Jom...

Sunday, November 7, 2010

kubur...

"Baba, tolong lukis harimau bintang"

Tadi. Kakak minta tuan empunya blog ini melukis harimau bintang. Rasa nak melompat jugak tadi. Bukan sebab tak tahu melukis. Cuma tak berapa nak pandai melukis harimau bintang. Aku risau jika melukis, bukan harimau bintang yang jadi. Kemungkinan besar ia menjadi serupa kucing kemaruk nak berbini. Jalan nak mengelak, aku minta dia melukis sendiri

"Kakak cubalah lukis sendiri. Guna imajinasi kakak" kata aku. "Tidak pun kakak buka buku sains, cuba cari gambar harimau bintang. Kakak tiru saja". sambung aku.

Sungguh. Itu lah anak-anak aku. Kata nak belajar melukis. Tapi suka suruh-suruh aku lukis. Padahal itu amat tidak bagus jika nak belajar. Sepatutnya mereka lukis sendiri. Proses pembelajaran akan terjadi apabila mereka buat sendiri. Soal cantik, semat atau tidak, jangan bincang dulu. Yang penting buat! aku cakap... apa apa hal pun, kakak kena cuba buat sendiri.

Untuk lebih menegaskan hal ini, aku beri satu andaian.

"kakak suruh baba buat, yang pandainya baba, bukan kakak" sedikit ceramah aku bagi. "sepatutnya kakak buat sendiri. Dengan cara itu, Kakak akan belajar"

Rasa tak sedap pula kalau ceramah pendek pendek. Aku tambah lagi.

"Kalau semua kakak suruh baba buat,macam mana kakak nak pandai. Katakanlah baba mati esok. atau lusa. atau esok pada hari lusa. Masa tu baba dah duduk dalam kubur. Macam mana kakak nak suruh baba lagi?" Aku bina soalan macam itu. Biar dia berfikir sikit.

Kakak dah mula nampak berfikir sikit. Saja nak mainkan emosi dia, aku ulang sekali lagi " Hah..macam mana baba nak lukis lagi untuk kakak?"

" Lukis dalam tanah". Adik menyampuk.


Aku tediam!. tak jadi nak ceramah-ceramah lagi..

*

6 comments:

azza_irah said...

hahaaa...
jangan pk anak2 tak cerdik...otak dorang sgt telus....ekkeke...

tasekM said...

kalau ceramah ke adek mmg dapat letih je la kan...

:)

.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Azza:

iya....sangat telus...dan ikhlas berterus terang!


Tasek:

hang tak pernah bersembang dengan dia..mmg akal skit..

KAKTINY said...

itu baru kena dgn pepatah:

"guru kencing berdiri, murid kencing berlari"..

(takde pepatah lain ke diaorg nk bagi.. tak best sungguh nk guna perkataan kencing tuh!!.. tak hagak-hagaks!!)..


"like father, like son"..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Tiny:

anak aku dua dua pompuan..hehehehe..

iina said...

aku rasa itu dah salah bagi contoh dah tuh hahaha tak relevan ;)