Jom...

Monday, November 1, 2010

Setan mana merasuk dia....

....

" ...Fil A'laminnn...Innaka hamidun Majid...."


"Assalamualaikum, warahmatullah...." "Assalamualaikum warahmatullah.."

Kanan dan kiri.

Pak Ya menyapu mukanya. "Astaghfirullah al'azim...." Pak Ya beristighfar. Sambil menyeka peluh peluh rintik di hujung hidung.

Cuaca semakin panas. Namun panas lagi hati Pak Ya. Sambil membetulkan kedudukan duduknya, tiba tiba Pak Ya teringat peristiwa petang tadi.

Entah setan bercabang tanduk mana yang telah merasuk Pak Ya. Tanpa rasa belas, leher Saud ditumbuk. Semuanya gara-gara serawan Jala.

"lain kali, kalau pinjam barang orang, buat cara pinjam" sergah Saud. Itulah permulaan dialog perbalahan mereka. Bersambung-sambung. Saling jawab menjawab. Petah juga Saud bertengkar. Walaupun kedengaran pelat dan sesekali tersasul menyebut perkataan.

"Bila tuan nak guna, pandai pandai la sipan".."bagi balik" Sah!. tutur katanya celaru. Sedikit lintang pukang.


bersambung...


1 comment:

kakpah said...

salam. Aku cukup pantang kalau bagi pinjam barang tak pulang balik. walaupun sebijik tupperware. Tupperware wehhh... bukan tipuware..

sekian.
hehe..