Jom...

Thursday, June 26, 2014

Wah!!
Lama betul gua tak update blog. Setahun lebih. Punyalah lama hingga tak pandai nak menulis. Jadi untuk post baharu selepas menyepi setahun lebih, gua nak up kartun saja. Ini kartun gua lukis pelan-pelan sejak setahun nan lalu. Taklah semat macam kartun orang lain. Namun aku berjaya juga melukis kartun. Betul. Kartun-kartun yang gua lukis, Sebijik macam kartun. Hahaha...


Lambat pula nak up guna handphone...

Sunday, January 1, 2012

Entri tahun baru....

Sekarang sudah masuk tahun 2012. Kata orang tahun baru. Kata orang lagi, jika masuk tahun baru kena lah buat perkara baru. Setidak-tidaknya, paling bangang pun, buat Azam baru.

Heh.... Bila sebut azam, teringin juga nak sembang sembang pasal Azam ni. Betul. Nama dia Azam. tak berapa ingat bin apa. Rasa-rasanya Rusli. Agak-agaknya nama dia Azam bin Rusli kalau tak silap.

Siapa Azam?..

hehehe...Beliau ini bekas murid sekolah aku. Dah habis sekolah sudah. Sekarang ini sedang menunggu keputusan SPM beliau. Apa yang spesialnya budak ini?....

Ada laa...hanya mereka yang tahu sahaja.

Azam ...Azam....


p/s: Rasa best pulak buat entri blog, awal awal tahun ni, eksss..kah kah kah kah..

Saturday, December 31, 2011

tanpa tajuk...

fuh!

Lama tak lama tak update blog ini sehingga aku lupa yang aku ada sekeping blog.

Di pagi yang weng weng kepala berat pening sakek nyut nyut, aku gagahi mencoret sesuatu (perghh...)

Tahun 2011: satu imbauan.

Macam macam benda berlaku dalam tahun 2011 yang bakal ditinggalkan menjadi sejarah. Peristiwa demi peristiwa. Acara demi acara. Adegan demi adegan.

semua aku simpulkan dalam satu perkataan.

SEGHABUK....

Aku harap tahun yang mendatang ini, yakni 2012 menghadirkan sirna kebahagian kepada aku.

Bahagia dalam keimanan, ketakwaan (yang semakin longgarr, aku rasa)
bahagia dalam kewangan
bahagia dalam kekeluargaan
bahagia dalam kerjaya
bahagia dalam percintaan...


noktah.


Tuesday, November 15, 2011

::Gathering member x-TI Penang::

Berbaloi ...

3 hari 2 malam, jumpa kawan kawan lama.

Tak ada langsung gambar yang aku ada. Bapak miskin aku sebab seketul kamera pun tak dapat beli. Hp pun sekadar untuk buat call dan sms. tiada kamera langsung...

Sebahagian X-TI Penang yang hadir. Walaupun tak ramai (asalnya, semua nak datang tapi mengenselkan diri di saat akhir sebab ada hal). Ada hal secara berjemaah gamaknya. kebetulan barangkali.

Betul kata kawan aku nan sorang itu. Katanya kita cuma merancang, tuhan yang menentukan.


Ada banyak jugak gambar aku dan anak-anak. Ehsan kamera kawan kawan..hehehe..

Lupa nak bagitahu. Event ni kami buat di Paradise hotel. Penang.(tapi gambar kat atas ni, masa dinner BBQ di Telekom punya tempat...)

Puas mandi, anak-anak aku....

Bagi aku, kepuasan berjumpa-jumpa kawan-kawan lama (26 tahun ) yang lama dah tak jumpa adalah sangat puas dari segala puas puas yang ada.

Paling puas, bersembang. Semmmmmmbang!!. Dah tak ingat apa topik dah. Bercampur baur. Dari hal sekolah, hal politik, ekonomi, sampailah hal hal penyakit kencing manis, darah tinggi dan batu karang.


...bersambung.

.

Tuesday, November 1, 2011

::moti-basi 1::

Serious aku cakap, aku tak berapa gemar bubuh gambar sendiri. Baik dalam blog mahupun di FB. Aku lebih suka isikan dengan perkataan atau ayat. Sesekali aku letakkan gambar orang lain.

Tapi hari ini, baik di sini, atau di FB aku letakkan gambar ini. Tiada niat lain. Sekadar tatapan anak murid aku. Sejak dua menjak ini, baru aku tersedar yang blog aku ini dibaca oleh anak murid aku sendiri secara senyap. Begitu juga Fb aku...status aku tulis..gambar aku naikkan. Video aku share dari youtube...Aku tidak pasti apa yang berlegar di fikiran mereka tentang diri aku ini..

Namun, aku rasa mereka silap. Silap membuat andaian tentang aku. Terus terang kepada kalian yang membaca tulisan ini, apa yang ada di dalam blog ini atau di FB tidak sama dengan apa yang kamu nampak aku di luar sana. Berbeza. cukup berbeza.

