Jom...

Friday, October 31, 2008

Minggu Letih Sampai Ternganga

Pergghhh...Jika dilihat pada tajuk, boleh pengsan. Minggu ni aku kepenatan. Keletihan. Kebengangan. Dan, rasa seperti nak bunuh orang. mana tidak, segala kerja mari sedas, sekali Rup. Semua nak suruh siap jam tu jugak.

Wey, mamalia berkaki dua yang makan nasik dengan tangan. Aku juga seperti kamu, punya tangan dua. Aku tiada kuasa superman, nak hantam semua kerja siap dalam satu masa.

Sungguh aku tak larat. Kudrat yang ada pun berbaki sedikit. Aku dah reserve kan untuk aku buat kerja malam bersama Is3 aku. Untuk program budak2 form 3, aku terlibat dengan program RIMUP (rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan). Jika di lihat pada nama program, Fuh!...murni dan mulia hasratnya.

Suatu rancangan yang diprogramkan oleh kementerian bagi mengukuhkan lagi perpaduan rakyat Malaysia. Begitulah kononnya. Sebab tu, peserta yang terpilih untuk mengikuti program ni, terdiri daripada berbilang bangsa.Baru ada integrasi. Dan, program ni pulak dibuat secara bersama dengan beberapa sekolah yang berhampiran.

Oleh kerana,kawasan sekolah aku hanya ada tiga saja yang berjiran, maka, program ni hanya untuk tiga buah sekolah saja. Ni gamba masa buat Sukaneka..



yang best masa ni..time main bola dalam guni. Aku suka betul.Tumpang gelak sama budak-budak. Game ni aku rasa kalau Ronaldo ka Rooney pun angkat tangan, serender. Bayangkan, dengan terkurung dalam guni macam mana nak sepak bola, nak lari..ha ha ha. Bukan niat nak mendera budak. Saja nak bikin fun-fun la...

Tu masa aku bawak budak program RIMUP. Tinggal sekolah lagi. Bila dah tinggal, maka kerja kerja kat sekolah dah tertangguh. Esoknya, aku berjumpa la dengan kerja2 yang mari macam2. semua nak segera. Hingga aku hampir2 terlupa birthday adik. Ni gambar masa potong kek untuk birthday dia. sebab takut dia kecik ati, kami buat jugak la walaupun terlajak tarikh dia.. Beli kek sebijik. Mak dia beli baju sorang sepasang. kakak pun dapat jugak. Aku janji nak bagi basikal. Jam tu jugak aku bawak dia pegi beli. nah kau. Suka la dia tu...[suka anak, suka la aku...]

Sebelum ni aku bawak pi tengok wayang. High School Musical. wa cakap lu...Aku tak pasti, faham ke tidak anak2 aku jalan cerita ni. Cuma yang pasti dorang suka. nak nak step nari-nari tu.


Ni lagi satu....game voleyball. latihan pusat 3 hari. latihan pusat main bola tampar tau..bukan latihan pusat aku. PSKPP. Dah lama tak joint. Tiba-tiba tahun ni rasa nak join. Mungkin tahun last aku. Tahun depan dah tak boleh nak join. habis study dah masuk era veteran pulak. jadi aku nak tinggalkan kenangan dalam tahun 2008 dengan penuh bergaya, mungkin.

Hari ni game...start jam 4. sabtu ada game...Jika menang..terus sambung ahad. Jika kalah, kau balik hari tu jugak. Dan, aku pasti, Aku akan balik hari sabtu...ha ha. Untuk Final, aku dah wakilkan daerah lain untuk main. For team, mintak maaf jika aku tulis macam ni. naluri aku berkata-kata. Itu la kesudahan team kita!

Dalam minggu ni jugak aku dah Declare!...Fuh.
Banyak lagi yang aku nak taip ni sebenaqnya...Aku letih! Memori aku dah tinggal 256...sebelum ni 4 Gig...banyak yang aku dah lupa..he he he.Nanti bila dah upgrade...aku tulis lagi...

