Jom...

Showing posts with label Wailong liku. Show all posts
Showing posts with label Wailong liku. Show all posts

Monday, December 6, 2010

sabarrr...jangan potong Q.

Maksud aku, gambar billboard di sebuah kedai di Queensbay Penang. Entah apa lah gamaknya falsafah dan ideologi tukang buat iklan ini, sehingga dia terdorong untuk membuat iklan sedemikian rupa?



Ok. Ok!

Gambar menceritakan seriba makna. Bak kata pepatah inggeris yang aku tak tahu nak tulis di sini.

Apa yang kalian faham tentang gambar ini?. Sayugia dijelaskan sekali lagi bahawa ini adalah gambar iklan di salah sebuah kedai di Queensbay, Pulau Pinang. Kedai roti dan kopi sebenarnya.
Agak-agaknya apakah dialog yang berlegar di benak lelaki terbabit?

Kemungkinan gambar ini membayangkan keenakan roti di kedai ini, sehingga kedua gadis tersebut, berebut-rebut untuk memakannya. Pasti sedap roti itu. Heh!!..Tapi mamat tu?..kenapa pulak? kelihatan tercengang. Adakah dia terkejut beruk, siamang, monyet dan lontong?

Gambar tanpa dialog selalunya mengundang pemerhati berfikir sendiri.

Cuba kalian berfikir apakah dialog yang berlegar di fikiran lelaki tersebut?.

Fikirlah..

Jika aku?...aku berfikir begini;

.
.
.
.
.
"Aiii....jika sedap sekali pun, sabar-sabar lah.... ikut turn!! Mana boleh sekali pemasuk, serentak dua mulut!"



haih...

Saturday, November 27, 2010

i'am sorry...#1

Diceritakan satu hikayat (perghh, hikayat) di zaman dulu kala dalam sebuah negeri ada sebuah kerajaan. Adapun kerajaan ini, suka benar menganjurkan beberapa pertandingan antara negara bagi membandingkan kehebatan mereka.

Diceriterakan satu ceritera kepada aku, oleh jantan budiman di suatu malam. Kerajaan tadi telah memaklumkan untuk mengadakan satu pertandingan memanah. Perkhabaran ini, akhirnya sampai ke sebuah negeri bernama Meleksia. Adapun negeri ini, ditadbir oleh isteri pemerintahnya.

Adapun negara Meleksia ini, amat tidak hebat dalam arena pemanahan. Walaupun sedar kelemahan sendiri, tapi sikap bongkak tidak mahu mengaku kalah memang tebal dalam hati pemimpinnya. Keputusan segera diambil. Penyertaan wajib dihantar.

Dipendekkan cerita, sebab malas nak menulis panjang, Meleksia menghantar seorang pemanah. Adapun bidan terjun itu amat tidak pakar memanah. Kepakaran dia dalam acara squash.

Dipendekkan lagi, dari cerita yang pendek tadi. Hari pertandingan berlangsung tiba. Di arena, segenap lapisan manusia datang menyaksikan pertandingan bersejarah ini. Maka berduyun-duyun rakyat jelata datang

Yang buta datang berpimpin
Yang capek datang bertongkat
Yang tuli datang terpinga-pinga
Yang bisu datang tak bercakap
Yang tua, Yang muda
Lelaki, Perempuan, Bapuk.

Bilangan mereka tidak terpermanai banyaknya.

Adapun, pertandingan memanah itu amat mudah. Sebiji epal diletakkan diatas seorang gadis yang di ikat pada sebatang pokok (sama seperti cerita cerita orang sebelum ini)

Dimulakan pertandingan, seluruh pemanah dari seluruh pelusuk dunia, mencuba. Kesemuanya gagal memanah tepat ke sasaran, yakni epal di atas kepala gadis tadi. Yang tinggal, hanya 3 orang pemanah, yakni dari Amerika, England dan tidak syak lagi, Meleksia.

Pemanah dari Amerika..memulakan panahan. Seperti dijangka. Tepat mengenai sasaran. Maka, riuh rendah tepukan penonton. Dan dengan bangga bercampur riak, pemanah itu bersuara.

" i'am..John!!..John Rambo!!"

Bertambah riuh, tepukan sorak penyokong-penyokongnya

Kemudian, tiba giliran Pemanah England. Beliau juga memanah tepat. Mengenai sasaran. Tidak kurang hebatnya dia. Maka, tepukan penyokong sangat gempita seperti tadi. Dia dengan bangga, perlahan-lahan mengangkat tangan. Tegak. Seraya berkata,

" i'am Hood...Robin Hood!!!"

