Jom...

Wednesday, October 19, 2011

::Cerita Di Sebalik Cerita:: 4

...kereta yang tak biasa aku pandu, di tambah pula dengan status kereta pinjam membuatkan aku memandu tak duduk rapat ke seat. Takut tersilap bawa, terlanggar tebing atau paling lekeh terjun parit.

Dalam berhati-hati sampai jugak ke rumah. Tapi memang dah nak jadi manusia bernasib malang. Tayar kereta pulak kempis. Ntah masa bilanya bocor. Aku dah mula rasa tak sedap duduk. Bukan tak pernah tayar pancit. Tapi kereta yang bukan aku punya itu buat aku jadi serba salah.

Malam itu jugak kami berdua bukak tayar. Dan, menggunakan tayar spare abang ipar aku pergi ke stesen minyak berdekatan untuk pam tayar yang bocor. Aku tak ikut.

.....

Itu cerita masa konvo.....

Ni cerita seminggu selepas konvo. Sepatutnya jubah kena pulangkan dalam masa yang ditetapkan. Dah sidang konvo aku sebelah petang. Mana sempat nak pulangkan. Ofis dah tutup. Jadi aku pulang dengan membawa jubah oren pulang ke rumah. Bajet bajet kereta siap, jumaat depan aku datang ke UKM semula.

Apa ke jadah. bila sampai masa, kereta tak siap. Rupanya kerosakan kereta di luar jangkaan aku. Agak teruk. Ingatkan hanya ratus ratus. Rupanya main ribu ribu beb!!!...

Terpelengong serupa orang bodoh sekejap.(sekejap sikit berbanding masa terkena kencing paklong kering sebanyak RM15 ribu masa buat rumah dulu. Yang tu bengong lamaaaa la jugak!!)

Nak tak nak, aku tangguhkan ke minggu depan hantar jubah. Dalam masa yang sama aku mencongak berapa jumlah denda lewat yang aku kena. Sampai dua kali jumaat, kereta tak siap. Bermakna aku terpaksa pergi naik bas.

Aku lebih suka pergi naik kereta sebab ofis tempat yang nak pergi itu, bukan boleh masuk bas ekspress...kalau naik bas terpaksa aku cari teksi.

Bertolak malam, sampai 3.3o pagi. Tidur kat hentian kajang. * pagi pergi ofis PPS...setel jubah, dengan teksi yang sama aku mintak dia tunggu dan hantar aku semula ke stesen komuter. Balik ke puduraya. Secara ringkas aku cerita ni..

Tapi nak dijadikan cerita lah, malang sekali lagi menimpa aku. Bayangkan, puduraya yang aku warwarkan sangat kemas dan cantik sebelum ini boleh tutup pulak tandasnya. Kakak cleaner tu cakap paip pecah. Maknanya, semua tandas di setiap tingkat di tutup sementara.

"Macam mana saya nak kencing?"..Deymmm...dalam keadaan tertekan sebab kote amat rasa nak terkencing, boleh terpacul soalan macam itu. Nasib baik kakak cleaner itu tak jawab, guna kote!!.

Dalam keadaan berpeluh (sebab panas dan nak terkencing) aku pergi ke kedai mamak seberang jalan depan puduraya itu. Sambil berjalan, sambil seluk poket meraba kotak rokok. Kata kawan aku, untuk kurangkan rasa resah, rokok boleh dijadikan penawar. Aku guna nasihat dia.

Bila dah selesai, aku jadi lega. lapang rasa pundi kencing tadi yang menyekak. Dengan segera aku balik semula ke puduraya kerana bas dah nak bertolak. Raba poket.Cari tiket. Alamak, hilang!!!

Puas klebek, seluk, kerobek, cari. Tak jumpa. Macam mana ni???? Brader bas kata kena cari tiket baru. Jadi aku naik semula ke kaunter tiket minta tiket baru. Celaka. Tak dibaginya. Katanya tiket tu kena cari jugak.

