Jom...

Tuesday, November 30, 2010

CPD...di sebalik cerita, ada cerita...

Kelmarin, gua ada cerita pasal kepala gua yang sakit memikirkan pembentangan tesis gua. Dek pening pening gitu, gua lambat-lambatkan kerja. Sengaja melengah-lengahkan kerja biar setanding dengan sikap kaum Melayu yang lain. Perangai melengah-lengahkan kerja memang tak ada kaum lain yang boleh celen kaum kita.

Tiba-tiba dapat call dari pejabat tempat gua mencari rezeki.

"cikgu...ada surat!!". Oh, ya! baba kepada anak-anak gua, seorang guru.

Degang!!...lutut terhantuk bucu meja.Terherot juga mulut menahan sakit. Dejei...Dan, dengan kelam kabut gua menerpa ke pejabat. Dalam kepala terbayang surat untuk viva. Debar di dada hanya tuhan yang tahu, selain diri aku sendiri. Tapi, bukan surat itu yang tiba.

Yang ada surat lain. Bila di buka..

Nah!...buku ni..

Buku yang gua order dari sebuah syarikat yang adapun tuan empunya syarikat itu, sering bahasakan dirinya gua dan bercakap dengan orang, guna lu-gua-lu-gua -lu-gua, sampai aku terikut sama..

Baru dapat. Belum baca sepenuhnya. Jadi aku tak dapat nak catat apa di sini. Apa isi kandungan buku ini. Apa yang dimerepekkan oleh anak muda zaman sekarang. Berbanding anak muda zaman dulu, tahun 80an, di mana internet adalah suatu yang mungkin tidak terlintas di fikiran anak anak muda zaman itu. Kalau pun ada, pasti disyak ia bukan kerja manusia. Mungkin UFO. Anak muda zaman itu, cuma yang tahu, masuk studio, jamming lagu rock n roll selepas pekena paipong sedapur dua. Tiada internet. Tiada Handphone. Ipone. Yang ada mungkin walkman.

Masih peringkat selak-selak. Tabiat aku, bila beli buku. Aku selak-selak dulu. Puas selak baru start baca.

Tapi, terjumpa benda yang potong 'stim'. Apa dia?...Aku masih di peringkat perbincangan dengan penerbitnya..Silap aku, atau silap dia?.

*

Monday, November 29, 2010

power point...

Surat panggilan untuk Viva tesis belum kunjung tiba. Masa yang terluang ini, aku gunakan untuk membuat persediaan semasa pembentangan nanti. Namun, apa yang bermain di benak aku yang separa benak ini adalah mengenai apakah yang perlu aku bentangkan dalam pembentangan itu nanti? Apa yang boleh menarik perhatian pembaca (penilai ) aku? Apa yang penilai aku ingin tahu?. Apa...apa?...apa?..

Aduh. Sakit jugak kepala. Hal ini membuat aku berfikir...
.
.
.
*Tapss..*

Idea mari..... ( " banyaklah hang punya idea.." ...terdengar Tasek Merah mengutuk aku dari Melaka).

Untuk pembentangan aku ini, cukuplah sekadar mengunakan power point saja. Adapun penggunaan kaedah power point ini adalah sejagat sifatnya. Hal yang sama seperti digunakan oleh seluruh ahli masyarakat Student yang lain.

Masalahnya sekarang, tesis aku terlalu banyak muka surat untuk aku masukkan dalam power point. Amat tidak bijak dan nampak dungu jika aku meng'copy&paste" semua muka surat, sumbat masuk ke dalam bentuk power point.

Lantas, Jantan budiman yang kurus tinggi macam tiang letrik itu memberi cadangan. Sambil dia bercakap, aku memandang.

"Kau hanya perlu letakkan point-point saja. Lebih senang untuk dihurai". Kata dia...Hmm. Nampak cerdik.

"Sebab itulah ia dinamakan power point. Hanya point-point sahaja dimuatkan. Bukan ayat berjela-jela" Dia menambah. "Dan, point itu pulak mesti la power..."

Terima kasih, Tiang letrik. Itu aku tahu laaaaa....

Yang aku tak tahu, apa point aku nak rengkaskan...po-en. tahu takkkk!!!poooo--ennn!


Haih.

*

Saturday, November 27, 2010

i'am sorry...#1

Diceritakan satu hikayat (perghh, hikayat) di zaman dulu kala dalam sebuah negeri ada sebuah kerajaan. Adapun kerajaan ini, suka benar menganjurkan beberapa pertandingan antara negara bagi membandingkan kehebatan mereka.

Diceriterakan satu ceritera kepada aku, oleh jantan budiman di suatu malam. Kerajaan tadi telah memaklumkan untuk mengadakan satu pertandingan memanah. Perkhabaran ini, akhirnya sampai ke sebuah negeri bernama Meleksia. Adapun negeri ini, ditadbir oleh isteri pemerintahnya.

Adapun negara Meleksia ini, amat tidak hebat dalam arena pemanahan. Walaupun sedar kelemahan sendiri, tapi sikap bongkak tidak mahu mengaku kalah memang tebal dalam hati pemimpinnya. Keputusan segera diambil. Penyertaan wajib dihantar.

Dipendekkan cerita, sebab malas nak menulis panjang, Meleksia menghantar seorang pemanah. Adapun bidan terjun itu amat tidak pakar memanah. Kepakaran dia dalam acara squash.

Dipendekkan lagi, dari cerita yang pendek tadi. Hari pertandingan berlangsung tiba. Di arena, segenap lapisan manusia datang menyaksikan pertandingan bersejarah ini. Maka berduyun-duyun rakyat jelata datang

Yang buta datang berpimpin
Yang capek datang bertongkat
Yang tuli datang terpinga-pinga
Yang bisu datang tak bercakap
Yang tua, Yang muda
Lelaki, Perempuan, Bapuk.

Bilangan mereka tidak terpermanai banyaknya.

Adapun, pertandingan memanah itu amat mudah. Sebiji epal diletakkan diatas seorang gadis yang di ikat pada sebatang pokok (sama seperti cerita cerita orang sebelum ini)

Dimulakan pertandingan, seluruh pemanah dari seluruh pelusuk dunia, mencuba. Kesemuanya gagal memanah tepat ke sasaran, yakni epal di atas kepala gadis tadi. Yang tinggal, hanya 3 orang pemanah, yakni dari Amerika, England dan tidak syak lagi, Meleksia.

Pemanah dari Amerika..memulakan panahan. Seperti dijangka. Tepat mengenai sasaran. Maka, riuh rendah tepukan penonton. Dan dengan bangga bercampur riak, pemanah itu bersuara.

" i'am..John!!..John Rambo!!"

Bertambah riuh, tepukan sorak penyokong-penyokongnya

Kemudian, tiba giliran Pemanah England. Beliau juga memanah tepat. Mengenai sasaran. Tidak kurang hebatnya dia. Maka, tepukan penyokong sangat gempita seperti tadi. Dia dengan bangga, perlahan-lahan mengangkat tangan. Tegak. Seraya berkata,

" i'am Hood...Robin Hood!!!"

Maka tiba pula giliran Pemanah Meleksia. Seperti di tulis di perenggan atas. Beliau pakar dalam bidang squash. Apa kejadah kena memanah. Dengan tangan terketar-ketar, mata di sepet sebelah. Merenung dengan mata yang satu lagi. Dia cuba menembak tepat. Ya!..tepat. Tepat ke dada gadis. Serentak dengan itu, penonton menjerit wuuuuuu......Dan, senyap. Suasana hening. Terkejut. Gadis, terkulai. Tidak bernyawa.

Pemanah Meleksia terdiam. Dan perlahan-lahan mengangkat tangan. Tegak. Sama seperti kedua-dua pemanah sebelumnya. Seraya berkata dengan nada perlahan tapi tegas.

" i'am.........Sorry!!!"



***

Friday, November 26, 2010

Caca marba...


Memang caca marba....semua nak sumbat....sekadar bahan bacaan ringan. Ringan?..ya!..ringan sungguh...Nipis..

