Jom...

Saturday, September 26, 2009

Bila semua dah start taruk n3 raya, aku juga tidak ketinggalan...RAYA - episod 1

*
Hari Raya di tempat aku....

rokok pertama di pagi aidil fitri yang syahdu...sebelum bertolak ke rumah mak aku


Dan sempat pulak bergambar, bila balik daripada sembahyang sunat aidil fitri....

emak nan sorang....

Pagi okey..bila tengah hari, cuaca agak mendung. Bila hari beralih petang, nah kau...hujan turun mencurah-mencurah. menderuuu.....itu cerita di petang raya.

Tapi, sebenarnya sehari sebelum raya pun, hujan dah membanjiri jalan menghala ke pekan Batu Kurau. Banjir kilat. haaa.........

gambar ni aku cilok dari blog tok serunai....member kapongku.
Cerita lebih lanjut........Tengok sini.

Dalam deruan air hujan dan dentuman guruh di petang raya pertama, aku hanyut diulit mimpi. Hanya terjaga bila perut terasa lapar. Jam menunjukkan pukul dah dekat-dekat nak maghrib. Tak tahu la pukul berapa. Fuh! gila sedap layan tidur waktu petang.

Malam. Mata tak dapat lelap. Turun Pekan. Join kawan-kawan pekena teh tarik. Siapa sangka malam raya kedua dah ada kedai buat teh tarik.

Pung pang pung pang punya sembang. Sedar tak sedar, sembang sampai lajak ke pukul 3.30 pagi. Mata pedih. balik rumah sambung tidur.......ha ha ha...Meriahnya raya.

Ini sekadar intro....
.
.
.
.
.

11 comments:

ashley said...

Hish..bertuah suka!
sembang sampai 3.30 pagi??
Hangpa sembang apa..
Ni mesti idea sembang mencurah curah macam hujan jugak.

ashley said...

BERTUAH SUNGGUH..( mana mai SUKA pun tak tau)

ah tok said...

Raya sakan namanya tu cikgu!

lupekanje said...

Kempen Hari raya:

berhari raya lah tanpa rokok.....

Yunus Badawi said...

Gambar ko yg mula2 tu tak boleh blah hehehe

Bila ko nak ronda2 rumah rakan2 blogger?

xiiinam said...

Yalah....gambar yang pertama tu...errr....







...ini komen dari orang yang tak boleh cium bau rokok....atau dekat dengan orang yang merokok.

Selamat Hari raya ..maaf zahir batin sekali lagi ya!

xiiinam said...

kata nak mai...
penat cheq tunggu kat pintu pagaq tawww...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

kak hida:
ha ha ha...betui....aku lepak ngan kawan2 samapai 3.30 pg....tak sedar...
selamat hari raya..

Ahtok:
Ya ..sakan raya..
selamat hari raya...

Acik:
aku sokong kempen tu..he he he..berenetinyer idak pulak....tak daye teman..ntah ler..
selamat hari raya..

YB:
takleh ronda la..YB..cdg nak kerumah ko la...tapi kat mana?..
selamat hari raya...

CkLah:
aku tahu...apa hang nak habaq tu..ha ha ha..betui..tolong aku...

cdg nak pi ..betui kak..tapi tak tahu nak tuju kok belah mana..serius.

selamat hari raya...

kakpah said...

hang tak tengok iklan merokok yang sungguh sedih tu ka....
Cuba hang tengok..hehe..

Nizam.Ariff said...

Bro, gua suka gambar pertama tu, yang jalan sambil hisap rokok tu... stylo giler..! Wa caya sama lu, brader...

Fuh, James Dean pun kalah nie...


HAHAHAHA

hazeleyed said...

Salam cikgu
Wah...sakan bergambar D hari Raye...
tapimemang best kan buat kenangan...