Jom...

Thursday, November 25, 2010

Rapik...

*Baca*

Simpanlah wang wahai cik awang,
Wang dan ringgit jangan dibuang,
kalau tiada wang dipegang,
Kawan yang rapik menjadi renggang!

Pantun ke apa jadah sajak aku tak siasat. Ini Paksu penasihat kelab libang libu Phang yang bagi aku. Sekadar peringatan, katanya.

" Kawan-kawan masa kita senang, senang dia datang. Masa kita susah, susah la datang" ujar Paksu bersungguh-sungguh, sambil batuk berkahak... kheikk!!... kheikkkk!!!.

Agaknya kesan rokok dia dah lama. Selari dengan usianya. Anggaran aku, umur dia mungkin hampir-hampir 70 tahun. Kalau sipi-sipi pun tekaan aku, sekitar 68 atau 69. Banyak pengalaman orang tua ni...

Berbalik ke pantun ke apa jadah sajak aku tak siasat..

*fikir*

- Kawan
- Duit

Dua perkara yang menjadi point Paksu. Rupanya saling berkait antara satu sama lain.

Ada orang berkawan semata-mata untuk mendapatkan duit kawan. Tak kira samada nak pinjam, hutang, atau pow dia tidak kesah. Yang penting dapat duit. Paling lekeh minta belanja. Bahasa mudahnya, mengambil kesempatan. Cukup keji bunyinya.

Tapi bila kawan tu dah tak berduit, dia blah....ibarat kata, ada duit semua kawan, tiada duit,... lu punya pasal...lu mampus, mampus sendiri lu!...


Cih!!!.

***

10 comments:

Twinkle said...

yang....you are everything to me....walau dalam keadaan ape pun...tapi kalau dah menyirap...lantak lerr....hehehe

Aku said...

sabar yang... sabar... nanti darah naik lak...

Cikgooden said...

Twinkle:
aik, lama ilang..mana pegi?..

Nizam:
apa yang, yang...hahhhaa

Twinkle said...

i ade je.....u je yg selalu tak perasan i....(lihat dari jauh je...kalau tak kena jiwa..mmmm)...

julietchun said...

kawan menangis susah cari, betul ke? :D

tasekM said...

aku nak yang-yang gak lah.

yang... yu kalau madukan ai dgn dak twinkle tu ai rela lagi.... ni yu madukan ai dgn dak nizam tu ai tak bulih terima ok.

kita putus!!!

wah!

wakakaka...




.

Cikgooden said...

Twinkle:
yer kerrr....sori, ek. my laling..


Julietchun:
betul la...susuah org nak nangis sakng ni..


Tasek:
yang dgn yu ok, la..tapi dak nizam nak yang, yang dgn ai..hahahahaha..apa la..
putus?...ai meroyan..hahahaha

Cikgooden said...

julietchun:

betul la...susuah org nak nangis sakng ni..<--harap-harap hang paham la..hahahaha..(typo..)

ckLah@xiiinam said...

Nak Yang kan kau...tak boleh. Nanti ada yang marah.
Nak YONG kan kau....laaaagi tak boleh.




Aww...

Cikgooden said...

CkLah:
panggil adik...hahahaha