Jom...

Showing posts with label zaman budak-budak. Show all posts
Showing posts with label zaman budak-budak. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

lencana-lencana yang dekat dengan hati aku...

*
Di arena berpesbuk, aku jumpa semula kawan-kawan lama..dan juga aku jumpa semula jejak-jejak pendidikan aku..


(I)

Masa pakai seluar biru pendek, beg galas warna hijau, kasut putih stokin getah tak mencerut melurut ke bawah penuh lekat kemuncup.


(II)

Asrama pertama selepas penilaian darjah 5. Seluar hijau panjang, hari jumaat pakai baju melayu bersamping hijau berlencana sekolah. Pakai songkok. Minggu orientasi kena paksa hafal tahlil ingat terpacak dalam kepala.


(III)
Join masuk selepas SRP berangan jadi arkitek, tapi lingkup bila Technical Drawing dapat 9, sambil gred SPM dapat pangkat 3! bahalol tadak dah, bila gila main muzik dan join grup rock, nyaris buat album.


(IV)

Join kelas kemanusiaan, dari aliran teknik, campur-campur sains sikit-sikit, gila sempoi rasa senang, cincai main dapat skor, masuk universiti.


(V)

Masuk belajar, serupa tak belajar, janji dapat biasiswa, enjoy main snuker sampai 4 pagi. Melalak jamming dapat makwe. bertahan satu semester, kena tinggal. Sekarang apa kes lepas dapat kerja, balik sini sambung belajar. Sampai sekarang, entah bila nak setel.



Semua dekat di hati......tapi dah jauh di mata.

Wednesday, November 3, 2010

Dulu dulu #001

Memori atau ingatan adalah suatu ciptaan Illahi yang amat menakjubkan. Kita boleh menulis semula tentang apa yang terlintas di memori. Namun yang selalunya berlaku, di kala kita betul-betul ingin menulis, tiada apa yang terbit. Layar memori menjadi kosong. Tetapi, kadang kadang dengan tanpa tujuan apa-apa, skrin memori ligat pula menayangkan cerita-cerita lama kita. Ia datang tanpa disuruh. Bermain di kotak kepala hotak. Datang tidak tentu masa dan ketika. Sedang berak, umpamanya.

Begitu juga aku. Secara tiba-tiba, teringatkan peristiwa hari pertama masuk ke sekolah, yakni darjah satu. Sebelum ke sekolah, aku tidak pernah di ‘training’ ke sekolah. Mak aku cakap dulu, tadika hanya sebagai training sebelum masuk ke sekolah sebenar. Itu jam, gua main angguk ja kepala. Mana gua tau apa apa. He he he...

Aku tak pernah ke sekolah tadika. Ketika berusia 6 tahun, tadika aku hanyalah hutan, sungai dan pokok jambu. Di situlah tempat aku selalu pergi sesudah sarapan (biasanya nasi goreng yang dituang air teh kosong sebagai kuah. Fuhh..Ia sangat asyik). Jika tak ke hutan melastik burung, aku ke sungai untuk mandi manda.

Mandi sungai cukup membahagiakan aku sebagai anak kampung. Lebih lebih lagi sungai pula tidak jauh dari rumah. Jika berdiri di tangga rumah boleh nampak sungai itu. Selalunya sambil berlari, aku buka baju. Dan seluar pula aku tanggalkan bila dah betul-betul sampai di tebing sungai. Lalu terjun dengan ke’bolen’ngan. Ha, Ha, Ha...Ok, Ok...itu masa kecil aku. Sekarang aku sudah tak buat kerja tak senoyoh macam itu. Ketika itu, selalunya aku akan bersama-sama sepupu dan rakan sebaya. Kami akan mandi puas-puas. Sampai kecut [semua jari tangan, jari kaki, bibir dan Anu..anu..].

“mandi menimbuk, tak ingat dunia...tengok tu..dah jadi macam kueh siput” kata tokngah Saayah. Sambil menuding jari ke kawasan tengah-tengah aurat kami [maka adapun aurat lelaki itu adalah antara pusat dan lututttttt....].

Rumah tokngah Saayah terletak di tepi tepi tebing sungai. Lebih tepat, tepi lubuk [kami gelar lubuk tokngah] tempat kami selalu mandi dan main aci dalam air. Jika mandi di lubuk tokngah itu kami kerap main aci [ntah apa namanya panggilan permainan ini di tempat anda]. Main aci dalam air amat memerlukan skill berenang yang tinggi. Peraturannya mudah. Dalam ramai-ramai yang ada, seorang mesti jadi.