Maka tiba pula giliran Pemanah Meleksia. Seperti di tulis di perenggan atas. Beliau pakar dalam bidang squash. Apa kejadah kena memanah. Dengan tangan terketar-ketar, mata di sepet sebelah. Merenung dengan mata yang satu lagi. Dia cuba menembak tepat. Ya!..tepat. Tepat ke dada gadis. Serentak dengan itu, penonton menjerit wuuuuuu......Dan, senyap. Suasana hening. Terkejut. Gadis, terkulai. Tidak bernyawa.

Pemanah Meleksia terdiam. Dan perlahan-lahan mengangkat tangan. Tegak. Sama seperti kedua-dua pemanah sebelumnya. Seraya berkata dengan nada perlahan tapi tegas.

" i'am.........Sorry!!!"



***

Thursday, November 25, 2010

Rapik...

*Baca*

Simpanlah wang wahai cik awang,
Wang dan ringgit jangan dibuang,
kalau tiada wang dipegang,
Kawan yang rapik menjadi renggang!

Pantun ke apa jadah sajak aku tak siasat. Ini Paksu penasihat kelab libang libu Phang yang bagi aku. Sekadar peringatan, katanya.

" Kawan-kawan masa kita senang, senang dia datang. Masa kita susah, susah la datang" ujar Paksu bersungguh-sungguh, sambil batuk berkahak... kheikk!!... kheikkkk!!!.

Agaknya kesan rokok dia dah lama. Selari dengan usianya. Anggaran aku, umur dia mungkin hampir-hampir 70 tahun. Kalau sipi-sipi pun tekaan aku, sekitar 68 atau 69. Banyak pengalaman orang tua ni...

Berbalik ke pantun ke apa jadah sajak aku tak siasat..

*fikir*

- Kawan
- Duit

Dua perkara yang menjadi point Paksu. Rupanya saling berkait antara satu sama lain.

Ada orang berkawan semata-mata untuk mendapatkan duit kawan. Tak kira samada nak pinjam, hutang, atau pow dia tidak kesah. Yang penting dapat duit. Paling lekeh minta belanja. Bahasa mudahnya, mengambil kesempatan. Cukup keji bunyinya.

Tapi bila kawan tu dah tak berduit, dia blah....ibarat kata, ada duit semua kawan, tiada duit,... lu punya pasal...lu mampus, mampus sendiri lu!...


Cih!!!.

***

Tuesday, November 23, 2010

penjara!

Salah satu sebab aku meng'de-active'kan akaun Facebook adalah masa. Aku pernah berkata yang kerja-kerja aku banyak tertangguh kerana Facebook. Hujah aku, gara gara berFacebook, banyak masa aku terbuang begitu sahaja. Ia banyak mencuri masa hingga terleka untuk segera menyudahkan kerja-kerja aku. Ternyata aku silap.

Sebabnya tadi, Jantan budiman berupaya mematahkan hujah aku. Katanya, jika banyak kerja kita tertangguh, bukan sebab kita tidak cukup masa untuk berbuat kerja itu. Katanya lagi, jangan sering memberi alasan 'sebab tidak cukup masa' atau 'takdak masa!'. Sebab katanya...

"kalau kita hendak tunggu cukup masa, sampai bila pun kita akan ternganga" ujar dia. Pandai-pandai lah kita menguruskan masa. Dengan bijaksananya lagi dia menambah...

"hanya ada satu tempat sahaja di mana orang mempunyai 'lebih masa' dan tempat itu tidak lain tidak bukan ialah di Penjara!"

Balik, aku berfikir. Ya..bukan salah lantai jika kita tidak pandai menari. Dan bukan salah periuk jika masakan kita tidak sedap. Pokok pangkalnya diri kita. Yang perlu diperbetulkan, kita.

Yang mengawal keadaan kita sendiri. Apa sahaja perkara yang kita buat, pokok pangkalnya kita sendiri yang mengawal. Ibarat refree di tengah padang. lambat, cepat atau berhentinya permainan bola sepak bergantung pada tiupan wisel di mulut dia.

Maka, aku pun meng'aktif'kan semula FB...tengok, tengok...badge disebelah sudah muncul gambar aku semula..