Dalam ruangan maya, boleh aku bergurau. Berbual tanpa ada had. Sesekali mencarut kotey itu biasa. Tapi luar alam maya, maaf. Bukan aku, kalau buat macam itu.

Kenapa aku keluarkan gambar diri ini?..Jawapannya cuma satu. Supaya kalian lihat. Aku yang dah tua ini masih bersemangat untuk belajar. Mencari ilmu. Mencari pengalaman. Mencari pengetahuan. Itu pun tak semua aku dapat. Tak semua dapat aku kuasai ilmu-ilmu yang ada. Banyak lagi yang perlu aku terokai.

Tapi kamu, kalian anak murid aku. Suruh belajar untuk ambik SPM sudah malas. Sudah muak. Sudah give-up. Belum lagi datang saat peperiksaan sudah putus asa dan harapan. Amat malang diri kamu yang punya jiwa yang lemah.

Kamu masih muda. Masih jauh perjalanan hidup kamu. Sedia lah diri dengan bekalan. Jika tumpas di tengah jalan, bekalan itu lah yang menolong kamu...

Aku tahu, anak-anak murid ku sedang membaca tulisan ini.....


...Dalam diam, aku berdoa kamu semua berjaya....Ubah sikap kamu!!!..

Insya Allah...kejayaan mendatangi kamu.

.
hari ini... Tarikhnya 1.11.11...lima terpacak....nanti nak sembang pasal lima perkara..

Sunday, October 30, 2011

::Tutup::

..Boring dah tulis blog ni...nak tutup ja blog ni..





tapi aku tak tahu nak tutup macam mana...

.

Thursday, October 20, 2011

::Cerita di Sebalik Cerita:: 5

...

Kereta yang rosak itu sudah sembuh dari sakitnya. Beliau sudah boleh bergaya megah di jalan raya. Dia. Maksud aku, kereta itu. Eksyen dia berjalan megah, walhal tuannya sekarang jalannya dah jadi senget sebelah.

Nak dijadikan cerita, kakak kereta aku, yakni kereta bini aku, sekarang ini sedang menunjukkan tanda tanda nak sakit. masalah brake. minyak hitam meleleh keluar ikut bawah enjin. Air-cond kadang kadang ok. kadang kadang tak ok. Pengajaran sebelum ini aku dapat, jangan dipaksa jugak kereta yang ada tanda tanda nak sakit itu jalan. Kalau dia rosak akan seksa hidup dan parah pundi kencing.

Jadinya, semalam anak bini ke sekolah menggunakan kereta aku. Kereta dia? simpan di rumah. Tunggu ada duit lebih lebih [kalau ada tapi selalunya tak ada] aku bawa dia ke bengkel. baiki sebelum menjadi lebih parah.

Aku ke sekolah seperti biasa dengan kenderaan 2x2 turbo, yakni motorsikal berjenama honda cawan. Tuan tuan dan puan puan, sila ambil ingat, adalah tindakan tidak berapa cerdik jika musim musim hujan pergi kerja naik motor. Dan, aku sebahagian orang yang tidak cerdik itu.

Pertengahan jalan masa balik sekolah semalam hujan turun. Tak ada ruang untuk berenti. Jadi aku teruskan jugak. Alang alang dah basah, baik terus lenjun. Dah nak balik. Basah pun basah la. (Ya..aku tak bawak baju hujan)

Tiba-tiba teringat ke beg kerja. Dalam tu ada laptop dan buku rekod. Kalau terus juga, pasti basah. Dan dan aku kona masuk ke restoran tepi jalan. Kena jugak hujan tadi. kebasahan.
Sementara hujan reda, aku pekena teh dan cucur udang.


Depan baju basah. Melekat ke badan, kemeja aku.

Tetek jadi sejukkkk.... Puting dia tiba tiba jadi keras..


hahahahah..

*




Wednesday, October 19, 2011

::Cerita Di Sebalik Cerita:: 4

...kereta yang tak biasa aku pandu, di tambah pula dengan status kereta pinjam membuatkan aku memandu tak duduk rapat ke seat. Takut tersilap bawa, terlanggar tebing atau paling lekeh terjun parit.

Dalam berhati-hati sampai jugak ke rumah. Tapi memang dah nak jadi manusia bernasib malang. Tayar kereta pulak kempis. Ntah masa bilanya bocor. Aku dah mula rasa tak sedap duduk. Bukan tak pernah tayar pancit. Tapi kereta yang bukan aku punya itu buat aku jadi serba salah.

Malam itu jugak kami berdua bukak tayar. Dan, menggunakan tayar spare abang ipar aku pergi ke stesen minyak berdekatan untuk pam tayar yang bocor. Aku tak ikut.

.....

Itu cerita masa konvo.....

