Jom...

Showing posts with label Zaman Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Zaman Sekolah. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

lencana-lencana yang dekat dengan hati aku...

*
Di arena berpesbuk, aku jumpa semula kawan-kawan lama..dan juga aku jumpa semula jejak-jejak pendidikan aku..


(I)

Masa pakai seluar biru pendek, beg galas warna hijau, kasut putih stokin getah tak mencerut melurut ke bawah penuh lekat kemuncup.


(II)

Asrama pertama selepas penilaian darjah 5. Seluar hijau panjang, hari jumaat pakai baju melayu bersamping hijau berlencana sekolah. Pakai songkok. Minggu orientasi kena paksa hafal tahlil ingat terpacak dalam kepala.


(III)
Join masuk selepas SRP berangan jadi arkitek, tapi lingkup bila Technical Drawing dapat 9, sambil gred SPM dapat pangkat 3! bahalol tadak dah, bila gila main muzik dan join grup rock, nyaris buat album.


(IV)

Join kelas kemanusiaan, dari aliran teknik, campur-campur sains sikit-sikit, gila sempoi rasa senang, cincai main dapat skor, masuk universiti.


(V)

Masuk belajar, serupa tak belajar, janji dapat biasiswa, enjoy main snuker sampai 4 pagi. Melalak jamming dapat makwe. bertahan satu semester, kena tinggal. Sekarang apa kes lepas dapat kerja, balik sini sambung belajar. Sampai sekarang, entah bila nak setel.



Semua dekat di hati......tapi dah jauh di mata.

Saturday, October 23, 2010

Secarik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua...(sempat, jika dia tidak mati kena sembelih)



Gambar-gambar di atas aku dapat daripada album rakan Facebook aku. Sekolah lama. Sekolah yang tiba tiba, aku teringatkan arwah Ayahanda. Dia lah yang membawa aku masuk ke sekolah ini.

Di sekolah ini aku pernah belajar. Segala-galanya tentang ilmu. Ilmu untuk bekalan di hari tua sementara masih hidup di dunia sehinggalah Ilmu untuk bekalan Akhirat. Pendek kata, untuk dunia dan akhirat jua..

Tapi ada juga ilmu hal hal duniawi yang aku dan rakan-rakan cipta sendiri....untuk bekalan hidup di asrama hantu jepun lalu belakang itu.

Ya!..Facebok...kekadang dorang gatal sebut pesbukk...

Ramai berpendapat Facebook satu fenomena. Ya!..betul. Bukan fenomena dR. Rozmey tu..itu, mengarut....

Maksud saya, laman web jaringan sosial.

Iya!..lagi sekali. Daripada nama laman itu. Jaringan. Sosial. Jika kamu rajin, sila ke kamus dewan untuk mencari makna istilah ini. Jika tidak rajin, cukup sekadar berada di sini. Baca hingga habis, apa yang saya tulis.

Sama seperti nama yang diberi..Tempat itu memang banyak jaring. Jika terperangkap, susah untuk membolosi keluar. Kecuali kita bijak dan punyai kesungguhan.

Selama aku bergiat dalam laman web itu, cuma bersosial yang aku dapat. (Maaf. Rasa tidak selesa berbahasa diri saya...saya...lemas!). Memang di situ tempat yang memang sesuai untuk mencari kawan. Kawan lama. Kawan baru. Atau kawan yang jenis makan kawan. Kawan biasa. Malah kawan luar biasa dari kalangan manusia yang biasa-biasa.

Friday, July 16, 2010

teman lamaaaaaaaaaaaaaaa........dulu.

*

Dalam FaceBook, segalanya mungkin berlaku..bak kata Hasbullah Awang. Ya. Tanpa disangka-sangka, kita boleh bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama yang terputus hubungan (walhal dulu pun sama jugak, bukanlah ada apa-apa hubungan pun..)..


Tadi..ada sorang sahabat. Dia klebek foto aku dalam FaceBook..Bolehkah dia kata aku ini kerja kartunis?...Itu sebelum aku bersembang panjang dengan dia...


Bila dah tahu kedudukan perkara sebenar..dia gelak ja.....

"apasal gelak?"..aku tanya dia..


