Jom...

Thursday, October 9, 2008

PMR 2008

Ha ha ha...

Saja aku taruk tajuk ni. Sebab aku tahu, time2 camni mesti budak2 sekolah Form3, kalut nak surf intenet, tercari-cari tentang tip-tip bagaimana persediaan akhir untuk menghadapi peperiksaan. Paling koman pun sebab nak tahu kut2 ada soalan bocor. Jadi pada siapa-siapa yang google pasal PMR, dan terjerlus dalam blog ni, atau cuba-cuba nak carik soklan2 PMR, jangan harap ada kat sini. Sori yer.

pada sahabat blogger yang selalu mai singgah blog aku ni juga aku mintak maaf. N3 kali ni aku nak buat khas tentang anak didik aku yang nak pereksa PMR minggu depan. Budak2 Form3 (batch 2008). Walaupun dorang tak tahu tentang blog ni. tapi aku yakin, lambat bangat, mesti ada sorang dua yg akan terjumpa blog ni. Dan, ketika tu, aku nak kalian tahu yang aku memang sayangkan kamu semua.

Esok aku dah tak ke sekolah. Dan tak jumpa dah budak2 aku tu. Aku kena bertugas jaga peperiksaan PMR kat sekolah lain. Seminggu pulak tu. Jadi aku dah tak sempat nak jumpa depa semua. Sebab tu tadi aku merayau jumpa depa semua. Sekurang2nya dapat cover untuk majlis esok. Majlis Mohon Restu. Majlis wajib saban tahun. Majlis yang dapat kita saksikan beberapa drama air mata, beberapa orang guru dan pelajar (pompuan la selalunya...) bermaaf-maafan. Masa ni, kalau kita kejut budak2 tu, ada buat salah ke tak, dah tentu konfem mengaku.

Selalu juga aku menyakat budak2 ni. Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, selalu aku missed event ni. Bukan tak nak, tapi kena bertugas. Tahun ni pun terlepas lagi....

Ni la budak budak kelas aku. Kelas 3MT2 (2008)...belakang tulis kelas 5 Science 1. Dah pindah-pindah kelas.Bila aku renung muka sorang2 tadi...hati aku terdetik juga.Agak-agak apa yang jadi kat dorang ni 10 tahun lagi. Atau, 20 tahun lagi?...Adakah dorang ni jadi manusia berguna atau sebaliknya...saban tahun aku buat perkara ni. Aku suka jumpa budak-budak kelas pada saat-saat akhir sebelum dorang nak menghadapi peperiksaan.Aku suka tengok air muka dorang bila aku ucap selamat berjaya dalam peperiksaan. Tentang jerih perih mak bapak dorang. tentang masa depan. Macam-macam la..aku sumbat.

Saja nak mainkan emosi dorang.. ha ha ha. Selalunya, budak yang paling Taiko dan ganazzz pun kalu aku buat camtu...berubah jugak air muka. Jadi cam sedeyyyy ja muka dia. Dulu kat sabah, aku ngan kawan aku pernah buat, siap pasang lagu lagi...he he he. Menangis sorang2. Bukan niat aku nak penaya dorang, cuma suntikan semangat di saat-saat akhir...Nak Buat sessi motivasi macam Dr, fadillah kamsah, aku tadak bakat buat lawak bodo macam dia...lagi pun anak didik aku tadak duit nak bayaq mahal kat aku....

Ni pulak gambar pelajar pompuan kelas aku...muka baik gila...jernih ja (pada pandangan aku la..) nampak skima dan tertib. Sopan dan ayu. Tu di depan aku, belakang aku tak tahu...

Ni gambaq budak-budak lelaki kelas aku...ha ha ha. Nampak sememeh ja...kata budak budak sekarang POYO..ntah aku pun tak paham la. Poyo.. ka, Toyol... ka, bagi aku kalian budak baik. Kalian masih muda...banyak lagi benda yang nak kena belajar.

Ni budak-budak kelas lain. Kelas yg aku ajar jugak. Kelas pertengahan. Setengah dalam setiap perkara. Nak kata Tak pandai, tidak! nak kata pandai, Tidak! (hanya guru yang faham). Nak kata pandai, kekadang ada nampak kebodohan jugak. ha ha ah...Bukan semua, segelintir atau dua tiga lintir budak2 lelaki ja.