Ni cerita seminggu selepas konvo. Sepatutnya jubah kena pulangkan dalam masa yang ditetapkan. Dah sidang konvo aku sebelah petang. Mana sempat nak pulangkan. Ofis dah tutup. Jadi aku pulang dengan membawa jubah oren pulang ke rumah. Bajet bajet kereta siap, jumaat depan aku datang ke UKM semula.

Apa ke jadah. bila sampai masa, kereta tak siap. Rupanya kerosakan kereta di luar jangkaan aku. Agak teruk. Ingatkan hanya ratus ratus. Rupanya main ribu ribu beb!!!...

Terpelengong serupa orang bodoh sekejap.(sekejap sikit berbanding masa terkena kencing paklong kering sebanyak RM15 ribu masa buat rumah dulu. Yang tu bengong lamaaaa la jugak!!)

Nak tak nak, aku tangguhkan ke minggu depan hantar jubah. Dalam masa yang sama aku mencongak berapa jumlah denda lewat yang aku kena. Sampai dua kali jumaat, kereta tak siap. Bermakna aku terpaksa pergi naik bas.

Aku lebih suka pergi naik kereta sebab ofis tempat yang nak pergi itu, bukan boleh masuk bas ekspress...kalau naik bas terpaksa aku cari teksi.

Bertolak malam, sampai 3.3o pagi. Tidur kat hentian kajang. * pagi pergi ofis PPS...setel jubah, dengan teksi yang sama aku mintak dia tunggu dan hantar aku semula ke stesen komuter. Balik ke puduraya. Secara ringkas aku cerita ni..

Tapi nak dijadikan cerita lah, malang sekali lagi menimpa aku. Bayangkan, puduraya yang aku warwarkan sangat kemas dan cantik sebelum ini boleh tutup pulak tandasnya. Kakak cleaner tu cakap paip pecah. Maknanya, semua tandas di setiap tingkat di tutup sementara.

"Macam mana saya nak kencing?"..Deymmm...dalam keadaan tertekan sebab kote amat rasa nak terkencing, boleh terpacul soalan macam itu. Nasib baik kakak cleaner itu tak jawab, guna kote!!.

Dalam keadaan berpeluh (sebab panas dan nak terkencing) aku pergi ke kedai mamak seberang jalan depan puduraya itu. Sambil berjalan, sambil seluk poket meraba kotak rokok. Kata kawan aku, untuk kurangkan rasa resah, rokok boleh dijadikan penawar. Aku guna nasihat dia.

Bila dah selesai, aku jadi lega. lapang rasa pundi kencing tadi yang menyekak. Dengan segera aku balik semula ke puduraya kerana bas dah nak bertolak. Raba poket.Cari tiket. Alamak, hilang!!!

Puas klebek, seluk, kerobek, cari. Tak jumpa. Macam mana ni???? Brader bas kata kena cari tiket baru. Jadi aku naik semula ke kaunter tiket minta tiket baru. Celaka. Tak dibaginya. Katanya tiket tu kena cari jugak.

Aku kata bukan tipu. Memang sah aku beli dari dia. Boleh dia buat buat tak kenal. Katanya, kalau tak ada, kena beli lain. Maknanya aku beli dua tiket untuk satu perjalanan. Bertekak juga aku dengan dia. Takkan nak keluar duit lagi. Aku kata dah beli tiket tu..dengan dia lagi...Dia bertegas kata kena beli baru. Ntah la. Mungkin prosedur syarikat dia, sebab tiket ada keratan. Mungkin untuk audit atau apa. Tapi aku peduli apa audit ke apa ke. Dalam poket tinggal lagi tiga puloh dan ringgit-ringgit.

Nak tanya korang la, betul ke kalau hilang tiket kena beli baru, walhal beza masa cuma belas belas minit. Bukan beli semalam. atau kelmarin. kalau betul takpa lah....dah nasib aku. Tapi kalau tak perlu, memang sial la budak tu..berkeras taknak bagi tiket baru...

Sudahnya, aku cakap, Butuh la!!...nak kena beli tiket lagi...!!

Aku blah. Pergi kaunter sebelah. Syarikat lain. Beli tiket lain. Tapi kena tunggu lagi sejam. Nak tak nak aku beli jugak dari sisa sisa duit yang ada. Memang sengkek sungguh masa tu..Dah selesai, aku berjalan ke ruang menunggu.

Di kerusi besi berspan itu, aku tersandar. Merenung nasib diri...Mapoh!!!

Aku fikir ini ujian tuhan gamaknya. ujian dia pada aku. Tiba tiba teringat Ayah dan Mak. Mungkin aku ada banyak dosa dengan mereka. Atau, aku lalai mendoakan mereka agar berada di tempat kalangan orang yang beriman...

....dah la....aku nak stop dah...malas nak cerita lagi.

