Jom...

Friday, May 15, 2009

Macam mana aku boleh jadi guru?...Sedangkan aku tak minat kerja guru?

*
Pekerjaan. Setiap orang ada pekerjaan. Tiada yang tidak bekerja. Hatta penganggur itu sendiri juga ada kerja. Kerjanya mencari kerja. Juga memaksa mereka bekerja. Malah lebih keras kerjanya berbanding mereka yang sudah mempunyai kerja.Setiap orang ada kisah tentang pekerjaan masing-masing. Termasuk aku.

Itu mukaddimah.

Aku mahu bercerita tentang pekerjaan aku sebagai guru. Bagaimana aku boleh terjebak dalam arena perguruan. Adakah minat atau cita-cita?. Kedua-duanya bukan. Jika diberi peluang atau ada peluang yang lain, pasti aku tidak memilih bidang ini. Jika begitu, kenapa aku memilih kerjaya guru?.

Aku terpaksa.Itu jawapannya. Dek memenuhi kehendak orang yang aku sayang, aku pasrah memilih profesion ini.

Desakan Ayah dan mak aku tidak bisa menepis. Ibarat luah mati Mak ditelan mati bapak! Antara luah dan telan, aku memilih untuk mengunyah!

Dalam diam tak diam, aku sudah mengunyah kerja ni, hampir 12 tahun lebih. Terus terang aku mengaku. Aku tak suka kerja ni. Aku menjalani rutin harian mengajar seperti aku sedang berenang di dalam sungai yang tak aku jumpa tebingnya. Setiap kayuhan renangku, amat meletihkan. Menyeksa jiwa. Aku tak suka!

Namun aku terpaksa juga terus-terusan berenang ke tebing usia karier. Jika sebelum ini, tebing usianya pada tahun aku berumur 56. Tapi sekarang dah ditambah ke umur 58. Bertambah lagi letih aku….



Cikgooden: Jangan Percaya cerita diatas…!


*

21 comments:

Kak Long said...

sebelum berada pada jawatan sekarang saya sudah bekerja di enam organisasi, dengan enam jawatan yang berbeza.semua pun bukan kerjaya yang saya idamkan. bukan cita-cita sebenar saya. tapi saya percaya Allah beri apa yang saya perlu dan bukan apa yang saya mahu. paling penting, setiap persinggahan tempat kerja itu saya akan berkenalan dengan ramai kawan baru, dan belajar benda baru.kerjaya cikgu sangat mulia dan besar pahalanya. tahniah kerana memilih kerjaya cikgu.

Yunus Badawi said...

Teruskan berenang bro. Kalau ko berhenti aku takut ko dibawa arus dan mungkin lemas.

psst - lemas di daratan lagi menyiksakan. Org yg kerja sendiri mcm aku ni laksana berenang di daratan lah. huhuhu

KTS said...

klu takleh nak percaya cerita di atas, nak percaya cerita yg di bawah ke??


selamat hari guru :D

Nizam.Ariff said...

Rutin bro, gua rasa lu tak suka buat rutin job. Lebih-lebih lagi kalau buat keje yang tak de hujungnya. Budak masuk, budak belajar, budak keluar, tahun depan tukar budak baru. Buat balik dan ajar balik syllabus sama... keje lain pun sama jugak bro. Keje rutin risiko rendah. Keje sendiri risiko pun tinggi bro...

julietchun said...

pakai pelampung utk keselamatan. Selamat Hari Guru.Anda hebat.

Road Runner said...

hai..singgah jap,penat bereneng melayari blog..hehe..tuka link blh?

ibundo said...

aku dulu masa sekolah bercita-cita nak jadi arkitek. Lepas degree terus jadi cikgu. Berenti jadi cikgu turun title plak jadi guru tadika.

semua takde kena mengena dengan apa yang aku nak jadi.

Ah.. tak kesahlah cikgu. Janji dapat duit halal. Jadi cikgu ni banyak dapat saham akhirat. Bukan gitu?

Selamat hari guru. Semuga cikgu jadi johan renang.

ASH said...

kakpah nak jadi arkitek?
he he he..sebab terer lukis?

aku dulu asalnyer 'budak arkitek' le juga!!
sebelum tukar profession jadi Injinnyok...ha ha ha..

cikgooden,
hang patut ceburi bidang animasi. joint upin dan ipin nyer production house!

he he he.

aza ni said...

kata orang berenang renang ke tepian, berakit rakit ke hulu,sekarang ni Cikgooden berenang ke berakit?Selamat hari Guru.