"gelak la...muka kahaq macam hang jadi cikgu...sah kecut budak-budak sekolah bila hang lalu". ayat dia, sambil disambung dengan ayat,... hahahahahahahahah...


aku sambut juga dengan..... hahahahahha.... jugak. (Muka kahaq tapi hati baekkkk...kata aku dalam hati, memuji diri sendiri...)







koma.

yang betulnya, aku sendiri confius.....apa yang aku buat selama ini betul atau tidak..Semuanya memenuhi tuntutan minat aku dan minat orang lain.

Justeru, sementara oksigen masih sudi masuk ke paru-paru, Kesemua tiga perkara aku jalankan serentak dalam kehidupan aku.......Mengajar, Melukis dan Muzik....(rasa nak tulis buku pasal ketiga-tiga perkara ini dalam kehidupan aku...Ya...aku akan buat.!)...Tapi bila aku sudah siap tulis tesis aku dulu laaaaaaa!

Ya!...tesis aku sudah mencecah tahap kritikal......Tahap lintang pukang...Tahap yang memerlukan aku pening-pening kepala....Nak analisis. Nak menulis. Nak membaca semula..nak repair...nak kena dengar komen penyelia..Jenuh nak susun semula.

Dan. Hanya pada Allah saja aku panjatkan doa, agar aku masih tetap istiqomah dalam usaha murni ini..................... (cam harem ja ayat..hahahaha)



Salam....


(Tengah tune otak untuk menulis semula.......

*





Wednesday, April 21, 2010

seluar jadi skirt..

Bila duduk menulis asengmeng, otak aku jadi sawan. Dia meroyan berfikir benda yang tak sepatutnya dia fikir. Sepatutnya kena kosentret ke ayat-ayat akademik, tapi sayang. Dia tak mau tolong tuan dia malam ni.

Ntah hantu apa merasuk kau, otak. Lantas dia menyuruh jari mengetuk kenangan tuannya semasa di zaman persekolahan di sebuah sekolah dekat masjid negeri Pulau Pinang itu.

Suatu petang, lepas main. Macam biasa nak balik ke dorm. Pagar yang membahagi bangunan asrama dengan padang, gila jauh dia punya pintu. Kena ambik koner untuk masuk ke asrama. Petang itu, aku jadi malas nak jalan. Idea timbul untuk panjat saja pagar itu.

Member aku boleh buat. Nampak senang. Tiba giliran aku, entah macam mana, pagar yang tak cukup sifat dah tu, ada terlebih dawai. Tak perasan masa panjat tadi.

Seluar aku tersangkut!!!!.Tak boleh nak bergerak. terselit di celah dawai yang mengcangkuk itu.

Apa kes aku tergantung atas pagar itu. Tak boleh bergerak....Bila aku cuba turun semula, dia jadi lagi terlekat. Nak terjun ke sebelah sana tersangkut. turun sini lekat. turun sana lekat...sudahnya, bahagian seluar yang terlekat dawai pagar tu jadi berbelit-belit. Peluh dah mula merecik keluar. gelabah dah tentu. Panik. Apa aku nak buat ni ...

Terkial-kial terpacak atas pagar itu. Dalam keadaan terhayun ke depan ke belakang, aku membelek celah kangkang. Mencari punca kena pa dia jadi berbelit-belit.

Ntah, aku heran macam mana boleh jadi berbelit-belit sehingga seluar itu menjadi semakin singkat.....hampir nampak seluar dalam. Tak boleh jadi. Nanti tersangkut benda lain pulak...lebih lebih lagi kalau benda itu putus....alangkah rugi hidup!

Aku dah mula panik..Hampir sasau. Timbul idea nak londeh saja seluar. Namun tak tergamak. Masih ada perasaan malu. Lebih lebih lagi jika ayah aku tahu. Pasti dia juga terpalit rasa malu. Sebagai anak yang somiqna wa atoqna, tak gamak nak menconteng arang ke muka dia.

Dah habis ikhtiar. Aku syak, Kapersky pun tak boleh nak fikir jika berada dalam situasi panik campur malu macam itu. Sudahnya aku ambil keputusan. Aku tarik kuat-kuat seluar itu. Sekali rentap, tak lepas jugak. Sempat jugak menjeling jika ada kawan yang perasan aku yang terkial-kial di situ. boleh mintak tolong.... Haram!...