Walaupun ringan, nipis, tapi berbaloi dibeli dan yang penting dapat baca: Atas alasan;

1. Tidak terjual di mana-mana toko buku, baik yang tahap besar-besaran, kecil-kecilan atau tepi jalan-jalanan.

2. Diusahakan secara indie ( bongkak..?), yakni, aku tulis-cetak-jual pada kau-dan kau tulis-cetak-jual pada aku. Semua atas usaha sendiri. (atau sen-diket, seperti sen-dikit SoljaH..). Pengedaran buku tanpa melalui mana-mana pihak pengedaran seperti mana buku buku DBP dijual.

3. Mana nak jumpa buku yang ada beberapa muka surat, tulisannya bermula di pertengahan muka surat ke bawah. Selebihnya pada bahagian atas, kosong.

4. Artikel yang ada di dalamnya, dikira ok, punch linenya..aku suka. Tak anti-Klimaks.

5. Mat Jan, pengarang blog yang cuma dapat ku baca, entry sejarah. Sebab dia dah berenti menulis. Mula menulis blog sejak tahun 2000, di mana waktu itu masih ramai masyarakat, termasuk aku, kamu dan kita belum tahu apa itu blog. Cuma yang tahu IRC chat dan sedikit sesawang porno. Tapi ketika itu, beliau sudah mula menulis.

6. Tertarik dengan latar belakang penulisannya yang didasari pendidikannya dalam bidang undang-undang. Diselit satu dua perkataan undang-undang yang dapat mengelirukan pembaca. Jika dalam permainan bola sepak, umpanan istilah perundangan itu, ibarat seperti tektik dummy silang silang kaki ronaldo yang pernah kawan aku cuba buat, tapi tersembam cium tanah kerana tersangkut di betis kaki sendiri.

7. Ada Segmen-segmen pulak dalam ni.. Segmen KERTAS AM, KERTAS PEPERIKSAAN, KERTAS KERJA, KERTAS SKOR MUZIK, dan NAK CUKUPKAN KERTAS (cerpen Manda)...Entah apa tujuan dinamakan seperti itu, cuma mat jan dan editornya sahaja yang tahu, selain tuhan.

8. Mulanya aku menyangka sebab dibahagi-bahagikan segmen-segmen untuk membezakan corak dan bentuk penulisan. Tapi tidak. Sama ja...Justeru, Gimik itu penting!!! tapi, aku suka segmen KERTAS KERJA..keh keh keh...

9. Segmen KERTAS AM, aku suka punch line encik ini buat...kemass... teringat satu catatan, dua sebenarnya; Izin aku turunkan di sini;

MADU 2

Aku tengok teater Madu 2 di Actors Studio. Kisah pasangan madu yang tinggal serumah. Isteri tua pandai masak, isteri muda tak reti.

Isteri tua kata, "nak pikat suami, mestilah menerusi perutnya..."

Isteri muda jawab, " Aku pikat suami menerusi bahagian yang di bawah sikit dari perut.."

Haha..

SIMPTOM

Bob: Jan, kakak kau doktor kan?

Mat Jan: A'ah. Awat?

Bob: Betul ke kencing kerap di sebelah malam itu simptom lemah tenaga batin?

Mat Jan: Aku rasa tu simptom sakit buah pinggang, diabetes dan batu karang.

Bob: Fuhhhh....Lega!


9. Welll...yu know what ai mean?...Aku baca dua kali buku ini. Sekali masa baru dapat. Kedua, hari esoknya bila rasa rugi bayar,tapi cepat habis bila dibaca.



Majulah buku untuk negara...

Thursday, November 25, 2010

Rapik...

*Baca*

Simpanlah wang wahai cik awang,
Wang dan ringgit jangan dibuang,
kalau tiada wang dipegang,
Kawan yang rapik menjadi renggang!

Pantun ke apa jadah sajak aku tak siasat. Ini Paksu penasihat kelab libang libu Phang yang bagi aku. Sekadar peringatan, katanya.

" Kawan-kawan masa kita senang, senang dia datang. Masa kita susah, susah la datang" ujar Paksu bersungguh-sungguh, sambil batuk berkahak... kheikk!!... kheikkkk!!!.

Agaknya kesan rokok dia dah lama. Selari dengan usianya. Anggaran aku, umur dia mungkin hampir-hampir 70 tahun. Kalau sipi-sipi pun tekaan aku, sekitar 68 atau 69. Banyak pengalaman orang tua ni...

Berbalik ke pantun ke apa jadah sajak aku tak siasat..

*fikir*

- Kawan
- Duit

Dua perkara yang menjadi point Paksu. Rupanya saling berkait antara satu sama lain.

Ada orang berkawan semata-mata untuk mendapatkan duit kawan. Tak kira samada nak pinjam, hutang, atau pow dia tidak kesah. Yang penting dapat duit. Paling lekeh minta belanja. Bahasa mudahnya, mengambil kesempatan. Cukup keji bunyinya.

Tapi bila kawan tu dah tak berduit, dia blah....ibarat kata, ada duit semua kawan, tiada duit,... lu punya pasal...lu mampus, mampus sendiri lu!...


Cih!!!.

***

Tuesday, November 23, 2010

lencana-lencana yang dekat dengan hati aku...

*
Di arena berpesbuk, aku jumpa semula kawan-kawan lama..dan juga aku jumpa semula jejak-jejak pendidikan aku..


(I)

Masa pakai seluar biru pendek, beg galas warna hijau, kasut putih stokin getah tak mencerut melurut ke bawah penuh lekat kemuncup.


(II)

Asrama pertama selepas penilaian darjah 5. Seluar hijau panjang, hari jumaat pakai baju melayu bersamping hijau berlencana sekolah. Pakai songkok. Minggu orientasi kena paksa hafal tahlil ingat terpacak dalam kepala.


(III)
Join masuk selepas SRP berangan jadi arkitek, tapi lingkup bila Technical Drawing dapat 9, sambil gred SPM dapat pangkat 3! bahalol tadak dah, bila gila main muzik dan join grup rock, nyaris buat album.


(IV)

Join kelas kemanusiaan, dari aliran teknik, campur-campur sains sikit-sikit, gila sempoi rasa senang, cincai main dapat skor, masuk universiti.


(V)

Masuk belajar, serupa tak belajar, janji dapat biasiswa, enjoy main snuker sampai 4 pagi. Melalak jamming dapat makwe. bertahan satu semester, kena tinggal. Sekarang apa kes lepas dapat kerja, balik sini sambung belajar. Sampai sekarang, entah bila nak setel.



Semua dekat di hati......tapi dah jauh di mata.

penjara!

Salah satu sebab aku meng'de-active'kan akaun Facebook adalah masa. Aku pernah berkata yang kerja-kerja aku banyak tertangguh kerana Facebook. Hujah aku, gara gara berFacebook, banyak masa aku terbuang begitu sahaja. Ia banyak mencuri masa hingga terleka untuk segera menyudahkan kerja-kerja aku. Ternyata aku silap.

Sebabnya tadi, Jantan budiman berupaya mematahkan hujah aku. Katanya, jika banyak kerja kita tertangguh, bukan sebab kita tidak cukup masa untuk berbuat kerja itu. Katanya lagi, jangan sering memberi alasan 'sebab tidak cukup masa' atau 'takdak masa!'. Sebab katanya...

"kalau kita hendak tunggu cukup masa, sampai bila pun kita akan ternganga" ujar dia. Pandai-pandai lah kita menguruskan masa. Dengan bijaksananya lagi dia menambah...

"hanya ada satu tempat sahaja di mana orang mempunyai 'lebih masa' dan tempat itu tidak lain tidak bukan ialah di Penjara!"

Balik, aku berfikir. Ya..bukan salah lantai jika kita tidak pandai menari. Dan bukan salah periuk jika masakan kita tidak sedap. Pokok pangkalnya diri kita. Yang perlu diperbetulkan, kita.

Yang mengawal keadaan kita sendiri. Apa sahaja perkara yang kita buat, pokok pangkalnya kita sendiri yang mengawal. Ibarat refree di tengah padang. lambat, cepat atau berhentinya permainan bola sepak bergantung pada tiupan wisel di mulut dia.

Maka, aku pun meng'aktif'kan semula FB...tengok, tengok...badge disebelah sudah muncul gambar aku semula..

****

Up-date...
esok bermula peperiksaan SPM...semoga berjaya, anak didik ku...moga tenang menjawab soalan. Dan moga juga kalian mendapat keputusan cemerlang seperti kehendaknya kedua ibu bapa kalian.