Dia perlu mengejar orang lain untuk Sep (Sep: Cuit kepala). Tidak boleh Sep (aku dulu tak cuit, aku luku, hahaha) jika orang itu berada di dalam air. Siapa yang kena sep, dia jadi. Dia tepaksa mengejar (berenang) untuk Sep kepala orang lain. Air di lubuk amat dalam. Kami perlu berenang setiap masa. Jika tidak pasti tenggelam. Lemas. Kaki tak sampai ke dasar. Jika terkepung tak tentu arah mana nak pergi, jalan untuk mengelak daripada kena Sep kepala hanyalah menyelam. Lepas itu pandai-pandai lah nak timbul di mana.

Bila dah selalu sangat main aci style macam itu, boring jugak. Pernah juga kami tambahkan lagi cabaran. Di tebing lubuk sungai itu selalunya ada selut liat. Ini yang aku panggil selut liat. Memang dia liat-liat sikit. Warna putih ada. Warna perang ada. Yang bestnya, kami pijak-pijak supaya keseluruhan lubuk itu menjadi keruh airnya. Ini jam baru trill..hahahha..jika kau menyelam, pasti tak nampak apa-apa dek keruh selut tadi. Pernah sekali, semasa menyelam aku berlaga kepala dengan kawan aku sebab tak nampak. Dua kali sakit. Sekali bila terhantuk kepala. Kedua, bila tertelan air selut, sebab tersebut ..aduhhh!! di dalam air. Rasa payau.

Bila penat main aci dalam air, kami naik ke darat. Masing masing mata menjadi merah dek lama menyelam. Serupa hantu raya. Tapi kami ketika itu ada kaedah tersendiri untuk menghilangkan kesan merah di mata. Kami ambil daun keladi. Agak-agak muat muka. Tekup di muka dan mendongak memandang matahari. Lama kelamaan kesan merah akan hilang. Sejujurnya, aku tidak pasti adakah itu kaedah yang betul-betul berkesan. Mata memang kembali putih. Tetapi adakah kerana daun keladi itu atau sebab memang mata tu pelan pelan dia jadi putih dengan sendirinya. Bukan sebab daun keladi.

Ok, Ok, yang di atas ini hanya mukaddimah. Cerita asal aku tadi tentang hari pertama masuk sekolah darjah satu. Tiba-tiba memori terpadam. Tak mengapa. Bila teringat nanti aku cerita lagi.

Salam...

Saturday, September 20, 2008

Aku juga nakal la...

Seperti biasa, selepas sahaja aku berbuka puasa dan solat. Aku akan pastikan anak anak aku mengaji dengan Tok dia. Nak dijadikan cerita, semalam, dalam perjalanan ke rumah Mak, aku melintas pekan dan masjid. Kelihatan beberapa orang budak sedang bermain mercun.

Ntah kenapa, sejak dua menjak ni aku jadi cepat terkejut. Dada cepat berdebar debar kalau terkejut. Bila dengar bunyi mercun yang budak budak tu main tu pun aku dah jadi cepat terkejut. Semasa aku lintas dorang, ntah macam mana, ada la sebijik mercun yang dorang pasang tu betul betul meletup dekat motor aku. Syiuuuuuuuung…PANG!.terkejut aku.. Nasib baik aku tak latah.

Marah betul aku . Mahu saja aku pergi kat budak budak tu, bubuh penampaq sorang sedas. Aku berenti motor. Lari budak budak tu. Lama aku perati depa. Jika masa muda muda dulu, aku dah tongkat motor dah. Aku kejar sampai dapat. Memang tak kasik Can punya…Tapi sekarang ni tak gamak dah aku nak buat macam tu.

Lama aku terberenti. Agak lama jugak aku tercegat tercangak cangak. Kemudian, pelan-pelan aku tersenyum sendiri. Otak terfikir. Budak budak kan. Mana la dorang tahu tentang perasaan orang tua. Mungkin dorang pun tak sangka. Dan dorang pun tak sengaja nak letupkan mercun tu arah aku. Bila terpikir macam tu, hilang skit rasa marah aku. Pelan-pelan suhu marah aku tu menurun mencecah angka kosong. …

Yang dorang pikir hanya seronok. Aku start motor meneruskan perjalanan. Sambil tersenyum aku terbayangkan gelagat budak budak tu tadi. Dan, aku terkenang balik masa aku budak budak umur sebaya dorang. Aku juga pernah lalui zaman keseronokkan bermain mercun macam dorang jugak. He he he..