Wednesday, October 29, 2008

Harga minimum rokok akan ditetapkan
29/10/2008 3:31pm


PUTRAJAYA 29 Okt. — Harga minimum rokok di pasaran tempatan mungkin akan ditetapkan kepada RM6 sekotak, atau pada kiraan tidak kurang 30 sen bagi setiap batang rokok, menjelang akhir tahun ini, sebagai satu lagi usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kementerian itu kini dalam peringkat akhir menyiapkan draf Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Kawalan Penjualan Hasil Tembakau) 2008, yang akan menyaksikan penetapan harga minimum bagi semua rokok yang dijual di pasaran tempatan, dan perkara itu telahpun dibincang dan dipersetujui oleh semua pihak termasuk pihak industri dan mesyuarat Jemaah Menteri 17 Sept lalu.

“Menurut hasil kajian Bank Dunia, cukai tembakau dan harga rokok di pasaran merupakan strategi paling utama dan amat berkesan sekali dalam usaha mengawal penggunaan tembakau, khususnya bagi generasi muda, iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

“Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan kepada risiko penyalahgunaan dadah, kerajaan amat komited untuk melindungi generasi muda dengan mengurangkan kemudahdapatan rokok oleh golongan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

* handas gi lei kok mana pong-[kata kawan aku-seorang perokok tegar]

* Aku suka ayat nak menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja..ha ha ha. Kalu nak jaga, baik toksah jual terus.


Tuesday, October 28, 2008

Kita Dah Tidak Muda lagi...

Jiwa aku sedang kucar kacir...Tiada mood nak menulis sebenarnya. Dan, sebagai janji aku pada kawan-kawan, aku mampatkan idea aku dalam bentuk kartun. Bukan aku nak mengata sesiapa, cuma sebagai peringatan pada diri sendiri. Nak menulis panjang-panjang macam tak jadi dah. Ntah, mungkin aku sudah tak reti nak menulis...


Tu la....dok rajin sangat up-load gambar, hilang habis skill menulis. Padan Muka..ha ha ha

Monday, October 27, 2008

Cis!...

Di suatu tengah hari, yang panas tak berapa panas, Sejuk tak berapa sejuk…

Baba: Macam mana? Apa kata doktor?.

Mama: Ciiiiiis!...Bedebah.

Baba: Hah?..Apa salah baba nak di Cis… Bedebah! kan baba?..

Mama : Apa pulak ni…Cyst..bla..bla..bla..Cyst. Bla..bla..bla Cyst..bla …bla..bla. bla…bla…bla…Cyst…bla…bla…bla…bla…bla..Cyst…bla…bla..bla bla…bla…bla…bla…bla…


Baba : Oh..Cyst….



Cikgooden: Dok dengaq orang sebut ja natang ni..betul ka ejaannya?.

Sunday, October 26, 2008

Panggung wayang gambar (pawagam)...tapi org lebih senang kata tengok wayang...

Esok deepavali...So, Apa ke jadah aku nak sambut Deepavali?...aku bukannya bangsa Kaf lam ya Nga tu... Tapi bila kerajaan kata hari Deepavali adalah cuti umum, so..., aku sebagai pekerja kerajaan terpaksa akur. Aku cuti.

Birthday adik 23.10....hampir aku lupa. Sebab tu 24 hb aku buat-buat ingat birthday dia. Takut dia kecik ati. Aku bawak dia tgk cerita High School Musical..Perghhhhhh!..Suka betul depa.Aku?..suka jugak. ahakkkks!.Nak nak part dorang nari..itu saja la.

Nak kata best tak jugak. Cuma adik ngan kakak dah follow HSM ni lama dah kat tivi. Chanel Disney. Siap ikut2 step lagi haa...dorang la suka sangat layan cerita ni. Aku, jap klua..jap klua.

Tejhuuuuup!...panggung baru. Aircond dia kuat nak mampuihhhh.


Apa kena mengena gambaq ni klua dalam n3 ni...





Show start jam 11.00 malam....habis jam 12.52...sampai umah jam 1.30pg...perghhhh...kemaruk wayang betul anak-anak aku nih... Tahan berembun.( salin perangai sapa haa?..he he he)

Friday, October 24, 2008

Tak cukup jalan




Aku tahu hang tera. Tapi jangan la hang henyak kancil hang masuk parit. Kesian dia. Lemas la dia nanti. kah kah kah.

