Jom...

Thursday, June 11, 2009

Dalam Dok Kata Tak Ada Kerja.., Ghupanya, aku sibuk.......

Dua tiga hari kebelakangan ni, memang rasa macam nak berjalan ikut belakang...kalut. Nak-nak sepanjang minggu lepas dan minggu ni. Macam-macam perkara berlaku sekali rup...Adik ipar aku kawin..Maizatul Akmal dan pasangannya Roseli...Lepas ni, adik ngan kakak takleh dah bermanja lebih-lebih dengan acik...sebab dia dah ada pakcik dah...:)


Adik ngan kakak jadi budak perempuan bunga (Flower Girl)...gila besaq baju tu...adik?..ecce cece..senyum-senyum kembang idung la tu..


Bila tengok mempelai bersanding, teringat aku masa dulu dulu. Di tempat yang sama, cuma bentuk dan corak pelamin saja yang berbeza. Disitu lah aku bersama org sebelah bersanding..ha ha ha...berpeluh weihh..panas...!

Panas bukan sebab tak ada kipas. Tapi bajunya tebal ya amat!...apa gila ntah masa tu tak pikir nak cari baju yang agak nipis-nipis sikit...Sama la macam depa ni...aku syak. Ada titik titik peluh merenik di dahi dan atas hidung...Panas la tu..

Walau bagaimanapun majlis ni amat meriah....Masa ni budak kompang tgh balun gendang. Sambil menyanyi melalak...ntah, aku tak dapat tangkap apa lagu depa ni main...lain benar daripada yang selalu aku nyanyi dan tepuk dulu...Tapi, bagi aku tak kira la apa lagu sekali pun, orang yang paling rasa best dan gumbira, dah tentu la orang yang tengah bersanding tu....er, tak gitu?..

Adik Zafran...anak Khir. Adik ipar aku. Katanya, yang ni yang paling kecik. Aku agak ini bukan yang paling last...sebab, anak dia baghuuuu ja Lima...

Adik frust, baju jaring dia hilang...tak berbaju jaring macam kakak dia..kesiannn...

Adik beradik ipar aku...dan anak-anak buah

Selang sehari, kawan pulak kahwin. Member se forum. Membe laman web batukuro kapongku..Me Vesspa dengan DikPut...Sama cantik, sama lawa. Kenduri dorang, aku main gendang silat dengan grup Selumbar Emas. Aku hayun ja. Tak henggat donia. Balik terus terlentang. Penat. Tapi aku puas. Pertama, sebab dapat jumpa geng-geng forum...walaupun tak semua, tapi ada la dua tiga orang yang tak pernah jumpa boleh jumpa masa tu. Kedua, sama macam sebab pertama tadi.

Semalam. dapat satu mesej..."din, tolong check-in hotel kat taiping..esok aku sampai"..apa gila aku nak check-in. Tolong booking logik la ..Aku tak pasti siapa orangnya. Sebab nombornya aku tak ada...Untuk kepastian aku Call..

Cheh!...member masa belajar dulu. Azhar Abd Ghaffar. Dia dalam perjalanan balik ke Johor. datang majlis perkahwinan sedara dia di Kedah. Lama tak jumpak...berbelas tahun aku rasa. saat bersua, dua perkara menjadi topik perbualan. Satu, pasal perut. Dua, pasal kepala dah bubuh!,,ha ha ha...

Ya rabbbi...lain benar dah kau azhar. Lagi besau badan Ko...

Jumpa kat selera malam Terminal, kamunting...Makan malam di situ.
Mana tengkuk hang Azhar?..ha ha ha...

Ni org sebelah Azhar...rasa-rasanya junior kami..budak tesl dolu-dolu...mungkin satu batch dengan org sebelah Anjang.


****************************

ni cerita lain...

