Jom...

Friday, October 9, 2009

Nostalgia : Episod 1 : Bola...

*
Seingat aku....permainan bola sepak dah cukup in dalam dalam diri aku sejak kecik...minat tu ntah mana datangnya...nak kata arwah ayah pemain bola..tak pernah pulak tengok dia gelecek bola ka...sepak ka..timang-timang ka bola.,..tapi aku suka main bola...

Teringat masa di sekolah dulu-dulu. Menjadi nostalgia pada aku..Nak-nak pulak kawan aku nan sorang ni pernah masukkan n3 pasal sekolah aku dulu. Dan, ada satu hari tu, aku godek2 album lama. Ha ha ha....ada lagi gambar ni...Aku scan. Terus tempek di sini.


Teringat kawan-kawan lama sepasukan semasa form 2. Dimana la korang sekarang ni. Lost betul....Cuma dapat sorang ja..Bahrain..itupun sebab sepupu dia gila menulis blog..Dapat jugak aku trace melalui blog dia.

Dan sorang lagi, pernah nampak mukanya di akhbar. Tunku Mohar. Dah jadi lecturer di UIA...bergaya betul dia sekarang ni. Ntah ingat ke dak lagi ke aku ni.. Dan Jagat (samsudin)..aku tahu dia dah jadi Ustaz....tak pasti sekolah mana. Itu ja la..yang tahu..yang lain-lain..ntah mana pergi..hilang. Ntah hidup, ntah mati.....

Cikgu Teridi dan cikgu Dasuki...yang pernah jadi coach kami. Mana korang haa....Tak dapat nak cari. Jika masih hidup. Aku doa korang sehat-sehat selalu.

Ingat lagi, team ni pernah champ perak piala coke go for goal. itu yang aku ingat. Masa tu tak peduli pun piala coke ke, piala coca cola ke...Yang diingat..main..main..main. Yang menariknya, team kami berlatih di luar sekolah. Selalu kami dibawa ke padang polo. Mulanya, aku tak faham apa sebab coach aku buat macam tu. Rupanya sebab nak bagi kami berlatih pakai seluar pendek..ha ha ha. Sebab dalam sekolah tak boleh pakai seluar pendek. Sekolah Aorob la katakan. Pakai seluar pendek, mau di jerkahnya ustaz disiplin yg garang seperti singa itu.

Pernah sekali aku kena libas dengan ustaz nan sorang ni. Semua gara gara bola. Bila petang lepas training, kami selalunya lewat la mandi. Kebetulan masa tu semua member lain dah ke mussolla, berjemaah maghrib. Yang kami ni baru nak siap-siap mandi. Ustaz yang garang seperti singa ini meronda spot check. Tak cakap banyak..Siapa lambat dilibasnya...Tak sempat berbasa basi memberi alasan. Perghhh...pedih wooo...berbirat..ha ha ha.

Coach aku...Cikgu Teridi..Mana cikgu sekarang ni. Dia banyak mengajar aku tentang bola. Semangat dia pasal bola cukup tinggi, setinggi perut dia yang agak buncit. Buncit-buncit pun, pernah diajaknya aku lawan lari naik bukit ke rumah warden masa training. Mengah jugak aku. Ya la...masa tu dia memang fit.

Dan coach ini jugak pernah tendang aku, sebab terhidu bau rokok bila aku balik dari Outing. Biasa la budak jahat (seperti dicapnya aku oleh sorang cikgu di situ...) bila keluar, mesti la pekena Peng! sebatang dua. Tak sangka Coach aku ada tercegat di Koridor. Huh.!!...makan seliang...Nikmat ja rasa..ha ha ha.

Walaupun kena..aku tak kisah. Dan, aku berterima kasih pada coach aku. Peristiwa itu menjadikan aku lebih mengerti tentang kehidupan. Aku sedar, dan mendapat iktibar. Iktibar aku masa tu, jika nak pekena rokok, jangan masuk ikut pintu depan. Cikgu ada...tertangkap..saheh kena punya!..ha ha ha...bukan itu maksud aku sebenarnya. (Maaf coach...melawak...salam..salam..)

Bukan point aku nak buruk-burukan coach aku. Tapi nak bagitahu, yang aku sangat berbangga mendapat sorang coach yang cukup prihatin. Di padang dia sebagai coach, kekadang garang macam singa dan kekadang cukup sporting. Di luar padang, seperti bapa yang sentiasa menjaga tingkah laku kami. Rasa tak lepas daripada pandangan dia..ha ha ha

..nak bagi kami jadi baik....bukan apa.

Di situ timbul rasa kagum aku pada dia. Kagum sebab dia dapat membentuk kami bukan sekadar sebagai team bola, malah dah jadikan kami macam adik beradik. Rapat. Itu niat dia barangkali.

