






Sori Deng....Semua tak buleh pakai...Kena buat lain.
Ok...kata aku. Dan, sampai sekarang aku tak buat pun..Ha hahhah...
Salam Tahun baru...2020 lagi 10 tahun dari tahun ini.....Salammmmmmmmm!
*
Lain Padang lain Belalang. Lain Orang Lain Ragam. Ada macam itu, ada macam ini. Jadi lah Camtu-Camni......HITAM PUTIH KEHIDUPAN...(kekadang menjadi MERAH..)








Sri..bertudung Putih....Macam anak aku ja masa tu....


Gambar ini dipetik daripada galeri Facebook bekas anak murid aku semasa aku mula-mula posting mengajar dan apabila melihat sahaja gambar ini terus kenangan aku dipimpin pergi terbang menyeberangi laut Cina Selatan dan kemudiannya mendarat turun menjunam terus ke Kota Kinabalu seterusnya berpijak di area-area Bukit Padang di mana tempat sekolah itu terletak sampai sekarang agaknya masih ada dan belum runtuh lagi!..
Dan bila sudah penuh akan di bawa turun menggunakan motorsikal yang selalunya buruk dan agak ramping pinggangnya. Bila turun bukit, motor bisa mengayak.....terasa ke perut. Kiri kanan, kiri kanan...mengelak jalan yang tak rata, berselut malah licin sruh seruh....Brek dah tak makan dah. Terpaksa guna kaki...tangan, dan segala apa yang ada.
Bila sampai kedai,..buah dikumpul. Ramai jugak, tuan punya buah....ikut kelompok. Masa ni boleh tahu, tuan mana yang buah duriannya lebat dan banyak. Ukuran berdasarkan ketinggian buah yang dilonggok.....Tapi itu cuma sekadar nak tahu. Tiada hadiah disediakan untuk tuan yang punya longgok yang paling tinggi dan best! .
Tukang kira.....aku tak tahu, ntah daripada universiti mana dorang grad.....punya la banyak buah dan longgoknya tinggi pulak tu, tapi.... bila di kira, cuma 4o biji saja....alahai...
bersedia untuk diangkut pergi...........(gambar lori tak sempat ambik...masa tu, tukang ambik gambar sedang gigih menghabiskan sarapan pagi....hahahahah)Hari Selasa.
Aku nak pergi ke rumah abah. Nak pinjam buku pasal Polis. Aku dikejami penyelia agar menulis tentang tokoh wira Malaysia. Ada 100 orang kesemuanya. Namun, Aku cuma diminta untuk menulis tentang 6 tokoh sahaja. Itu pun kalau boleh aku nak escape…tapi tak mampu nak menepis. Nak tak nak, terima jugak.
Semua lima yang lain dah setel. Cuma pasal Tun Mohamed Salleh Ismael ni ja aku blur. Bahan tak cukup. Bila mintak pada abah, dia cakap ada buku tu. Lega. Maklumlah, dia tu pencen polis. Walaupun Cuma PVR, tapi semangatnya pasal polis-polis ni ngalahkan polis regular. Peminat setia gerak khas. Bila rancangan ini ke udara, jangan siapa kacau. Kosentret.
Berbalik cerita tadi, sebelum ke rumah dia, aku singgah di pekan Batu Kurau. Jika hari selasa, pekan Batu Kurau cukup best. Ada pekan sehari. Sinonim namanya pekan selasa @ pekan lasa @ kas selasa @ kas lasa. Nama ni aku turunkan, sebab pada aku, pekan selasa ni dah cukup lama maujudnya. Sejak bila kewujudannya, tidak aku dapat pasti. Setahu aku, sejak kecik, sedar-sedar dah ada dah.
Tanya lah siapa pun dalam kalangan warga Batu Kurau. Semua kenal. Semua tahu. Jika ada yang mengaku tak tahu pekan selasa, memang jenis dia tu spesis tanggang aku syak. Jenis kacang yang lupakan kulit.
Sementara menunggu abah aku balik dari kas selasa, aku singgah minum di kedai kopi paklong moner yang cukup gah dengan kotiau sayur dan mee bandung. Ntah apa ramuan yang dia guna, aku tak pasti. Jika ditanya, aku pasti menjawab, di situ lah mee bandung yang aku boleh makan. Sedap. Boleh repeat dua pinggan.
Masa aku tiba tadi, meja dah penuh. Tak ada tempat kosong. Yang ada Cuma sebuah kerusi di meja orang. Terpaksa aku berkongsi meja dengan sorang pakcik. Dah tua dah pakcik ni. Agak-agak aku, mencecah 60 lebih. Makan subsidi dah umurnya. Ayah aku dulu selalu sebut. Umur takat 60 saja..kalau umur panjang lebih dari itu, di kira dapat subsidi . Kena beringat. Ntah la..(alahai, teringat ayah la pulak…)
