Jom...

Friday, November 28, 2008

Aku dah khatam Ilmu Ghaib…

Pagi jumaat sampai satu surat. Dah lama aku nanti surat ni. Penantian ni membuatkan aku jadi serabut, kalut dan sedikit kucar kacir. Tapi bila dah dapat…lega satu hal. Hal-hal lain pulak yang menyusul. Banyak perkara nak aku buat dalam bulan ni…semua nya nak diselllllllesaikan, sedas sekali ruuuuup…

Jadi, dalam bulan ni lah aku nak praktikkan ilmu ghaib yang aku dah khatam. Nak ghaib sekejap dari blog aku ni…

Minggu depan dah aku dighaibkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Aku hilang dalam skima aku…sama la macam cklah tu…tapi dia dah habis…seronok la hang!. Edah yang diberi pada aku hanya tiga minggu…start 4/12/2008 hinggalah 29/12/2008. Dalam edah ini jugalah aku kena siap macam-macam..

Nak ke JPN pasal Cuti belajar….ke Putrajaya pasal biasiswa, ke UKM pasal pendaftaran, penginapan…..Waaaaaaaa…( keras kejung atas keta napak gayanya aku nih..ha ha ha)

Moga Tuhan bagi kekuatan tahan bijik mata daripada tidur pada aku. Dan, Aku tak boleh merungut sebenarnya. Semua ini aku yang cari sendiri. Takde siapa yang letak pisau kat tengkuk aku, paksa buat semua perkara ni. Cuma, teringat kata kawan aku dulu,..No pain No Gain…dan, sekarang aku dah tak boleh Gostan dah. Jalan aku one way. nak tak nak, kena hadapi jugak.

Moga orang sebelah aku faham dan menyokong aku….Dan, nasib baik juga aku sempat bawak dorang berfoya-foya dah. lepas ni kalu aku ghaib pun, macam tahun-tahun lepas…tak la terasa sangat…
Ni la surat yang kawe dok khoba ke deme....


Tuesday, November 25, 2008

Part II-Cuti cuti Malaysia, Jalan-Jalan… Cari Hujan…satu catatan ringkas-

Anak-anak teringin sangat nak makan angin. Kalau ikut hati, nak jugak aku bawak dorang pegi makan angin kat London. Kata orang, angin kat sana sedap dan pandai cakap omputih…kata orang la. Aku bukan orang kaya nak bawak dorang pegi sana. So, aku cakap angin kat Malaysia pun sedap jugak.

Sudahnya aku bawak dorang pegi Kuala Terengganu ja. Ha ha ha. ( angin dia sedap rupanya…sesedap kopok losong tu…). Aku start jalan pagi khamis. Ya..aku jalan dari pintu rumah aku menuju ke kereta.

Dan, aku berkereta menuju Terengganu melalui jalan Bukit Sumpitan, menuju Grik terus naik Jalan Timur barat…terejun turun sampai ke Simpang tiga last, aku lipat naik ke Kuala Terengganu dalam situasi berbasahan disimbah hujan. Haa…Ujan ja sepanjang jalan. Apa kes, pukul dua petang naik kereta kena pasang lampu?....

Dalam hati, dah terdetik sebanyak se…takkan la aku nak makan angin dalam ujan?...tak iklim la camni. Mesti rasa tak best nak berfoya-foya kalau cuaca camni. Berdoa ja supaya cuaca berubah panas skit…


Sampai, terus ja chek-in hotel…rilek kejap…malam kluar makan…Jumpa geng lama. N3 lepas aku dah bagitahu dah pasal dorang. Jadi aku skip la pasal dorang ni..Pada kawan2 lama yg terbaca n3 nih…tu la gambaq terbaru kawan2 kita ( dah berubah habis dah..yg lain aku tak tahu la camna….yg pasti…perut makin boroi dan kepala semua dah ‘bubuh’..ha ha ha.)

Jumaat tu cuaca agak best skit. Ujan dah tak berapa nak rock dah…Cuma ronggeng skit2 ja. Jadi boleh la aku bawak anak bini aku berfoya-foya..ha ha ha. Kami berfoya-foya kat Pasar kedai payang yang femes gila baban seluruh Malaysia tahu tu…

Masa tu aku fikir nak beli ja semua kain batik kat situ…lawa lawa siut. Tapi ngenangkan kalau aku beli semua, nanti dorang nak jual apa pulak kan..kan. kan.So, sebab tak nak dorang susah hati .. .(sila jangan percaya ayat takbur ni…)
aku Cuma beli beberapa helai ja baju utuk aku. Jadi la…is3 aku?...ada la beberapa yg dibelinya tu..he he he. Mak aku juga ada la beberapa yang dibeli.