Ya betull...aku sebut dia coach sebab dia bukan cikgu sekolah aku...dia cikgu sekolah aweks kepada sekolah aku..di Ipoh nun..ha ha ha...

Salammmmmmmm......





19 comments:

anjang said...

dasuki masih di sekolah, aku pernah jumpa ngan dia. pernah jadi SU politik kejap. Cikgu Teridi dah jadi pengetua dekat sekolah (aku tak ingat nama sekolah tu) sempadan perak selangor.

ASH said...

KO kata aku "GILA MENULIS BLOG"!!!...
.
.
.
wei din?
RASA RASA nak HIDUP LAMA LAGI TAK KAT BANGI NIH???

HA HA HA HA HA HA!!
.
.
.
OOOden,
sepupu hang si Shahizan tu pun dulu Striker!
Husband aku sepasukan ngan dia....untuk makluman hang la!!

ASH said...

Aku cam adik pupu aku tu. Dia yang berdiri sebelah cikgu baju warna putih tu. Hang pulak yang mana satu?

Cikgooden said...

anjang.:
td lukhman call...dia ada bagitau pasal cikgu teridi ngan dasuki..

rasa nak cari depa ni...


ashley:
aku tau shahizan tu....hang trace bahrain..aku?..carik sendiriiiiii..ha ha ha

ASH said...

Nak suruh teka jugak?
hmmmmmmm
hmmmmmmm
hmmmmmmm
.
.
ish semua pinggang ramping 24 inci nih!
aku teka....hmm..hang yang berdiri sebelah bahrin. kalau betui, kata betui.

Cikgooden said...

betui...(berdosa jika berbohong)
ha ha ha...

ASH said...

GAGAH mu...wakaka!
DULU laaaa..

Unknown said...

kat padang polo ko pegi training bola ke ko skodengg

aku tak minat bola, masa tu aku hari2 kerat kuku dgn geng aku 3 org tu... hehehe

tasekM said...

bulih ni hang main bola. aku dok ingat hang kaki banguku. hiks.

:p


.

Anonymous said...

Cikgooden

Tengok gambar terbaru Cikgu Teridi dalam blog http://izzuddin8084.blogspot.com/

Lukmanw

ZulDeanz said...

Cikgu tak sempat mewakili pasukan Perak utk Liga Malaysia ke?

Mak Su said...

oohh.... tak leh pakai suar pendek .... maksu pakai suar pendek sampai darjah 5, tak de segan silu. bila dah darjah 6 malu malu kucing sikit ler ;p

arsaili said...

salam eid bro...confuse skit..
"dia cikgu sekolah aweks kepada sekolah aku..di Ipoh nun" ..macam mana tu aaa..ahahaha pening plak nak memaham ayat ni..

Cikgooden said...

shifu:
betul laaa...kalu tak ustaz disipilin marah..hahahaha

Tasek:
buleh....cuma skang aku main hoki jaa....

Lukhman:
nanti aku tgk....terima kasih

Zuk:
ini dolu dolu punya ceita laaaa. perak yang tak sempat ambik aku..hahahaha

maksu:
maksu pakai seluar pendek?..hihii.

arsaili:
tu maksudnya.....under kerajaan negeri ada dua sekolah....satu utk lelaki satu uktk perempuan..hahahahahaha/

azza_irah said...

eheh..
terer bola rupanya demo...

Unknown said...

CikgooDen,

Menarik blog ni. Aku cuma tak boleh nak teka betul2. Dalam team tu ada 3 Den, Khairuddin, Aminuddin dan Hamiruddin. Aku teka hang ni Khairuddin kot. Muka nampak macam tulah. Kalau salah, sorry banyak2!
Mohar...

Cikgooden said...

Azza:
gitu2 lah..

Mohar:

aku la...yg dok sebelah bahrain..hahahhahah.....lama tak ketemui member lama...ko sehat ka mohar?..

Cikgooden said...

mohar:

ko tertinggal satu den lagi..samsuddin..(jagat)..ahahahahha..

Unknown said...

Den, aku ok aja. Time tak sihat bila mark papers dan grade assignments. Selain dari tu, biasa ajalah. Nostalgia tengok gambar bola tu... 1985, ada satu game kat Taman DR, hang ada score dari free-kick. Aku rasa itu antara gol paling best team kita pernah score. Kau dulu pendiam aja. Sekarang boleh tahan, nampak... Teringat zaman sekolah dulu. Aku pun nakal bukan main :-). Mamat-mamat dalam gambar tu, memang dah lost contact langsung. Anuwar Yeop Sani dan Jamali, last jumpa kat UIA. Shaiful geng baik aku kat KIK. Balik dari US, kerja bank katanya. Good luck, bro!