Tengok hari ni...Setengah daripada dorang takdak dalam kelas. Samada tak datang sekolah atau datang, tapi jadi penunggu Tandas....Cam tadak pot lain nak lepak. Pa pa hal pun aku suka masuk kelas ni....ceria ja. Kekadang hingar bingar. Satu soalan aku bagi...berpuluh-puluh jawapan dan soalan aku dapat. Selalunya yang tadak kaitan dengan soalan aku tadi.

Ni saja yang tinggal budak lelaki kelas tu....yang lain, macam aku kata tadi. Samada tak mari sekolah atau merayau keliling sekolah. Apa dicari tak tahu la...Bukan nak ingat minggu depan ada peperiksaan penting dorang. Manjang happy ja...Aku syak, dorang masih dalam mood raya lagi ni. Mungkin mood ni terus sampai raya haji kut.

Daripada kelas ni aku juumpak satu gang. Gang 6 jahanam. ha ha ha...Apa punya gang la. Dorang gelar sendiri. Aku iyakan saja...sebab terbukti, kepala gang ni memang len macam sikit. Maksud aku, jenis gila-gila nakal budak-budak. Aku paham sangat sebab aku pun pernah lalui situasi tu masa baya baya dorang. Aku selalu perati name Tag dorang.

Aku kenal seko-seko budak ni, sebab aku ngaja dorang. Cuma aku tengok nama kat nameTag dorang selalu berubah2. Name Tag jenis kain yang jahit kat tudung. Rupanya dorang bertukar2 tudung...nak kelirukan cikgu ngan prefect la tu..Trik lama. Lantak korangla....macam la cikgu tak kenal muka depa tu. Wbp aku suka geng 6 jahanam ni. Ringan tulang. Senang nak mintak tolong.



tahun ni aku dapat dua kelas jer kelas Form 3. kelas-kelas lain suma bukan peperiksaan nyer kelas. tahun ni aku lepak habis....ha ha ha. Dan, tahun depan kalau panjang Umur aku dah tak mengajar dah. Bukan aku nak berenti kerja, Tapi aku cuti. ha ha ha..Aku cuti mengajaq 2 tahun..macam mana la keadaan dia. Keadaan lari daripada rutin yg selalu kita buat saban tahun.


p/s: Fuh!...sedap pulak air Ali Cafe ni...(sambil menghirup..slruppppppppp..)

34 comments:

david santos said...

Thanks for your posting!!!


Justice for NURIN JAZMININ

hidayah said...

Brader, anak no2 aku PMR tahun ni..anak sulong pulak SPM.

Hang nak mai Bangi ka?

Hang jaga sikit nuu, sat lagi Fadilah Kamsah cekak pinggang tunggu hang kat tol Bangi.

Dia sejemaaah surau ngan aku tau!anak kariah ASSOBAH.

Mercedis dia selalu parking kat kawasan rumah aku ni..(Nak buat naya buka angin bagi pancit pun boleh..he he he)

acah ajerr..

Nad Eusoff said...

ingat time nak pmr dulu!
takut cam nak terkencing terkentut dibuatnye..
but alhamdulillah result okhe..
lega!
hiks

iina said...

cikgu.. biasalah kalau minggu akhir atau tahun akhir jumpa student memang sedih.. kalau cikgu risau apa diorang jadi dalam msa 10 tahun.. teman pulak risau apa jadi ngan anak murid yang student teman ajor.. yelah kan diorg semua jadi cikgu sekolah.. selalu ingatkan dulu2.. ngajar biar ikhlas.. didik sebaik mungkin.. cth cam cikgulah.. pada pemerhatian saya.. seorang cikgu yang baik.. nie bukan puji tau.. nie ikhlas..

cuti 2 tahun.. konferm mesti rindu ngajar.. mesti tension study lak lepas nie kan kan..

azza_irah said...

salam cikgu..
rasanya setiap skolah akan ada geng 6 jahanam..
pasti jd memory indah bila mereka melangkah meningglkan skolah nnti..

suka2 je ngutuk dr fadzilah..hehe

sy dah sehat..alhamdulillah..cm penat raya lum abih..emosi jd tak stabil..

oRanGeLiLY said...

err..takderk kene mengena ngan exam tp dah pernah rase gigil2 la kan..hikhik

utk sume calon2 pepereksaan ituh..gudlukk

kamar hati said...

GOOD LUCK TUK SEMUA STUDENT CIKGU...SEMOGA BERJAYA & MENJADI KEBANGGAAN SEMUA...

SWEET MEMORY...PMR 1996 -SMKDHAB....