Kenapa pasar payang ni cukup femes?..aku dah dengaq banyak kali dah kawan2 dok sebut..Dan, dah pergi dah beberapa kali. Benda yg dijual masih asas yang sama. Tapi kita tetap nak pergi jugak.…ntah la. Jangan tanya aku apa jawapan..Aku sendiri pun tak tahu. Asal ke K.Terengganu, situ la tempat tumpuan.

Aku suka memerhati. Gila ramai org tumpu situ. Bas rombongan banyak jugak. Masa makan pagi.. terserempak dengan grup rombongan dari Johor. Aku agak dorang dari Johor, sebab tertulis kat dinding bas tu….Kalau dorang sewa ja bas tu tak tahu la kan. Baru sampai kut…satu bas turun makan. Masing2 muka kerek ja. Pelancong la katakan..he he he.

Habis berfoya-foya kat situ, kawan aku bawak kami jalan-jalan.. Anak2 aku dah close ngan Nuar ni…Siap panggil pak ngah nua lagi..ha ha ha. Lantak korang la. Jangan panggil Hoi!.. sudah. Kemudian dibawaknya kami pusing-pusing K.Terengganu..tgk masjid Kristal..masuk muzium..gi taman tamadun islam..noor arfa…semua yg dekat2 ja dapat pegi. Jadi la…terhibur jugak dorang…




Ni mak aku. Sejak Pakwe dia arwah tahun lepas...dengan aku la selalu dia berdating...walaupun tak berapa nak larat, digagahi juga ikut aku. Aku sayang mak aku. tak gamak aku nak tinggal dia, sedangkan dalam masa yg sama aku berfoya-foya dengan family...



Selain dari suka air, kopok lekor memang feverettttttt dorang..he he he.


Suka sangat tgk laut ha...siap posing menonggeng..gaya rock metal ..ha ha ha.


dan lagi sambaq penyu dua ekoq kat bukit bunga

Tempat skima dan standard jika ikut jalan Timur Barat. Atas hentian Titiwangsa. View dari angle atas bukit. memang syahdu. masa pergi, berkabus. hujan. Masa balik, cuaca jadi kacip ngan aku. Dapat la layan dorang tgk gaung...

Sabtu aku dah balik. Kata aku pada kakak ngan adik, cukup la dua malam kita tidoq sini . Dorang ya aje…tapi dari raut muka, aku tahu dorang tak puas. Memang la, nak puas bukan senang kan. Tak semua benda yang kita buat, kita akan puas. Selagi kita ni bernama manusia, selagi tu akan ada perasaan tidak puas hati!dalam diri…Tak puas hati. Tak puas hati..tak puah..dok puah..weii aku dok puah wehh….Dok Puah…hi hi hi.

Monday, November 24, 2008

Cuti cuti Malaysia, Jalan-Jalan… Cari Hujan…satu catatan ringkas-Part I


Cam best kan tajuk n3 nih..ha ha ha.

Aku diasak bertubi-tubi dengan pertanyaan daripada beberapa orang sahabat. Tak berjalan ka cuti-cuti ni?...Sekarang kan cuti sekolah. Bila cuti sekolah, secara automatik, cikgu pun cuti jugak. Ni nak bagi tahu la…kat korang, jangan korang bagitahu kat orang lain pulak. Minggu lepas aku bawak anak bini aku jalan-jalan gi Terenganu…hi hii.

‘Apa ke jadah hang pi sana musim-musim hujan ni?.’..tanya kawan aku bila diberitahu yg aku nak ke pantai timur. Tak kira la musim hujan ka, ribut ka..dah aku kata nak pegi, aku pegi ja. Sebabnya aku dah kesuntukan masa nak bawak anak bini aku jalan-jalan. Dan dalam pala hotak aku, tadak tempat len dah…hanya Kuala terengganau saja yang terlintas. Kat sana lah nanti, aku akan berfoya-foya bersama anak bini aku.

Lepas ni, bermula minggu depan, aku dah tak berkesempatan lagi berfoya-foya. Hidup aku dah di SKIMA kan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dua minggu aku terkurung dan dipaksa mengadap kertas jawapan budak-budak sekolah tingkatan 5.

Dan, pada masa yang sama aku kena siapkan hal-hal urusan tak gi keje, tapi dapat gaji aku yg nak mula tahun depan..Perkara ni pun buat aku jadi kelam kabut jugak. Sebab tu, sebelum hidup aku jadi bertambah kelam kabut tak ketahuan, aku nak berfoya-foya dulu ngan anak bini aku..ha ha ha.