****

Up-date...
esok bermula peperiksaan SPM...semoga berjaya, anak didik ku...moga tenang menjawab soalan. Dan moga juga kalian mendapat keputusan cemerlang seperti kehendaknya kedua ibu bapa kalian.

******

Monday, November 22, 2010

Hidup jangan menyeksa diri...


Cuba lihat gambar di atas. [Dan sekarang ini amba sedang berfikir tentang apa yang terlintas di benak tuan hamba]

Seksa!!?

Ya!..Sama seperti apa yang amba fikirkan. Nampak terseksa dan tidak selesa. Itu pandangan amba dan tuan hamba. Pandangan kita. Tapi bagaimana dengan pandangan mamat itu?

Jika ditanya pada dia, pasti jawapannya berbeza dengan jawapan kita. Mungkin sebaliknya.

Maknanya, setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Kita tidak boleh samakan kita dengan orang lain. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ada hujah., Ada alasan. Tambah-tambah lagi bab memberi alasan dan dalih. Memang kaum kita yang paling hebat. Tak terlawan kaum-kaum lain.

Berbalik pada gambar di atas. Mamat itu mungkin selesa dan berbahagia menunggang motorsikal yang sekali tengok macam beruk sakit ketiak. Sedangkan pada pandangan amba, ianya sangat menyeksakan. Bayangkan, jika dia hendak ke Kuala Perlis sedangkan rumahnya di Kuala Pilah menunggang motorsikal ini menggunakan lebuhraya. Mau krem tangan. Habis tercabut bulu ketiak ditebak angin!.

Amba pasti tuan hamba bersetuju dengan pandangan amba. Tapi itu pandangan kita. Bagaimana dengan pandangan beruk sakit ketiak itu? Apa yang pasti dia sangat-sangat enjoy dan suka. Dia puas. Dia seronok. Dia bahagia. Kalau tidak, takkan gamak dia nak menunggang motor handle tegak itu jika dia tidak suka, bukan?.

Ini kerana kepuasan, keseronokkan dan kebahagian dia diukur mengikut kepala hotak dia. Dia bahagia sebab kepala hotak dia berkata begitu. Dia tidak menggunakan kepala hotak orang lain. Dalam ertikata, dia buat mengikut kehendak dia sendiri. Dia mengukur kebahagian dia mengikut kayu ukuran dia sendiri.

dari pada gambar ini aku dapat satu point!. Point aku sekarang ialah jika kita buat sesuatu perkara, kita tidak boleh samakan level orang lain dengan level kita. Kayu pengukur orang lain tidak boleh kita samakan dengan kayu pengukur kita. Dalam ertikata lain, apa saja yang kita buat jangan pedulikan orang lain. Lantak korang lah!. Aku punya pasal. Aku punya hal...apa lu sebok!!?. Begitulah jika secara bunyi kasarnya. (maaf: Bunyi halusnya tidak pula aku terfikir setakat ini)

*******
Pada orang, ukuran kekayaan seseorang individu dilihat pada berapa banyak kereta, rumah, wang yang dimiliki. Lagi banyak kereta, lagi kaya lah orang itu. Lagi banyak rumah lagi kaya makhluk itu. Tapi ada pula sesetengah orang berpendapat itu bukan penunjuk kepada sesebuah kekayaan.

Ada yang melihat kekayaan itu berdasarkan bilangan anak. Lagi ramai anak, maka lagi kaya lah dia. Pada mereka, tiada guna rumah besar tersergam indah tujuh atau lapan bilik, sedangkan tuan rumah hanya menggunakan satu bilik tidur utama sahaja. Bilik-bilik yang lain dihuni orang gaji dan pekerja bercap indon atau filipina. Apa guna kereta berderet di garaj, sedangkan yang diguna setiap hari hanya sebiji. Yang lain sekadar memenuhi ruang simpan kereta.

Itu pendapat sesetengah orang. Ada juga sesetengah daripada sesetengah orang tadi melihat kekayaan individu dari aspek kesihatan. Individu itu adalah seorang yang kaya, jika sihat tubuh badan. Bagi mereka, apa guna duit melambak dalam bank, bawah tilam, dalam almari tetapi kaki kudung kena potong akibat diabetes?.

Apa guna rumah besar indah tetapi masa banyak dihabiskan di dalam ward akibat sakit jantung, darah tinggi. Atau paling koman pun kena masuk ward seminggu sebab demam denggi?. Sebab itu, kekayaan yang sebenar terletak pada sihat tubuh badan.