Kali ketiga aku rentap!.Berapppp!.koyakkk..hahahahaha..
.
.
.
.
.
Lompat turun. Berlari masuk dorm, dengan seluar pendek dah jadi skirt!...

syilakerr ..aaa... kalau ingat-ingat balik..


*

Friday, March 12, 2010

siri terkenang-kenang. #1-teknik penang

*
Korang kenal lencana ni?...Sila tanya lebai google, jika tak tahu. Entry ni khas aku tujukan kepada member ex-TI penang 86-87. Kalian yang bukan ex-TI pun aku tujukan jugak entry ni, walaupun tak kenal lagi masa zaman itu. Jangan kecik hati. Tak baik untuk kesihatan.Zaman yang aku lalui tika ini cukup kapak punya. Zaman lagu rock tengah naik. Rock Melayu memang nostalgia masa ni. Tak dapat nak tulis. Banyak sangat. Sama naik dengan jumlah lagu-lagu yang tangkap leleh, mendayu-dayu. Betul. Zaman ni, rambut ganas, tapi video klip ambik gambar dalam ladang kelapa sawit. Tak pun atas bukit. Gaya main gitar karan dalam hutan..tapi haram takdak wayar. Ketara menipu bangang.

Di pesbuk, dapat aku jumpak balik geng-geng budak lama ni,,...Perjumpaan sekejap, telah diatur. Kami buat di bangunan Mara, KL....tak susah nak cari bangunan ni. Sebab caktam datang ambik. Apa kes aku pusing-pusing bangunan Pertama kompleks nak cari Bistro apa jadah. Rupanya bangunan sebelah. Cilakak. Lain kali sound awal-awal. Tak perlu aku kelam kabut sesat cari kedai makan tu...

Sekali sampai Jumpa Pakwan (nama sebenar dah diubah suai). Lain benar rupa kamu pakwan. Dulu kecik. Sekarang dah tak kecik. Gila bapak besaq. hahahahaha... kemudian, lepas sorang-sorang datang. bila dah kumpul semua, gila sembang macam hindu mabuk. Semua nak bercakap. Ntah siapa yang dengar. Hahahahah....

Yang pasti ada dua orang dalam kalangan yang hadir...dah pasang dua. Sempat bertukar-tukar tip. Cuma tip yang satu itu cukup tak boleh blah. apa dia?....biarlah rahsia jantan-jantan yang hadir saja tahu...kik kik kik...

Aisey...lupa nak habaq. sessi jumpak-jumpak ni aku lupa tarikh dia. Dah lama dah. Hampir sebulan. Sebuk dengan urusan duniawi yang satu ini, mengurangkan masa untuk menulis entry. Ini pun sebab Lee Chong Wei menang All England. Bila ruang waktu tidur diganggu dengan bersuka-suka tengok tivi di kedai kopi. lama tak tengok tivi. Lawa rambut Chong wei. Perang. Tapi bila tengok pesen baju lengan sebelah, timbul niat nak mengata. Lawa ka pesen tunjuk ketiak sebelah macam tu?

oppss.. lari tajuk pulak karangan ini.











Ini semua gambar aku dapat dari pesbuk.....megat terlebih rajin pi touch-up guna jadah program apa aku tak tahu. Dah nampak rupa kena sopak sorang-sorang. Tapi best. Lain sikit gambar ni. Nak kata suka tak juga. Nak kata meluat pun tak jugak,.....Rasanya macam meluat-meluat suka, gitu.

Gambar bawah ni gambar di zaman sekolah. Bila kawan-kawan dah upload gambar, baghu teringat. Sedar tentang rupa paras diri sendiri masa sekolah. Bwhahahhahah....Dah lama tak tengok rupa paras zaman sekolah. Nasehat aku. Kalian juga patut sesekali selongkar gambar-gambar lama. Terutama zaman sekolah. Renung lah...Tenunglah.......Cam siyout....







.....bersambung di next gheider--gheider. Tarikh belum diputuskan lagi. Mesyuarat sedang hangat di pesbuk.....pung pang pung pang dekat sebulan dah. keputusan tak dapat lagi...hahahaha.