Dah lama aku plan nak pegi sana. Kebetulan kawan aku masa belajaq dulu ada kat sana. Dua orang. Sorang kurus sikit dan sorang lagi tak berapa nak kurus.. Sama kamsis suatu masa dulu. Sama-sama masuk dan sama sama keluar. Belajar sama fakulti dan sama jabatan. Sama jadual sama kelas. Sama buku dan sama meniru semasa buat esssei..ha ha ha.

Ajis gampang, nua salleh ...ada sorang lagi..tgh kontek.(takleh mai.Outstation pulak)

Semua sama, pendek kata. Dan, semasa disana aku jumpa dorang. Dan, pastinya semua cerita-cerita lama, direfresh semula. Malam tu kami sembang pung pang pung pang sampai pukul berapa aku tak ingat dah. Sedar-sedar, aney..tu dah susun kerusi.

Apasal?..kedai mau tutup la..Macam-macam cerita lama terkeluar…pasal kawan-kawan lama. Dan penuh la edisi umpat mengumpat.. ha ha ha(apa ingat orang laki tak mengumpat ka?.)Yang mana kisah dan cerita yang tak berapa nak ingat akan di restart balik, macam Komputer aku nih…asal aku YM ja ngan sahabat aku yang sorang ni,..asyik dc ja. Pastu kena restart semula dan kena sign–in lain..he he he.

Ni pasal kawan lama aku....pasal trip aku ngan family..nanti la aku boh. Bila gila rajin aku datang. Sekarang ni aku masih letih kesan daripada aktiviti berfoya-foya. Takdak mood nak tulis pasal jalan-jalan tu..ha ha ha

Tuesday, November 18, 2008

mak inang selindang.......

Punya la lama aku main...pendek ni ja yg dirakam...dekat2 nak habis lak tu...

cukup dah.......


Jusnizan spontan mengalunkan lagu jong2 inai....aku test gendang baghu...perit woo....dia punya kulit keras lagi...begha tapak tangan...


N3 tentang 'perturun tangan' dah pernah aku taruk dulu. gambar yang aku masukkan dalam n3 tuh semua gambaq mampuihhh...Ada video aku rakam sebenaqnya. Tapi sebab tak cukup ilmu, aku tak reti nak upload.

Bila time2 cuti sekolah ni...aku hairan, ntah macam mana datang ilmu ni masuk dalam kepala hotak aku. Buleh pulak aku upload video ni.

(cukup dah syarat berblog bagi aku...pandai taip teks, post gambar dan masukkan video...aku suka. Lepas ni kalu aku dah berenti berblog pun, dah rasa puas dah..ha ha ha)

Monday, November 17, 2008

Ya ka?....

mana baju abang..., ina?.

Baju apa?.

Baju kerja....hari ni isnin. Mana Tai abang ina?.

Tai apa?..baju apa?.

dah lewat ni...!.

Lewat apa?.

Lewat la nak pi keja. Hari ni ada assembly...Nanti lambat, HM jeling. Bila dah jeling tentu aku jadi tak sedap hati....Bila tak sedap hati, satu kerja tak jadi.

hamboooooiii..rajin sungguh!.

rajin apa?.

Orang cuti abang nak kerja.

Cuti apa?.

Cuti sekolah.




Ya Ka..? Dah cuti ka..?

he he he...apa korang ingat aku rajin sangat nak pegi kerja, sedangkan kawan-kawan lain sedap-sedap bercuti?.......malammmmm sikit!.




SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK, DAN SELAMATKAN CUTI ANDA

Friday, November 14, 2008

Maaf...

Assalamualaikum!

Pernah sekali dulu aku ada post satu N3 tentang apa yang boleh dibuat oleh si isteri dalam usaha untuk menambahkan lagi keintiman dalam perhubungan suami isteri. He..he..he..aku suka sangat taip N3 tu. Keseluruhan artikel tu aku tujukan kepada kaum pompuan kategori mak-mak dan ada yang respon supaya ditulis jugak tentang apa yang sepatutnya di lakukan oleh para lelaki kategori pak-pak..( er…kategori kak-kak dan abg-abg yang belum kahwin , ambik la ilmu skit sebagai panduan)..

