Jom...

Thursday, November 4, 2010

Sawa...

"Kenduri ni kita buat makan sawa dah la" Ujar Mak petang kelmarin.

"Sawa?..Mana boleh dimakan mak woo!" Kak aku yang terbaring bingkas bangun. Bersila mengadap emak. Hairan. Di kepalanya mungkin sedang ligat meneka.

buang tebiat?

melawak?

atau apa?


"Sapa kata nak makan sawa!!!!" Emak menjawab mengiringi Ha, Ha, Ha. Emak ketawa.


.....

Sebenarnya itu dialog suatu petang di rumah Emak. Untuk makluman, satu majlis pertunangan anak saudara aku akan berlangsung raya haji ke empat nanti (ada ke empat raya haji?..hehehe).
[aku tak jemput korang. Aku bagi tahu saja, ok.]

Maka, berlansunglah sembang sembang menu antara kami-kami (aku, emak, kak, adik, abang).

Sawa?..

maksud emak masak sweet n sour...

Aku tak berapa nak join kalau bab menu atau apa nak dimasak. Itu bukan kerja orang jantan. Jantan budiman macam aku hanya buat kerja kerja kasar. Pasang lelangit, angkat almari, bukak katil, pasang katil. Pendek kata, kerja yang memerlukan otot lengan yang kuat saja aku buat (goyang senduk dalam periuk, tersangat tidak memerlukan kekuatan lengan, Ok!)



* Haih!...



6 comments:

tasekM said...

org kedah panggil ciku tu buah sawa tau...

:)



.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tasek:...

memang la..tapi tempat aku sawa tu ular sawa..hahahaa

WaQheh said...

ya..org kedah panggil buah ciku sawa..baru smlm gua mkn buah sawa beli kt R&R bkt gantang...

KAKTINY said...

ooo... goyang sudip dlm periuk tak yah guna keringat otot lengan jantan ye..

kalau camtu, jgn lupa sental periuk, kuali dan belanga... otot2 lengan jantan amat diperlukan di situ.. kehkehkeh..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Waqheh:

cukup mahal buah buah di situ, kan?...


KakTiny:
wei.....sungguh tak budiman jika aku menyental periuk..hahhahahaha

ashley said...

Ye na deiii..
Budiman la sangat..