KAKTINY said...

kaktiny pun ada geng 6 org gak dulu masa STPM.. tapi alhamdulillah.. ok jer.. dan 10 tahun yang lampau mmg kaktiny tak duga akan jadi blogger.. wakahkahkahkah..

cikgooden.. jemput datang umah.. kalau tak.. kaktiny suruh Menteri Pendidikan tukar cikgu ke sarawak.. (eh..eh... tapi cikgu dah tak ngajar next year.. jadi student plak yek.. hihihihi)

ah tok said...

cikgu kena nasihat depa,

jangan seperti kacang lupakan kulit. Banyak kacang takde kulit sekarang ni...

Ungku Nor said...

mak aiihhh..ayattt..

macam tulis surat wasiat harta pesaka..hehehe

All the best untuk anak2 murid cikgu.
Amin.

julietchun said...

Nampak mesra semacam jek ngan anak murid laki2, ada kes ka?

tasikmerah said...

aku asal nk masuk dewan exam je mula la rasa nk senggugut... alahai~






.

lilda_yong said...

alamak...nostalgia abih..menggamit aku ke skolah...hehheh...cikgu, amba dulu pong cantu gak lae...nana gak tain skolah...tapi bek sikik jha daghi kawan2 amba hat lheng...seb bek jadi oghang tepakei gak..kalu dak haghu...amba doakan adik2 SMKJ maju & superb sLalu...ingatan ikhlas dari kak Sr muma...

Mr PenyuBiru said...

tingat zaman aku skolah skolah dulu. tapi aku tak lepak dlm toilet. aku lebih rela buang air kat rumah.

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

david santos:
wellcome..

hidayah:
aku respek dia sangat2. tu la cara aku respek dia...hang jgn habaq kat tau..ha ha ha (aku berdebar2..)

nad:
isk...hang jangan kentut lam dewan peperiksaan tau..

iina:
betul..tensyen study la pulak...harap aku tidak stresss..
hang pensyarah yang baik jugak...

azza:
betulll la. Dah ada tradisi..setiap batch ada gang 6 jahanam. wey...aku tak kutuk. Aku respek dia la...

oranglily:
erk...lama tak nampak kelibat hang..nak pi umah hang pun tak dapat masuk..apasal?

Kamar:
itu lah selalu dihati semua cikgu2 malaysia...

kaktiny:
10 tahun dulu pun aku tak sangka aku ni jadi cikgu..ingatkan dah jadi pemuzik dah.
jamuan kaktiny...aisey...teringin sungguh nak pegi. Apakan daya..tak dpt. Aku postpon ke tahun depan buleh?..dah tentu aku ada kat kariah hampa...

ah tok:
bukan kacang saja takde kulit. orang pun sekarang ni dah berbaju kulit ja...

ungkuNor:
Ntah la...macam wasiat ka?..(suspen jugak ni...)

julietchun:
Apa kes?..anak2 aku ja tu..

TasikMerah:
he he he...aku konfius..gemuruh ka senggugut?.

Yong:
budak2 besa la..muma dulu pun ada yg bagi cikgu pening jugak..cikgu harison teringin tengok muka hang...tembam tara mana dia tanya..hah ha ha.

Penyu:
Aku dulu pun suka lepak jugak. pot aku dah tentu la bilik muzik..ha ha ha. (T.I Penang)

nordee said...

amboi..geng 6 jahanam tu...memang seronok tengok telatah student ..cam2 perangai..kalau jadi cikgu tahulah...

ku tak sempurna said...

klu dedulu ada blog, rasa2nya cikgu2 tu akan tulih tak citer psl kitorg mcm yg ko buat... seronoknya dpt cikgu cam ko ni... huhuhuhu... tetiba rasa rindu zmn skolah dedulu...

Mak Su said...

anak sulung saya pmr hari senayan ni

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

nordee:
ya betull...cam ada tradisi pulak, kat skool aku..tiap2 batch mesti muncul gang 6 jahanam...
jenis yg gila-gila skit.

kutaksempurna:
aku kekadang okey..kekadang aku bagi 'tala' budak2 aku...perit jugak...niat ikhlas nak ngaja...

maksu:
oh..moga dia berjaya.

achik said...

anak buah sulung saya pun amik pmr tahun ni.. :)

xiiinam751, musafir denganMu said...

.......
ckLah tengah bersengkang mata menemani puteri sulung buat pecutan akhir untuk PMR....Ayahnya kat sebelah meja tu, tadi kan main semangat nak teman anak..dah dua cawan kopi dia telan, siap cicah baulu lagi. .... tapi sekarang...mmm..dah lama rohnya merayau ke alam lain....konon nak bagi perangsang kat anak..