Kata mereka, tidak adil kalau pompuan sahaja yang berusaha, puak lelaki pun perlu juga membuat perkara yang sama pada. Er…er.. lelaki selalunya lupa!...(sebab mengunakan banyak kepala untuk berfikir…kekadang terlupa, kepala mana yang sedang digunakan)

Oleh kerana aku seorang yang adil…dan untuk berlaku adil aku perturunkan beberapa petua kepada lelaki (..pasti geng pompuan suka beno ni…)

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Sekiranya ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini. Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Dan pada masa yang sama mari lah kita selidik samada anda tergolong dalam golongan SUAMI MITHALI atau SUA_MI SANGGUL! (kategori Hammpessss…)

Suami mithali
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

Sua_mi sanggul!
Pasang niat dan selalu berdoa nak kawin lagi satu, dua , tiga…

Suami mithali
Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

Sua_mi sanggul!
Suka membandingkan isteri sendiri dengan orang lain.Sering mengungkitkan kelemahan dan kekurangan isteri


Suami mithali
Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

Sua_mi sanggul!
Bangga diri tak tentu pasal..kena tegoq skit dah melenting…cepat marah.

Suami mithali
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

Sua_mi sanggul!
Banyak masa dihabiskan dengan bersembang di kedai mamak! Sambil layan gusti di skrin besari!...ataupun lepak sambil berkaraoke kat kedai makan (tak tau pasal pa, makin banyak kedai makan melayu ada karaoke!...)

Suami mithali
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

Sua_mi sanggul!
Selalu jer balik dengan muka masam!...(dah la muka tak hensem,, …jangan kata anak bini, hantu raya pun tensyen!..)

Suami mithali
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

Sua_mi sanggul!
Lebih suka dengaq sora DJ dalam radio yang meraban tak ketahuan berbanding bersembang dengan bini.(bagi kes suami yang memang keja dia kena bawak dan hantar bini pegi keja…kalau yang pergi kerja sendiri-sendiri, jangan pulak gatai2 nak bawak bini orang lain semata-mata nak bersembang!)

Suami mithali
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

Sua_mi sanggul!
Selalu telefon atau sms sekadar nak bagitahu balik lewat!...meeting!... jumpa client!...member belanja makan!...( pada hal…nak dating ngan awek baghu yang baru dapat kelmarin!)

Suami mithali
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Sua_mi sanggul!
Juga buat lawak…tapi lawaknya selalu menghiris hati isteri…(..er..buat lawak nak kawin lagi satu!..he..he..he..)

Suami mithali
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Sua_mi sanggul!
Ajak hari-hari. Hingga isteri tensyen…he.he..he..

Suami mithali
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

Sua_mi sanggul!
Bantu isteri bagi sepah lagi. Balik keja, terlentang…sambil baca surat khabar..ataupun terus bukak computer surf internet (…dan baca N3 ni..he..he..he..) tanpa buat apa-apa, sampai pagi esok!.

Suami mithali
Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

Sua_mi sanggul!
Selalu bermuesyuarat di kedai kopi atau di karaoke! Dengan kawan-kawan.

Suami mithali
Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

Sua_mi sanggul!
Anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria bila nak pegi kerja. Kat umah…HUH!...pakai seluaq pendek…baju tak pakai!...( bulu ketiak pun tak pernah trim!....serabut bang!)

Suami mithali
Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.


Sua_mi sanggul!
Selalu ingatkan isteri suruh berjimat belanja dapur, selalu beri nasihat jangan membazir (…sambil menghisap rokok!..).

Suami mithali
Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

Sua_mi sanggul!
Dengan anak bini kedekut. Dengan kawan-kawan baik hati pulak!...selalu dia jer yang belanja makan. ( macam orang kaya!...). mentang-mentang la bini kerja…(kekadang mintak pinjam lagi kat bini…)

Suami mithali
Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

Sua_mi sanggul!
Selalunya buat-buat pekak!...bini mengadu…buat don’t know jer…(sambil-sambil melayan kerete remote control yang baru beli…)

Suami mithali
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

Sua_mi sanggul!
Puasa tak cukup!...sembahyang celang celuk…yang lebih teruk…Cuma sembahyang seminggu sekali ja…hari jumaat!.( tu pun pasal kawan ajak)..yang lebih teruk sembahyang setahun sekali…masa raya…(masya Allah)

Suami mithali
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.

Sua_mi sanggul!
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.(tak rock la bro, cerita hal isteri kat orang!)

Suami mithali
Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

Sua_mi sanggul!
Cemburu buta. Dan kekadang membuat tindakan membuta tuli.

Suami mithali
Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

Sua_mi sanggul!
Hanya maafkan isteri Cuma malam isnin ngan malam jumaat ja….(tu pun dalam masa 28 hari…) hari hari lain!...maaf laaaaaaaaaa….

Suami mithali
Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar.

Sua_mi sanggul!
Selalu menegur isteri dengan tapak tangan…kadang kadang tapak kaki!

Suami mithali
Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

Sua_mi sanggul!
Hanya ikut sunnah bila berhujah nak kawin lagi satu….