Dalam hati, aku berkata-kata. Apa salah duduk makan sekali.. Bila dah siap makan, pakcik tadi mula bersuara. Bertanya. Berkenalan. Bersembang. Walaupun aku mulanya agak kurang berminat. Nak cepat pergi ke rumah abah sebenarnya.
“duk mana?”..pakcik itu mula menegur. Aku tidak terus menjawab. Aku sedut teh ais yang mula menitik-nitik airnya di luar gelas. Sambil menyedut, aku menjeling, memerhatikan karekter pakcik itu. Berambut putih, berbaju coklat pudar seakan-akan warna teh ais kedai makan Melayu yang kurang susu tapi terlebih gula.
“Saya duk di Jelai”. Aku jawab. Ringkas. “saja maghi tengok kas lasa, lama tak maghi”. Sambung aku, saja saja nak buat ramah. Aku fikir dengan jawapan yang aku bagi, pakcik tu tak bersuara dah. Aku tengok dia cuma angguk.
“Sorang ja?..tak maghi dengan orang rumah?.” . Pakcik tu dah mula nak bersembang. Aku cakap orang rumah kerja. Bermula dari situ, aku bersembang ghabung dengan pakcik nan sorang ni. Rupa-rupanya, dia ni duda. Bini dia mati 6 tahun lepas. Sekarang hanya duduk menumpang di rumah anak perempuan.
Anak ada lima orang. Yang bongsu kembar. Lelaki. Yang sulong dan nombor dua, juga lelaki. Semua anaknya dah berumahtangga, kecuali anak yang bongsu kembar itu.
Bila dah rancak bersembang, terlepas pulak satu soalan dari mulut aku. Bertanya, kenapa tak kahwin lain. Sambil masam mencuka, pakcik menjawab.”Anak tak bagi kahwin.”. tergamam dengan jawapan dia. Biar betul pakcik ni.
“sebenanya susah duk lagu ni… anak-anak tak faham. depa ingat senang duduk sorang”. Sambung pakcik tu. Kata-kata dia ini menarik minat aku untuk terus bertanya. Dari cerita pakcik ni aku dapat tahu yang anak-anaknya tak berapa suka ayah mereka berkahwin lain. Itu cakap dia. Aku tak pasti samada dia bercakap betul atau berbohong.
Tapi aku cuba juga mengusik. “Takkan pakcik takdak sapa- sapa yang bekenan?”..Tanya aku. Sekadar nak menghangatkan lagi suasana. Sementara, nak habiskan sebatang nikotin dan tar berjenama Dunhill itu.
“:payah adik woooi…Bukan takdak. Ada. Tapi kaaaa..(panjang ka nya itu)..,yang kencing manis. Yang darah tinggi. Yang Lelah. Ada yang sakit jantung. Habis!..lagu mana nak bela aku…depa pun sakit…hahahaha”. Terang pakcik ini. Disambung dengan gelak mengekek. Ketara nampak gigi dia tinggal tiga empat batang. Turus pagarnya dah rompong.
Bila sampai bab ni ada dua perkara yang aku musykil. Pertama, Betul kah anak pakcik ini tak bagi ayah dorang kawin atau pakcik itu sendiri yang tak dapat calon. Cari yang sama batch…memang la, macam2 penyakit duk ada. Cari la yang steadi skit…(aku kata dalam hati saja…)
Dan satu lagi yang aku musykil. Apasal dia panggil aku adik. Adakah dia nak tunjuk yang dia tu masih muda..atau dia nak kata yang aku ni agak-agak semacam baya baya dia?...Dia muda atau aku tua?....hahahahahahahah (dalam hati jugak…)
mmmm…aku dah tua kae?...wokpa duk ghasa macan muda jaeeeee....hahahahahha!!..
bersambung…(tahun depan!)
gambar masa di Teknik penang....masa iring mak, bapak, cikgu-cikgu makan masa mesyuarat PIBG...
gambar ni aku cilok dari blog anjang.....badan ko masa ni saiz L ja njang....hahahahahah. Sekarang aku tak tahu la berapa L nyer dah...(gurau njang...gurau,..)


Aku kata meja aku berserabut...Takpa. dia jawab...Biasa lah...Cikgu paling bizi dalam dunia..ha ha ha....
Ni sembang2 malam raya kedua ni....sambil menunggu masa sesuai nak pasang bunga api...ha ha ha.....tak sempat nak menyevideokan bunga api ni....sempat la ambik gambar sekeping dua. Berbantukan kamera handphone ja, aku ambik gambar ni....
Bahagian Hadiah masih terkial-kial menghabiskan kerja......