Bila badan sihat, semua beres. Seperti kata Jantan Budiman, siang tadi "Ibarat straw tercacak tegak di celahan ketul ais dalam gelas teh o Ais limau". Dan dia menyambung kata-katanya "Tak guna beristeri cantik bak miss Universe, tapi yang si laki tidak sihat 'jantan'nya. Lemah. Tidak setegak straw tercacak tegak!. ".hehehe...
.
..

**********

Anak aku, (adik)...demam sekarang ini...tidurnya mengigau-ngigau....aku gundah!...
Sambil-sambil meneman dia, aku menaip karangan diatas!...Ayat jadi macam syilakerrr..berselerak tabak point!..

$$$$$$$$$<-------mana nak cekau?

Thursday, November 11, 2010

Keputusan UPSR anak aku....

*
Patut la kelam kabut sekolah rendah. keputusan UPSR keluar sudah.

Tahniah yang dapat 5A..tahniah juga yang dapat 4A ....Juga yang hanya dapat 3A, 2A atau 1A.

Betul!

Aku cuma sebut A.

Sebab A adalah huruf yang mula-mula kita sebut. Jika ada huruf lain sebelum A, mungkin aku sebut huruf tersebut.

Anak aku yang sulung lagi dua tahun amik UPSR. Yang nombor dua, lagi tiga tahun. Yang nombor tiga, tak ambik UPSR. Sebab, anak aku dua orang saja.

Itu anak daripada isteri pertama.

Anak daripada isteri kedua tidak ambil UPSR. Sebab, aku belum lagi beristeri dua.

Jadi tiada cerita tentang keputusan UPSR anak aku.


sekian.

*

Wednesday, November 10, 2010

terkejut dpt SMS pagi ni...

SMS 1:
Weii..tadak kerja ka?..menulis blog....cmne tesis?..jgn kantoi..
SMS 2:
jong minung..???.xpa laehhh....aaa

Memang ku kenal siapa yang hantar, walaupun nombor tak naik nama!!

Monday, November 8, 2010

tekan tekan ...

Selaluya jika aku dengar lagu yang best di you tube, aku akan tekan share ke Facebook. Entah kali ini jari menekan ke Blogger.



Jadi kita layan lagu ini. Thinking of You....Korang pernah hayati lagu ini?


*********


Sambil itu, aku teringat peristiwa seorang budak India di hospital tadi. Masa itu, aku berdiri tegak sebab tiada kerusi kosong. Kerusi kosong yang ada aku bagi Mak duduk. Terpacaklah aku tegak berdiri sambil memerhati gelagat pesakit dan orang tidak sakit yang membawa pesakit yang sakit itu.

Tiba-tiba tangan aku dipegang. Budak India. Dia pegang tangan aku sambil bercakap yang ntah haram biji aku tak paham. Mata dia memandang tempat lain. lama juga.

Saja aku tengok kelaku dia. Tersenyum aku dibuatnya.

"Rokk req....rokk req...rokk req.." kata dia, sambil merentap-rentap tangan aku. Bila tiada respon terus dia pandang atas. Mata kami bertentang. Aku senyum. Dia jelas muka terkejut. Mata dia jadi bulat. Seperti apa ya? nak gambarkan?

Dalam hati berguling-guling gelak. Sebab perkara-perkara macam ini bukan sahaja dia. Malah pernah terjadi kepada semua orang. Jika tak terpegang tangan, kemungkinan tersilap panggil. Mungkin ada. Tengok dari jauh konfem kenal. Bertegur sapa. Bersembang. Sekali dah lama baru sedar tersilap orang!

Haih!.

Tips:. Gambar di atas aku curi curi tangkap. Sambil buat buat gaya macam orang baca sms. Sebab itu aku berpesan, jika korang dapati ada maghruk sintuk atau sesiapa saja yang seolah olah amat sibuk bersms, tapi handphone menghala ke arah korang, pasti ada udang di sebalik batu. Apa nak buat?..Korang terus tenung dia. Tenung seperti laki merenung perempuan. Dalam-dalam. Lama-lama sampai dia gelabah. Sehingga dia menghala handponenya ke arah lain. Bukan apa, takut nanti gambar korang masuk dalam Blog dia. Jika bukan Blog, Mungkin Pesbukk..Atau paling lekeh tagged!

*

Friday, November 5, 2010

deepavalli punya mood...