Ada sekali, bila dah cuti-cuti ni, teringat aku pada arwah Ayah. teringat pada kebun durian dia. Selalunya dengan aku dia mengerjakan dusun ni...Di sini la kami menebas, memanjat, memikul, menarik jaring...dan banyak lagi...

kelmarin aku naik bukit ni...saja nak tengok apa jadi..

Ya rabbbi...semak maung!...dah lama tak pergi. Hutan semak dah sama tinggi dengan tuan. Apa gila aku nak buat kerja-kerja menebas macam dulu...

Demi kasih aku pada arwah Ayah...aku akan usahakan. Kesempatan cuti ni aku ambil untuk mencerahkan kebun Ayah ni...
sambil-sambil melenggak ke pokok, nak tengok buah..weeeiii...ada buah ghupanya..Dorian, dorian...ha ha ha...maknanya, cuti ni aku sebok tak bertenet...aku sebok cari buah dorian...itupun jika ada lebih-lebih saki baki yang ditinggalkan oleh kaum kerabat Berok, Babi, Kera, Lontong dan segala macam musuh...



Err..ini bukan dorian ya tuan tuan...ini bunga kantan...yang dah kembang. Sempat snap..yang masih kuncup tu aku dah ambik..Bawa balik. Bikin masak Laksa!...sedap woo...


nah!..gila punya N3 aku buat....semua aku sumbat!.


Cikgooden: bila berada dalam dusun tu...terbayang wajah arwah Ayah...terngiang-ngiang suara dia. Nampak seperti bayangan dia yang berjalan mundar mandir keliling pokok...Aduh. Tak terasa, pipi aku basah dek air mata yang mengalirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.................Aku Rinduuuuuuuuuuuuuu Ayah!

*

20 comments:

raiHan KauThar said...

bila tengok kebung ni...teringat kebong arwah chey kat lubok gok2...hat kena lalu titi gatung "sirotulmustaqim"......nipih gila titi tu...sapei lo ni amba tak paham macam na chey buleh seberang titi tu

sf said...

aku ingatkan hang yang menikah bro! har har har ...

NaqeebLukhman said...

kesian pengantin kepanasan huhuhu...

iina said...

uihh mmg sibuk betul.. penat nak abiskan baca n3 nieh hahahaha.. semoga arwah ditempatkan kalangan mereka yang dirahmati.. sabar ekk.. org laki nangis tak macho ler

ashley said...

Agak agak bila balik Bangi?
Boleh sampai tak durian Batu Korau kat sini???

sakan nuu hangpa berkenduri..

AZANI said...

Durian batu kurau among the best ,cuti sekolah ni nikah kawin sanding,aktiviti utama,selamat bercuti cikgu,bagus juga batu kurau ada broadband, boleh update blog, dasyhat la tu.

Nizam.Ariff said...

Durian batu kurau tu special, tapi aku tak tau kat mana special dia... mungkin sebab tanah berbukit dan berbatu kut...

kakpah said...

Durian tu kalau tak habis makan buat le tempoyak. Bagi kat kpah sikit hehe..

ku tak sempurna said...

keh keh keh keh keh keh keh..

sakit perut aku bila ko tnya kawan ko si azhar tu... "mana tengkuk hang"

keh keh keh keh keh keh keh..

adoila.. lawak betul... kecik ati kawan ko yg besar tu klu dia baca blog ko... keh keh keh
.
.
.
.
.
.
.
.

camtu rupanya bunga kantan.. :D

** selamat pengantin baru utk semua **

ZulDeanz said...

Kat KL dah melambak durian

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

YONG:
waaa...lubok guak2..tobat stei..mana ada dah titi tu...hanyut habis dah..

SERUNAI FAQIR:
isk hang ni...shh..diam diam la...orang dengaq satni..he he he..

NAQEEBLUKHMAN:
ha ha ha...takpa , Panas sat ja...nanti sejuk la..