Sri Diah said...

Cikgu; Anak saya akan duduki PMR Isnin nanti. Doakan dia sukses. Betullah... gambar cikgu dengan anak-anak murid tu nampak mesra yang amat. Cemas akak...

azza_irah said...

salam cikgu..
sehat dah la..tak demam dah..suam2 kuku je rasa nih..hehee

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

achik:
moga dia berjaya.

CkLah:
Itu kekdah perangsang dia....ikut jurus makrifat,,,deria sittah..ha ha ha

kak sridiah:
cemas kenapa?...mesra camna?...mesra aku ada had...antara murid dan guru yg sporting ha ha ha.

azza:
ok la tu...

if only... said...

syok g sekolah bila cikgu best..my best cikgu ever..puan fatimah..masa form 3...dok cari dia dah bertahun dah tapi takde orang yang tau dia ke mana...harap dia ok, bahagia etc etc

din, from d n3, nampak sangat din cikgu yang bagus.....alhamdulillah...banyak pahala...keep it up ye cikgu

artsoul said...

mmg awak akan menjadi idola pada anak2 murid2 awak..

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

if Only:

nak kata bagus tu tak la sal. Cuma hati. Apa kita buat jika datang dari hati dan perasaan yg ikhlas, ikhlas la jadinya. kalu datang dari hati dan perasaan yg busuk, busuk la jadinya. Pengalaman banyak ngajar aku jadi pemikir...ha ha ha.
Try la carik balik mana cikgu yg kita suka dan ingat. kekadang cikgu tu sendiri...sampai mati pun kekadang dia ingat beberapa student dia yg dia suka...cuma dia peram ja dalam hati.
(selalunya cikgu2 simpan perasaan tu...) mungkin segan pada bekas anak murid yg kerjayanya lebih bagus daripda cikgu tu sendiri...

artsoul:
idola?...tak kut. tinggi sangat maqamnya tu..ha ha ha.

Shifu67 said...

woooo sedapnyoo bercuti 2 tahun... besar nampaknya projek kou, buat PHD kat mana?

if only... said...

satu benda yang tak sepatutnya ada pada cikgu. (pada cikgu yang bagus la)..segan kalau anak murid kerja lebih bagus daripada mereka..sebab kerana cikgulah anak2 murid ni bersemangat nak belajar, jadi pandai, tahu memilih jalan hidup yang betul dan menjadi orang berguna...kepada semua guru di luar sana..termasuk cikgu Khairuddin la ek...thank u....

lupakanje said...

bajar rerajin....

dugongsenyum said...

Sambung belajar ka cikgu? Baguslah aku suka, tapi nanti jangan 'swastakan' asignment tau hahahaha


Geng yang suka lepak toilet tu sebijik perangai macam kelas aku masa tingkatan 4-5 dululah. kenangan...

tembakau said...

saya percaya dua puluh tiga puluh tahun lagi anak2 murid cikgu ni akan sentiasa kenang cikgu. saya adalah antara org yg masuk dalam kelab " menghargai jasa guru ".

salah sorang cikgu yg membuka mata saya ke bidang seni bernama Abdul Halim Hassan. uhhh...itu cerita tahun 88 tu...

ngam2 20 tahun dulu dan saya masih tunduk hormat kalu2 terjumpa dia.

kimsyajarah said...

assalamualaikum... salam ziarah dari labuan...

ana merayau dalam laman maya ni dan tersangkut pada blog ni...

teringat kisah lama, masa jadi pelajar cemerlang PMR 2003 kat sekolah di Pahang, keputusan tak lah sehebat mana tapi itu yang paling tinggi di sekolah, segan nak terima anugerah mengenangkan keputusan rakan-rakan lain y belajar di sekolah lain, lebih hebat dan selayaknya diiktiraf keputusan mereka... baru betul boleh bg anugerah...

teringat jasa guru y banyak membantu...

terima kasih kpd semua guru y terus memberi sumbangan...:-)

Mizah-chan hoho said...

(^_^) cikgu memang baik n mesra la...Biasa arr budak2 sklh skrg perangai mcm2 cam saya jugak (>,<).Tp pyh nk cari org yg memahami jiwa kitorg,ye lah;YOUTH time,GENERASI Y.Jadi,saya gembira ada adult mcm cikgu yg phm ^^ semoga anak didik cikgu berjaya dlm hidup kesemuanyer.Saya pun PMR thn ni,berdebar nk amik result..