Bangun pagi tadi. Pagi tak pagi sangat la..sikit lagi dah nak menghala ke tengah hari. Lepas bersiap, aku capai kunci motor menghala ke pekan. Puas meronda memusing seluruh pekan. Dari satu kedai ke satu kedai. Tujuan utama mencari surat khabar. dapat?..Haghammmm....

Semua dah kehabisan. Gara gara keputusan Pilihanraya dan Deepavalli. Sebelum itu, aku nak ucapkan tahniah kepada BN kerana dapat menggalas Batu. Menyapu bersih katanya.

Tapi bersih tak bersih pun, macam mana dengan Perlis dan Kedah? Macam mana dengan mangsa banjir itu. Hal hal macam ini pun kena ingat jugak. Mereka tidak minta bencana menimpa. Sama seperti mereka dekat dekat dengan gunung Merapi Sana.

Jadi di pagi jumaat yang mulia ini (entry ini ditaip, hari jumaat, ok) Aku nak tanya perasaan anda semua. Apa perasaan bila buka sms yang kamu dapat tiba tiba di perli dan disindir di atas perkara yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal. Dan paling dajalnya, kita di katakan Sial!...

Tersirap bandung juga darah...

*

Monday, November 1, 2010

Setan mana merasuk dia....

....

" ...Fil A'laminnn...Innaka hamidun Majid...."


"Assalamualaikum, warahmatullah...." "Assalamualaikum warahmatullah.."

Kanan dan kiri.

Pak Ya menyapu mukanya. "Astaghfirullah al'azim...." Pak Ya beristighfar. Sambil menyeka peluh peluh rintik di hujung hidung.

Cuaca semakin panas. Namun panas lagi hati Pak Ya. Sambil membetulkan kedudukan duduknya, tiba tiba Pak Ya teringat peristiwa petang tadi.

Entah setan bercabang tanduk mana yang telah merasuk Pak Ya. Tanpa rasa belas, leher Saud ditumbuk. Semuanya gara-gara serawan Jala.

"lain kali, kalau pinjam barang orang, buat cara pinjam" sergah Saud. Itulah permulaan dialog perbalahan mereka. Bersambung-sambung. Saling jawab menjawab. Petah juga Saud bertengkar. Walaupun kedengaran pelat dan sesekali tersasul menyebut perkataan.

"Bila tuan nak guna, pandai pandai la sipan".."bagi balik" Sah!. tutur katanya celaru. Sedikit lintang pukang.


bersambung...


Monday, October 11, 2010

10.10.10

Sungguh cantik nombor ini.

Tarikh rebutan pasangan mempelai, mengikat satu perhubungan suci.

Tidak ketinggalan, en. angkasawan kita. Juga melangsungkan majlis persandingan itu tadi.,...Nampak meriah, kelihatan di majlis via Tv3. [ketika n3 ditulis]

"kenapa kena tunggu 5 tahun baru boleh menikah?". Tanya Pak Abu tiba-tiba. Tokey kedai kopi kampung phang libang libu memang suka bertanya itu dan ini.

"kenapa pulak Pak Abu?"...Pak Cek tiba tiba berkelip mata apabila terdengar soalan pak abu.

"Lepas dia turun dari bulan, kena tunggu 5 tahun, baru menikah. Mungkin duduk kat atas, Anu jadi lembik kut...nak kena tunggu 5 tahun baru pulih?" Pak abu mengagak. Ketara konfius.

"HA HA HA....." Pak cek gelak besar. diikuti dengan hirupan air ketum. Sambil mata sepet sebelah. Mulut herot menahan pahit. Namun, demi berdengung digagahi juga.

"Takdak kena mengena la, Pak Abu" balas Pak cek. " Lagi satu, dia bukan pergi ke bulan pun.."

HA HA HA....

....bersambung.


Sunday, August 15, 2010

Gila...

Berkecimpung di arena persosialan internet menjadi tidak cukup gampang jika tidak ada akaun Facebook...sebab dia, berkata.

“Kami membina web, di mana asasnya adalah sosial,” kata Zuckerberg ketika mengumumkan Open Graph. ( SINI ) . Kerana itu, semua sudah menjadi kegilaan.

1. Gila mencari sahabat..yang lama, yang baru. Dan, terbaru kategori marka-marka dan balak-balak.

2. Gila mempromosi kehebatan diri walaupun di masa yang sama, menafikannya. Tapi jelas terpancar unsur unsur riak dari nada ayat-ayat yang digunakan.....Huh!