Suami mithali
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

Sua_mi sanggul!
Selalunya anak bini jatuh no 2…..(kawan-kawan ajak pegi mancing.. sanggup pergi…walaupun anak bini dah ajak makan KFC pada cuti weekend)

Suami mithali
Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

Sua_mi sanggul!
Makin lama kawin…makin pudar kasih sayang. Sorang tido bilik…sorang tido kat sofa!

suami mithali
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Sua_mi sanggul!
Yang ni cukup dia praktikkan….sebab tu semua pompuan dia nak usung…anak dara orang,,bini orang…janda orang…semua nak sapu..( macho la konon!)



Jadi!,,,,mana satu anda…
suami mithali atau sua_mi sanggul!



Cikgooden:

Bersyukur kerana terpilih.
Tepuk dada Tanya iman!

Thursday, November 13, 2008

tiba-tiba..



Tiba-tiba dunia ku menjadi tungging terbalik...gelap...Aku Pasrah!...

Tuesday, November 11, 2008

demam

Dua hari aku demam. Sakit badan. Dah lama tak rasa demam, sesekali dia datang agak mencemaskan. Bukan tak pernah badan aku ni, disinggahi demam, Cuma sekarang cukup kuat pasal demam-demam yang bersangkut dengan nyamuk. Spesis nyamuk nan seko ni, jika mengamuk, kesannya boleh membawa maut. Dia pembawa denggi. Dan terbaru, bawak pulak Cikugunya (maaf jika ejaan salah.).

Dalam dok weng-weng, aku sempat bersembang via Ym dengan dua tiga rakan sahabat. Berdasarkan ayat-ayat yang ditaip, aku pasti mereka cukup bersimpati dengan aku. Terima kasih. Yang beri panduan, minum air banyak, cek darah.dan banyak la…terima kasih lah…

Hari ni, aku dah rasa sihat sikit…Aku yakin demam aku cuma demam biasa. Bukan demam-demam jenis bahaya tahap petala langit tujuh (ikut kata TasikMerah tu haaaa.). faktor usia…..Usikan sahabat aku..Dah Tuooo..katanya. Aku iyakan je..ha ha ha.

Sementara menunggu perut menghadam ubat yang dimakan, terlintas pulak aku nak tulis tentang demam. Pada aku demam ni ada macam-macam jenis. Macam-macam yang dipanggil orang.

1) Demam denggi.

Demam yang disebabkan oleh nyamuk aedes. Aku kira semua dah tahu sakit ni. Cukup popular. Sekejap ada, sekejap hilang.

2) demam Kepialu

Juga disebabkan oleh nyamuk. Nyamuk apa?. Aku lupa dah. Tiruk ke apa nama dia…masih nyamuk juga pembawanya.

3) Demam Cikugunya (ejaan dah pasti salah)

Juga disebabkan oleh pembawa nyamuk aedes. Demam ni aku dah baca dalam blog Acik-Lupakanje…Dia tulis cukup detail tentang demam ni…Jadi sapa-sapa nak tahu lebih detail..pegi la godek2 kat blog dia…Rasanya dia tak marah tu…

4) Demam panas

Yang ni aku tak tahu virus apa penyebabnya. Jika aku tanya doktor mungkin diterang panjang lebar. Itu pun jika. Disini aku nak bagitahu, aku tak pergi tanya doktor..ha ha ha. Demam ni jika kena, badan jadi panas. Sebab tu org kata demam panas. Kalau budak kena, jika tak diturunkan suhu badan cepat, akibatnya jadi sawan…org kata..aku ikut jaa.

5) Demam Kura

Demam ni kat kariah aku ja panggil. Demam yang aku kategorikan demam melampau. Badan panas, tapi kita rasa sejuk sangat. Badan jadi menggeletar. Jika berbaring atas katil, bergegar katil. Kawan aku kata, dia pernah kena sekali…pegang peti ais, bergegar peti ais tu…kata dia la..perbandingan nak bagitahu betapa kuat dia menggeletar…Nama demam ni aku tak pasti masuk dalam silibus perubatan atau tidak…..he he he.

6) Demam pereksa

Demam jenis semua org pernah lalui. Selalunya dia menyerang masa kita di zaman persekolahan. Sekarang pun ya…tak caya cuba tanya calon SPM tahun ni…ada rasa nak demam tak…

7) Demam Bola

Demam jenis ni bermusim. Bila piala dunia. Atau piala copa Amerika..demam ni pasti ada. Selalu menyerang pada mamat mamat gila tengok bola. Selalunya parah jugak kesan dia. Tersengguk-sengguk masa kerja. Malam berjaga tengok perlawanan bola.