Zaman aku budak budak dulu zaman RETRO. Zaman cerita Combat, Six Million Dollar man, Space 1999. Big Foot and Wild Boy. Sikit sebanyak, pengaruh cerita cerita TV masa tu, mempengaruhi corak permainan aku ngan geng geng masa kecik2 dulu…Dan, dalam banyak banyak cerita tu, cerita Combat la, yang paling mempengaruhi sekali, kan?..kan?. kan… He he he..Aku juga gila bermain mercun ala ala perang combat gitu…

Nak dijadikan cerita, berpuluh tahun dulu (mak aihhh..lama tu) selalunya selepas berbuka puasa. Aku ngan geng geng aku dulu mesti main perang-perang mercun. Nakal masa tu. Nakal budak budak. Selalunya kami main perang mercun roket. Ntah ada tak lagi mercun spesis jenis tu. Mungkin skang ni makin canggih dan lebih best lagi…

Bila dah berkumpul, hah…start la adegan perang2 kami. Dengan masing-masing membawa sorang sebijik botol kosong air F&N (orang kariah aku panggil air lemenet…he he he). Mercun roket tu kami letak dalam botol. Macam laras senapang la kekdahnya. Kalau budak lain main mercun roket tala ke atas…biar meletop kat atas. Tapi aku ngan geng aku…kami tala pada geng lawan..straight…nasib la nak meletup depan muka ka, celah kangkang ka…masuk lam kain ka. Kira tadak rules and law. He he he..peraturan yang ada…belasah ja. Kalau kena kira nasib. Bila dipikirkan balik..isk.isk..ganas juga aku masa tu. Soal takut…letak tepi. Yang penting seronok.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam masa kami main, mercun yang kami pasang, meluncur laju, terus masuk dalam kawasan masjid. Pelepang!...meletup betul betul kat kerusi tempat orang orang tua duduk bersembang sementara menunggu Isyak. Apalagi, menjerit la dorang tua tu. Lahabau …H**** J****, l***n*T..segala sumpah seranah kluaq habis.

Kami yang ada kat situ apa lagi…bertabur lari. Selamatkan diri..ha ha ha.. berani nak stay situ?...nak kena makan penampar?. Kami pikir org2 tua tu tak kenal kami…kami silap. Ada yang kenal. Mana taknya, geng budak budak yang dok main mercun mana ada oraang len. Geng kami kami ja…

Satu lagi, kegemaran kami geng geng budak zaman Retro ni…suka penaya kawan..he he he. Tu cara melawak kami geng geng budak. Selalunya kami guna mercun jugak. Mercun tarik. Ala…mercun yang ada tali tu…tarik kiri kanan..Klepang! meletup tengah tu..

Biasanya kami akan ikat tali mercun tarik tu pada kasut kawan kat masjid. Selalunya kami keluar awal..kami ikat cepat-cepat kat kasut kawan. Lepas tu tunggu sapa yang nak kena. Bila dorang nak pakai kasut dan berjalan, kan kekdahnya dia tertarik. Apa lagi.. meletop la mercun tu…dan kami yg tengok akan gelak penuh suka sebab rancangan dajal tu Berjaya…ha ha ha.

Ada juga sekali tu…nak cepat cepat ikat…tersilap ikat. Kawan aku ikat kasut orang tua punya kasut. Apa lagi, melatah la orang tua tu kena…nasib baik takdak sakit jantung. Kalau tak tentu sekarang ni anak cucu dia akan kelam kabut nak cari pusara dia di perkuburan yang dah semakin semak ni masa raya nanti...he he he.


Kemudian…rancangan dajal tu …bukan setakat kasut…kami juga ikat mercun tu kat tayar basikal. Sama juga kekdahnya..kalau kawan tu kayuh basikal…bayangkan mercun tarik tu jadi cengkang!..meletup la…

Ada la sekali tu…aku ngan geng len..ikat kat tayar basikal. Oleh sebab gila dan ghairah melampau nak penaya orang, hingga terlupa nak bezakan mana basikal kawan dengan mana basikal orang tua punya…kami ikat semua sekali basikal yang ada kat situ. Jadi boleh bayang la..macam mana kalau kita sendiri kan…tengah sedap nak kayuh..tiba tiba ..Pelepang!...mercun meletop…tekejut tak?..Dah tentu la kan..Soheh dah! Hanya orang pekak saja yang tak terkejut..

Camtu la….Bila kenangkan balik…betul la, kalau tuhan nak hukum kita…dia boleh buat cash kan..tak payah nak tunggu kita ke alam barzakh. Kalau dulu-dulu kita pernah penaya orang…mungkin sekarang ni kita kena balik macam kita buat kat orang.Mungkin kita yang kena ni lebih teruk lagi.

Sebab tu..kata orang kalau kita buat orang macam tu…kemungkinan kita kena balik macam ni..Ntah lah…sebab tu aku suka perkataan Camtu-Camni…