Yana Ismail said...

Selamat hari guru..;)uhuhu

Nia Arissa said...

ciannye cikgooden...nasib baik ada kerja kan..banyak pahala tau jadi cikgu ni... sekarang ni bukan senang nak jadi cikgu tau... Tuhan je yang tahu azabnya...

dah tu sampai bila nak kunyah benda tu...he3..

apa pun selamat hari guru...

AloyCaricature said...

aku je takde keje..
huhuhu..

Mak Su said...

tentu setiap tahun ada crita menarik tentang anak2 murid :)

iina said...

aku tak caye.. tapi aku percaya ko memang suka berenang-renang kan.. hatta berenang dalam baldi pun ko belasah juga wakakakah.. tak minat?? diminat2 kan.. abis sambung belajar nie kena paksa ke?? baik ngaku cepat ngaku... heheheh.. apa pun kerjaya.. yang penting ia halal.. takpe cikgu sok pencen buatlah keje yang minat.. carik jodoh?? muahahaha..

S.YanaZ said...

12 tahunnn sudah bergelumang dgn loceng skolah...
12 tahunnnn???


*dah tua*
ha.ha.
SELAMAT HARI GURU UNTUK GURU OTAI.

Alberangque said...

Chegooden. Usah sedih mengenang nasib dah terjadinya dirimu seorang guru. Rutin pada guru boleh diubah kalau mahu. Libatkan diri dengan berbagai kerja dalam KPM. Sama ada dengan EPRD, PPK, LPM, BPG atau BTP. Nanti hilanglah rasa jemu akibat rutin itu. Saya sudah menjangkau ketahun yang ke 32dalam PPP S. Julai nanti saya akan bersara tetapi masih minat mengajar. Skian TK

Cikgooden said...

kak Long:

kekadang saja hantu jahat merasuk otak...supaya membencii kerjaya sendiri...
(hakikatnya aku sayang kerja aku)

Yb:
Ya..kalu tak berenang aku lemas la wei, terus la nampak kullu nafsin za ikatul maut!<--betui ka ayat ni?..ahaihh.

Kts:
percaya pada diri sendiri...

Nizam:
yap..Rutin yang menyenakkan..tapi aku suka kerja aku, sebenarnya!

Julietchun:
Tq, kasihhhh...anda juga!

(ek..apa jadah Tq, kasih..hi hi..TQ, terima kasih...)

Hafiz:
tukar?..buat la kut mana hang suka, aku tak reti, haih.

KakPah:
lari jauh tu....macam mana pulak kata turun title?..cikgu tetap cikgu..tak kira la tadika ka hapa?..
sama la cam kak hidayah tu..

ashley:
ha ha ha, mana nak joint animasi kak hida, bukan rezeki kat situ...


kerja apa injinnyoq?...huk aloh.

Cikgooden said...

Azani:
berenang ka berakit ka..silap gaya lemaih jugak kan...tu la pasai...

P.Liyana:
selamat juga pada bakal guru...:)

Arissa:
kunyah samapi pencen...lagu tu la kuli kerajaan!

wakaradesign:
mu takdak kerja?..Bahong, haih.

maksu:
bukan setiap tahun, kekadang setiap bulan..ha ha ha.

iina:
betul....aku tipu. jika kau tak percaya, memang kau sudah memahami aku!..
ha ha ha ha...

S.Yananz:
Otai dah wa cakap Lu..zaman lu sekolah gua dah repeat PTk berulang kali susah nak lulus tu!..ha ha ha

Alberangque:
salam...saya dah ziarah rumah saudara......tq, ianya memberi semangat pada aku untuk terus menyambung bakti...

Anonymous said...

yeahhhhhhhhhh swim for your life...
no matter what even sang bedal just behinde hehehehh


SELAMAT HARI GURU.
"CEMERLANG.GEMILANG.TERBILANG"

dan jgn berhenti berenang... klu letih menyelam jer sambil minum air hahahahahahak. :)

ckLah @xiiinam said...

Selamat Hari Guru.
Tahniah kerana terus mahu menjadi guru, walaupun tak minat awalnya.




'KeGURUan' adalah 'passion' ckLah.
Yang telah tertulis sejak azali.

Anonymous said...

Great and that i have a dandy proposal: Who Repairs House Siding house renovation companies near me