*

Friday, October 9, 2009

Nostalgia : Episod 1 : Bola...

*
Seingat aku....permainan bola sepak dah cukup in dalam dalam diri aku sejak kecik...minat tu ntah mana datangnya...nak kata arwah ayah pemain bola..tak pernah pulak tengok dia gelecek bola ka...sepak ka..timang-timang ka bola.,..tapi aku suka main bola...

Teringat masa di sekolah dulu-dulu. Menjadi nostalgia pada aku..Nak-nak pulak kawan aku nan sorang ni pernah masukkan n3 pasal sekolah aku dulu. Dan, ada satu hari tu, aku godek2 album lama. Ha ha ha....ada lagi gambar ni...Aku scan. Terus tempek di sini.


Teringat kawan-kawan lama sepasukan semasa form 2. Dimana la korang sekarang ni. Lost betul....Cuma dapat sorang ja..Bahrain..itupun sebab sepupu dia gila menulis blog..Dapat jugak aku trace melalui blog dia.

Dan sorang lagi, pernah nampak mukanya di akhbar. Tunku Mohar. Dah jadi lecturer di UIA...bergaya betul dia sekarang ni. Ntah ingat ke dak lagi ke aku ni.. Dan Jagat (samsudin)..aku tahu dia dah jadi Ustaz....tak pasti sekolah mana. Itu ja la..yang tahu..yang lain-lain..ntah mana pergi..hilang. Ntah hidup, ntah mati.....

Cikgu Teridi dan cikgu Dasuki...yang pernah jadi coach kami. Mana korang haa....Tak dapat nak cari. Jika masih hidup. Aku doa korang sehat-sehat selalu.

Ingat lagi, team ni pernah champ perak piala coke go for goal. itu yang aku ingat. Masa tu tak peduli pun piala coke ke, piala coca cola ke...Yang diingat..main..main..main. Yang menariknya, team kami berlatih di luar sekolah. Selalu kami dibawa ke padang polo. Mulanya, aku tak faham apa sebab coach aku buat macam tu. Rupanya sebab nak bagi kami berlatih pakai seluar pendek..ha ha ha. Sebab dalam sekolah tak boleh pakai seluar pendek. Sekolah Aorob la katakan. Pakai seluar pendek, mau di jerkahnya ustaz disiplin yg garang seperti singa itu.

Pernah sekali aku kena libas dengan ustaz nan sorang ni. Semua gara gara bola. Bila petang lepas training, kami selalunya lewat la mandi. Kebetulan masa tu semua member lain dah ke mussolla, berjemaah maghrib. Yang kami ni baru nak siap-siap mandi. Ustaz yang garang seperti singa ini meronda spot check. Tak cakap banyak..Siapa lambat dilibasnya...Tak sempat berbasa basi memberi alasan. Perghhh...pedih wooo...berbirat..ha ha ha.

Coach aku...Cikgu Teridi..Mana cikgu sekarang ni. Dia banyak mengajar aku tentang bola. Semangat dia pasal bola cukup tinggi, setinggi perut dia yang agak buncit. Buncit-buncit pun, pernah diajaknya aku lawan lari naik bukit ke rumah warden masa training. Mengah jugak aku. Ya la...masa tu dia memang fit.

Dan coach ini jugak pernah tendang aku, sebab terhidu bau rokok bila aku balik dari Outing. Biasa la budak jahat (seperti dicapnya aku oleh sorang cikgu di situ...) bila keluar, mesti la pekena Peng! sebatang dua. Tak sangka Coach aku ada tercegat di Koridor. Huh.!!...makan seliang...Nikmat ja rasa..ha ha ha.

Walaupun kena..aku tak kisah. Dan, aku berterima kasih pada coach aku. Peristiwa itu menjadikan aku lebih mengerti tentang kehidupan. Aku sedar, dan mendapat iktibar. Iktibar aku masa tu, jika nak pekena rokok, jangan masuk ikut pintu depan. Cikgu ada...tertangkap..saheh kena punya!..ha ha ha...bukan itu maksud aku sebenarnya. (Maaf coach...melawak...salam..salam..)

