Jom...

Thursday, November 4, 2010

Weiiii...

Sahabat aku yang diingati......entry ini khas untuk kamu!

Blog post satu kemudahan yang aku baru jumpa dalam Microsoft office word 2007. Walhal orang lain mungkin sudah arif tentangnya. Aku baru nak jumpa...Apa kejadah laaaaa..

Kemudahan apa?.

Ya...kemudahan untuk kita memuatnaik sesebuah entry blog.

Begini.

Aku pasti, ramai dalam kalangan kita blogger baru (Baca: blogger baru yang baru tahu ada beza blogspot dengan blogsport) akan menaip entry secara terus di kotak new post. Hal ini aku juga selalu buat. Taip terus. Namun kadang kadang aku jadi buntu untuk menaip apa. Kata orang idea tarak mari. Mental Block. Apa yang dibuat hanya sekadar merenung skrin. Tekan hurup, tekan back space..tekan hurup, tekan back space. Entry?..ermmm..haghammm!

Maka timbul perasaan Frust. Malah terkeluar entry macam celaka (seperti yang anda sedang baca ini) dan entry itu adalah manifestasi daripada perasaan frust tadi.

Sebab itu, setiap entry perlu ditulis ketika tenang. Ketika idea mari punya!.

Masalahnya, idea mari tatkala kita bukan online. Sememangnya kita bukan 24 jam online. Betul tak?. Purata sehari hanya berapa jam sahaja kita online. Setelah tolak buat segala hal lain, termasuk berak. Aku tak berani bagi contoh makan, minum sebab ada yang online ketika makan. Tak percaya sila ke kedai mamak berhampiran. Memang ada yang tangan kanan membalas komen di Facebook, sambil tangan kiri menyuap roti canai pisang! (Nampak sibuk sungguh)

#Acchhummmm....(sori. Terbersin. Selsema sekarang ni..)

Sebelum ini, apa yang aku buat adalah menulis di dalam perisian word. Sama seperti pelajar pelajar Universiti menaip assignment dengan menggunakan laptop guna duit mak bapak tapi duit PTPTN guna untuk pergi berjoli dan beli top-up handphone. Bila dah dapat satu entry, aku copy paste masuk dalam kotak new post blog.

Yang celakanya, nak kena edit bagai. Terutama tentang formatnya. Nak kena edit html...(tasek Merah tahu la natang ni...dulu pernah dia bebal pasal html..hahahaha)

Kerja yang mudah jadi renyah. Benda simple jadi libang libu.

Sebab itu, aku suka guna word blog post. Taip entry bila bila masa kita senang. Kemudian daripada word ini kita boleh publishkan dia ke dalam blog. Dia terus jadi macam apa yang aku taip dalam blog post. Berbeza dengan cara yang tadi. Kena edit edit bagai.

#Acchhummmm....(sori. Terbersin. Selsema sekarang ni..)

Hah???...Laaaaaaaa...

Hahahahahaha..........

Rupanya memang cara ini pun dorang guna....aku baru tahu!

Nabai betul.

*Abaikan apa yang aku tulis. Maaf jika sudah membaca hingga ayat ini.

Salam...

9 comments:

KAKTINY said...

errkk??.. ya ka?.. ada buleh lagu tuh?? (si iina penah cerita, tp aku haram tak amek pot.. pasai aku tak reti.. huhuhu).

aku pon buat style OLD SCHOOL gaks..

ada eh cara lagik mudah!.. CHAIT!..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

kak tiny:

aku pun try..tapi tak buleh jugak..nak kena register..aku rgister dah..tapi tak dapat..ada ka patut, lappy aku ni habaq aku punya microsft tak genuine...ntah la...baik guna old skool..lagi trilll..hehehehe

julietchun said...

elok idea datang internet line pulak tarak,haru betul.

ckLah@xiiinam said...

Aaaa...tak boleh lama-lama kat sini. Aaaa...nanti jangkit. Aaa....


Nak balik dululah....


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaachum!!!

Kan!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

juliet:
tu la pasallll...hahahaha..


CkLah:
ambikkkkk..ambikk.....

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Seronok pulak bertemu kawan2 lama dalam perblogan yg lama dah aku tak aktif...sebuk blajooooo..hehehe.

Yunus Badawi said...

Aku online 24 jam sejak ada BB ni (cewah harap ko jeles). Jgnkan masa makan roti canai masa berak pun boleh berfb dan berblog hahaha

Yunus Badawi said...

Aku tulis terus kat blog. Itu yg jalan cerita pun kelam kabut. Ejaan ko jangan kiralah sbb kadang aku tak proof read pun.

Mungkin aku boleh belajar dari apa yg ko ajar dalam n3 ni.

ashley said...

Cikgooden,
maaf mengganggu..
kadang kadang masa aku dok baca entry hang ni, aku ingat aku dok baca translation entry inggeris ke melayu...
.
.
.
hahahaha
.
.
deshummmmmm...
aku tak bersin, aku gelak sampai jatuh kerusi..
.
.
terima dah balasan!