Jom...

Thursday, May 14, 2009

Aduihhh...Panas!

...

Din tersengih apabila mendengar jawapan aku. Aku dapat agak apa yang ada dalam kotak fikiran dia. “ buat lawak la tu…”. Dan. Agakan aku memang tepat! Sambil menarik sebatang rokok dari kotak marlboro light, dia bersuara.

“Hang buat lawak haih. Mana ada untung bisnis tu”.

Kata Din. Seterusnya meyambung dengan hujah-hujah betapa tak praktikalnya bisnis ini. Betapa susahnya nak cari pelanggan. Katanya rakyat Malaysia masih lagi tebal dengan adab budaya timur. Adab yang penuh dengan sikap kemalu-maluan (kononnya). Sukar nak cari orang yang benar-benar memerlukan sebuah ejen untuk mencari jodoh.

“ Aku bukan nak buat untung. Sekadar nak cari komisen sikit-sikit”.Jawab aku.Sambil menghembus asap nikotin. Berkepul-kepul. Berbunga-bunga. Serentak ruang makan disitu bercampur-baur haruman dunhill, marlboro dan gudang garam. Ada mamat indon juga menghembus asap di meja sebelah. Huh!...

“Komisen yang macam mana?.” Ternyata Din agak berminat. Biasa la, dia kan Lelaki Arjuna.

“ Komisen dari syarat bisnis aku. Jika ada mana mana umat yang nak cari pasangan mesti carikan untuk aku seorang jodoh!” Aku senyum. Memandang Din. Dia buat muka heran.

“sat...sat!. Aku konfius! Hang nak bisnis atau hang yang nak cari jodoh?.Ni sapa yang nak cari jodoh sebenarnya nih?” bertalu-talu Din menyoal. Lagaknya seperti SB semasa mengorek maklumat.

"aku, er..er..Aku, ku..er." gagap la pulak. Tak pandai nak jawab soalan Din.


"Hang Okey?"........Soalan Din, Aku sukar nak Jawab.. Erkkk.


*tamat...

.

10 comments:

julietchun said...

amboi cikguuuuuu, selamat hari guru,kekekeke

Mak Su said...

selamat hari cikgu ya cikgooden, itu bisnes two-in-one ka?

ZulDeanz said...

Kompius.... nak ucap selamat hari guru ke atau hari pelajar!

Nizam.Ariff said...

Selamat Hari Guru.

ASH said...

UKM memang ramai anak anak gadis, Cikgooden!..

hmmmmmmm...ish ish ish.

....pensyarah pompuan ada yang tak kahwin lagi tak?..ha ha ha.

selamat hari Guru walaupun hang COTI sekarang ni!

S.YanaZ said...

CikGooDen,
Siapa anak murid pertama yg kena jual???
*lalaalaala*

ckLah @xiiinam said...

cikgooo...
Bak sini rokok tu...



isk...isk...isk...
Pas tu gaduhlah panas.....



Cucuh kat jari dia karang...hahh!

iina said...

dah aku agak.. hehehehe.. semoga succes selalu ya.. ;)

azlanlin said...

Cik Siti dok menggamit! Punggung lentik, alis mata mengancam, belum tengok cara 'hayunan'nya lagi... perghhhh, susah mau cakap maaa... hati berbunga-bunag terkenangkan cik siti...heehe

Cikgooden said...

Julietchun:

ha ha ha...syekali, syekala kan...


maksu:

bisnis kecil-kecilan, ha ha ha..baru rancang dah kena pelangkung!ha ha ha

Zuldeanz:
takyah ucap apa apa...

Nizam:
aku bukan guru..aku kuli kerajaaan.

Anonymous:
ni siapa nak bukak bisnis dalam blog aku ni?..ha ha ha..

Ashley:
huih..sungguh sungguh haih..ha ha ha..
selamat COTI...

S.Yanaz:
tak tahu la...lalalllaalal...

CkLah:
ha ha ha...ganaih kak kita nih..nak cucuh lak ..

iina:
ha ha ha.....tq.

Azlan:
..........(tak tahu nak cakap apa)