3. Gila mempamer gambar yang cantik, padat, ketat....disamping menunggu komen yang memuji.

4. Gila menulis status...selang 4 minit satu status. selang 4 minit satu posting..selang seminit...muncul status lagi...hatta menaip.." aku sedang mengorek hidung di tika ini..anda pula macam mana?"

5. Gila menayang gambar aktiviti sendiri sambil menunggu reaksi kawan....dengan harapan dapat perhatian

6. Gila.........



( Sila Tambah sendiri....senaraikan kegilaan mengikut citarasa sendiri...)

*

Friday, July 30, 2010

Cetusan hati dan dedikasi....

Layan lagu ni........tiba tiba jadi sayu la pulak....isk.isk...




Dah lama terdengar lagu ini berkumandang di corong radio. Terutama radio sinar. Dalam slot cetusan hati dan dedikasi Jamal Jamaluddin.............. Sungguh!..sayu lagu ni...



Sambil-sambil layan lagu, tak terasa pulak tangan menjadi rancak mengetuk kibok, meng key-in data....(pastu, lagu ni aku ulang pasang ....ulang..........ulang.........ulang.....hingga pengsan...)


..menaruh harapan agar dapat siap segala urusan duniawi yang satu ini, sebelum matahari terbit pada suatu hari nanti di hujung bulan november.......Pasti?


*

Tuesday, July 20, 2010

Nampak terjunam...

*

Di satu tempat kejadian kemalangan jalanraya. Kelihatan sebuah kereta terbabas sehingga menjunam ke dalam gaung. Polis cuba mendapatkan maklumat tentang kereta tersebut. Lantas seorang saksi, bernama Pokleh bersedia memberi maklumat.

“Berapa nombor kereta tu Pok leh?” Tanya pegawai polis. Sambil tangan bersedia mencatat nombor yang bakal di cakap Pok leh.

”Nampak terjunam, tok” Jawab Pok leh . Yakin. Sementelah memang dia sendiri menyaksikan kejadian itu, dari mula hingga akhir.

“Memang la terjunam. Saya juga nampak kereta itu terjunam ke dalam gaung Tapi berapa nombor plet kereta” pegawai polis tidak berpuas hati. “itu yang saya nak tahu”. Sambung pegawai polis yang sekali pandang macam A Galak dengan misai melentik tirus tajam di hujung.

“Nampak tujunam. Kan saya dah bagi tahu tadi.... Nampak tujunam!!” Pok leh mula meninggikan suaranya yang halus macam suara itik nila.

“Memang saya juga nampak kereta tu terjunam. Tapi, saya nak tahu nombor plet!!” Pegawai itu pula mula meninggikan suara. Namun sedikit rendah berbanding suara Pok leh.

“Bak sini Pen!!!”. Sambil tangan ditadah dengan jari menguit-nguit. Pok leh dengan garangnya lantas menulis nombor plet kereta itu.

6476.

“Hah!!.. ni.. nombor ni.... Nampak tujunam. Baca la sendiri!!”. Pok leh menyerahkan kertas tertera nombor plet kereta. Garang sungguh Pok leh. Marah benar dia dengan pegawai polis itu.


“:Oooooooooooooo....”....muncung mulut pegawai polis mencecah sedepa.


Wallah hu A’llam..

Thursday, May 27, 2010

Betul...

*
Petang petang panas merecing, teringat arwah ayah..


"Kalu jawad soklan cekgu, jangan jawad beto nae..". Pesan ayah aku. Terdiam. Walaupun masih sekolah rendah, aku sudah berupaya menaakul bahawa setiap soalan cikgu mesti dijawab dengan betul. Kenapa ayah tak bagi jawab betul?.

"wokpa tak buleh jawad beto, ayah?" Aku bertanya dalam loghat pattani. Loghat kariah pertama aku. Sila rujuk kamus.

"kalu satu capo satu, mung jawad beghapa dae..?."..Aku tahu ayah sekadar menduga. Tak kan satu campur satu, aku perlu bukak stoking nak kira guna jari kaki.

"dua lae yah, beto dak?.". kilas klek.....

"beto..., sebad tu mung jangan jawad beto..jawad lae dua..."

Aku terdiam. Dalam terpinga bodoh terselit rasa kagum. Ayah aku yang best!

Aku merinduiiii mu...



*
Selamat hari bapa......(walaupun aku tak pasti bila....aku tulis jugak)


*

Wednesday, May 26, 2010

Cicak...