IINA:
terima kasih la di atas doa cikgu tu...aku cuba untuk berlagak macho dengan tidak menangis..apakan daya, air mata tetap keluar, slow slow mengiringi ingatan aku pada ayah...(takleh tahan la..)

ASHLEY:
ha ha ha...tak dan nak sampai bangi kut...mungkin dah jadi tempoyak!...mai la bt kurau.

AZANI;
selamat brcuti...musim org laga pusat lani..

NIZAM:
aku pun tak tahu mana special dia...sama ja aku rasa...tapi, kawan aku budak Johor kata, ada beza..durian batu kurau best! katanya...ntah la...

KAKPAH:
nak ka?..aku bawak balik mai bangi..kongsi2 la dengan kak Hidayah nu...ha ha..

kTS:
soalan aku jujur, ok...ha tu la bunag kantan...tak la smart pun, tapi kalau buat kuah laksa, sedap woo...

ZULDEANZ:
kat k.l hang jgn cakap la, bukan setakat durian, segala macam ada...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

KTS:
sori...bukan bunag kantan,..pembetulan:Bunga kantan..ha ha ha...aku pebetui la..sebab bunag tu, buruk beno jika nyebutnya...

S.YanaZ said...

Rindu kat Tepen.
Dolu, arwah Tok ngan Tok Wan duk kat Aulong.

:'(

Yunus Badawi said...

aku tumpang seronok tengok ko seronok dan aku tumpang sedih bila ko sedih mengenangkan arwah ayah ko. Kita serupa.

Aku tak nak mintak durian ko tulah sbb aku tak nak menyusahkan ko nak bawak ke rumah aku. Kalau aku nak makan durian nanti aku cari kat KL ni.

Tumpang lalu: kts
ceit budak KL ni bunga kantan pun tak pernah tengok ke? Aku pun org KL jugak tapi dari kecik aku dah biasa dgn bunga kantan hehehe

KAKTINY said...

salam cikgooden..

wah.. tak sangka sekali belasah, entri tak hengat punya... dari ceghita rumah kawin, sampai siap masuk hutan punya ceghita pun ada..

anyway.. walaupun kaktiny bukan anak cikgu, jugak bukan anak murid cikgu.. tapi nak jugak ucap...
"HAPPY FATHER's DAY"... (hari-hari pun jadik ayah kan... tapi saja jer nak ucap gak..)

untuk arwah ayah cikgooden...
Al-Fatihah

Tiniedia said...

Tol tue cikgu, ramai tol org kawin sekang ni,coti sekolah...ari tue lek kampung sempat ler marasa doyan sikit..baru belaja luruih..baru dok buang buruk org kata..tapi doyan tukugho mmg mabeles lahhh...

julietchun said...

tengok kebun tu teringat citer upinipin. Adakah pengarah tu bayangkan kebun cikgu masa dia buat citer tu? hehehehe.

tasikmerah said...

semenjak cuti nih... aku nampak ko makin hensem la den...

;p

lupekanje said...

lama tk ke sini rasenya...
cikgooden cuti sakan...jarang hapdet eekk...
tak pe..pasni nak bejuang balik..
ha..sok2 klu balik ke bangi...jgn luper bawak doyan tu ..klu ada lagi..hehhe

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

S.YANAZ:
ooo...lagu tu no...pastu lama dah kut tak pi sana..?saja la tanya.

YB:
tak mungkin aku nak bawak durian ke k.l..buang karan ja..kat sana berlambak..

KAKTINY:
terima kasih la..ingat lagi hang kat aku no...

TINIE:
kelik kapong tak gi rumah...

JULIETCHUN:
agaknya la...itu la scene ilustrator buat kut...mana la aku tahu, haih...

TASIK:
hensem?..ha ha ha ...dok jek 2 tan pasaipa?..nak durian ka?..

ACIK:
acik sebut nak berjuang balik..alahai rasa malas la acik..cuti lama kan...nak start nanti, aduhaiiii...