*

Tuesday, October 18, 2011

::Cerita di Sebalik Cerita:: 3

...perkara pertama yang aku buat semasa pembaringan separa bongok di rumah abang ipar aku ialah men'sms' sepupu aku yang duduk di Shah Alam. Kata tak jadi pergi jumpa dia di sana. Plan asalnya aku akan terus ke Shah Alam. Sambil-sambil itu nak bawa anak-anak ke tempat yang aku tak tahu apa nama. Tempat yang malam banyak lampu kat pokok pokok. Bukan lampu aku syak..Macam L.E.D..ntah...

Dua tiga kali aku tengok gambar orang yang bergambar di sana. Teringin sungguh nak bawak anak anak pergi. Nampak macam best.

Jawapan sms sepupu aku cuma " laaaaeee.." bila aku khabarkan kisah malang di lebuhraya itu. Lepas itu, senyap. Cadang nak cerita panjang, tapi dia macam tak berminat nak tahu. Aku diam je la. Andaian aku, mungkin dia kepenatan dengan 'urusan' dia di sebelah siang. Apa urusan dia, tidaklah aku tahu...tidak langsung dia beritahu apa-apa.

Selesai bab Shah Alam. Bab seterusnya, aku berfikir macam mana nak pergi konvo dan balik rumah Taiping. Dalam berfikir aku terlena...

Esoknya, selepas bersarapan tengah hari...Yakni, selepas makan pagi di waktu tengah hari, aku ke Puduraya membeli tiket bas. Dengan motor abang ipar, aku bergerak ke stesen Komuter UKM. Lama dah tak naik komuter. Nasib baik masih belum lupa tang mana nak sentuhkan kad Touch & Go itu.

Dalam perjalanan secara mengiring dengan kelajuan taktahu km/j itu, aku tetap berdoa supaya dipermudahkan urusan aku. Berharap jangan ada lagi perkara perkara yang berupa nasib malang yang menimpa...

Tapi...Bila sampai di puduraya aku jadi seperti berok masuk pekan. Terpinga-pinga. Serba baharu beb! Kemas.

Selepas diberitahu pak guard, aku naik ke tingkat satu untuk membeli tiket. Jam 9 malam hari selasa. Konvo aku sidang petang. Dan, dijangka selesai jam 5 petang. Bermakna, masih ada masa. Tidak lah nanti aku tergopoh gapah.

Dipendekkan cerita sebelum aku meraban ghata, selesai beli tiket, aku menapak ke stesen keretapi. Sebabnya aku nak direct terus ke UKM.

Gedik kaki dari puduraya ke stesen keretapi membawa aku melintasi Petaling street dan Central market. Dua tempat nostalgia. Terutamanya central market. Tempat aku lepak dengan buah hati lama sambil layan busker main lagu play the funky music. Sesekali hiba rasa di hati wooo bila teringat balik kenangan dulu. nanti bila aku cenang, aku cerita. Sekarang ni aku tak cenang...hehehe...kemudian, naik komuter terus ke Bangi. Bab tiket selesai.

Bab transport ke UKM esoknya belum selesai. Jadi, bila sampai ke Bangi, aku terus ke port teksi. Terus buat booking untuk ambil kami dari rumah abang ipar ke UKM...dan menghantar kami ke stesen komuter selepas selesai konvo aku.

Setakat ini semua seperti berjalan lancar. Sehinggalah malam itu. Dek kerana boring tak buat apa seharian, anak anak aku dah mula merungut. Maka, malam itu aku membawa mereka ke pesta UKM.

Kenderaan?..heh..aku pinjam odyssey abang ipar. Itu lah pertama kali aku bawak kereta panjang gitu. Perkara pertama aku belajar ialah mencari hand brake...manalah aku tahu kereta pesen gitu takda hand brake. Hand brake nya duk di kaki...hahahaha.

Malam itu, kami bersiaran di pesta. Sekurang-kurangnya terhibur jugak anak-anak aku. Kebetulan di pesta itu ada konsert ntah artis mana ntah. Aku tak berapa nak kenal.

"malam esok mawi datang" kata kakak ajk pesta konvo kepada anak aku.

"tak best la mawi...panggil la K-Pop!!" kata adik. Tersengih kakak ajk tu..aku?..pelan pelan buat buat belek key-chain.


...bersambung kisah malang di malam pesta..esok.

.

Monday, October 17, 2011

::Cerita Di Sebalik Cerita:: 2

...kami sampai ke Bangi malam itu jugak. Ya, malam. Sebabnya, kejadian kereta berasap itu sebelah petang. Jam enam lebih kurang. Hari sudah menghala ke arah gelap nak malam. Seiring dengan gelapnya otak fikiran aku tika itu.

Salah satu sebab aku akur dengan cadangan budak beragama hindu penarik kereta itu adalah kerana hari sudah mahu malam. Terbayang kami 4 beranak tercongok atas highway, tercongok bongok tak tahu buat apa.

