Jom...

Monday, August 22, 2011

::SMS dari langit:::


"Baba pergi mana ni kenapa tak bagi tahu.dah nak dekat buka puasa dah.balik cepat tau jangan lambat nanti allah marah nanti.nak allah marah kalau tak nak balik cepat
"


pergh....Ini sms aku dapat kelmarin. Datangnya daripada Hp bini. Tapi yang menulis itu, aku tidak pasti samada bini aku, anak yang sulung atau anak yang bongsu...

Yang pasti bukan bini sebab dia tak pernah bahasakan aku sebagai baba...Pastinya datang dari anak-anak aku. Tapi aku tak tahu yang mana satu. Suspen woo kena warning macam tu...hahahaha.

Puas aku siasat tanya...seorang pun tak mengaku...sampai sudah aku tak tahu siapa yang tulis dan send sms tu..aku syak, jika tidak yang sulong pasti yang bongsu. Dan begitulah sebaliknya sebab anak aku hanya ada dua orang. Seorang sulung dan seorang lagi bongsu.

Masa aku terima sms ni, memang aku lesap dari rumah. Masa itu jam menunjukkan pukul 6.59 ptg. Hampir-hampir sangat untuk berbuka.

jangan silap faham. jangan mudah berprasangka, beb. Gua bukan lesap dari rumah lari pergi siam. hehehe..

Aku keluar untuk mencari sekeping dua CD nak layan selepas berbuka. Adik pesan bunga api. Aku tak layan. Dia merengek minta belikan. Aku buat buat belek rumput. Bila dia leka, aku cabut keluar...

Dan, aku syak memang dia yang tulis.

sampai sekarang ....

Tiga-tiga (Bini, adik dan kakak) semua tak mengaku tulis..HAHAHAHA

....


10 comments:

julietchun said...

sms di akhir ramadhan tu :D

ASH said...

.....demer puasa tak? kalau puasa, takleh menipu...pahala hilang!!
kata kat demer, siapa yang tak mengaku tulis tu, pahala dapat kat BABA!

ckLah @xiiinam said...

Hehehe...takkan anak jiran dapat hp hang, kan...

iina said...

Hahaha sms yang penuh makna

tasekM said...

aku syak anak hang ingstyg kecik sekali la den...

:)



.

Granny Hani said...

hehehe...pandai budak2 tu buat baba gelabah...so at last, beli tak bunga api tu?

Cikgooden said...

Julietchun:
Hoh...akhir ramadhan kan..nak raya dah minggu depan..samat ghaya..hehe


ASH:
puasa..tapi tak ngaku..buat keringgg ja..tapi aku tahu, mesti adik punya kerja..


CkLah:
Kejiranan di rumah baru belum kemesraan la kak..(ni masa bukak posa umah nak duduk nanti lepas raya)

IIna:
Hoh...macam macam kan..hahaha

Tasek:
Aku syak mmg anak yg tecik tu la...tecik apanya, derjah 4 dah...tapi nya buat keringggg ja...tak ngaku..hahaha

Hani:
tak beli bunga api...beli CD...ja..tapi rosak..hantu betuii..cina penipu...

Twinkle said...

bini buatkan ayat, yang bongsu tolong masukkan ayat, yang sulong tolong hantarkan ke baba.... hehe...

Cikgooden said...

twinkle;
tak pasti pulak ada konspirasi macam tu..hahahaha..

bila blog nak siap?...

azza_irah said...

hehe...bijak anak tu..

...hati telus mideeseorang anak..
sekurang2nya ada orang yg sentiasa ingatkan kita kan..