******

Monday, November 22, 2010

Hidup jangan menyeksa diri...


Cuba lihat gambar di atas. [Dan sekarang ini amba sedang berfikir tentang apa yang terlintas di benak tuan hamba]

Seksa!!?

Ya!..Sama seperti apa yang amba fikirkan. Nampak terseksa dan tidak selesa. Itu pandangan amba dan tuan hamba. Pandangan kita. Tapi bagaimana dengan pandangan mamat itu?

Jika ditanya pada dia, pasti jawapannya berbeza dengan jawapan kita. Mungkin sebaliknya.

Maknanya, setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Kita tidak boleh samakan kita dengan orang lain. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ada hujah., Ada alasan. Tambah-tambah lagi bab memberi alasan dan dalih. Memang kaum kita yang paling hebat. Tak terlawan kaum-kaum lain.

Berbalik pada gambar di atas. Mamat itu mungkin selesa dan berbahagia menunggang motorsikal yang sekali tengok macam beruk sakit ketiak. Sedangkan pada pandangan amba, ianya sangat menyeksakan. Bayangkan, jika dia hendak ke Kuala Perlis sedangkan rumahnya di Kuala Pilah menunggang motorsikal ini menggunakan lebuhraya. Mau krem tangan. Habis tercabut bulu ketiak ditebak angin!.

Amba pasti tuan hamba bersetuju dengan pandangan amba. Tapi itu pandangan kita. Bagaimana dengan pandangan beruk sakit ketiak itu? Apa yang pasti dia sangat-sangat enjoy dan suka. Dia puas. Dia seronok. Dia bahagia. Kalau tidak, takkan gamak dia nak menunggang motor handle tegak itu jika dia tidak suka, bukan?.

Ini kerana kepuasan, keseronokkan dan kebahagian dia diukur mengikut kepala hotak dia. Dia bahagia sebab kepala hotak dia berkata begitu. Dia tidak menggunakan kepala hotak orang lain. Dalam ertikata, dia buat mengikut kehendak dia sendiri. Dia mengukur kebahagian dia mengikut kayu ukuran dia sendiri.

dari pada gambar ini aku dapat satu point!. Point aku sekarang ialah jika kita buat sesuatu perkara, kita tidak boleh samakan level orang lain dengan level kita. Kayu pengukur orang lain tidak boleh kita samakan dengan kayu pengukur kita. Dalam ertikata lain, apa saja yang kita buat jangan pedulikan orang lain. Lantak korang lah!. Aku punya pasal. Aku punya hal...apa lu sebok!!?. Begitulah jika secara bunyi kasarnya. (maaf: Bunyi halusnya tidak pula aku terfikir setakat ini)

*******
Pada orang, ukuran kekayaan seseorang individu dilihat pada berapa banyak kereta, rumah, wang yang dimiliki. Lagi banyak kereta, lagi kaya lah orang itu. Lagi banyak rumah lagi kaya makhluk itu. Tapi ada pula sesetengah orang berpendapat itu bukan penunjuk kepada sesebuah kekayaan.

Ada yang melihat kekayaan itu berdasarkan bilangan anak. Lagi ramai anak, maka lagi kaya lah dia. Pada mereka, tiada guna rumah besar tersergam indah tujuh atau lapan bilik, sedangkan tuan rumah hanya menggunakan satu bilik tidur utama sahaja. Bilik-bilik yang lain dihuni orang gaji dan pekerja bercap indon atau filipina. Apa guna kereta berderet di garaj, sedangkan yang diguna setiap hari hanya sebiji. Yang lain sekadar memenuhi ruang simpan kereta.

Itu pendapat sesetengah orang. Ada juga sesetengah daripada sesetengah orang tadi melihat kekayaan individu dari aspek kesihatan. Individu itu adalah seorang yang kaya, jika sihat tubuh badan. Bagi mereka, apa guna duit melambak dalam bank, bawah tilam, dalam almari tetapi kaki kudung kena potong akibat diabetes?.

Apa guna rumah besar indah tetapi masa banyak dihabiskan di dalam ward akibat sakit jantung, darah tinggi. Atau paling koman pun kena masuk ward seminggu sebab demam denggi?. Sebab itu, kekayaan yang sebenar terletak pada sihat tubuh badan.

Bila badan sihat, semua beres. Seperti kata Jantan Budiman, siang tadi "Ibarat straw tercacak tegak di celahan ketul ais dalam gelas teh o Ais limau". Dan dia menyambung kata-katanya "Tak guna beristeri cantik bak miss Universe, tapi yang si laki tidak sihat 'jantan'nya. Lemah. Tidak setegak straw tercacak tegak!. ".hehehe...
.
..

**********

Anak aku, (adik)...demam sekarang ini...tidurnya mengigau-ngigau....aku gundah!...
Sambil-sambil meneman dia, aku menaip karangan diatas!...Ayat jadi macam syilakerrr..berselerak tabak point!..

$$$$$$$$$<-------mana nak cekau?

Saturday, November 20, 2010

Rock rock jugak, sembahyang jangan tinggal..!!


Always on my mind. Terpandang tulisan Hard Rock buat hati amba berdebar-debar. Degup jantung menjadi kencang. Terkenang seseorang!

Ok.
.
.
.
.
1. Sekarang ini dada amba sedang berdebar bercampur baur dengan serabut. Dan yang lebih menambah tak sedap hatinya apabila menunggu surat panggilan viva.....mak aiiii.....serammm!. Hanya tuhan saja yang maha mengetahui...Menunggu surat untuk viva tesis ini memang celaka dia punya debar. Tengok posmen lalu depan rumah pun dada jadi debuk debak debuk debak. Walhal belum pasti entah ada entah tidak surat. Gelabah semacam. Seperti gelabahnya kambing yang terdengar bunyi guruh, walaupun belum pasti lagi hujan nak turun. Ataupun seperti gelabahnya pemburu haram yang ternampak kelibat pegawai Mergastua di kedai kopi. Kekadang terasa seperti gelabah orang yang sakit perut terasa nak berak sangat-sangat dah dalam kereta yang terperangkap di jalan yang jeng!!.(berpeluh wehhh..)

2. Ntah bila surat itu nak kunjung tiba amba tak pasti. Pernah juga amba menghubungi pejabat. Jawapan yang amba dapat tetap sama. Tunggu surat. Jadinya amba tunggu sahaja. Amba sendiri pun dah jadi hampir hampir nak lupa, apa kebenda yang amba sudah buat dalam kajian dulu. Yang paling penting, harap-harap surat itu datang sebelum sampai tarikh tamatnya cuti belajar. Zaman tak-pergi-kerja-tapi-dapat-gaji sudah mahu sampai ke garisan penamat . Masuk saja tarikh 23.12.2010, habis dah la cuti!...

4. Selepas itu amba kembali meneruskan rutin seperti sebelum ini pergi-kerja-dapat-gaji. Cuma amba belum tahu di mana nanti amba ditugaskan. Samada di tempat lama dulu atau tempat baru.

5. Bila fikir benda benda macam ini buat amba susah nak tidur. Tengok!.Jam 2:37 pagi amba upload entry ini....

6. Tuan-tuan dan puan-puan, Sekian saja sebuah entry yang karangannya telah lari tajuk.

7. Jangan cari no 3.... Memang tiada!

*

Friday, November 19, 2010

pesbukk..

*
Di pagi Jumaat (pagi tak pagi sangat, dah nak ke tengah hari sebenarnya), Amba mengde-activekan akaun facebook!

Adapun alasannya adalah tiada alasan. Sebab, pernah 14 kali Amba mengde-active.kan akaun tersebut. Dan kemudian, 15 kali pula Amba activekan semula!

Amba letih dengan facebook...banyak mencuri masa amba daripada membuat kerja kerja lain.

Sekarang Amba nak tumpukan masa sepenuh jiwa kembali mengerjakan urusan duniawi yang diabaikan sejak dua bulan lepas.

Sekian, terima kasih.

*
Tengok, Profile badge Facebook kat sebelah kiri ini pun dah hilang gambar Amba....

Thursday, November 18, 2010

Spesselll.....



"kenapa tak hantar surat khabar?"

"apa?"

"sajak"

"sajak ni.!!??"........"tak de..takde....gua buat ni, untuk gua sajerr..SPESELLLL!!"