8) demam nak menikah

Selalunya demam ni menyerang bakal-bakal pengantin…tak kira lelaki ka pompuan..ha ha ha. Cuba tanya bakal pengantin laki masa dia nak pegi majlis akad nikah…seram seram sejuk macam nak demam.

9) Demam Urat

demam ni selalunya serang org tua….badan dah tua disuruh buat kerja macam org muda. Sakit-sakit urat, sendi-sendi pasti datang. Buat kerja 15 minit. Menanggung sakit urat dekat seminggu tak hilang…contoh. Aku bagi katun kat bawah..Contoh la..contoh….

so....

Sunday, November 9, 2008

my name is bon...Jebon!

Seharian aku cuba mencari di mana best nya cerita james Bond ni..tak jumpa.



Ohh.... Patut la..Aku belum tengok lagi rupanya!...Okey, aku nak pergi tengok filem James Bond 007 Quantum of Solace. Nak tengok tara mana bestnya filem arahan Marc Foster. Lakonan Daniel Craig dan Olga apa ke namanya..karilengkong ke apa namanya..

Apa pa hal pun angka 7 cukup aku suka. memang nombor feveret dan nombor bertuah aku.Aku sering berdampingan dengan no 7. Lahir pun di hari ketujuh dalam bulan sepuluh. Tahun juga ada angka 7. Betapa berertinya nombor 7 dalam diri ini. Sama la seperti agungnya 7 petala langit dan 7 petala bumi...juga pada 7 benda ajaib didunia.
Dan, muka kita juga, di katakan ada 7 orng yang mirip dengan kita. Cuma dimana?, negara mana?, kampong mana? kita tak tahu di mana kedudukan dia. Begitu juga , kita ada 7 hari dalam seminggu. dan, di dalam kecantikan dan ketenangan pelangi juga di khabarkan ada 7 lapisan warna...
Wau...bermakna sungguh angka 7....adik beradik aku ada 4..tapi jika dicampur 3..juga jumlah nya 7..(masih ada sangkut paut nye kan.. he..he). Aku masuk sekolah rendah juga masa umur aku 7 tahun....tahunnya juga dabel 7.
kereta aku, no plat nya.....ada juga no 7..mesti.
Apa lagi perkara yang sangkut paut dengan no 7?....
...........

Thursday, November 6, 2008

sahabat...


Aku ada sorang sahabat. Kerja dia sama macam aku juga. Pagi pergi kerja. Tengah hari balik rumah. Waktu petang sampai ke malam dan terus ke pagi keesokan hari, bukak blog... katup blog...bukak blog..katup blog. Ha ha ha. (melampau sungguh fitnah aku haih...)


Ni aku lukis kartun pasai dia dia nak sangat tengok...ha ha ha. (sori la azza....). mari kita pakat hitey dan tereneng






Aku dah tak reti nak taip apa dah. sahabat aku yang sorang tu pun dah karan sekali mereng aku hari ni..ha ha ha. Suka betul aku. Ni pasal nak up-load gambaq ni la.. Nasib baik ada kak yong..he he he. Mu memang tera Yong. Tobat stei..

Tuesday, November 4, 2008

Tiba-tiba teringat kesah aku kecik kecik dulu..

Dah lama kakak dan adik tak mengaji di rumah Tok dia. Semenjak habis bulan Ramadhan membawa ke bulan Syawal. Menginjak pula ke bulan Zulkaedah. Dorang masih belum mula ngaji seperti rutin-rutin biasa semasa di bulan posa.

Hari ni dorang teringat nak ngaji. Didesaknya aku supaya bawa dorang ke rumah Tok. Aku akur. Kehendak dorang yang satu ni, sukar untuk aku tepis. Sesekali adik menerjah soalan bertanya kenapa aku tak mengaji sama.

“ Baba khatam dah”. Itu saja jawapan aku seperti selalu. Bukan saja khatam…khatan pun sudah. Tapi aku tak sambung ayat tu..aku acah jer..ha ha.

“Adik dah Iqra’ 6”. Kata adik. Tok mengangguk. Aku yang ketika itu, dah landing atas kerusi malas memalingkan muka. Bila masa dia sampai Iqra’ 6.

“kakak dah baca Quran dah Tok.” Kakak juga bersuara. Tok mengangguk juga. Baru aku tersedar.Anak-anak aku dah semakin maju. Semakin meningkat. Dulu agak slowww..(aku pun risau.)

