Jom...

Monday, July 25, 2011

Semangat yang hilang

Cadang nak pos sekali dengan video clip kumpulan XPDC, tapi gila saghan pulak kata dek orang. Yang pastinya, sepanjang hari ini dan hari-hari sebelumnya, semangat badan seperti merajuk membawa diri keluar.

Bungkus kain baju, hilang entah ke mana. Tinggal empunya badan ini terkontang-kanting sengsorang.

Semuanya menjadi hambar. Apa yang biasa aku buat untuk hari isnin ini, haram tak menjadi. Duduk di kerusi bilik, rasa nak ke kantin. Pergi kantin, rasa nak buat kerja. balik semula ke meja..Rasa nak pergi kantin...Kelas langsung tak mari mood nak masuk.

Kelas pulak kebetulan tak banyak..kekdahnya aku nganga bodo di meja....

Cuma satu yang dapat aku buat. Log-in Blog ini (yang lama ditinggalkan) dan buat satu entry.


dipendekkan cerita:..Jumaat lepas, 22.7.2011..Jam 9.04 pagi Bonda aku yang tercinta telah ke Rahmatullah...Pinta aku pada kawan sahabat..sedekahkanlah Fatehah untuk beliau. Dan sedekahkan semangat kalian yang kuat itu pada aku.

Al-Fatehah.
.

8 comments:

tasekM said...

alfatehah.

den.
semangat aku pun dh tinggal suku.
kalau hang nak.
ambiklah.
kita kongsi dua...

:)








lamaaaaaaa tak sembang no...?


.

iina said...

Takziah cikgu den.. rasanya baru jek baca entri hang pasal dia.. Semoga kuat semangat ye.. Al-fatihah untuk bonda.. semoga dia tenang di sana ;)

Aku said...

Al fatihah... untuk arwah.


Alangkah indahnya pergi di hari Jumaat. Semoga aku pun dapat nikmat begitu, amin..

Cikgooden said...

Tasek:

Amin... tapi kalau semangat dah tiggal suku baik simpan ja untuk diri sendiri....

lamaaaa kan tak sembang..bila nak sembang lagi?..


IIna:

Amin.....Ya pernah aku cerita pasal dia..tapi sekarang nak cerita jadi berat...sebak woo..


Nizam:

Amin.....ya di pagi jumaat...ayah pulak malam jumaat....dan, dua dua tu kebumi hari jumaat...

moga mereka berdua dapat berjumpa semula di Sana...

Anonymous said...

Al fatihah & Takziah.

Kena kuat semangat cikgu noo..

(nasihat untuk dii sendiri jugak)

Tepon kak hilang,abih no kawan2..nak bbeli lain..makan masa jugak. hang tau la, gaji staff sokongan ciput ja.

kak lily

perempuan said...

takziah cikgu.

a.samad jaafar said...

salam takziah buat hang din..
aku tahu sakitnya 'kehilangan' bonda krn aku juga telah melaluinya.. al-fatihah buat arwah..

Twinkle said...

al fatehah.....

semoga tabah menjalani kehidupan seharian tanpa arwah mak di sisi..