Aku tiada pengalaman menangani hal hal seperti ini. Tak pernah jadi sebelum ini. Dalam pada itu, aku memandang sekeliling. Lantas terlihat pondok telefon, yakni telefon PLUS....telefon di kala kecemasan.

Aku cuba buat panggilan..haram jadah tak dak respon...masa itu tak terlintas langsung nak fikir yang betulkah telefon itu boleh digunakan..hahahha...

Aku tak pasti fungsinya...Ntah ntah telefon itu mungkin hanya digunakan sebagai perhiasan highway gamaknya. Salah satu elemen kejur lanskap PLUS di highway yang indah beautiful itu!!.

Malam itu. Di rumah abang ipar aku sudah start menjadi bongok tak tahu buat menda. Bukan apa, terbayangkan diri seperti orang buta kehilangan tongkat. Seperti atlit olahraga lari jarak jauh patah kakinya.

Macam macam persoalan menerawang di kepala otak aku. Macam mana aku nak bergerak esok nanti? macam mana nak bawa anak bini ke UKM untuk majlis konvo? macam mana?

Malam itu dahi aku hampir berlekuk dek lengan yang aku letak.

...bersambuung.

Sunday, October 16, 2011

::cerita di sebalik cerita::

Lamanya tak hapdet blog..

Ada yang merindui entri baharu. Ada yang call tanya. Ada yang sms. (nasib baik tak ada yang datang ketuk pintu rumah tengah malam, mintak hapdet blog)....melampau tul..hahhaa...

Dan kepada sahabat-sahabat yang bertanya itu, aku pohon maaf. Bukan sebab tidak mahu buat entri baharu. Cuma tiada idea untuk menulis.

Cuma kali ini ada benda nak dikongsikan. sebelum itu, aku nak tanya kalian. Pernah dengar pepatah (betul ka, atau apa hah?)...kata orang;

"sudah jatuh ditimpa tangga"

maksudnya; kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Tak dapat nak tepis.

Al-kisahnya, seperti yang diketahui, aku berkonvo setelah tamat pengajian. Sebelum ini sudah aku lampirkan cerita tersebut.

Di sebalik kegembiraan itu, juga terpalit rasa sedih. Kononnya kegembiraan itu mahu dikongsi bersama anak dan isteri. Tapi malang...

Di pertengahan jalan semasa hendak ke Bangi, yakni dekat dekat nak sampai ke Tanjung malim, aku tak perasan langsung air kering. Yang perasaannya bila sedar air-cond tak sejuk...kemudian rasa kereta tersengguk guh guh guh....

Tengok meter...alamak...temp dah naik....tak sempat berenti, tiba-tiba...

bushhh!!!.....kereta aku meletup. Berasap berkelun kelun depan mata. Tak nampak jalan. Cuma yang sempat aku buat, tarik stereng menghala ke kiri jalan, terus menghala ke rumput.

Nyaris nyaris tak lajak ke parit tepi highway itu. Anak bongsu aku tergolek bawah bila aku brek mengejut. Terpinga-pinga semua anak bini.

Aku?...lutut ketar. Apa nak buat...bukak pintu, pelan-pelan aku keluar. Bukan sebab apa. Aku takut rebah. Kaki ini terasa macam tak ada tulang. Lembik lutut..

Bukak bonet. Asap keluar berkelun kelun. Bau tengik. Hangit. Dan yang paling teruk lagi bila di 'muncung panjang' dek bini...Jika tak sabar, panjang cerita..

Dipendekkan cerita, terpelengong kami 4 beranak di situ. Ikut hati memang rasa nak marah. Tapi jenis tak tahu nak marah ke siapa. Kereta itu akhirnya ditarik keluar highway, menuju ke bengkel berdekatan (Baca: bengkel pesen cekik darah)

Kata mekanik itu, kereta kena tinggal. Kena bukak. Hmm..apa cerita nak tinggal kereta di situ. Macam mana nak pergi Bangi?...selasa konvo. Hari ini ahad...sempat ke dia bikin dalam masa dua hari?

Kalau tak sempat, macam mana aku nak datang ulang alik menziarah kereta aku yang sakit di Tanjung Malim, sedangkan aku di Taiping? Betul ke dia boleh buat? Boleh percayakah tinggalkan kereta di situ?

Pelbagai persoalan yang timbul...semua nya bikin semak lagi aku punya otak. Sudahnya keputusan yang aku ambil, towing balik ke Taiping. Masuk bengkel kawan. Tapi gila bapak dia punya kos....bapak tak kepala bapak pun, terbang duit aku RM700 untuk bawa kereta tu balik ke Taiping...

Aku sekeluarga ke Bangi dengan kereta abang ipar. Dia datang dari bangi ambil kami di Tanjung Malim. Dalam kereta aku diam. Bini diam. Abang ipar diam. Anak sulong diam. Anak bongsu diam. Tak terkata apa.