*

"tuan...jangan lalu dalam sungai ini."..sergah Pak Seman rumah tepi bendang.

"kenapa?"..tanya Tuan Besar nada tak puas hati. Barangkali marah apabila hasrat untuk menyeberangi sungai menggunakan perahu kecik tidak kesampaian.

"ada buaya!". Pak Seman rumah tepi bendang memberitahu sungguh-sungguh. Berkerut dahi. Bertemu bulu kening. Mata dia mengecil. Mulut jadi muncung bila dia sambung ayat ".....tuuu!"

"buaya?..apa buaya?..macam mana rupa buaya?". tanya Tuan Besar. Sumpah!. Dia tidak tahu apa itu buaya.

Pak Seman rumah tepi bendang cuba menjelaskan lagi. "rupanya macam biawak, tuan Besar". Sambil mengharapkan imaginasi Tuan Besar dapat membayangkan bentuk rupa buaya.

"macam mana rupa biawak?". Tuan Besar bertanya lagi.

" Hah..? Pak Seman rumah tepi bendang menjadi bertambah bingung.

"rupanya macam cicak, Tuan Besar"...Pak Seman rumah tepi bendang berharap contohnya dapat memahamkan Tuan Besar.

"ha ha ha.....jika serupa cicak, apa yang kamu takutkan?..."


Pak Seman terdiam.


*******

cerita di atas..aku baca di sebuah majalah.........masa aku kecik2 dulu...

Saturday, April 3, 2010

sesekali terkena sebijik...

Yob kawan aku memang anak Ipoh jati. Pernah sekali dia bercerita pasal kawan dia. Kawan dia suka mengajuk cakap orang. Namanya dirahsiakan, buat sementara waktu.
Pernah sekali kawan Yob, mengikut Yob ke sebuah restoran di Ipoh.

" Hah komei... ayor apey nak minum?"..tanya tokey kedai.

"Ayor tey..." Jawab kawab Yob. Cuba mengajuk cakap tokey yang asalnya dari parit dan meniaga kedai makan di Ipoh.

"Ate..Beghapei?...".tanya pakcik tu...

"Satei..." Jawab Kawan Yob.

"Haaah?..beghapaei?.." Ulang tanya pakcik tersebut.


"Ayor tei..satei..." Ulang kawan Yob, yang namanya dirahsiakan buat sementara waktu.

"Kamu ni, Yob..mane ade oghang cakap satei...kalau satu, disebut satu la....kome niii.."..


"iyei, keii...."..kata kawan Yob, namanya dirahsiakan buat sementara waktu. Dengan Selamba.

Yob kat sebelah dah berguling-guling gelak.

*

Thursday, January 7, 2010

Boleh Kenyang ka?....

Tadi aku ke Eprd meninjau bahan tesis. Aku cakap tinjau sebab memang betul-betul aku tinjau..Haram sepotong ayat tak menulis lagi....Masih terkial-kial memilih permasalahan kajian. Bila waktu masuk dekat dekat jam dua petang, perut aku auto lapar. Baru sedar tak lunch lagi...

Punya khusyuk membelek hasil kerja orang hingga aku terlupa ke perut sendiri. Jika khusyuk itu diberi markah, mungkin aku dah boleh lulus, hanya dengan markah khusyuk itu tanpa perlu membuat tesis!...

Tempat makan aku di Cafetaria, area area situ jugak....Tapi yang bestnya, atas meja makan di situ banyak info yang dorang tampal-tampal..

Di meja yang aku duduk, tertulis info ni...aku rasa nak tergelak...lantas segera meng'snap' gambar. Korang tengok la....

Boleh kenyang ka makan macam ni?.......


hahahahaaa.......



Lupa nak bagitahu, aku makan di Cafetaria Bawah Blok Kementerian Kesihatan.....Patut la.


*

Friday, December 12, 2008

aku tetekannnnnnnnnnnnnn....

Penyakit yang akan dihidapi oleh lelaki dan perempuan yang sudah berkeluarga apabila diinjak usia, atau dalam perkataan lain…pasangan yang dah lama berkahwin. Yang lelaki berpenyakit Bo, manakala perempuan berpenyakit Me :


Lelaki:

Bo san
Bo roi
Bo tak
Boh jan.... hi hi hi...

Perempuan:

Me ngarah
Me ngomen
Me ngomel
Me mendam perasaan
Me repek
Me ‘rendang’..hi hi hi…

(Apa komen korang?..)