Yeaahh..Gua suka lu Pyanhabib. Sajak sajak lu mantap.

video clip di atas, diceduk bulat-bulat daripada youtube.

*

"kenapa tak hantar majalah?"

"apa?"

"kartun-kartun lu?"

"Kartun ni!!??".."takde, takder...ini gua buat untuk gua sindri ajerrr.....Spessssellll!!!"


******************

Kartun yang gua lukis, dulu, kini dan selepas sarapan esok pagi adalah untuk gua sendiri.

Sendiri lukis, sendiri buat, sendiri baca, sendiri menyampah. Gua tiada bakat untuk menyenangkan dan menghiburkan hati orang dengan kartun-kartun gua.

Gua cuba pastekartun gua di sini. Tapi, cilakak!

Rupanya gua scan masuk laptop yang satu lagi.....Gua update blog guna laptop yang satu lagi. Tapi tidak mengapa. Selepas makan tengah hari, bersamaan isnin bulan depan gua masukkan gambar kartun gua.

*************.

Apa ke jadah, aku terikut ikut cakap gua lu, gua lu.....bai? Mabuk sup daging fresh gamaknya ni. Itu lah. Pengorbanan korban di Aidil Adha.


Lupa cakap. Selamat hari raya Aidil Adha, yang jatuhnya pada siang tadi. kepada semua sahabat blogger aku...

*

Monday, November 15, 2010

Hidup bukan rahsia

Aku sudah menghadam buku ini. Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita...


Sebuah buku tulisan Sis Zabrina (Zabrina Abu Bakar). Aku tidak pernah kenal dia. Tengok muka pun belum. Apatah lagi susuk tubuh. Kuruskah?.Gemukkah?. Cuma ditulis, beliau adalah salah seorang Calon Anugerah 'King Faisal International Prize' 2010.

Banyak yang boleh dipelajari daripada 18 kisah penuh inspirasi berasaskan kehidupan seharian seorang muslim, seperti yang tertulis di muka depan buku ini.

Gaya penulisan yang bersahaja dan mempunyai unsur kecindan. Jika dibaca, akan terjumpa kelainan dalam persembahan tulisan beliau. Yang membezakan dengan penulisan pakar motivasi yang sudah ada (dan yang sedang berusaha gigih menulis)

Fokus utama penulisan beliau adalah mengajar supaya kita sentiasa menjadi insan yang ingin didekati oleh orang lain, setiap masa. Kita disenangi dan disukai.

Caranya?...berdasarkan 18 kisah tersebut, sekiranya kita menjadi seorang yang suka menolong, seorang yang berguna, yang baik dan menghormati orang lain, makanya kita bukan sahaja membantu mereka tetapi lebih kepada membantu diri kita sendiri.

Kita sebenanya meraih keberkatan dan ganjaran yang besar akhirnya, atas segala bantuan yang kita hulurkan kepada orang lain!

Ayat-ayatnya lancar. Seolah-olah dia sedang berbual dan bercerita di hadapan kita.

Walaupun fokus utama penulisan buku ini adalah bercorak keagamaan tetapi cara penyampaiannya tidak terlalu formal seperti kita membaca buku-buku bercorak keagamaan yang selalu kita jumpa (yang kadang-kadang baca, kadang kadang dak).

Dengan perceritaan yang selamba dan bersahaja, namun sesekali ia diselangseli dengan petikan daripada Al-Hadis dan Al-Quran. Suka dengan buku ini sebab pengarangnya dapat menyampaikan mesej agama secara ringkas, relevan dan mudah dipraktikkan.Ianya berkisar tentang kisah-kisah pedoman yangsering berlaku dalam kehidupan seharian!

Tapi, dalam banyak banyak kelebihan yang tertulis diatas, terdapat juga kelemahan dalam buku ini. Terutamanya sekali, tentang ilustrasi.(Aku tidak selayaknya untuk bercakap tentang ini kerana aku bukan mahir dalam kerja-kerja grafik. Tapi aku cakap berdasarkan apa yang aku rasa)

Satu percubaan yang baik, apabila setiap kisah dalam buku ini dihiasi dengan ilustrasi kartun. Entah apa tujuan diselitkan kartun tersebut. Pada aku, ia hanya mengganggu pembacaan. Sebab kartun dia cukup tidak cantik. maaf cakap!...aku berkata benar (maaf sekali lagi kepada pelukisnya). Aku cuba untuk berlaku jujur.

Aku menulis ini sebab terpegaruh dengan kata kata yang ada dalam buku ini.

"Hati yang jujur melahirkan tindakan yang jujur"...

Dalam dunia fana dan yang semakin nipis lapisan ozon ini, tidak ramai orang yang jujurrrrr.....

Betul kan...mana mungkin, tindakan seseorang adalah nampak jujur, jika hati nya sendiri tidak elok. Busuk!!!. Penuh dengan perasan hasad dengki.!!!! Sebab itu, hati seseorang dapat kita nilai hanya berdasarkan tindakannya. Perilakunya. Ikhlas atau tidak dia itu, tengok kepada corak perlakuan....Betul?..hmmm..fikir-fikirkanlah.

18 kisah

1. Kasihi saudara kita : Kisah abang dan adiknya
2. Berbuat baik kepada semua: Kisah si jejaka dan uncang emasnya.
3. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima: Kisah lelaki dan gajinya.
4. Maafkanlah dan teruskan kehidupan kita: kisah si gadis dan puisinya.
5. Usah menilai orang lain: kisah seorang cucu dan datuknya.
6. Berdoalah untuk mereka apa yang kita doakan untuk diri kita sendiri: kisah budak lelaki dan kamar barunya.
7. Raikan kejayaan orang lain: kisah dua jiran dan kereta mewah mereka.
8. Apabila anda menuding satu jari pada orang lain, empat jari menuding kembali kepada anda: kisah suami yang perihatin.
9. Bergantung hanya kepadaNya: kisah si penjual telur.
10. Kejujuran membawa keuntungan: Kisah maharaja baru dan biji benihnya.
11. Terima dan sesuaikan diri dengan perubahan: kisah raja dan menterinya.
12. Dengar dan turuti nasihat: kisah pekerja lebuhraya dan kadnya.
13. Kesabaran itu satu kemuliaan: kisah puting beliung.
14. Kasihi anak-anak kita: kisah si anak kecil dan kasut butnya.
15. Senyumlah dan dunia akan tersenyum bersama kita: kisah seorang gadis dan cadarnya yang komot
16. Dengarlah, ia pasti berbaloi: kisah seorang guru dan si gadis kecil
17. Bersangka baik terhadap orang lain: kisah seorang wanita dan payungnya.
18. Hargai perbezaan kita: kisah sembilan pelari pecut.


Nah!.ada 18 kisah, 18 tajuk...yang setiap satunya, dikupas bersahaja dan menarik.


Majulah buku untuk negara....

selamat membaca.
Salam!.




Saturday, November 13, 2010

Pisang rebus kopi O...

Kelmarin aku balik ke rumah emak. Selepas selekoh, ternampak dengan jelas rumah emak. sebelahnya rumah adik dia, yakni maknjang aku.

Sebelah kanan (gambar bawah), yakni sebelah kiri rumah mak, rumah kak dia. Maklang aku. Warna biru.

Rumah emak dan arwah ayah di tengah-tengah antara rumah Maklang dan maknjang.


Hehehehe...pedoman ini aku turunkan di sini supaya senang jika ada kawan-kawan nak datang rumah mak aku nanti. Tujuan datang, terpulang. Nak masuk meminang ke...nak jumpa bakal mak mertua ke....terpulang! hehehe...

Rumah aku dengan rumah emak, tidaklah jauh jaraknya. Ibarat kata sekangkang dinasor. Jika dari pintu rumah, aku nyalakan rokok. Tak sampai separuh batang, dah sampai ke rumah emak. Tiap-tiap petang, atau malam aku menjengah dia. Dia tinggal bersama abang aku nan seorang itu.

Abang aku sibuk orangnya. Kekadang dia keluar pagi, balik tengah hari. Belum sempat panas punggung, dia keluar semula. Balik petang dekat dekat nak senja. Tak pasti apa kerja dia buat. Yang pasti kerjanya sama seperti pekerjaan rakyat kampung yang lain.

Emak kadang-kadang duduk di rumah berseorangan. Lebih-lebih lagi pakwe dia dah innalilaah...