...bersambung.

Monday, October 10, 2011

::akhirnya::


Akhirnya, setelah penat berulang alik dari kariah kampung ke kariah kedua.

setelah penat bergelumang dengan buku dan buku dan buku...

setelah otak disemak sendat dengan pelbagai masalah...

Setelah jiwa dipengaruhi pelbagai onak sehingga menjadi kacau bilau...

setelah semua nya selesai, aku mampu untuk sebaris dengan kawan kawan, berbaris menuruni tangga DECTAR menuju pentas.

Permulaan surat diterima setelah ayahanda menghembus nafasnya. Tidak dapat melihat aku berjubah oren..

Akhir surat konvo, diterima setelah Bonda menghembus nafasnya. Juga tidak dapat melihat aku berjubah oren...

Rupa-rupanya...masa itu amat pantas!!

****

Wednesday, August 24, 2011

::entri last sebelum raya::

kenapa ujung ujung ramadhan, kita jadi serupa tidak alim dah?

Cakap dah mula merapu. Dah mula mengata, mengumpat. Hal baju raya. Hal kueh raya. Banding membanding. Kutuk mengutuk.

Walhal, semasa awal ramadhan kita bertekad dan pasang hajat nak berubah. Nak buang perangai huduh. Azam cukup tinggi.

Kenapa di hujung hujung ramadhan, azamnya semakin berkurang. Sama seperti berkurangnya jemaah teraweh. Berkurangnya saf di surau atau masjid.

Kenyataan diatas aku tujukan khas kepada diri sendiri. Tiada kena mengena dengan korang.

Nampaknya, perangai huduh aku tak dapat diubah sempena ramadhan tahun ini..

Harapkan dapat berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan...

selamat hari raya aidil fitri..
minal aidil wal fa izin

Salam.

Monday, August 22, 2011

::SMS dari langit:::


"Baba pergi mana ni kenapa tak bagi tahu.dah nak dekat buka puasa dah.balik cepat tau jangan lambat nanti allah marah nanti.nak allah marah kalau tak nak balik cepat
"


pergh....Ini sms aku dapat kelmarin. Datangnya daripada Hp bini. Tapi yang menulis itu, aku tidak pasti samada bini aku, anak yang sulung atau anak yang bongsu...

Yang pasti bukan bini sebab dia tak pernah bahasakan aku sebagai baba...Pastinya datang dari anak-anak aku. Tapi aku tak tahu yang mana satu. Suspen woo kena warning macam tu...hahahaha.

Puas aku siasat tanya...seorang pun tak mengaku...sampai sudah aku tak tahu siapa yang tulis dan send sms tu..aku syak, jika tidak yang sulong pasti yang bongsu. Dan begitulah sebaliknya sebab anak aku hanya ada dua orang. Seorang sulung dan seorang lagi bongsu.

Masa aku terima sms ni, memang aku lesap dari rumah. Masa itu jam menunjukkan pukul 6.59 ptg. Hampir-hampir sangat untuk berbuka.

jangan silap faham. jangan mudah berprasangka, beb. Gua bukan lesap dari rumah lari pergi siam. hehehe..

Aku keluar untuk mencari sekeping dua CD nak layan selepas berbuka. Adik pesan bunga api. Aku tak layan. Dia merengek minta belikan. Aku buat buat belek rumput. Bila dia leka, aku cabut keluar...

Dan, aku syak memang dia yang tulis.

sampai sekarang ....

Tiga-tiga (Bini, adik dan kakak) semua tak mengaku tulis..HAHAHAHA

....


Thursday, August 18, 2011

::mood raya::

Raya dah nak dekat....baju raya tak beli lagi...agak-agak, sah ke dak raya jika tak beli baju baru?.

Ini status yang aku buat, dan letakkan di status Facebook. Bukan apa, sekadar mengingatkan diri yang aidilfitri bakal menjelang minggu depan depan.

Terkenang masa dulu...kecik kecik dulu. Masa sekolah rendah. Masa itu trend kasut johnson cukup in punya. Tahu macam mana kasut johnson?..hahahaha...

Aku tak pasti masih ada lagi ke tak kasut pesen gitu.Rasanya ada lagi. Dulu johnson yang aku pakai, ayah aku beli pesen pvc tak silap. Bukan pure kulit. Pvc tak pvc pun, bila berjalan rasa semenggak ja..

Sedikit info, kasut johnson tika itu jenis high cut..ada zip tepi...Yang bestnya, bila ramai ramai berjalan raya, nampak serupa satu platun askar berkawat. Kasut sama.

masalah lain timbul bila keluar rumah beraya. Masing masing lupa kasut sendiri..hahaha..Ada kes yang tertukar kasut. mana tidaknya, semua sepesennn ja...