Bukan point aku nak buruk-burukan coach aku. Tapi nak bagitahu, yang aku sangat berbangga mendapat sorang coach yang cukup prihatin. Di padang dia sebagai coach, kekadang garang macam singa dan kekadang cukup sporting. Di luar padang, seperti bapa yang sentiasa menjaga tingkah laku kami. Rasa tak lepas daripada pandangan dia..ha ha ha

..nak bagi kami jadi baik....bukan apa.

Di situ timbul rasa kagum aku pada dia. Kagum sebab dia dapat membentuk kami bukan sekadar sebagai team bola, malah dah jadikan kami macam adik beradik. Rapat. Itu niat dia barangkali.

Ya betull...aku sebut dia coach sebab dia bukan cikgu sekolah aku...dia cikgu sekolah aweks kepada sekolah aku..di Ipoh nun..ha ha ha...

Salammmmmmmm......





Saturday, September 13, 2008

satu ketika dulu....

Tukar kulit lagi blog aku...ha ha ha!..balei mapoh gi, kata org kariah aku!( dah jumpa balik semangat aku yang tercicir semasa merentas 'jalan kerinduan')


Masuk hari ni sudah berapa Ramadhan berlalu. Aku tak kira la. Di kala aku sedang gigih menunaikan rutin, teringat aku pada suasana berpuasa aku di zaman persekolahan. Puasa masa zaman duduk di asrama. Maklumlah, aku tinggal di asrama sejak form 1 hinggalah form 6. Jarang sangat aku dapat berpuasa di rumah, bersama-sama keluarga, terutama mak dan ayah. Kalau nak berbuka puasa dirumah, kena tunggu hari cuti. Tak pun dekat-dekat nak raya.

Pengalaman berpuasa di asrama cukup memberi kesan pada aku. Terutama masa aku form 1 hingga form 3. Sekolah aku di Ipoh. Bila dok sorang-sorang aku kerap terfikir yang diri ini dah dibuang keluarga. Memang aku tak sepatutnya berfikir macam tu. Tetapi masa tu, aku tak boleh nak berfikir macam org dewasa. Bagi aku, jika dah dihantar ke asrama, maknanya, keluarga kita tak mahu bela kita dah. Sebab tu kena duduk di asrama.

Dangkal dan bangang sungguh pemikiran aku waktu tu. Bila dikenang, rasa nak pergi ke kubur, korek dan peluk ayah . Nak mintak maaf. Namun itu cuma rasa hati aku saja. Tak mungkin dapat aku buat. Berani ke aku nak korek kubor?...

Berbuka puasa di asrama, sama saja kaedahnya berbuka kat mana-mana pun. Selalunya, jam 7 kami dah mula masuk dewan makan. Dah siap berbaju melayu. Selalunya menu berbuka posa ikut jadual . Selalunya tak sedap!...Masa tu tak kira sedap ke dak. Janji kenyang ja. Aku ada dua tiga orang geng aku, kekadang kami tak makan nasi di dewan makan. Apa kami buat?...

Kami makan kat bilik. Nasik dan lauk, kami bubuh dalam Tupperware. Masa berbuka, kami makan kuih ja. Kononnya, lepas prep malam baru la kami makan sama-sama. Ada la satu hari. Nasi dan lauk yg kami tapau tu,rasa semacam je dia punya bau. macam bau basi ja. nak makan pun dah hilang selera. Buang macam tu ja. habih!, kami nak makan apa?

Mana tahan dengan kederat kuih saja. Bila tengah malam , perut mula berbunyi. Lapar. Malam tu, sebab dah lapar sangat, aku ngan geng aku menyelinap masuk dewan makan. Oleh sebab takut orang nampak dan cam muka, kami guna samping sekolah buat tutup muka ala ala ninja. Cari apa apa yang boleh dimakan. Dah tengah malam, apa lah yang tinggal. Dah tahap kebulur, kami bedal je apa yang ada. Tahu apa yang kami makan malam tu?.

Buah tembikai cicah kicap!. Jadi la…daripada tak makan langsung. Semenjak peristiwa nasi kami basi tu, kami dah tak Tapau dah...

Teringat geng-geng lama....mana pegi korang semua hah?..manjo, Kimi, jagat, Jenggo, Botak, fathi, Kecik....Idup lagi ka korang hah!...



maaf, gambar ini takde kena mengena dengan tulisan diatas....