..dalam keadaan tertekan…otak aku tak boleh dikawalllll….kenapa dia memikirkan benda-benda cam gini..?

Tuesday, November 11, 2008

demam

Dua hari aku demam. Sakit badan. Dah lama tak rasa demam, sesekali dia datang agak mencemaskan. Bukan tak pernah badan aku ni, disinggahi demam, Cuma sekarang cukup kuat pasal demam-demam yang bersangkut dengan nyamuk. Spesis nyamuk nan seko ni, jika mengamuk, kesannya boleh membawa maut. Dia pembawa denggi. Dan terbaru, bawak pulak Cikugunya (maaf jika ejaan salah.).

Dalam dok weng-weng, aku sempat bersembang via Ym dengan dua tiga rakan sahabat. Berdasarkan ayat-ayat yang ditaip, aku pasti mereka cukup bersimpati dengan aku. Terima kasih. Yang beri panduan, minum air banyak, cek darah.dan banyak la…terima kasih lah…

Hari ni, aku dah rasa sihat sikit…Aku yakin demam aku cuma demam biasa. Bukan demam-demam jenis bahaya tahap petala langit tujuh (ikut kata TasikMerah tu haaaa.). faktor usia…..Usikan sahabat aku..Dah Tuooo..katanya. Aku iyakan je..ha ha ha.

Sementara menunggu perut menghadam ubat yang dimakan, terlintas pulak aku nak tulis tentang demam. Pada aku demam ni ada macam-macam jenis. Macam-macam yang dipanggil orang.

1) Demam denggi.

Demam yang disebabkan oleh nyamuk aedes. Aku kira semua dah tahu sakit ni. Cukup popular. Sekejap ada, sekejap hilang.

2) demam Kepialu

Juga disebabkan oleh nyamuk. Nyamuk apa?. Aku lupa dah. Tiruk ke apa nama dia…masih nyamuk juga pembawanya.

3) Demam Cikugunya (ejaan dah pasti salah)

Juga disebabkan oleh pembawa nyamuk aedes. Demam ni aku dah baca dalam blog Acik-Lupakanje…Dia tulis cukup detail tentang demam ni…Jadi sapa-sapa nak tahu lebih detail..pegi la godek2 kat blog dia…Rasanya dia tak marah tu…

4) Demam panas

Yang ni aku tak tahu virus apa penyebabnya. Jika aku tanya doktor mungkin diterang panjang lebar. Itu pun jika. Disini aku nak bagitahu, aku tak pergi tanya doktor..ha ha ha. Demam ni jika kena, badan jadi panas. Sebab tu org kata demam panas. Kalau budak kena, jika tak diturunkan suhu badan cepat, akibatnya jadi sawan…org kata..aku ikut jaa.

5) Demam Kura

Demam ni kat kariah aku ja panggil. Demam yang aku kategorikan demam melampau. Badan panas, tapi kita rasa sejuk sangat. Badan jadi menggeletar. Jika berbaring atas katil, bergegar katil. Kawan aku kata, dia pernah kena sekali…pegang peti ais, bergegar peti ais tu…kata dia la..perbandingan nak bagitahu betapa kuat dia menggeletar…Nama demam ni aku tak pasti masuk dalam silibus perubatan atau tidak…..he he he.

6) Demam pereksa

Demam jenis semua org pernah lalui. Selalunya dia menyerang masa kita di zaman persekolahan. Sekarang pun ya…tak caya cuba tanya calon SPM tahun ni…ada rasa nak demam tak…

7) Demam Bola

Demam jenis ni bermusim. Bila piala dunia. Atau piala copa Amerika..demam ni pasti ada. Selalu menyerang pada mamat mamat gila tengok bola. Selalunya parah jugak kesan dia. Tersengguk-sengguk masa kerja. Malam berjaga tengok perlawanan bola.

8) demam nak menikah

Selalunya demam ni menyerang bakal-bakal pengantin…tak kira lelaki ka pompuan..ha ha ha. Cuba tanya bakal pengantin laki masa dia nak pegi majlis akad nikah…seram seram sejuk macam nak demam.

9) Demam Urat

demam ni selalunya serang org tua….badan dah tua disuruh buat kerja macam org muda. Sakit-sakit urat, sendi-sendi pasti datang. Buat kerja 15 minit. Menanggung sakit urat dekat seminggu tak hilang…contoh. Aku bagi katun kat bawah..Contoh la..contoh….

so....