Jom...

Sunday, October 16, 2011

::cerita di sebalik cerita::

Lamanya tak hapdet blog..

Ada yang merindui entri baharu. Ada yang call tanya. Ada yang sms. (nasib baik tak ada yang datang ketuk pintu rumah tengah malam, mintak hapdet blog)....melampau tul..hahhaa...

Dan kepada sahabat-sahabat yang bertanya itu, aku pohon maaf. Bukan sebab tidak mahu buat entri baharu. Cuma tiada idea untuk menulis.

Cuma kali ini ada benda nak dikongsikan. sebelum itu, aku nak tanya kalian. Pernah dengar pepatah (betul ka, atau apa hah?)...kata orang;

"sudah jatuh ditimpa tangga"

maksudnya; kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Tak dapat nak tepis.

Al-kisahnya, seperti yang diketahui, aku berkonvo setelah tamat pengajian. Sebelum ini sudah aku lampirkan cerita tersebut.

Di sebalik kegembiraan itu, juga terpalit rasa sedih. Kononnya kegembiraan itu mahu dikongsi bersama anak dan isteri. Tapi malang...

Di pertengahan jalan semasa hendak ke Bangi, yakni dekat dekat nak sampai ke Tanjung malim, aku tak perasan langsung air kering. Yang perasaannya bila sedar air-cond tak sejuk...kemudian rasa kereta tersengguk guh guh guh....

Tengok meter...alamak...temp dah naik....tak sempat berenti, tiba-tiba...

bushhh!!!.....kereta aku meletup. Berasap berkelun kelun depan mata. Tak nampak jalan. Cuma yang sempat aku buat, tarik stereng menghala ke kiri jalan, terus menghala ke rumput.

Nyaris nyaris tak lajak ke parit tepi highway itu. Anak bongsu aku tergolek bawah bila aku brek mengejut. Terpinga-pinga semua anak bini.

Aku?...lutut ketar. Apa nak buat...bukak pintu, pelan-pelan aku keluar. Bukan sebab apa. Aku takut rebah. Kaki ini terasa macam tak ada tulang. Lembik lutut..

Bukak bonet. Asap keluar berkelun kelun. Bau tengik. Hangit. Dan yang paling teruk lagi bila di 'muncung panjang' dek bini...Jika tak sabar, panjang cerita..

Dipendekkan cerita, terpelengong kami 4 beranak di situ. Ikut hati memang rasa nak marah. Tapi jenis tak tahu nak marah ke siapa. Kereta itu akhirnya ditarik keluar highway, menuju ke bengkel berdekatan (Baca: bengkel pesen cekik darah)

Kata mekanik itu, kereta kena tinggal. Kena bukak. Hmm..apa cerita nak tinggal kereta di situ. Macam mana nak pergi Bangi?...selasa konvo. Hari ini ahad...sempat ke dia bikin dalam masa dua hari?

Kalau tak sempat, macam mana aku nak datang ulang alik menziarah kereta aku yang sakit di Tanjung Malim, sedangkan aku di Taiping? Betul ke dia boleh buat? Boleh percayakah tinggalkan kereta di situ?

Pelbagai persoalan yang timbul...semua nya bikin semak lagi aku punya otak. Sudahnya keputusan yang aku ambil, towing balik ke Taiping. Masuk bengkel kawan. Tapi gila bapak dia punya kos....bapak tak kepala bapak pun, terbang duit aku RM700 untuk bawa kereta tu balik ke Taiping...

Aku sekeluarga ke Bangi dengan kereta abang ipar. Dia datang dari bangi ambil kami di Tanjung Malim. Dalam kereta aku diam. Bini diam. Abang ipar diam. Anak sulong diam. Anak bongsu diam. Tak terkata apa.

...bersambung.

3 comments:

Aku said...

benda nak jadi tetap jadi gak...

cuma macam mana kita menangan situasi itu pada ketika itu, itu lebih penting... yg menentukan hala tuju tangga mana lagi nak jatuh menimpa...tangga buluh atau pun eskalator...

tasekM said...

dugaan sungguh no...

cepat sambung.


.

Twinkle said...

sabaaaaa......