...Kesian kawan aku nan sorang ni. Kemalangan. Semalam aku bersembang tanpa suara di laman YM. (Lama dah kejadian ni berlaku. pandai sungguh hang simpan rahsia noo.)

Berita yg aku dapat, mencuit hati aku. Kesian ada. Nak tergelak pun ada. Apa apa hal pun, syukur hang selamat, sahabat. Kalau tak, aku kena la pergi Sg. Petani ziarah hang....

Moga selamat selalu dan gumbira,sahabat.

cikgooden: Ramai sahabat yg telah lama tak jumpa, dan, teringin sangat nak jumpa, tiba-tiba dapat berita , memang dah tak buleh nak jumpa lagi dah.. Jika nak jumpa pun mungkin di alam Barzakh. ..Isk..isk..Apa perasaan kalian kalau kena situasi camtu?...

Tuesday, October 21, 2008

MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITRI NORADZ HOLDING'S

Function malam tu sempoi habis. Kami henjut rilek sambil mata menjeling awek dua tiga orang pakai kebaya ketat. Kami main di majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Noradz sempena majlis Ramah Mesra dan Jamuan Aidil Fitri.

Bila sebut kumpulan Noradz, mungkin ada di antara kita akan perasan, sepanjang minggu lepas, heboh sikit pasal syarikat-syarikat skim cepat kaya. Ada syarikat yang diserbu Bank Negara, kerana didakwa terlibat dalam skim cepat kaya. Termasuk dalam ramai-ramai syarikat tu, kumpulan noradz ni la.

Situasi kumpulan Noradz pada masa ini, amat kritikal. Kawan aku ajak main untuk majlis ni. Aku no hal. Hantam saja. Cuma rasa sedikit cuak dan gusar tentang kedudukan kumpulan Syarikat ni. Majlis ni pun sendiri hampir-hampir dibatalkan saat-saat akhir disebabkan kes serbuan tu. Bagi aku, tak kisah lah, siapa yang serbu siapa. Jangan masa kami main, kami yang kena serbu, sudahlah.

Katanya, syarikat ni lepasss…, tadak kena mengena dengan syarikat skim cepat kaya, dan majlis tu berjalan lancar seperti yang diharapkan. Cuma wakil daripada pengerusi Kumpulan Noradz sahaja yg berucap. Pengerusinya, Dato’ Adzhar Sulaiman tak dapat hadir. Aku lihat ramai jugak tetamu yg datang. Kesemua yang hadir adalah di kalangan ahli-ahli Kumpulan Noradz.

Aku tak de kuasa nak menjatuhkan hukuman, adakah benar kumpulan ni skim cepat kaya atau, apa. Grup kami Cuma diminta untuk main lagu, sambil-sambil mengiringi tetamu makan. Saja nak wujudkan suasana meriah ala ala kampung gitu. Disulami dengan lagu-lagu raya walaupun telinga ni dak cukup tepu nak terima lagu lagu raya. Pada aku, mood raya dah lama habis….

Oleh sebab nak meraikan majlis kawan-kawan, Grup kami hantam saja.






pada sahabat aku yang dok kat manjung, ni la gambaq tu..he he he. Aku belasah ja.. Jusnizan. Tak best la hang tak dak. Wbp, perjuangan kita dalam pergendangan masih belum selesai. Harap kita terus dan tetap istiqamah dalam hasrat dan perjuangan kita yo...

nampaknya ilmu aku dalam perbloggan ni belum cukup. Cadang nak up-load video clip lagu ni. Tak pandai. Kalau tak, boleh la kita sama-sama angguk angguk, geleng-geleng layan lagu2 camni.. ha ha ha.. dan boleh jugak layan lagu guling-guling 'Mohabbbattein'...tak pun gedik2 kaki layan lagu mak inang ka, dangdut ka..ha ha ha. tapi lagu hip-hop tak dapat la aku nak tarik...so, takleh nak buat tarian 'patah-patah pinggang' tu...