Seperti meningkatnya jumlah pencalonan calon-calon yang bakal bertanding dalam pemilihan parti alif mim nun wau yang nak datang ni (fuh…isu semasa tu..). Khabarnya semakin rancak…

*****************
Bepuluh-puluh tahun dulu. Dulu-dulu. Masa aku baya-baya dorang ni. Aku juga mula belajar ngaji. Tok guru aku adalah mak aku sendiri. Dia ngajar aku membaca Quran. Bukan saja aku, malah ada lagi beberapa kawan, adik beradik sedara sepupu sepapat yang jika aku sebut nama pasti korang senyum. Cukup klasik nama panggilan dorang nih. Ramai la yang datang rumah aku masa tu. Semua tu lapis kakak-kakak, abang-abang aku.

Selalunya lepas maghrib, dorang sampai. Ramai jugak. Meriah sungguh rumah mak aku masa tu. Kalau dah mula ngaji, bunyi nya cukup kuat. Berseriang. Berlagu dengan bacaan masing-masing.

Cuma kaedah belajar masa tu cara lama. Mana ada lagi kaedah Iqra’. Mak aku sendiri pun serender. Belajar cara Iqra’ dia tak berapa mahir. Bukan kata tak buleh, Cuma tak pernah guna sebelumnya.

Dia Cuma ikut kaedah dulu dulu. Kaedah mengeja jika semasa belajar Muqaddam. Jenis mengeja Alif diatas Aa, Alif bawah Eii..Alif dakpan Uu………..Aa..Eiii..Uuuu.

Kekadang bila kenang, aku buleh senyum sorang-sorang. Bila masuk huruf Ba…..Ada kawan aku buat lawak Ba diatas Baaa…Ba dibawah Biii.. Ba di dakpan Buuu….Ba Bi Mu…Isk..isk..( Ni masa zaman jahiliah dia…mintak tuhan ampun kesilapan dia).

Masa tu aku masih lagi menggunakan pelita ayam. Sungguh. Anak aku sendiri pun gelak bila aku cerita. Bagi dorang pelita ayam hanya diguna masa raya saja. Aku cakap, pelita tu la yang baba dia guna untuk belajar. Untuk menerangi rumah Tok masa dulu. Pelita tu jugak la baba guna untuk keluar rumah waktu pagi ke sungai untuk mandi masa hari sekolah. Ni cerita sebelum kampong aku ada bekalan elektrik. Zaman kegelapan sebelum datangnya zaman pencerahan. Perghhhh..Ayat.

Ada juga orang guna lampu yang lebih best sikit daripada pelita ayam ni. Aku tak pasti nama apa yang paling tepat. Cuma aku panggil lampu tu… lampu Gasolin. Kiranya lampu ni la yang paling Ek..masa tu. (Kampong brader, kampong. Memang aku budak tak bandor…)

Lampu jenis tu saja la yang paling best pada masa tu. Betul-betul mengembalikan nostalgia aku la…Mungkin korang pernah tengok atau guna masa kecik-kecik dulu. Ni bagi korang yang baya-baya aku la. Yang muda-muda, atau org bandor…mungkin tak merasa lampu nih.

Lampu yang ada piring macam topi. Nak bagi cahaya dia tak memecah menyuluh tak ketahuan hala. Ada topi tu, cahaya dia menghala ke bawah ja la…kalu kok belah Kelantan dorang guna masa nak buat wayang kulit. Dulu la. Sekarang ni dorang guna lampu letrik dah.

Aku pernah sembang dengan sorang budak. Bekas anak murid aku. Pasal lampu gasolin ni. Terasa betul betapa luasnya generation gap antara aku dan dia..ha ha. Dia tak tahu apa tu lampu gasolin. Macam mana nak guna. Macam mana bentuk. Macam mana rupa. Bila aku cerita, sembang, bertukar soalan dan jawapan, barulah dia tahu. Dan dia pernah Nampak benda tu tergantung kat rumah mak dia. Sampai sekarang dia tak tahu macam mana nak guna natang tu. He he he. Kira bapak dia bagus la dok simpan lagi benda klasik macam tu. Kat rumah mak aku sendiri pun dah tak ada dah lampu gasolin nih. Dimakan karat, atau pun dah masuk dalam lori Chala Taman Hijrah a.k.a Si pencari besi buruk.

Aku suka lampu ni sebab kalu kita nak guna dia kena pam dulu. Org kariah aku kata kena pong. Ceronggg..ceronggg…mula-mula dia longgar.Makin lama makin ketat..maknanya dah nak buleh guna la. Mentol dia jenis kain..cap rama-rama yang top masa tu. Bila dah kita guna..tak buleh nak tekoh..kalu tekoh dia jadi becelerai…putus dua. Dan takleh nak guna dah.

