Jom...

Friday, October 2, 2009

RAYA: Episod 5 - Water Lily n Abg. Razak

*
Episod raya aku masih lajak ni. Brake tak makan. Aku sudah berada di kariah kedua. Semalam, aku menerima kunjungan sahabat porong. Man G, Bero. Diterjahnya rumah aku, tika aku memang dalam kelaparan. Molek sangat. Bila sampai, aku ajak keluar makan.

Pergi pekena nasi beriani Gam , Sri Ghazal. Bandar Baru Bangi. Sedap tu memang la sedap. Tapi Kambingnya tu..., jahat. Perut aku menjadi medan peperangan. Kambing berperang dengan kuah kari roti canai sarapan pagi sebelum itu. mangsanya aku la...

Bila petang, ada lagi kunjungan raya....daripada Kak Waterlily n Abg. Razak. Sori...Tiada jamuan kueh raya. Hattta air sekalipun. Air mineral ada la sebotol kecik. Tu pun dah tinggal suku. Rumah aku tiada mende..ha ha ha. Just sembang-sembang.

Sori ek....dan, pada siapa siapa yang nak mari raya umah aku, kena sanggup la sembang-sembang kosong. Nganga la kekdahnya. Takdak menda..ha ha ha.

Dorang datang bawak buku selonggok sajak SALUN EKSOTIKATA. Buku ni aku pesan suruh dia bawak. Aku nak beli.

Aku kata meja aku berserabut...Takpa. dia jawab...Biasa lah...Cikgu paling bizi dalam dunia..ha ha ha....

kak Lily...Terbaca ayat-ayat hang...

"terima kasih kerana menyokong.. mengunjungi blog di waktu terang dan waktu kelam"

.
.
.
.

sama-sama... Salammmmmmm..hormat.

14 comments:

ASH said...

Weii..esok geng Izzuddin husband aku ajak mai ghumah. hang ada kelas?
hmmm...kalau tidak boleh kutuk dengan lebih lanjut pasai lecturer yang bagi ASSIGNMENT kat hang tuh!
wakakaka..

Cikgooden said...

ashley:
woittttttttt..diam2 dah la....esok ada kelas dia la....aku pergi lepas kelas ..buleh?.pastikan ada makanan..jgn suruh aku basuk piyok pulak...

julietchun said...

meriahnya raya,kekekekekke.

ladylikeme said...

hermmm.....

memang cikgu owg paling bizi dalam dunia kan kan kan

ZulDeanz said...

wahhh... dah beraya kat Bangi yer cikgu... Nasi beriani gam kat Bangi memang power!

Unknown said...

sampai hati ko... buat open house pakai air mineral je... tart nnas tak de ke

berghapee punya kedana laaa... dialog citer pramlee, tak ingat citer apa... :)

Unknown said...

esok geng izzuddin jumpa kat KL... aku isnin baru pegi kl.... telepas laaa

Nizam.Ariff said...

Waaa.... aku pun kelas esok...

Tak boleh berjamu raya la tawon nih...

Water Lily said...

Takpa, lain kali aku belanja hang beriyani gam...tu pun kalau dapat jadi kaya dengan jual selonggok puisi entah apa2 aku tu hahahaha..

ibundo said...

31 oktober hang ada kat bangi ka atau balik kampung. Kalau ada nak ajak makan nasik beriyani kat rumah kakpah. alamat, ko roger je ashley.
selamat hari raya.

ckLah @xiiinam said...

ckLah di rumah adik ni. Jalan 3, BBB. Laepas tu nak jenguk anak penakan di Iinst. Perguruan Islam. Mana rumah hang? Jgn susah-susah...ckLah bawak air sendiri...dalam kereta tu ada satu kotak air mineral. Kerepek keladi dan sukun pun ada...meh join kami bentang tikar kat maktab nanti....

Yunus Badawi said...

Mcmana kalau aku nak pegi rumah hang? Hari ni mungkin aku merayau sampai Bangi lepas tengok pengantin di Titiwangsa dan Shah Alam.

Hang tulun emel alamat ke yunus.badawi@gmail.com

Yana Ismail said...

wah raya sakan gitu..huhu

tasekM said...

hamboih2 hang pa beraya tak ajak aku sama no.... den, jom kita pi maskara shorties. lama dh tak jumpa hang pa.



.