Bila dah jadi ayah, aku juga membelikan baju raya untuk anak-anak aku. Cuma caranya sedikit berbeza. Aku cuma bagi duit ke mama dorang, dan mama dorang yang pergi beli..aku?..aku lepak dalam kereta..layan sinar FM....

Berbeza sungguh aku dengan ayah. Dulu ayah sendiri yang mebawa aku ke supermarket membeli baju raya. Pernah sekali, ingat ingat lupa dah, kami sekleuarga pergi shoping baju raya di supermarket sebelah malam. Tiba tiba lampu padam.

Rupa-rupanya supermarket dah nak tutup.Pintu depan dah tutup rupanya. Kena turun ikut pintu belakang. Dulu-dulu shoping baju raya sampai supermarket tutup kira standard la...Bukan sebab shoping tak hinggat nak balik, tapi supermarket tutup awal..

Seingat-ingat aku, jam 9.30 dah tutup. Nama-nama supermarket sekitar Taiping itu pun sudah tinggal nama saja sekarang ni. Banyak yang dah tutup...Dulu Ada supermarket Taiping...Supermarket Karton dan Supermarket Larut Matang...Tapi semua dah tak ada dah..bangunan masih ada, tapi kedai lain ambil alih..


..Baju raya korang dah beli?.




Tuesday, August 16, 2011

::Libang-Libu::

Dah empat lima hari, badan tak berapa nak sedap. Rasa suweng-suweng. Tahu suweng-suweng?

tak tahu sudah..(kan tasek kan?..hahaha)

Hidung pulak berair sahaja. Kejap kejap srut..kejap kejap srut...

"Cuba cabut hidung tu..Jemur di ampaian. Balik kerja, pasang balik" Cadang Jantan budiman. Cuba berlawak bodo sempena bulan tidak makan dan minum waktu siang.

"mana boleh" Jawab aku. Dalam hati juga berkira-kira berlawak bodoh.

"Ooo..tak boleh, ek?. Mesti la tak boleh, kan. Nanti nak bernafas ikut mana?" Kata jantan sambil mengekek ketawa dengan lawak yang diciptanya sendiri.

" Bukan lah..tak boleh sebab musim hujan. Nanti hidung lemas!!"


....tolong la gelak!!..kelakar nak mampus dah aku rasa lawak ni..


hahahaa...

Sunday, August 14, 2011

::Blues::

Mengah dek makanan yang menjulur masuk ke perut...aku berehat rehat sebentar. Aku syak, nasik berbuka tadi belum sampai perut panjang. Masih berlegar legar di sekitar esofagus..

Hujan la pulak kat luar rumah. Biasanya, jika hujan hujan begini, hati aku auto berdebar-debar. manakan tidak, hati terkenang rumah kandang zirafah aku itu. Ada sekali, hujan tak lah lebat mana, tapi air masuk membanjiri bilik anak aku. Bocor!!

Ni semua kerja paklong kurus kering yang buat rumah aku dulu. Hasil kerja tangan beliau lah atap jadi tak sempurna. Kekdahnya, jika hujan, air akan meleleh masuk. Dah banyak kali mintak alitoq and the gang membaiki semula.

Tak juga molek. Asek asek bocor ja...

Yang sebenarnya, rumah kandang zirafah itu belum lagi aku masuk. Walaupun kunci dah dapat. Yang jadi lebih sebak apabila kunci rumah aku dapat dari kontraktor alitoq dari seberang, sehari sebelum arwah Mak pengsan dan dikejarkan ke Hospital. Hari itu juga mak pengsan tak sedar diri 3 hari. Pagi rabu, khamis dan Jumaat pagi jam 9 dia menghembuskan nafas terakhir.

Bermakna, sejak dia tidak sedar diri [Koma], aku tidak dapat mendengar suaranya. Aku tidak pasti dia mendengar atau tidak. Walaupun aku tahu dia koma dan tidak membalas kata-kata aku, tapi aku cuba juga berbual dengan dia.

Di saat itu, aku mengusap-usap kaki dia..keras. Tidak bergerak..Ku raba-raba bawah kakinya..Pehanya, pinggangnya...Semuanya rapat ke katil. Tiada ruang. Astagfirullah, kata aku dalam hati. Ku renung mukanya. Ku lihat hidungnya.

Aku memandang kak. kakak memandang aku. Sama sama mengerti. Sama sama memahami. Pengalaman kami menjaga arwah Ayah dulu memberitahu kami suatu alamat.

Lantas, petang khamis itu, kami sudah mula membaca Yassin . Bergilir-gilir. Semua sanak saudara sudah dihubungi. Berita mengenai keadaan arwah Mak sudah tersebar. Maka petang itu, mak menerima kunjungan sanak saudara, sahabat sekampung. Masing masing membacakan Yassin bergilir-gilir.