Satu lagi dia guna minyak apa aku lupa dah…kalu kena tangan …sejukkkkkkkk ja. Org kariah aku panggil minyak sperekk..Ntah betul ke dak tak tahu la. Di situ la kita boh api. Menyambar…

Bila lampu tu dah makin malap…kita kena pong lagi…kaedah nak pong dia pun ada nilai seni dan estetika. Kita kena turunkan lampu tu, jika di gantung la. Kemudian rapatkan ke dinding. Nak bagi dia tak bergerak, kita kena duduk dan tolak dengan kuat menggunakan kedua dua tapak kaki.Tahan. Lepas tu baru boleh pong. Ceronggg..cerongggg sampai dia jadi ketat dan rasa sendat. Nyalaan lampu jadi makin terang.

Nak control terang gelap, ada satu benda bulat kat tepi balang lampu.. kena pulas ikut arah jam…pastu pulas balik….ada sound effect.. lap PO..lap..PO…bab ni yang aku cukup suka.. Dulu-dulu, masa arwah ayah pong lampu, aku la tukang pulas benda ni..aku suka bunyi dia…. lap PO..lap PO….


gambaq lampu gasolin, aku cilok dari blog CikguZue...

Semua ni aku cerita balik kat anak2. Biar dorang tahu. Kehidupan aku dulu-dulu. Akar umbi aku. Asal usul aku…. Zaman mereka bukan lagi zaman macam aku dulu. Dan cara hidup dorang tak sama macam aku dulu. Untuk apa aku cakap perkara ni pada dorang…..

Supaya mereka tidak lupa, mereka adalah bangsa mim lam alif ya wau……


Sunday, November 2, 2008

Rindu...

SketTot Tengahari…

Lokasi: Meja makan
Masa: semasa menikmati makan tengah hari
Watak: Baba, mama, Kakak, Adik.
Watak tambahan: Meja, kerusi, radio, Bunga plastik warna hijau pucuk pisang, nasi, lauk ala kadar tak setaraf hotel 5 bintang,


Adik: Deepavalli tu apa?
Baba: Raya orang India.
[agak terkejut dengan soalan yang tiba-tiba terkeluar dari mulut adik]
Adik: Ooo…dorang sambut raya jugak..
Kakak : mestilah…
[tiba-tiba menyahut perbualan. Seperti menjadi penyokong baba dalam
perbincangan]
Adik: Depa kena posa tak?...
[Mula membukak topik perbualan. Pencetus.]
Kakak:..Mana ada…kan baba kan..Dorang hindu…mana nak sama macam kita kan.
[Berhenti mengunyah. Mengalihkan pandangan ke baba. Minta sokongan]
Baba: Ya..Dorang mana ada puasa.
Adik: Masa kita raya, kita kena puasa dulu..kenapa dorang tak kena puasa bila nak sambut raya?
[cam tak puas hati pulak…Masih terus bersoal-jawab]
Baba: Kita Islam, sebelum raya kita kena posa dik. Dorang Hindu..lantak ke dia la..
Kakak: A’aa..kan.
[sambil meneruskan kunyahan. Mata memandang baba. Memberi sokongan barangkali]
Baba: Deepavalli sambutan perayaan orang agama Hindu. Jangan samakan kita dengan dorang, dik.
Mama: Ni apa cerita, raya hindu, raya posa nih…makan cepat!
[mama baru sampai. Join sekali makan.]
Adik: adik hairan, kenapa kawan adik boleh raya. Dia tak posa macam kita pun.
Mama: Sapa dik?
[ menyenduk nasik. Mengambil lauk. Tuang air dalam gelas. Minum sikit. Teruskan suap nasik. Kunyah. Mata memandang adik. Kehairanan]
Adik: Kavitha.
Mama: Oh..dia Hindu.

Kakak: Mama…
Mama: kenapa kak?..
Kakak: Orang pompuan boleh puasa sunat?
Mama: Boleh haih…hari isnin dan khamis…kalau bulan ramadhan, kita wajib puasa.
Kakak: ooo…kakak nak posa la…
Mama: kak nak posa?.....A’aa..nanti kita posa sama-sama yer…
(esok mama nak posa. baba jeling mama. mama jeling baba.Senyum.malam nanti kena sahur awal...)

Cikgooden: Aku rindu bulan Ramadhan…Ntah kenapa?. Mungkin ke’kelamkabut’an aku sekarang membuat aku rindu pada ke’rilek’an semasa di bulan puasa…..HAH!.
Dan, dialog tahap kefahaman bahasa melayu tahap dua sekolah kebangsaan sahaja yang mampu aku taip..Ha Ha Ha.