Jom...

Saturday, May 30, 2009

Aku serupa Ayah ke?...

*
Kata kawan-kawan, aku serupa ayah. Aku pernah menafikan. Keyakinan aku adalah sebaliknya. Muka aku lebih mirip ke muka Mak. Kata aku. Bukan muka, tapi sikap dan kelaku. Itu maksud mereka. Aku cuba mencari kebenaran kata-kata kawan aku. Aku cuba selidiki dan merenung diri.Apa aku dapat?...betul. Kelaku aku lebih mirip ke Ayah.

1.Gedik kaki masa berbaring nak tidur…

Salah satu daripada tabiat ayah ialah suka mengulit kaki. Biasanya dalam keadaan berbaring. kaki kanan di letak atas kaki kiri. Atas kaki bertemu. Tolak kaki kanan, depan belakang, depan belakang. Sambil tangan kanan melapik kepala. Tangan kiri menyental pusing rokok daun.

Selalunya scene ni masa tengah hari dapat aku tengok. Lepas makan nasi. Waktu rehat dia selepas balik berkebun.

Aku pun kekadang sama terikut-ikut kelaku nan satu ini. Terutama berbaringan nak tidor. Kekdahnya seperti mengulit diri sendiri. Sungguh! Selepas beberapa round mengulit..pasti lepas tu aku tak sedar. Roh aku menjalar keluar badan. Lena beb!

Kalau tak lena pun, sempat juga aku berangan dua tiga babak memadu asmara bersama puteri masa tu..ha ha ha..Suka melayan angan-angan…

2. Setia dengan seorang isteri hingga ke akhir hayat.

Ini aku puji tentang ayah aku. Tak pernah dia terlintas nak mendua atau mentigakan bini dia. Jika mengikut rekod arwah Chey…bini dia tiga. Sehingga akhir hayat, Emak la sorang bini dia...

3.Garu belakang dengan cara menyandar ke bucu-bucu tiang dan menggesel2…kruh!kruh!kruh!...

Terutama bila masa makan nasi. Bila gatal belakang, mana nak garu jika tangan penuh nasik...dicarinya bucu-bucu tiang. Serendek, bergesel...best jaa nampak!...

Aku?..kadang-kadang, buat juga perangai tu. gatai siyot!...kena la garu...nak mintak orang garu, feel dia tak best la...ha ha ha...sedap lagi jika ditenyeh2 ke tiang!...

4. Suka kenyit-kenyit mata.-(susah nak hurai...bukan sebab mengenyit ngorat, tapi ntah, pesen dia kut..ha ha ha)

Aku..kekadang kenyit jugak mata tu...he he. sekali sekala bila perlu.

5. Batuk ada darah.......

Sebelum arwah meninggal, inilah beban yang dia tanggung...

ada sekali, aku terbatuk...ada kesan darah..Apakah..?..
Ahhh, sudah!...aku dah mula takut sekarang ni..

*

23 comments:

lupekanje said...

gi buat pemeriksaan kesihatan...
takut sbb banyak isap rokok tuh..huhu..
org isap rokok, kener salu buat pemeriksaan kesihatan.

err..klu tk isap rokok pun kener gak..

kakpah said...

kpah tak de lah nak menakut-nakutkan ko. Tapi kalau dah batuk keluar darah, tu tak normal tu. Gi le cek.
Mungkin sebab cuaca panas membahang ni jadi gitu..

err.. garu belakang kat tiang tu kalau kena tiang licin tak pe gak. kalau yang ada selumbar tu.. hehe tak ke berceracak kat tengah belakang tu jadinya.

ashley said...

we are copycatters..
like father like son bro!!

wei..agak agak dok garu belakang tu kes panau ker??
he he

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ACIK:

ya la acik...(sambil.tunduk2 ..rasa nak insap..je hah.)

KAKPAH:

rasanya la kak, (sambil dok agak, mesti kena ayat gini punya...)

ASHLEY:

panau?..mana ada la..ha ha ha...

Nizam.Ariff said...

Bro, batuk berdarah sikit je. Ada 6 paint lagi darah dalam badan. Hisap je lar..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

NIZAM:
terima kasih sahabat...nasihat tu aku guna sampai bila2...

ku tak sempurna said...

berhenti merokok!!
.
.
.
.
.
..
.
.
.
psssstttt... betul ke ko tak terlintas nak beristeri 2,3,4..

untung isteri ko...

Shifu67 said...

ke mana lagi tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi..... atau pun paling tidak kat roti canai pun kira ok gakk!

S.YanaZ said...

Org kata,
kalo anak lelaki mirip Ayah, degil.
Betoiii ka CikGooDen...?

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

KTS:

aku hanya nak beristeri satu ja...kahwin tak pasti berapa kali..ha ha ha...

SHIFU:

kekadang kuah tarok atas...

S.YANAZ:

dak aihhh...mana ada. Bida'ah ja tuuuu..

TMFH said...

aku pun tak nak isap rokok ler lepas nih... insaf insaf huhuh

Princess Liyana said...

Hm g la check,xlah risau nanti.hm n lg st,bhentila merokok.huhu.jgn merokok.

Chekgu BaniHassim said...

aiyak...
batuk ade darah??
dua kemungkinan laa...
sama ada batuk kering atau santau...
mintak simpang la 2-2...

abah saya pun cemtu gak...suke ulit2 kaki, goyang2 kaki time nk tido...
huhu
tabiat org berusia kut??

iina said...

bab bermadu asmara ngan puteri mana tuh wakakakah.. amboi hehehhe.. ahh elok sesgt ler tuh p check kalau dah batuk berdarah.. krg tak pasal2 lagik teruk.. jgn biarkan..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

YANA:
tgk la..he he he..aku takutt..

TMFH:
jangan..jgn berenti..isap je trus..

BANIHASHIM;
org tua/..ha ha ha, agaknya lah..heei..hang kata aku tua?..ceh..moda lagi la..

IINA:
takut la nak cek....tapi kan. bab memadu asmara tu aku tak takut..ha ha ha

ladylikeme said...

batuk berdarah..ada maknanya...

apa maknanya..gi jumpa doktor..dia ada jawapanyer

Tiniedia said...

Sah, memang anak bapak!!!

Safiya said...

TABIAT BAPA 2 ELOK MEMBAWA KENANGAN ABADI.
..... X GETI2 NAK JUMPE DOK KE KO NI

en_me said...

salamm cikgu deen ittewww..

Sri Diah said...

Cikgooden:
Akak sama dengan awak bab yang no. 3 tu eh, kita bukan adik beradik... jangan bertangguh psal batuk berdarah tu, segera ke doktor.

Princess Liyana said...

bhentilah..sblm teruk..napa takut plak?alaahai

aie akaike said...

betul tu cikgu, pi cek!

Tijah said...

nak2 tiang tempat garu tu ada kesan2 paku sket kan? pergh...sedap giler....