Jom...

Saturday, May 16, 2009

Hari Guru...

*
Setiap tahun: Tanggal 16 Mei. Guru-guru Malaysia akan diraikan. hari ini adalah hari yang dikhususkan untuk merai guru. (dalam ertikata , hari-hari lain, hang kerja setengah nyawa,takde siapa pedulik..) Setiap tahun akan ada sambutan secara besar-besaran peringkat kebangsaan. Satu Malaysia tahu. Warga guru cukup faham makna dan maksud hari yang disambut ini. Katanya sambutan hari guru peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Terengganu.

Seronok la orghan ganu, ekk!..Tema hari guru tahun ni..."Guru Pembina Negara bangsa". Teman sahabat handai yang berada di sekolah pasti meriah dengan acara sambutan hari guru.

Pasti akan ada beberapa orang anak didik yang datang mengucapkan selamat!... Seronok la korang pergi sekolah tak payah masuk kelas. Diraikan lagi. Harap pasukan kompang aku dulu, tak lupa lagu berlarak mengiringi korang ke tapak perhimpunan itu. Seperti tahun sudah..hi hi hi.

Bagi aku yang dah tak ke sekolah ni, sedikit rasa sedih dan sayu. Tiada lagi ucapan selamat!... daripada anak didik. Tiada lagi, seperti tahun yang lalu, hadiah sebiji epal yang dibungkus dengan plastik putih…,Seruhh! Serehh! Seruh! Sereh!..bunyinya jika direnyuk itu.

Tiada lagi permainan galah panjang, bowling buah nyoq atau basikal lambat. Tiada lagi game bola dan takraw antara guru dan murid.

Dah tak dapat lagi rasa macam tahun lepas, rasa-nak-tercabut-lutut-tergeliat-pinggang-apabila-pusing-pusing masa buat poco-poco..
he he he.

Dan tiada lagi anak murid yang nak ucap selamat hari guru untuk aku.

Oleh sebab takde sapa yang nak ucap, maka aku nak ucap selamat hari guru pada diri sendiri.


Er..er..Excuse Me..

Ehemm…Ehemmm!


“Selamat hari guru aku..!” kata aku kepada aku.

“Selamat hari guru untuk kamu jugak aku..” balas aku pada diri aku…

He he he..


Cikgooden: Alahai…Terasa sepi tanpa anak murid di sekeliling…Rindu sekolah la pulak….Arghhhhhhh,, …sudah!

10 comments:

ku tak sempurna said...

alahaiii...

nanti aku anta la 3 biji epal utk ko...

sedih plak bila cikgu takde murid ni... smpi kena ucapkan utk diri sendiri..

.
.
.
.
.
.
.


muehehehe..
jgn sedih... klu hari guru sorang cikgu dpt sebiji kereta, baru ko perlu risau..
takpun dpt seekor kambing sorang, baru ko perlu merana..

muehehehe



SELAMAT HARI SABTU :D

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

cikgoooden, harap sabar je lah..angggap lah ia satu cubaan hidup!

eh..eh?..aku komen diri sendiri ker?..

he he he..


KTS:
Meh aku nak keta sebijik...tak pun mai kambing sekoq..

ha ha ha...

Nia Arissa said...

hahaha... cikgu kalau dapat kambing nanti jangan lupa buat kenduri tau...

dah tu pangil2 la kami ni ha nak merasa....
Kalau dapat keta...
nak tumpang sekaki bleh?

cian eks...
meh sini kita ucap...

Selamat hari guru!!!!!!

lupekanje said...

Selamat Hari Guru buat cikgooden dan kluarga...ehhh..silap
dan buat semua guru2 di Malaysia ini.

Cikgu skrg kan sedang berguru....cuti jugakla sambut hari guru...wakakaka...
dont wori cikgooden...
Hari Guru itu tetap milik cikgu jugakk..
walopun tk semeriah seblm ini.

tingat msa acik kijer kat sklh dlu...mereka smua (guru2 itu..)bergumbira...tpi aku berduka...depa tk hajakpun krani buruk ni join sama...pilu tau..kiter tau la kiter bukan guru..kiter kener jaga opis...!!

S.YanaZ said...

CikGooDen,
cukuplah hadiah untuk che gu spt kita, sepotong doa dari anak2 murid yg tercinta.

",

Che gu sama zodiac dgn gua; Libra.
Libra rulezzz!

arsaili said...

salam..selamat hari guru cikgu...semoga dirahmati ALLAH selalu!

Safiya said...

hang ni kelakar dayak lah cikgu. agaknya wajah hang mesti boleh buat anak murid hang gelihati

iina said...

cian ye.. selamat hari guru.. hehehhe.. umah aku byk epal nak ke?

Princess Liyana said...

Slmt hr guru.huhu xmau sdh2.nanti yana kc hadiah kdai rm2 ye?hahaha

Tiniedia said...

Saya lagi rindu kat sekolah jelai tue..dulu masa form 4 kitaorang kena dok dlm lab fizik ja setahun lah tue..dah ler kusi bagi kusi plastik..nampak kepala jer dari meja, yalah, meja lab kan tinggi..shian kiteorang dulu cikgu...