Monday, October 20, 2008

gendang berdengung.....

Lama betul aku tak jamming. Gian tahap petir 23 kali Jamal Jamaluddin di radio sinar tu. Sepanjang bulan posa, grup aku tak jamming. Bulan ibadat, kata kawan aku. Siang berpuasa, malam berterawih dan kekadang, terus sambung ber ‘morey' kerang rebus dan teh ‘O’ limau’. Di kedai paksu Mat……ha ha ha.

Lepas raya, dalam minggu lepas, kami start jamming. Bila dah lama berhenti, nak start balik rasa kembang pipi dan kebas-kebas tangan. Tune mula lari. Tempo dan beat, lintang pukang sikit. Jenuh nak ekjas. Jamming jenis macam ni bukannya by Note…semuanya by dengaq telinga, kemudian buat. Jika telinga agak2 pekak badak skit, susah la nak tangkap muzik2 jenis ni.



Sebelum main, makan minum la dulu...layan2 perut ngan layan kepala..ha ha ha.




N3 ni aku buat lama dah..saved as draft ja. Tak aku lepas lagi. Masa ni kami berlatih untuk function 19.10.2008. Untuk n3 function aku akan boh dua tiga hari lagi. Sekarang ni aku baghu balik function tu..kepala masih dok weng-weng. Tak buleh nak tidoq.kawan aku kat manjung, hang tunggu la. Aku boh n3 ni dulu. N3 function tu aku boh kemudian. Sori tak dan nak ajak hang sekali. Job terserempak la.....

Friday, October 17, 2008

HandPhone baru..?

Sepanjang minggu aku bertugas. Tidak ada ayat yang dapat aku tulis bagi menggambarkan kebosanan aku.

Cuma sepanjang minggu, terlopong menadah dagu, memerhati calon2 PMR bertungkus lumus menyudahkan jawapan. Dan sesetengahnya bertungkus lumus menyiapkan jawapan dalam lena dan dengkur.

Aku hidangkan satu gambar yang aku dapat siapkan minggu ini.
sahabat...Aku ingin mendengar suara mu...




Wednesday, October 15, 2008

Jaga Exam PMR 2008...

Ada yang tanya. Dapat duit ke jaga Exam?...Aku jawab Ya!. dapat...memang dapat. berapa duit?...Aku dah duga soalan kedua pasti menyusul. untuk pengetahuan, Elaun jaga exam untuk PMR... 75 hinggit...selama 5 hari.



Ya!...5 hari. Jaga daripada 6.45 pagi keluar rumah, dan sampai rumah semula hampir-hampir jam 5 petang. Selama 5 hari, anda akan dibayar elaun sebanyak 75 hinggit. Sebab itu, apabila ramai kawan-kawan aku yang doakan aku, aku rasakan doa dorang makbul.

selalu aku didoakan semoga panjang Umur dan DiMurahkan Rezeki. maka, Sungguh!...Rezeki aku memang... MURAH!

Thursday, October 9, 2008

PMR 2008

Ha ha ha...

Saja aku taruk tajuk ni. Sebab aku tahu, time2 camni mesti budak2 sekolah Form3, kalut nak surf intenet, tercari-cari tentang tip-tip bagaimana persediaan akhir untuk menghadapi peperiksaan. Paling koman pun sebab nak tahu kut2 ada soalan bocor. Jadi pada siapa-siapa yang google pasal PMR, dan terjerlus dalam blog ni, atau cuba-cuba nak carik soklan2 PMR, jangan harap ada kat sini. Sori yer.

pada sahabat blogger yang selalu mai singgah blog aku ni juga aku mintak maaf. N3 kali ni aku nak buat khas tentang anak didik aku yang nak pereksa PMR minggu depan. Budak2 Form3 (batch 2008). Walaupun dorang tak tahu tentang blog ni. tapi aku yakin, lambat bangat, mesti ada sorang dua yg akan terjumpa blog ni. Dan, ketika tu, aku nak kalian tahu yang aku memang sayangkan kamu semua.