Aku kata bukan tipu. Memang sah aku beli dari dia. Boleh dia buat buat tak kenal. Katanya, kalau tak ada, kena beli lain. Maknanya aku beli dua tiket untuk satu perjalanan. Bertekak juga aku dengan dia. Takkan nak keluar duit lagi. Aku kata dah beli tiket tu..dengan dia lagi...Dia bertegas kata kena beli baru. Ntah la. Mungkin prosedur syarikat dia, sebab tiket ada keratan. Mungkin untuk audit atau apa. Tapi aku peduli apa audit ke apa ke. Dalam poket tinggal lagi tiga puloh dan ringgit-ringgit.

Nak tanya korang la, betul ke kalau hilang tiket kena beli baru, walhal beza masa cuma belas belas minit. Bukan beli semalam. atau kelmarin. kalau betul takpa lah....dah nasib aku. Tapi kalau tak perlu, memang sial la budak tu..berkeras taknak bagi tiket baru...

Sudahnya, aku cakap, Butuh la!!...nak kena beli tiket lagi...!!

Aku blah. Pergi kaunter sebelah. Syarikat lain. Beli tiket lain. Tapi kena tunggu lagi sejam. Nak tak nak aku beli jugak dari sisa sisa duit yang ada. Memang sengkek sungguh masa tu..Dah selesai, aku berjalan ke ruang menunggu.

Di kerusi besi berspan itu, aku tersandar. Merenung nasib diri...Mapoh!!!

Aku fikir ini ujian tuhan gamaknya. ujian dia pada aku. Tiba tiba teringat Ayah dan Mak. Mungkin aku ada banyak dosa dengan mereka. Atau, aku lalai mendoakan mereka agar berada di tempat kalangan orang yang beriman...

....dah la....aku nak stop dah...malas nak cerita lagi.

*

6 comments:

tasekM said...

sedap pulak aku baca cerita hang ni den.
macam drama.

betul la beb.
tiket tak bulih ganti2.
sbb tiket tu dokumen penting utk akaun n audit.

ibarat gini.
satu tiket 10 ringgit.
kalau tiket dah keluar dua.
bermaksud income/sales adalah 20 ringgit.

tapi duit yang ada cuma 10 ringgit je (sbb tiket satu lg tu tiket ganti tp hang tak bayaq duit pun).

orang akaun akan mengamuk ye..

hehe.



.

Cikgooden said...

Tasek:

nasib baik ada lagi duit dalam poket...kelam kabut dan hati kacau, semua boleh jadi la tasek...

mulanya, aku nak pergi awal..jumaat lagi..nak terus pergi melaka..kendian patah balik konvo...dah anak bini semua demam..tu yg pergi ahad...jadi pulak macam macam hal....letih aku, ain..mapoh.

Aku said...

Wuih, cerita hang memang berat. berat mata membaca, berat lagi kaki yang menampung...


Lepas satu ke satu masalah. tapi bila aku buat analisa, hang berjaya mencari penyelesaiannya, hang tak mati kutu.

soal duit, itu masalah kedua... walau hati memang sakit.... dan pundi kencing juga sakit.

ckLah said...

Cerita berbingkai ni...
Kesiannya adik ckLah ni.
Tak ada pulak jumpa orang kenal masa susah macam tu...

Teringat Teks KOMSAS 'Cerita Bayan Tiada Mendengar Kata Ibu Bapanya...'




***Sembuh dah pundi....?

iina said...

Wag cikgu den.. lama tak singgah sini banyak sungguh cerita ye.. Semoga Allah permudahkan urusan cikgu selepas ini yeah..

Doa seorg musafir berkelana ;)

Cikgooden said...

Nizam:.

tahu ini memang tahun serabut aku...pelan pelan setel...


CkLah:

Kawan masa senang ramai...masa susah, setel sorang2..cuma ada kak aku (yg sama sekolah dgn hang tu) diabanyak membantu..sayang dia.

pundi?..hahahah..pundi poket yg senak sekarang ni.


IIna:
wahh..lamatak bersiaran...macam tu la..harap harap lepas ni ok la..yang kecik kecik2 setel..hang duk sana lagi ka...bila balik mesia?