Jom...

Friday, November 14, 2008

Maaf...

Assalamualaikum!

Pernah sekali dulu aku ada post satu N3 tentang apa yang boleh dibuat oleh si isteri dalam usaha untuk menambahkan lagi keintiman dalam perhubungan suami isteri. He..he..he..aku suka sangat taip N3 tu. Keseluruhan artikel tu aku tujukan kepada kaum pompuan kategori mak-mak dan ada yang respon supaya ditulis jugak tentang apa yang sepatutnya di lakukan oleh para lelaki kategori pak-pak..( er…kategori kak-kak dan abg-abg yang belum kahwin , ambik la ilmu skit sebagai panduan)..

Kata mereka, tidak adil kalau pompuan sahaja yang berusaha, puak lelaki pun perlu juga membuat perkara yang sama pada. Er…er.. lelaki selalunya lupa!...(sebab mengunakan banyak kepala untuk berfikir…kekadang terlupa, kepala mana yang sedang digunakan)

Oleh kerana aku seorang yang adil…dan untuk berlaku adil aku perturunkan beberapa petua kepada lelaki (..pasti geng pompuan suka beno ni…)

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Sekiranya ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini. Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Dan pada masa yang sama mari lah kita selidik samada anda tergolong dalam golongan SUAMI MITHALI atau SUA_MI SANGGUL! (kategori Hammpessss…)

Suami mithali
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

Sua_mi sanggul!
Pasang niat dan selalu berdoa nak kawin lagi satu, dua , tiga…

Suami mithali
Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

Sua_mi sanggul!
Suka membandingkan isteri sendiri dengan orang lain.Sering mengungkitkan kelemahan dan kekurangan isteri


Suami mithali
Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

Sua_mi sanggul!
Bangga diri tak tentu pasal..kena tegoq skit dah melenting…cepat marah.

Suami mithali
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

Sua_mi sanggul!
Banyak masa dihabiskan dengan bersembang di kedai mamak! Sambil layan gusti di skrin besari!...ataupun lepak sambil berkaraoke kat kedai makan (tak tau pasal pa, makin banyak kedai makan melayu ada karaoke!...)

Suami mithali
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

Sua_mi sanggul!
Selalu jer balik dengan muka masam!...(dah la muka tak hensem,, …jangan kata anak bini, hantu raya pun tensyen!..)

Suami mithali
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

Sua_mi sanggul!
Lebih suka dengaq sora DJ dalam radio yang meraban tak ketahuan berbanding bersembang dengan bini.(bagi kes suami yang memang keja dia kena bawak dan hantar bini pegi keja…kalau yang pergi kerja sendiri-sendiri, jangan pulak gatai2 nak bawak bini orang lain semata-mata nak bersembang!)

Suami mithali
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

Sua_mi sanggul!
Selalu telefon atau sms sekadar nak bagitahu balik lewat!...meeting!... jumpa client!...member belanja makan!...( pada hal…nak dating ngan awek baghu yang baru dapat kelmarin!)

Suami mithali
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Sua_mi sanggul!
Juga buat lawak…tapi lawaknya selalu menghiris hati isteri…(..er..buat lawak nak kawin lagi satu!..he..he..he..)

Suami mithali
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Sua_mi sanggul!
Ajak hari-hari. Hingga isteri tensyen…he.he..he..

Suami mithali
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

Sua_mi sanggul!
Bantu isteri bagi sepah lagi. Balik keja, terlentang…sambil baca surat khabar..ataupun terus bukak computer surf internet (…dan baca N3 ni..he..he..he..) tanpa buat apa-apa, sampai pagi esok!.

Suami mithali
Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

Sua_mi sanggul!
Selalu bermuesyuarat di kedai kopi atau di karaoke! Dengan kawan-kawan.

Suami mithali
Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

Sua_mi sanggul!
Anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria bila nak pegi kerja. Kat umah…HUH!...pakai seluaq pendek…baju tak pakai!...( bulu ketiak pun tak pernah trim!....serabut bang!)

Suami mithali
Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.


Sua_mi sanggul!
Selalu ingatkan isteri suruh berjimat belanja dapur, selalu beri nasihat jangan membazir (…sambil menghisap rokok!..).

Suami mithali
Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

Sua_mi sanggul!
Dengan anak bini kedekut. Dengan kawan-kawan baik hati pulak!...selalu dia jer yang belanja makan. ( macam orang kaya!...). mentang-mentang la bini kerja…(kekadang mintak pinjam lagi kat bini…)

Suami mithali
Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

Sua_mi sanggul!
Selalunya buat-buat pekak!...bini mengadu…buat don’t know jer…(sambil-sambil melayan kerete remote control yang baru beli…)

Suami mithali
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

Sua_mi sanggul!
Puasa tak cukup!...sembahyang celang celuk…yang lebih teruk…Cuma sembahyang seminggu sekali ja…hari jumaat!.( tu pun pasal kawan ajak)..yang lebih teruk sembahyang setahun sekali…masa raya…(masya Allah)

Suami mithali
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.