Esok aku dah tak ke sekolah. Dan tak jumpa dah budak2 aku tu. Aku kena bertugas jaga peperiksaan PMR kat sekolah lain. Seminggu pulak tu. Jadi aku dah tak sempat nak jumpa depa semua. Sebab tu tadi aku merayau jumpa depa semua. Sekurang2nya dapat cover untuk majlis esok. Majlis Mohon Restu. Majlis wajib saban tahun. Majlis yang dapat kita saksikan beberapa drama air mata, beberapa orang guru dan pelajar (pompuan la selalunya...) bermaaf-maafan. Masa ni, kalau kita kejut budak2 tu, ada buat salah ke tak, dah tentu konfem mengaku.

Selalu juga aku menyakat budak2 ni. Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, selalu aku missed event ni. Bukan tak nak, tapi kena bertugas. Tahun ni pun terlepas lagi....

Ni la budak budak kelas aku. Kelas 3MT2 (2008)...belakang tulis kelas 5 Science 1. Dah pindah-pindah kelas.Bila aku renung muka sorang2 tadi...hati aku terdetik juga.Agak-agak apa yang jadi kat dorang ni 10 tahun lagi. Atau, 20 tahun lagi?...Adakah dorang ni jadi manusia berguna atau sebaliknya...saban tahun aku buat perkara ni. Aku suka jumpa budak-budak kelas pada saat-saat akhir sebelum dorang nak menghadapi peperiksaan.Aku suka tengok air muka dorang bila aku ucap selamat berjaya dalam peperiksaan. Tentang jerih perih mak bapak dorang. tentang masa depan. Macam-macam la..aku sumbat.

Saja nak mainkan emosi dorang.. ha ha ha. Selalunya, budak yang paling Taiko dan ganazzz pun kalu aku buat camtu...berubah jugak air muka. Jadi cam sedeyyyy ja muka dia. Dulu kat sabah, aku ngan kawan aku pernah buat, siap pasang lagu lagi...he he he. Menangis sorang2. Bukan niat aku nak penaya dorang, cuma suntikan semangat di saat-saat akhir...Nak Buat sessi motivasi macam Dr, fadillah kamsah, aku tadak bakat buat lawak bodo macam dia...lagi pun anak didik aku tadak duit nak bayaq mahal kat aku....

Ni pulak gambar pelajar pompuan kelas aku...muka baik gila...jernih ja (pada pandangan aku la..) nampak skima dan tertib. Sopan dan ayu. Tu di depan aku, belakang aku tak tahu...

Ni gambaq budak-budak lelaki kelas aku...ha ha ha. Nampak sememeh ja...kata budak budak sekarang POYO..ntah aku pun tak paham la. Poyo.. ka, Toyol... ka, bagi aku kalian budak baik. Kalian masih muda...banyak lagi benda yang nak kena belajar.

Ni budak-budak kelas lain. Kelas yg aku ajar jugak. Kelas pertengahan. Setengah dalam setiap perkara. Nak kata Tak pandai, tidak! nak kata pandai, Tidak! (hanya guru yang faham). Nak kata pandai, kekadang ada nampak kebodohan jugak. ha ha ah...Bukan semua, segelintir atau dua tiga lintir budak2 lelaki ja.

Tengok hari ni...Setengah daripada dorang takdak dalam kelas. Samada tak datang sekolah atau datang, tapi jadi penunggu Tandas....Cam tadak pot lain nak lepak. Pa pa hal pun aku suka masuk kelas ni....ceria ja. Kekadang hingar bingar. Satu soalan aku bagi...berpuluh-puluh jawapan dan soalan aku dapat. Selalunya yang tadak kaitan dengan soalan aku tadi.

Ni saja yang tinggal budak lelaki kelas tu....yang lain, macam aku kata tadi. Samada tak mari sekolah atau merayau keliling sekolah. Apa dicari tak tahu la...Bukan nak ingat minggu depan ada peperiksaan penting dorang. Manjang happy ja...Aku syak, dorang masih dalam mood raya lagi ni. Mungkin mood ni terus sampai raya haji kut.