Malam jumaat itu, kami adik beradik sudah tidak pulang kerumah. Masing-masing berada di sekitar emak. Aku dan abang, tidak berada di dalam wad. Kami lelaki tidak dibenarkan berada di dalam wad. Hanya...

aduss...bila bila la aku sambung....tak buleh menaip pulak dah...sebak.

...

Tuesday, August 9, 2011

::Sahur::

Jam di muka laptop ini menunjukkan angka 2:59. Bermakna hampir sangat sangat jam 3 pagi. Ya, pagi!

Kelopak mata yang atas belum mahu bersenggama dengan kelopak yang bawah. Masing masing keras membatu, tanpa salah satunya meliuk menggoda yang satu lagi. Kekdahnya, aku terkebil-kebil.

Lantas aku turun ke bawah semula. Dan cuba untuk menyiapkan tulisan ini, sehinggalah bini aku panggil untuk bersahur.

Dalam kesunyian ini, terkenang pada Bonda. Arwah dah pergi meninggalkan kami. Pergi dia bertemu dengan pakwenya yang terlebih dahulu di tempatkan di sana. Semoga kedua-duanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Pasti suasana di sana harum semekar apa pun aku tak tahu nak buat perbandingan. Sebab aku belum pernah ke sana.


Tiba-tiba aku jadi sebak!!...


..Dan bini aku masih belum memanggil untuk makan sahur...

Rupanya, lagi banyak aku fikirkan untuk tulis, maka makin susah untuk menzahirkan apa yang aku fikirkan tadi. Fikirkan tentang kedua (arwah) Ayah dan emak...

Tiba-tiba air mata menitik!!...

*pause*

Lama tak bercerita, jadi Heng pala otak nak menyusun ayat...

*Play*

ku mainkan lagu ini...sambil-sambil menyeka air di kelopak mata.



Dan, aku tidak mampu lagi untuk teruskan niat aku menulis tentang ayah dan mak. Biarlah segala kenangan itu tersimpul kemas dalam hati. Niat tadi nak kongsikan bersama kalian warga Blog...tapi bila nak menyusun ayat, aku sebak. Nak menaip aku jadi sebak...

sorry la eks....Aku bercerita tentang hal-hal lain la, nanti...

Aku nak makan nasik sat....

Salam....

Tuesday, August 2, 2011

tuai padi antara masak...

esok jangan, layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan, rindu-rinduan...

apa kaitan pantun ini dengan entri aku, ntah lah...Hari ini, 2 ramadhan. Bermakna sudah dua hari kita berpuasa. Harap-harap tahun ini cukup puasa aku...Tahun-tahun lepas pun cukup jugak.

Sesaja merayap tadi ke laman web UKM.

Pergh...Tamat Pengajian/Konvokesyen..Dan, lepas raya nanti jika umur masih di kandung badan dapatlah aku menyarung jubah dan memakai topi 4 segi berambu-rambu itu. (dan sejambak bunga barangkali). Dulu masa konvo first degree dulu, haram sekuntum bunga pun tak dapat..keh keh keh.



Banyak perkara berlaku dalam tahun ini. Lebih tepat sejak dua menjak ini. Semua tersenarai kemas dalam otak. Nak jugak aku ceritakan disini satu persatu. (sebenarnya, semua aku dah masukkan dalam entri blog....cuma tak publishkan...biar simpan dalam draft...) Biar menjadi rahasia...hihihi..


Jika tidak terlambat.....Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan blog aku...yang sedang baca, jarang jarang baca, atau tak baca langsung! blog ini.

Selamat berpuasa...dan selamatkan puasa anda!

Monday, July 25, 2011

Semangat yang hilang

Cadang nak pos sekali dengan video clip kumpulan XPDC, tapi gila saghan pulak kata dek orang. Yang pastinya, sepanjang hari ini dan hari-hari sebelumnya, semangat badan seperti merajuk membawa diri keluar.

Bungkus kain baju, hilang entah ke mana. Tinggal empunya badan ini terkontang-kanting sengsorang.

Semuanya menjadi hambar. Apa yang biasa aku buat untuk hari isnin ini, haram tak menjadi. Duduk di kerusi bilik, rasa nak ke kantin. Pergi kantin, rasa nak buat kerja. balik semula ke meja..Rasa nak pergi kantin...Kelas langsung tak mari mood nak masuk.

Kelas pulak kebetulan tak banyak..kekdahnya aku nganga bodo di meja....

Cuma satu yang dapat aku buat. Log-in Blog ini (yang lama ditinggalkan) dan buat satu entry.


dipendekkan cerita:..Jumaat lepas, 22.7.2011..Jam 9.04 pagi Bonda aku yang tercinta telah ke Rahmatullah...Pinta aku pada kawan sahabat..sedekahkanlah Fatehah untuk beliau. Dan sedekahkan semangat kalian yang kuat itu pada aku.

Al-Fatehah.
.