Satu sikap emak yang aku sanjung ialah amat memuliakan tetamu. Tetamu yang datang pasti dijamu. Dia cepat menghidangkan air kepada tetamu. Sejak kecil aku perhatikan. Tetamu ceq letak punggung, dia coh bingkas bangun ambik cerek, tadah air, letak atas dapur. Masak. Bancuh air. Hidang. Tetamu kena minum.

Tidak kira siapa, termasuk aku. Menjadi satu pantang, jika datang rumah dia, tapi tidak menjamah juadah. Kalau tiada apa juadah pun, sekurang-kurangnya air secawan dua, dia sediakan. Semua yang datang rumah dia. Siapa sahaja. Termasuk aku.

Kelmarin aku balik memang langkah kanan. Dia hidang Pisang rebus. Lama tak makan pisang rebus. Makan dengan kopi O.......

Cuma pisang rebus petang itu belum cukup syarat. Jika dulu, pisang rebus dicicah dengan kelapa parut. Atau disebut "nyo kuko" dalam bahasa kariah aku. Kelapa yang diparut, digaul dengan sedikit gula. perghhh!..

Tapi ada yang tidak tahan makan pisang rebus dicicah kepala parut. Jika tidak tahan, akan mengakibatkan lubang punggung menjadi gatal-gatal. Kerawit. Serius cakap! Sebab itu, jika tidak tahan cicah nyo kuko, elok dimakan begitu sahaja. Nikmatnya juga boleh tahan.

Emak!!........

Aku banyak menulis tentang dia. Cuma aku tidak publishkan. Cukup untuk renungan aku sendiri. Aku menulis sebagai tanda betapa aku menyanjungi tinggi emak aku nan seorang ini..

* Dia pandai berlagu Al-Quran. Bekas Qariah Mukim, dalam tahun 50an dan 60an...
* Dia penghidap penyakit darah tinggi, sejak umur aku di dalam perutnya sehingga sekarang...
* Dia bersama-sama arwah, mengusahakan dusun durian yang menjadi nadi kepada sumber
ekonomi keluarga, semasa aku kecil.
* Dia pernah menjadi s/u muslimat PAS kawasan Larut.
* Dia juga mandi, makan, pergi pekan sama seperti orang lain.
* Dia..
* Dia...

Dia lah ratu, dia lah raja yang bertakhta di istana hatiku..


*

Friday, November 12, 2010

1Malaysia...


Beginilah jadinya jika tidak dibendung sedari awal. Saya pasti dan berkeyakinan tinggi, tangan ini kepunyaan remaja sekolah (berdasarkan baju putih dan bekas pensil biru).

Dan berjantina perempuan (berdasarkan tisu di telapak tangan). Jantan tak pegang tisu macam itu. Lagi satu jarang jumpa budak jantan pakai jam warna pink!

Sekali pandang, memang cantik formasi jari hantu. Tetapi perilaku ini mengundang rasa hairan dalam fikiran saya. Adakah mereka secara suka-suka membentuk formasi?. Adakah mereka faham simbol Fuck! yang mereka buat itu?.

mmmmm....

Saya tak reti nak cakap apa lagi bila tengok gambar ini.

Salam 1Malaysia!

*
Ini gambar susulan yang saya dapat dari sumber Facebook. Sungguh tak gamak nak paparkan kesemua gambar-gambar yang lain. Cukup sekadar yang ini.



*



Thursday, November 11, 2010

Keputusan UPSR anak aku....

*
Patut la kelam kabut sekolah rendah. keputusan UPSR keluar sudah.

Tahniah yang dapat 5A..tahniah juga yang dapat 4A ....Juga yang hanya dapat 3A, 2A atau 1A.

Betul!

Aku cuma sebut A.

Sebab A adalah huruf yang mula-mula kita sebut. Jika ada huruf lain sebelum A, mungkin aku sebut huruf tersebut.

Anak aku yang sulung lagi dua tahun amik UPSR. Yang nombor dua, lagi tiga tahun. Yang nombor tiga, tak ambik UPSR. Sebab, anak aku dua orang saja.

Itu anak daripada isteri pertama.

Anak daripada isteri kedua tidak ambil UPSR. Sebab, aku belum lagi beristeri dua.

Jadi tiada cerita tentang keputusan UPSR anak aku.


sekian.

*

Wednesday, November 10, 2010

terkejut dpt SMS pagi ni...

SMS 1:
Weii..tadak kerja ka?..menulis blog....cmne tesis?..jgn kantoi..
SMS 2:
jong minung..???.xpa laehhh....aaa

Memang ku kenal siapa yang hantar, walaupun nombor tak naik nama!!

Perihal rumahtangga cinta tiga dimensi...

wah wah wah...

Macam bagus tajuk entry kali ini. Sebenarnya tadi, aku menggodek-godek blog aku yang mula-mula aku buat. Entry pertama nun tahun 2007. Pandai pula blog yang dulu aku label labelkan entry. Ada satu label tentang rumahtangga. Dan ada kisah perihal cinta 5 segi...

5 segi tu!... jangan main main.....Aku tahu ada yang pernah baca. Cuma 3 orang yang baca dan menurunkan jejak di entry tersebut. Saudara penyubiru, saudagar garam dan Tasek Merah. Sahabat awal aku dalam dunia blog. Semua dah lost kontek. Kecuali Tasek tu, sampai sekarang masih kontek (er..tak gitu, tas?)..hehehehe...

Nanti aku bagi link dia. Kamu klik saja di perkataan SINI. Tapi sebelum itu, nak berpesan (macam CkLah pesan), datang balik sini. Belum habis lagi. Lihat SINI.

Hal yang dulu aku cakap perihal cinta 5 segi. Perihal tentang aku tidak dapat mencari penyelesaian daripada mana datangnya watak ke-lima itu.

Siang tadi, sempat berbual mesra dengan seorang sahabat. Dia menceritakan kisah benar sahabat dia. Kita namakan dia sebagai A. Seorang lelaki. Kategori Jantan Budiman. Dengar-dengar balik, ceritanya lebih kurang sama seperti yang aku tulis dulu.

Cerita nya selepas dilintang pukang, berbunyi begini:

A dan B berkawan baik. Sejak mereka masih di alam persekolahan. Persahabatan mereka tanpa disedari membawa bibit-bibit percintaan. Di pendekkan cerita, segala dendam kesumat, madah berhelah, sepi sekuntum mawar merah, semua sudah mereka ungkap dan lafazkan. Hal ini terbawa sehingga ke umur dewasa, yakni lepas sekolah dan memasuki alam pekerjaan.

Ok!.

Dipendekkan cerita, si A dapat bekerja sebagai tentera laut. Manakala si B pula bekerja di Chow Kit Road. Bila berjauhan, seperti biasa macam ayat ayat dalam novel cinta, perhubungan mereka semakin lama semakin pudar dek jauhnya jarak antara mereka. Ketika itu belum ada Facebook. Kalau ada Facebook, pasti sudah lama mereka berfb Chat, berbalas-balas komen Atau berbalas-balas mesej di inbox. Atau pun ketiga-tiganya sekali. Serentak.

Si B mula menunjukkan sikap tidak setia dalam perhubungan mereka. Secara diam-diam dia berkenalan dengan C. Maka, segala episod laila dan majnun mereka mulai. Sementelah si C agak kukuh ekonominya berbanding si A yang hanya makan bila ada gaji. Tadak gaji, tak makan.

Berbalik kepada si A tadi. Dengan restu keluarga, disuruhnya emak, bapak dan kaum kerabat yang lain pergi meminang B. Tetapi sehari sebelum hari tersebut, B datang berjumpa A memberi keputusan enggan mengikat tali pertunangan. Hari yang cukup celaka bagi A. Dan lebih celakanya, si B tadi datang bersama-sama C. Sudah nampak sikap nak menunjuk-nunjuk seperti sikap jiran yang bukak pintu luas-luas sebab nak tunjuk peti ais baru beli.

Terlupa nak beritahu tadi. Keluarga A sebenarnya sudah ada pilihan untuk jodoh si A. Bahkan A tahu siapa dia. Baik, kita namakan dia sebagai D. Tapi A tidak mahu. Oleh sebab kekecewaan tadi, si A bersetuju dan menerima bulat-bulat pilihan keluarga untuk menyatukan dia dengan si D. Dipendekkan cerita, mereka berkahwin dan berbahagia lah dia dengan pilihan keluarga.

