Jom...

Thursday, November 11, 2010

Keputusan UPSR anak aku....

*
Patut la kelam kabut sekolah rendah. keputusan UPSR keluar sudah.

Tahniah yang dapat 5A..tahniah juga yang dapat 4A ....Juga yang hanya dapat 3A, 2A atau 1A.

Betul!

Aku cuma sebut A.

Sebab A adalah huruf yang mula-mula kita sebut. Jika ada huruf lain sebelum A, mungkin aku sebut huruf tersebut.

Anak aku yang sulung lagi dua tahun amik UPSR. Yang nombor dua, lagi tiga tahun. Yang nombor tiga, tak ambik UPSR. Sebab, anak aku dua orang saja.

Itu anak daripada isteri pertama.

Anak daripada isteri kedua tidak ambil UPSR. Sebab, aku belum lagi beristeri dua.

Jadi tiada cerita tentang keputusan UPSR anak aku.


sekian.

*

7 comments:

ckLah@xiiinam said...

Owh...periksa UPSR tahun ni dah berlalu ya? Bila eik?


:D

Yunus Badawi said...

Sempat juga pasang niat nak buka cawangan bila cerita pasal UPSR ni . . . .

Caiyok caiyok.

Fitriani said...

aish, ada pulak taruk niat nak pasang dua cikgu nih... repot kat cikgu mazlina nanti. haha... tahniah kat kakak ye cikgu :)

ZulDeanz said...

Apabila kartunis penulis blog, kelakar!!

iina said...

wakakakah.. ko buat lawak ye..

AloyCaricature said...

kalau ada empat bini..anak pulak semua ambik upsr..mau dapat 20A.

anom abdullah said...

HANG NI KAN SEMPAT LAGI!!!!(FAHAM MAKSUD AKU NOOO).....AKU PUN SEPENDAPAT DGN HANG...A TU HURUF PERTAMA DISEBUT....ANAK2 AKU TAKDELAH EXCELLENT TAPI PADA SYUKUR ALHAMDULILLAH...HAT SULUNG TAUN LEPAIH DPT 2A 3B, HAT NO 2 DPT 3A, 2B...PADA AKU, SYUKUR...DAH OK DAH TU........5A TU KEPUTUSAN SEMATA2...LUM TAU LAGI DEPA CAMNA DI MASA DEPAN.....