Sua_mi sanggul!
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.(tak rock la bro, cerita hal isteri kat orang!)

Suami mithali
Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

Sua_mi sanggul!
Cemburu buta. Dan kekadang membuat tindakan membuta tuli.

Suami mithali
Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

Sua_mi sanggul!
Hanya maafkan isteri Cuma malam isnin ngan malam jumaat ja….(tu pun dalam masa 28 hari…) hari hari lain!...maaf laaaaaaaaaa….

Suami mithali
Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar.

Sua_mi sanggul!
Selalu menegur isteri dengan tapak tangan…kadang kadang tapak kaki!

Suami mithali
Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

Sua_mi sanggul!
Hanya ikut sunnah bila berhujah nak kawin lagi satu….

Suami mithali
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

Sua_mi sanggul!
Selalunya anak bini jatuh no 2…..(kawan-kawan ajak pegi mancing.. sanggup pergi…walaupun anak bini dah ajak makan KFC pada cuti weekend)

Suami mithali
Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

Sua_mi sanggul!
Makin lama kawin…makin pudar kasih sayang. Sorang tido bilik…sorang tido kat sofa!

suami mithali
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Sua_mi sanggul!
Yang ni cukup dia praktikkan….sebab tu semua pompuan dia nak usung…anak dara orang,,bini orang…janda orang…semua nak sapu..( macho la konon!)



Jadi!,,,,mana satu anda…
suami mithali atau sua_mi sanggul!



Cikgooden:

Bersyukur kerana terpilih.
Tepuk dada Tanya iman!

16 comments:

hidayah said...

hmm... apa yang tersirat sebenarnya ye dalam entry ini???

Mak Su said...

wah... sekarang dah sohih, cikgooden ni, blogger yang adil

julietchun said...

Aku ske n3 nih walaupun aku masih juvana, buat panduan di masa dpn,keh3.

tasikmerah said...

betui cekgu... betui... :)

azza_irah said...

napa tajuk entry ni MAAF...?

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

kak hida;
takde sirat-sirat...panduan utk diri..he he he.

maksu:
teringat pesan maksu dulu..ahakkkkks!

julietchun:
wei...juvana cun. lek lok baca...buat panduan. ha ha ha.

Tasik:
hang suka la...No?

Azza:
itu ja yg terlintas dalam pala otak pada masa tu...

if only... said...

suami mithali
-------------
Berkawan dengan ramai orang baik laki dan pempuan..dan tau batas2nya.peka pada perasaan dan sensitiviti isteri apabila melayan kawan, pempuan atau laki, tak kira siang atau malam. berkawan tanpa menimbulkan rasa kurang senang atau syak wasangka isteri.

suami sanggul??
---------------
Berkawan dengan ramai orang baik laki dan pempuan..dan lantak pi lah batas2nya.langsung tak peka pada perasaan dan sensitiviti isteri apabila melayan kawan, pempuan atau laki, tak kira siang, apatah lagi malam, tengah malam atau subuh pieee. suka hati lah aku nak kawan macam mana, isteri nak syak ke apa ke, orang kawan je, buka apa-apa, apa salahnya sekadar tanya khabar kawan especially pempuan walaupun call tanya kaba tu malam2 hari.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ifOnly:

waa...satu lagi point tambahan...pasti menanah laki mendengonyr....

one love said...

sentiasa cuba menjadi pasangan yang baik walaupun banyak kali saya terlupa dan terleka...

iina said...

cikgu

wa respek sama lu ler hehehehe.. adil dan saksama..

ngekek gelak teman baca, seharusnya teman kena bg pakwe teman baca.. bagi dia insaf dan syg teman.. eh tetiba lak jiwang..

semoga cikgu deen jadi suami yang mithali juga ye insyallah

KAKTINY said...

SUKA SUKA SUKA..

nak print and tampal kat dinding bilik..

setakat hari ni ALHAMDULILLAH.. ciri2 suami mithali tu ada ler kat cikabang..

TAPI nak gak TAMPAL.. BUAT PERINGATAN supaya cikabang tak jadi sua-MI SANGGUL.. keh keh keh...

izzuddin said...

Cikgooden,

Saya nak jadi suami mithali, banyak beno ciri-ciri suami sanggul yang saya tak berkenan.

hahahahahahaha. Terhibur juga dgn posting nih.

Yunus Badawi said...

wah cikgooden boleh jadi pakar motivasi. Kalau betul gayanya tak boleh cari makan Fadzilah Kamsah.

oRanGeLiLY said...

hii..kite ader contest kat blog. sile la join. adiah menarik

nordee said...

beshlah cikgooden...

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,ut聊天室,情色遊戲,情色a片,情色網