Nak dipanjangkan balik cerita, si A berhenti kerja sebagai tentera laut dan dapat kerja lagi best. Gaji pun lagi best. Rumah pun best. kereta pun best. Semua best. Kita tutup dulu cerita pasal A sekejap.

Kita siar pulak cerita tentang B. Adapun si B dan si C (sat, C ke?..dah..aku konfius dah....) Ok. Betul. memang C. Akhirnya, si B dan si C berkahwin. Tetapi nasib B tidak secerah nasib A. Ibarat ku sangka panas hingga ke petang, rupanya memang panas sampai ke malam. C dibuang kerja. oleh itu, tinggallah si B yang menjadi pencari rezeki keluarga., (untuk tidak konfius, B adalah wanita, ok!)

Maka kehidupan mereka amat berbeza. A dengan kesyurgaannya. Manakala B dengan kenerakaannya. Amat berbeza kehidupan mereka. Seperti seluar levi's dengan seluar kodi. Tetapi. Ada tetapinya. Walaupun berbeza, mereka masih ada persamaan. Kedua-duanya masing-masing ada 7 orang anak!

Point cerita ini sebenarnya, apabila B dan A berjumpa semula. Dan B mendesak untuk meraih semula cinta A. Sewajarnya A berasa serba salah?. Dalam dilema?. Antara B atau D?..Atau lantak ke aku, ikut suka aku?.Mana satu yang dia perlu buat?

Itu zaman dulu. tetapi sekarang, mereka berjumpa semula. Dalam Facebook. Secara tidak sengaja, B terjumpa A dalam senarai fren list kawan dia, iaitu E. Tanpa membuang masa, dia menge'add' A. Pada masa yang sama E (perempuan), juga cuba bermain cinta dengan A. Rupanya A dalam diam diam berhati waja cuba menjadi kasanova. Rakan rakan facebook yang lain seperti F, G, H, I, J ,K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z juga cuba digodanya. Ini semua B dapat tahu melalui rakan Facebook dia juga, iaitu Alip, ba, ta, stha, jim dan Kho (terpaksa gua abjad jawi..) yang juga merupakan Fren list dengan A. (ok, ok....yang ini aku saja saja tambah. Cerita tadi sebenarnya sudah tamat pada perenggan di atas )


*****
"boleh buat novel cerita kamu ni" kata aku. Lalu aku suruh dia menulis dan kalau perlu, tokok tambah saja cerita nak bagi lebih sedap. Tapi akhirnya, terbantut. Bila dia kata.

"Aa'ah...macam cerita lagenda budak setan"

Hmmmm....dah ada dah...


sebab tu, aku pernah kata pada seseorang: Buat cerita lain la.......asyik asyik sama ja jalan cerita. Tak guna buat berpuluh buah novel tebal-tebal, tapi jalan ceritanya hampir samaaaaaaaaaaaa.

*****


Monday, November 8, 2010

tekan tekan ...

Selaluya jika aku dengar lagu yang best di you tube, aku akan tekan share ke Facebook. Entah kali ini jari menekan ke Blogger.



Jadi kita layan lagu ini. Thinking of You....Korang pernah hayati lagu ini?


*********


Sambil itu, aku teringat peristiwa seorang budak India di hospital tadi. Masa itu, aku berdiri tegak sebab tiada kerusi kosong. Kerusi kosong yang ada aku bagi Mak duduk. Terpacaklah aku tegak berdiri sambil memerhati gelagat pesakit dan orang tidak sakit yang membawa pesakit yang sakit itu.

Tiba-tiba tangan aku dipegang. Budak India. Dia pegang tangan aku sambil bercakap yang ntah haram biji aku tak paham. Mata dia memandang tempat lain. lama juga.

Saja aku tengok kelaku dia. Tersenyum aku dibuatnya.

"Rokk req....rokk req...rokk req.." kata dia, sambil merentap-rentap tangan aku. Bila tiada respon terus dia pandang atas. Mata kami bertentang. Aku senyum. Dia jelas muka terkejut. Mata dia jadi bulat. Seperti apa ya? nak gambarkan?

Dalam hati berguling-guling gelak. Sebab perkara-perkara macam ini bukan sahaja dia. Malah pernah terjadi kepada semua orang. Jika tak terpegang tangan, kemungkinan tersilap panggil. Mungkin ada. Tengok dari jauh konfem kenal. Bertegur sapa. Bersembang. Sekali dah lama baru sedar tersilap orang!

Haih!.

Tips:. Gambar di atas aku curi curi tangkap. Sambil buat buat gaya macam orang baca sms. Sebab itu aku berpesan, jika korang dapati ada maghruk sintuk atau sesiapa saja yang seolah olah amat sibuk bersms, tapi handphone menghala ke arah korang, pasti ada udang di sebalik batu. Apa nak buat?..Korang terus tenung dia. Tenung seperti laki merenung perempuan. Dalam-dalam. Lama-lama sampai dia gelabah. Sehingga dia menghala handponenya ke arah lain. Bukan apa, takut nanti gambar korang masuk dalam Blog dia. Jika bukan Blog, Mungkin Pesbukk..Atau paling lekeh tagged!

*

Sunday, November 7, 2010

kubur...

"Baba, tolong lukis harimau bintang"

Tadi. Kakak minta tuan empunya blog ini melukis harimau bintang. Rasa nak melompat jugak tadi. Bukan sebab tak tahu melukis. Cuma tak berapa nak pandai melukis harimau bintang. Aku risau jika melukis, bukan harimau bintang yang jadi. Kemungkinan besar ia menjadi serupa kucing kemaruk nak berbini. Jalan nak mengelak, aku minta dia melukis sendiri

"Kakak cubalah lukis sendiri. Guna imajinasi kakak" kata aku. "Tidak pun kakak buka buku sains, cuba cari gambar harimau bintang. Kakak tiru saja". sambung aku.

Sungguh. Itu lah anak-anak aku. Kata nak belajar melukis. Tapi suka suruh-suruh aku lukis. Padahal itu amat tidak bagus jika nak belajar. Sepatutnya mereka lukis sendiri. Proses pembelajaran akan terjadi apabila mereka buat sendiri. Soal cantik, semat atau tidak, jangan bincang dulu. Yang penting buat! aku cakap... apa apa hal pun, kakak kena cuba buat sendiri.

Untuk lebih menegaskan hal ini, aku beri satu andaian.

"kakak suruh baba buat, yang pandainya baba, bukan kakak" sedikit ceramah aku bagi. "sepatutnya kakak buat sendiri. Dengan cara itu, Kakak akan belajar"

Rasa tak sedap pula kalau ceramah pendek pendek. Aku tambah lagi.

"Kalau semua kakak suruh baba buat,macam mana kakak nak pandai. Katakanlah baba mati esok. atau lusa. atau esok pada hari lusa. Masa tu baba dah duduk dalam kubur. Macam mana kakak nak suruh baba lagi?" Aku bina soalan macam itu. Biar dia berfikir sikit.

Kakak dah mula nampak berfikir sikit. Saja nak mainkan emosi dia, aku ulang sekali lagi " Hah..macam mana baba nak lukis lagi untuk kakak?"

" Lukis dalam tanah". Adik menyampuk.


Aku tediam!. tak jadi nak ceramah-ceramah lagi..

*

berlibur...

*
Kelmarin dari pagi membawa ke petang aku dan anak anak berendam di lost world of Tambun. Sesekali berendam di samping masyarakat 1Malaysia terasa ghairah juga. Walaupun keghairahan itu tidaklah sama macam laki yang ghairah nak masuk tidur awal malam jumaat.

Cuma sedikit hairan bila sampai di pintu masuk. Nampak kelam. Hampir hampir gelap gelemat. Ramai juga rakyat berbangsa India. Bercampur-campur dengan bangsa lain yang menumpang cuti sempena perayaan mereka, yakni bangsa Melayu dan Cina.

Timbul satu pertanyaan. Mereka tak pergi jalan-jalan rumah saudara mara kah?..

