Jom...

Wednesday, November 25, 2009

Ustaz Yunuihh,,...

*

Ustaz yunuih..pernah mengajar aku semasa aku bersekolah rendah. Dan dia ..Hmmm...memang rendah. Tapi Semangatnya cukup tinggi.
Maksud aku, Semangat belajar.

Satu hari, aku bersama-sama dia menaiki bas yang sama ke Kuala Lumpur. Mulanya dia tidak perasan bila aku tegur. Ustaz. Dalam keadaan dia terpelengong aku berbasa basi memperkenalkan diri. Lama juga. Panjang sekali Intro aku beri. Baru dia ingat.

"Buat apa ke Kuala Lumpur?"..Tanya aku. Ustaz duduk di kerusi belakang sehingga memaksa aku menyenget untuk berbual dengan nya. " Ya ka....Semangat lagi di...?"

Spontan soalan itu terbit daripada mulut aku. Kuat sungguh semangat belajar ustaz ni. Dalam umurnya 60 tahun lebih (subsidi umurnya panjang...) dia masih sanggup Ke UIA menyambung belajar mengaji Quran. Bukan sekadar belajar membaca. Apa kes ustaz tak tahu membaca. Cuma dia pergi menambah ilmu-ilmu tentang Al-Quran.. Itu yang dibagitahu. Dapat la jugak aku dengar sikit-sikit pasal ilmu-ilmu Al-Quran ni.....Dalam diam aku mengangguk kepala. Tanda Faham la kononnya. Walaupun sedikit Blur.

Perbualan kami menjadi semakin panjang mengiringi perjalanan Bas bercat merah bercetak Konsortium dan berhawa dingin macam celaka .

Ingatan aku pada ustaz melangkaui masa di zaman aku sekolah rendah. Zaman aku, cukup kenal dengan ustaz nan sorang ni. Manakan tidak, masa tu rajin sungguh dia menyuruh kami bawak botol kicap, atau botol apa saja yang kosong. Betul!!!...masa tu kami kena bawak botol ke sekolah untuk ustaz. Aku tak paham langsung untuk apa benda-benda tu dikumpul. Banyak jugak. Bayangkan semua budak dah bawak 4 atau 5 bijik. Ada yang mencecah sepuluh.

Dan dia bagi kami pensel atau pemadam getah sebagai balasan kepada botol-botol yang di kutip. Masa itu, aku tak pasti apa dibuatnya dengan botol-botol kosong yang kami kutip. Aku syak, dia jual. hahahaha.

Bila bersembang lama dengan ustaz. Macam-macam nasehat yang keluar dari mulutnya. Dalam banyak-banyak benda yang dia cakap, teringat kepada satu petua yang dibaginya pada aku.

Jika nak hidup tenang, katanya, perlu buat tiga perkara. Aku tertarik dengan apa yang ustaz cakap.

Pertama: Jangan tinggalkan Solat
Kedua: Rajin Baca Al-Quran
Ketiga : Berkahwin.

InsyaAllah.....hati mu akan tenang. Aku terfikir...Betul ustaz....

Cuma aku menambah. Kalau semua dah buat...Solat menepati waktu, Quran dibaca selalu dan Kahwin juga sudah, Tetapi hati tetap tak senang? Tetap runsing. Tetap Gelabah. Tetap Tension tak ketahuan punca. Macam mana ustaz?...Tanya aku..(Cuma dalam hati....)

Kena kawin lagi satu kut no?.....

Tapi aku cuma berkata dalam hati. Tak berani nak cakap depan dia...hahahahahah,.

Sambil aku membetulkan duduk. Dan tidur. Sedar-sedar aku dikejut ustaz. Hmmm...dah sampai Pudu Raya!



*


Salam.......aidil Adha.....Selamat berkorban...Lembu, kerbau, Jiwa, raga, dan...... duit juga!..


*

11 comments:

Mak Su said...

ouishhh, susah mencari ketenangan... hahaha

yeah! saya yang first kah?

Unknown said...

Nasihat ustad tu macam ada kurang je.. aku rasa mesti ko lagi laju angguk kalau dia kata cam ni

Pertama: Jangan tinggalkan Solat
Kedua: Rajin Baca Al-Quran
Ketiga : Berkahwin,Berkahwin, Berkahwin dan Berkahwin

hehehe...

selamat hari raya bro... walaupun hanya tumpang raya orang je... nnt bial dah naik haji baru la brtul2 raya kita

anjang said...

Selamat hari raya aidul adha. Perati-perati lembu dan kambing takut ada yang lari malam. Maklum lah esok.......

iina said...

Salam aidiladha cikgu.. ya korbanlah apa sahaja.. asalkan tak papa kedana hehehe ;)

Kak Lily said...

Amboih! Bab kawen lebih cepat ja tangkap hahaha!

Selamat beraya dan berkorban cikgu no..

ASH said...

Salam eidul adha,
Ish.ishh.ish..
....
nak kutuk, hari ni hari raya.
tak tergamak la kan?
.
.
jadi aku ucapkan selamat buat pengorbanan demi kesejahteraan umat sejagat!

wassalam.

Nizam.Ariff said...

Kalau tak tenang jugak, aku syorkan ko duduk dalam gua 2-3 purnama, biar bersunyi-sunyian... akan tenang. Gua batu caves pun ok jugak kut... hahahaa

tasekM said...

den, kalau hang kawen lagi 3 pun blom tentu tenang ok...! :)

hang tak tenang pasai pa? mai cerita kat aku skit.



.

aza ni said...

sori cikgu...saya kelambatan....salam aidil adha cikgu...

Tiniedia said...

Cikgu..

Lama tak singgah, hehehe
yeker cikgu kena kawin lagi satu baru tenang? bukan bertambah kucar kacir ker hidup?

watie said...

mmm...ade ke hati nak tambah lg cikgu...?