Daripada kelas ni aku juumpak satu gang. Gang 6 jahanam. ha ha ha...Apa punya gang la. Dorang gelar sendiri. Aku iyakan saja...sebab terbukti, kepala gang ni memang len macam sikit. Maksud aku, jenis gila-gila nakal budak-budak. Aku paham sangat sebab aku pun pernah lalui situasi tu masa baya baya dorang. Aku selalu perati name Tag dorang.

Aku kenal seko-seko budak ni, sebab aku ngaja dorang. Cuma aku tengok nama kat nameTag dorang selalu berubah2. Name Tag jenis kain yang jahit kat tudung. Rupanya dorang bertukar2 tudung...nak kelirukan cikgu ngan prefect la tu..Trik lama. Lantak korangla....macam la cikgu tak kenal muka depa tu. Wbp aku suka geng 6 jahanam ni. Ringan tulang. Senang nak mintak tolong.



tahun ni aku dapat dua kelas jer kelas Form 3. kelas-kelas lain suma bukan peperiksaan nyer kelas. tahun ni aku lepak habis....ha ha ha. Dan, tahun depan kalau panjang Umur aku dah tak mengajar dah. Bukan aku nak berenti kerja, Tapi aku cuti. ha ha ha..Aku cuti mengajaq 2 tahun..macam mana la keadaan dia. Keadaan lari daripada rutin yg selalu kita buat saban tahun.


p/s: Fuh!...sedap pulak air Ali Cafe ni...(sambil menghirup..slruppppppppp..)

Tuesday, October 7, 2008

keserasian yang hilang

Hari ni birthday aku rupanya. Aku sendiri pun tak perasan. mampuih la. Dah tua setahun dari tahun lepas. Juga bertambah lagi usia. Tapi otak masih di takuk dulu. ha ha ha. masih di zaman jahiliah.
balik saja dari tempat aku mencari rezeki, aku terus capai laptop. Bukak internet. Aku layanz jer..kakak ngan adik tido...Nak sembang ngan kawan dalam YM, tak nampak pulak lampu kuning bulat kecik tu menyala. tak Online la tu...Atau dia sign in senyap2...tanak kawan mesej dia...ha ha ha.
kalau ada nak jugak tanya pasal raya dia...katanya demam teruk masa raya...
sambil best2 layan tenet...surf sana surf sini...jenjalan wilayah yg tak berapa nak buleh jelajah masa bulan posa...aku terjumpak balik blog Selumbar Emas aku dulu..baghu teringat...aku ada tertekan-tekan dia punya URL..masa nak buat blog camtu-camni ni...Oleh sebab masih nak kekalkan Cikgooden. blogspot aku tukaq URl dulu dengan taktentuhala.
Akaun dulu...google punyer..Yang blog ni yahooo. punya..Aisey..lain akaun ..dia jadi kelam kabut la...Aku dapat pengajaran dan pelajaran. "kalau nak solek blog...jangan buat bulan posa, sebelah siang...otak tak jalan sebab takleh wasap-wasap. nanti..pikir lain tekan lain"...
ni aku link kan balik kat sini blog lama aku...Blog masa tengah kemaruk dan gila memblog. Pukol 3 pagi buleh up-date lagi. Ibarat beruk dapat bunga. Seperti kera kena belacan. Dan bukan laksa, jika tak bubuh belacan. ha ha ha.

BLOG DULU--->http://taktentuhala.blogspot.com/
.

Sunday, October 5, 2008

Raya pertama #1


Mazlina, Khairuddin, Nurul Izzah, Nurul Khairina.

selamat hari raya kepada sahabat-sahabat yang menjengok...

Ni la family aku..ha ha ha

Malam raya... Aku masih di Rumah aku.

Pagi raya.... aku beraya di rumah mak mentua.

Bila tengahari....aku beraya di rumah mak aku pulak.

Bila malam....aku balik rumah aku semula...Tidur.

Indahnya raya...


Saturday, October 4, 2008

pra-N3 raya...


Aku berhalusinasi sendiri

menginjak deria sittah

meneka dalam gelap

meraba dalam terang

menyuluh waktu siang..........


Raya 2008 yg penuh rasa Suka Duka Hiba dan juga seperti Kera Sumbang...

tidak seperti yang diinjak deria sittah aku...