Owh!.mungkin sudah menjadi trend sekarang. Budaya ziarah menziarahi sudah terhakis pengamalanya. Orang lebih suka bercuti di tempat-tempat berlibur. Sama juga sesetengah orang Melayu. Semasa musim raya, dah kurang nak berjalan ke rumah saudara mara. Banyak masa dihabiskan di rumah atau di tempat-tempat berlibur. Bagi yang kaya dan banyak duit, mungkin menyambut raya di Hawaii, Paris, ataupun Gold Coast. paling lekeh pun ke Batam!

Ada mamat India tu ajak aku bersembang. Sementara tunggu giliran nak naik kapal beghayun!. Kesempatan itu aku tanya beberapa soalan. Tak menziarah saudara mara ke Deepavalli?. Dari jawapan dia, aku terpikir. Itu yang aku tulis di perenggan atas tadi.

Budaya kunjung mengunjung dah jadi semakin kurang diamalkan. Tak pergi rumah kawan-kawan?. "Dorang pun keluar jugak..habis macam mana mau pigi.".." Mau balik kampung, saya mana ada kampung. Saya dari KL..turun sini, jalan-jalan bawak Family"

Nah!...itu jawapan dia. Baik. Aku pun diam. Malas nak tunjuk perangai ramah-tamah.

Dah tak kuasa aku nak sembang lama lama. Bau lenga dia kuat sangat. Sampai turn, aku jalan masuk ke kapal beghayun. Pening jugak!

Yang seronok dah tentu kedua paru-paru aku. Lama dah tak mandi di situ. Menimbuk sakan. Berbeza semasa aku kecil dulu sewaktu baya baya dorang ni lah. Menimbuk kami sampai merah-merah mata.(Opsss!..dah cerita dah n3 lepas)

Seronok tak seronok pun, rabak jugak lah aku...Walaupun poket tak berapa nak kembong, digagahi juga pergi sebab dah janji dengan dorang. Kata orang, jika dah berjanji mesti ditepati. Aku tak mahu jadi macam sesetengah orang. Suka berjanji tapi tak pernah tepati. Seperti berjanji nak berubah jadi baik. Tapi tak berubah-ubah. Setiap hari rabu, sabtu dan ahad berduyun-duyun menambah saham.

Jika boleh aku tidak mahu mungkiri janji. Lebih lebih lagi janji dengan anak. Gamakkah kita nak tengok dorang sugul memeluk kaki atas katil sebab tak dapat pergi jalan-jalan walhal mak bapak dah janji nak bawak?..


*******

Hari ni rasa badan macam nak demam demam gitu...




Friday, November 5, 2010

deepavalli punya mood...

Bangun pagi tadi. Pagi tak pagi sangat la..sikit lagi dah nak menghala ke tengah hari. Lepas bersiap, aku capai kunci motor menghala ke pekan. Puas meronda memusing seluruh pekan. Dari satu kedai ke satu kedai. Tujuan utama mencari surat khabar. dapat?..Haghammmm....

Semua dah kehabisan. Gara gara keputusan Pilihanraya dan Deepavalli. Sebelum itu, aku nak ucapkan tahniah kepada BN kerana dapat menggalas Batu. Menyapu bersih katanya.

Tapi bersih tak bersih pun, macam mana dengan Perlis dan Kedah? Macam mana dengan mangsa banjir itu. Hal hal macam ini pun kena ingat jugak. Mereka tidak minta bencana menimpa. Sama seperti mereka dekat dekat dengan gunung Merapi Sana.

Jadi di pagi jumaat yang mulia ini (entry ini ditaip, hari jumaat, ok) Aku nak tanya perasaan anda semua. Apa perasaan bila buka sms yang kamu dapat tiba tiba di perli dan disindir di atas perkara yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal. Dan paling dajalnya, kita di katakan Sial!...

Tersirap bandung juga darah...

*

Thursday, November 4, 2010

Weiiii...

Sahabat aku yang diingati......entry ini khas untuk kamu!

Blog post satu kemudahan yang aku baru jumpa dalam Microsoft office word 2007. Walhal orang lain mungkin sudah arif tentangnya. Aku baru nak jumpa...Apa kejadah laaaaa..

Kemudahan apa?.

Ya...kemudahan untuk kita memuatnaik sesebuah entry blog.

Begini.

Aku pasti, ramai dalam kalangan kita blogger baru (Baca: blogger baru yang baru tahu ada beza blogspot dengan blogsport) akan menaip entry secara terus di kotak new post. Hal ini aku juga selalu buat. Taip terus. Namun kadang kadang aku jadi buntu untuk menaip apa. Kata orang idea tarak mari. Mental Block. Apa yang dibuat hanya sekadar merenung skrin. Tekan hurup, tekan back space..tekan hurup, tekan back space. Entry?..ermmm..haghammm!

Maka timbul perasaan Frust. Malah terkeluar entry macam celaka (seperti yang anda sedang baca ini) dan entry itu adalah manifestasi daripada perasaan frust tadi.

Sebab itu, setiap entry perlu ditulis ketika tenang. Ketika idea mari punya!.

Masalahnya, idea mari tatkala kita bukan online. Sememangnya kita bukan 24 jam online. Betul tak?. Purata sehari hanya berapa jam sahaja kita online. Setelah tolak buat segala hal lain, termasuk berak. Aku tak berani bagi contoh makan, minum sebab ada yang online ketika makan. Tak percaya sila ke kedai mamak berhampiran. Memang ada yang tangan kanan membalas komen di Facebook, sambil tangan kiri menyuap roti canai pisang! (Nampak sibuk sungguh)

#Acchhummmm....(sori. Terbersin. Selsema sekarang ni..)

Sebelum ini, apa yang aku buat adalah menulis di dalam perisian word. Sama seperti pelajar pelajar Universiti menaip assignment dengan menggunakan laptop guna duit mak bapak tapi duit PTPTN guna untuk pergi berjoli dan beli top-up handphone. Bila dah dapat satu entry, aku copy paste masuk dalam kotak new post blog.

Yang celakanya, nak kena edit bagai. Terutama tentang formatnya. Nak kena edit html...(tasek Merah tahu la natang ni...dulu pernah dia bebal pasal html..hahahaha)

Kerja yang mudah jadi renyah. Benda simple jadi libang libu.

Sebab itu, aku suka guna word blog post. Taip entry bila bila masa kita senang. Kemudian daripada word ini kita boleh publishkan dia ke dalam blog. Dia terus jadi macam apa yang aku taip dalam blog post. Berbeza dengan cara yang tadi. Kena edit edit bagai.

#Acchhummmm....(sori. Terbersin. Selsema sekarang ni..)

Hah???...Laaaaaaaa...

Hahahahahaha..........

Rupanya memang cara ini pun dorang guna....aku baru tahu!

Nabai betul.

*Abaikan apa yang aku tulis. Maaf jika sudah membaca hingga ayat ini.

Salam...

Sawa...

"Kenduri ni kita buat makan sawa dah la" Ujar Mak petang kelmarin.

"Sawa?..Mana boleh dimakan mak woo!" Kak aku yang terbaring bingkas bangun. Bersila mengadap emak. Hairan. Di kepalanya mungkin sedang ligat meneka.

buang tebiat?

melawak?

atau apa?


"Sapa kata nak makan sawa!!!!" Emak menjawab mengiringi Ha, Ha, Ha. Emak ketawa.


.....

Sebenarnya itu dialog suatu petang di rumah Emak. Untuk makluman, satu majlis pertunangan anak saudara aku akan berlangsung raya haji ke empat nanti (ada ke empat raya haji?..hehehe).
[aku tak jemput korang. Aku bagi tahu saja, ok.]

Maka, berlansunglah sembang sembang menu antara kami-kami (aku, emak, kak, adik, abang).

Sawa?..

maksud emak masak sweet n sour...

Aku tak berapa nak join kalau bab menu atau apa nak dimasak. Itu bukan kerja orang jantan. Jantan budiman macam aku hanya buat kerja kerja kasar. Pasang lelangit, angkat almari, bukak katil, pasang katil. Pendek kata, kerja yang memerlukan otot lengan yang kuat saja aku buat (goyang senduk dalam periuk, tersangat tidak memerlukan kekuatan lengan, Ok!)



* Haih!...



