kerja!)
*