Jom...

Monday, December 21, 2009

Standard Guru malaysia (SGM)

Tertarik komen daripada ..er..er..

....korang tgk la sendiri gambar ni...aku crop SINI.


Tapi Datuk, kalau tadak Gaji, apa gua mau makan...


Dan kepada guru seluruh Malaysia dan Asia Tenggara,

Ingat pesanan itu. Kerja jangan ingat gaji....cuma ingat nak kerja, kerja , kerja,..... ok!.



Salam, kerja!.. Nak tahu detail..tekan SINI.

9 comments:

Mak Su said...

caiyuk caiyuk guru! adalah pemangkin harapan bangsa!

selamat berusaha!

KAKTINY said...

selamat hari guru..
(TETIBA!!... kahkahkah..)

bila start sem baru??

watie said...

Selamat sejahtera Cikkkguuu....
Jasamu cikgu tetap kukenang sampai bila2.....

Yunus Badawi said...

haah guru skrg dok fikir pasal gaji tak mcm guru dulu2. Murid bagi upah upi kayu aje.

Aku main ajelah. Betul cakap ko. Skrg walaupun ikhlas mcmana gaji tetap perlu kerana semua pakai duit. Salam hormat aku kpd semua warga pendidik.

Brahim Nyior said...

Salam Cikgudeen,

Pertama sekali, saya tak tau sama ada nak seronok atau sebaliknya apabila berbicara ttg SGM.

Dulu, ramai yang sinis apabila KPM memperkenalkan tema Hari Guru "Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia". Hakikatnya guru hanya kakitangan awam yang terikat dengan Peraturan Am dan Etika Keguruan.

SGM, ditambah pula dengan NKRA tidak diketahui kesannya kepada guru yang menjadi tonggak pendidikan, sebab ia hanya dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2010.

Apa yang pasti, ia menambahkan beban kerja guru yang sedia ada. Akhirnya, 'Core bisnes" yang sepatutnya iaitu pelajar akan menjadi penanda aras juga.

Hebat mana pun guru, ukuran kejayaan akademik pelajar menjadi pengukur.

Saya tetap sayangkan profesion ini. Ikhlas saya mencintai profesion keguruan.

Cuma saya bimbang, generasi guru muda semakin menyampah dgn karenah birokrasi dan mereka hanya menjadi guru kerana terpaksa...

Sedih..

ashley said...

keh keh keh..
depa syok kalau cikgu cikgu ni hidup melaratttttt...
baru namanya GURU umpama LILIN!
.
.
kan?
he he

iina said...

mmm kalau kerja tuh sememang seronok dan enjoy sepanjg masa ok ler kan.. tapi kalau keje stress.. tekanan.. tension jek manjang... sakit pun takde sapa kisah.. ohh siapa yg susah?? hehehe

anjang said...

aku setuju ngan ashley, deme suka kot tengok cikgu merempat, malarat dan susah. Baru deme puas hati. Satu lagi aku tk puas hati ada ke nak bagi pengetua dan guru besar kuasa untuk buang kerja. Memang bingung plus biul sesiapa yang mencadangkan

Nizam.Ariff said...

Aku kerja swasta...
Bukan setakat kerja swasta biasa tapi GLC...Kerajaan suruh GLC buat KPI KRA dulu...

Dan pendapat aku???
bende ni mementingkan result. management by objective. Kononnya, customer oriented. Lepas tu, bila masa nak kira performance, banyak yang terlepas pandang. Sebabnya?

Satu KPI/KRA utama dikongsi oleh beberapa orang atau mungkin satu department. Kalau lah entah macam mana, akibat target yang rendah atau mudah-capai, KPI semuanya mencanak. tak secara langsung, satu department menjadi 'cemerlang'. Tapi, bila masa nak kira performance dan kenaikan, bos-bos pening kepala sebab segala kenaikan and/or bonus bergantung kepada 'budget' / peruntukkan. Ada ke duit tu?

Katalah, entah macam mana, KPI kem. Pendidikan mencanak baik daripada yg lain. result SPM dan SRP amat bagus dan separuh sekolah adalah cemerlang. persoalannya, adakah kerajaan sanggup belanjakan 50% peruntukan yang lebih banyak untuk guru-guru ini yang mungkin mencecah 10,000 orang? Apa kata rakyat nanti? Apa kata jabatan kerajaan lain? Mereka dengki tak?

dan bila excuses diberi seperti force ranking, akibatnya, KPI atau KRA tahun depan tak ada yang peduli, tak ada yang percaya.

Kesimpulannya: KRA dan KPI perlu di kaitkan dengan 'reward system'. Kalau KPI di perkenalkan, 'reward system ' juga perlu diperbaiki.