Wednesday, November 3, 2010

Dulu dulu #001

Memori atau ingatan adalah suatu ciptaan Illahi yang amat menakjubkan. Kita boleh menulis semula tentang apa yang terlintas di memori. Namun yang selalunya berlaku, di kala kita betul-betul ingin menulis, tiada apa yang terbit. Layar memori menjadi kosong. Tetapi, kadang kadang dengan tanpa tujuan apa-apa, skrin memori ligat pula menayangkan cerita-cerita lama kita. Ia datang tanpa disuruh. Bermain di kotak kepala hotak. Datang tidak tentu masa dan ketika. Sedang berak, umpamanya.

Begitu juga aku. Secara tiba-tiba, teringatkan peristiwa hari pertama masuk ke sekolah, yakni darjah satu. Sebelum ke sekolah, aku tidak pernah di ‘training’ ke sekolah. Mak aku cakap dulu, tadika hanya sebagai training sebelum masuk ke sekolah sebenar. Itu jam, gua main angguk ja kepala. Mana gua tau apa apa. He he he...

Aku tak pernah ke sekolah tadika. Ketika berusia 6 tahun, tadika aku hanyalah hutan, sungai dan pokok jambu. Di situlah tempat aku selalu pergi sesudah sarapan (biasanya nasi goreng yang dituang air teh kosong sebagai kuah. Fuhh..Ia sangat asyik). Jika tak ke hutan melastik burung, aku ke sungai untuk mandi manda.

Mandi sungai cukup membahagiakan aku sebagai anak kampung. Lebih lebih lagi sungai pula tidak jauh dari rumah. Jika berdiri di tangga rumah boleh nampak sungai itu. Selalunya sambil berlari, aku buka baju. Dan seluar pula aku tanggalkan bila dah betul-betul sampai di tebing sungai. Lalu terjun dengan ke’bolen’ngan. Ha, Ha, Ha...Ok, Ok...itu masa kecil aku. Sekarang aku sudah tak buat kerja tak senoyoh macam itu. Ketika itu, selalunya aku akan bersama-sama sepupu dan rakan sebaya. Kami akan mandi puas-puas. Sampai kecut [semua jari tangan, jari kaki, bibir dan Anu..anu..].

“mandi menimbuk, tak ingat dunia...tengok tu..dah jadi macam kueh siput” kata tokngah Saayah. Sambil menuding jari ke kawasan tengah-tengah aurat kami [maka adapun aurat lelaki itu adalah antara pusat dan lututttttt....].

Rumah tokngah Saayah terletak di tepi tepi tebing sungai. Lebih tepat, tepi lubuk [kami gelar lubuk tokngah] tempat kami selalu mandi dan main aci dalam air. Jika mandi di lubuk tokngah itu kami kerap main aci [ntah apa namanya panggilan permainan ini di tempat anda]. Main aci dalam air amat memerlukan skill berenang yang tinggi. Peraturannya mudah. Dalam ramai-ramai yang ada, seorang mesti jadi.

Dia perlu mengejar orang lain untuk Sep (Sep: Cuit kepala). Tidak boleh Sep (aku dulu tak cuit, aku luku, hahaha) jika orang itu berada di dalam air. Siapa yang kena sep, dia jadi. Dia tepaksa mengejar (berenang) untuk Sep kepala orang lain. Air di lubuk amat dalam. Kami perlu berenang setiap masa. Jika tidak pasti tenggelam. Lemas. Kaki tak sampai ke dasar. Jika terkepung tak tentu arah mana nak pergi, jalan untuk mengelak daripada kena Sep kepala hanyalah menyelam. Lepas itu pandai-pandai lah nak timbul di mana.

Bila dah selalu sangat main aci style macam itu, boring jugak. Pernah juga kami tambahkan lagi cabaran. Di tebing lubuk sungai itu selalunya ada selut liat. Ini yang aku panggil selut liat. Memang dia liat-liat sikit. Warna putih ada. Warna perang ada. Yang bestnya, kami pijak-pijak supaya keseluruhan lubuk itu menjadi keruh airnya. Ini jam baru trill..hahahha..jika kau menyelam, pasti tak nampak apa-apa dek keruh selut tadi. Pernah sekali, semasa menyelam aku berlaga kepala dengan kawan aku sebab tak nampak. Dua kali sakit. Sekali bila terhantuk kepala. Kedua, bila tertelan air selut, sebab tersebut ..aduhhh!! di dalam air. Rasa payau.

Bila penat main aci dalam air, kami naik ke darat. Masing masing mata menjadi merah dek lama menyelam. Serupa hantu raya. Tapi kami ketika itu ada kaedah tersendiri untuk menghilangkan kesan merah di mata. Kami ambil daun keladi. Agak-agak muat muka. Tekup di muka dan mendongak memandang matahari. Lama kelamaan kesan merah akan hilang. Sejujurnya, aku tidak pasti adakah itu kaedah yang betul-betul berkesan. Mata memang kembali putih. Tetapi adakah kerana daun keladi itu atau sebab memang mata tu pelan pelan dia jadi putih dengan sendirinya. Bukan sebab daun keladi.

Ok, Ok, yang di atas ini hanya mukaddimah. Cerita asal aku tadi tentang hari pertama masuk sekolah darjah satu. Tiba-tiba memori terpadam. Tak mengapa. Bila teringat nanti aku cerita lagi.

Salam...

Monday, November 1, 2010

Setan mana merasuk dia....

....

" ...Fil A'laminnn...Innaka hamidun Majid...."


"Assalamualaikum, warahmatullah...." "Assalamualaikum warahmatullah.."

Kanan dan kiri.

Pak Ya menyapu mukanya. "Astaghfirullah al'azim...." Pak Ya beristighfar. Sambil menyeka peluh peluh rintik di hujung hidung.

Cuaca semakin panas. Namun panas lagi hati Pak Ya. Sambil membetulkan kedudukan duduknya, tiba tiba Pak Ya teringat peristiwa petang tadi.

Entah setan bercabang tanduk mana yang telah merasuk Pak Ya. Tanpa rasa belas, leher Saud ditumbuk. Semuanya gara-gara serawan Jala.

"lain kali, kalau pinjam barang orang, buat cara pinjam" sergah Saud. Itulah permulaan dialog perbalahan mereka. Bersambung-sambung. Saling jawab menjawab. Petah juga Saud bertengkar. Walaupun kedengaran pelat dan sesekali tersasul menyebut perkataan.

"Bila tuan nak guna, pandai pandai la sipan".."bagi balik" Sah!. tutur katanya celaru. Sedikit lintang pukang.


bersambung...


011110...

Hari ini isnin...
Tarikh?..1.11.2010

Nanti apabila tarikh menginjak 11.11.2010, aku yakin pasti akan ada bebrapa peristiwa yang berlaku. Sama seperti 10.10.2010 (atau rengkasnya, 10.10.10)..bermacam-macam peristiwa. Yang sedih, duka, lara, dan seronok.

Dan pasti juga bulan disember nanti, yakni 12.12.2010 juga akan berlaku banyak peristiwa. Samada peristiwa yang kita semua cuba elak atau peristiwa yang sememang dirancang sejak awal.

Perkahwinan, contohnya.

Dalam hal menetapkan tarikh perkahwinan, ramai yang berlumba-lumba untuk mencari tarikh yang istimewa. saban tahun tarikh tersebut di cop.
1.1.2001
2.2.2002
3.3.2003

dan seterusnya, penamat 12.12.2012. Sebab tiada pulak 13.13.2013. Ada ke bulan 13?..hehehe..

Justeru, sayugia diingatkan kepada adik adik yang nak menetapkan tarikh perkahwinan. Cuba tengok kalendar. Nasehat ini diberi supaya kalian tidak menyesal. Dan pada masa yang sama akan berasa puas. Terutama apabila sudah mendapat tarikh yang agak istimewa untuk peristiwa yang istimewa dalam hidup.

Pernah juga aku mengejar tarikh istimewa. Anak aku yang sulung. Yakni Kakak. Aku cuba mengejas tarikh operation (belah perut mak dia untuk keluarkan dia) untuk mendapat tarikh 31.8.2000. Tapi tak dapat. Doktor tak bagi. Dia tetapkan lebih awal.

Maknanya, Bukan semua yang kita hendak akan terjadi mengikut kehendak kita. Semuanya ketentuan Allah jua.


*******

Selamat menyambut hari perkahwinan, pada siapa yang akan melangsungkan acara belaga lubang kecing, tak lama lagi...