*
Bila keseorangan, sunyi ja rasa. Terkenang pulak pada gendang, serunai dan gong. Dah lama tak main benda alah ni. Dulu sebelum berkariah di daerah Bangi ini, sering juga aku berkunjung ke rumah Zul, di kpg paya, Batu Kurau untuk bergendang. Bergendanglah kami, alang alang ....terus ke waktu sahur.
Itu dulu. Sekarang dah tak jumpa saat-saat begini. Masing-masing sibuk. Kumpulan gendang Selumbar Emas hanya tinggal nama. Jarang sudah kami berlatih. Berweng-weng, mendengungkan telinga mengalunkan irama cak pak ting ting doh ini...Aku rindu suasana itu...

gambar gendang aku dulu...gendang ppd daerah sebenarnya...Ini lah set gendang yang dibawa ke hulu ke hilir.
Di saat ini juga, aku terkenangkan seorang guru tua. Seorang guru yang pernah mengajar aku tentang BISMILLAH Serunai..Seorang guru yang cukup aku sanjung. Guru tua yang sebaya arwah ayah. Rakan sepermainan arwah semasa bergendang di waktu muda.
Pakteh Cha. Nama yang sering di panggil bagi merujuk kepada guru tua ini. Nama yang sudah dikenali jauh. Hatta si Peniup serunai kumpulan gendang gemala kasturi juga mengenali beliau. Dalam kesempatan ini, aku cuba bercerita tentang pak teh cha. Tidak pandai menyusun ayat, jadi aku hidangkan gambar untuk kalian tatap.

pakteh menunjukkan cara memilih gendang yang sesuai dgn diri pemain...tinggi gendang mesti setakat telinga pemain jika diletak diatas riba.
gambar pakteh cha masa muda2 dulu....gambar yang di gantung di dinding rumah dia...tahun bila aku tak pasti..tapi lama dah la..
sebahagian artikel tentang pakteh cha dalam sebuah tabloib..tulisan saudara Usu Azha...jurnalist kelahiran batu kurau..sila ke blog beliau.
gambar beberapa tahun dulu...kakak, adik, dan afiq (anak amran)..ketika mencuba gendang2 yg memang sentiasa ada di rumah aku...
gambar yang aku ambil..dua bulan sudah...
Pakteh.
Sesungguhnya aku merindui pak teh sebagai guru aku...aku sentiasa berdoa agar pakteh sentiasa tabah dan kuat melawan sakit yang ditanggung. Harap pak teh cepat sembuh....nanti aku pegi jumpa pakteh. Buleh kita bersembang panjang. Minta maaf. Dah lama aku tak ke rumah pakteh...
Untuk mu pakteh, aku buat kan n3 khas ini. Aku tahu, walaupun pakteh tak jumpa blog ini, tapi aku nak pak teh tahu.....Aku berbangga dengan pak teh. Walaupun aku bukan anak murid yang cerdik, atau dalam ertikata yang lain, tak banyak yang aku dapat, tapi pak teh tetap ku anggap sebagai guru aku. Dunia dan akhirat.
pakteh,
selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
.

8 comments:
cikgooden buatla pasukan sendiri...carik saper2 anak muda yg minat...klu tk, seni budaya tu akan berkubur bersama org2nya.
dicelah2 ramai manusia ni..misti ada yg minat.
salam,
Aku tgh dok rancang2 utk ziarah masa bulan raya ni Insya-Allah ...
entri yang menarik.
Aduih.. mendayu-mendayu entri ni...
semoga pak teh kuat dan sihat menruskan perjuangan warisan...
Acik:
akan diusahakan bila habis bajarr..
SF:
salam bro...
dah aku tunaikan permintaan ko ttg n3 khas ini..... jika ke batu kurau, jumpak di sana, ok.
wakara:
teringat pakda pulak dah...sayu wooo..
nizam:
dak.....tak pandai menyusun ayat...
Azani:
moga dia seehat semulaaa..
Waa... cerita best ni. Nak juga Kak Sri tengok Cikgooden main gendang ni. Arwah pak mentua saya dulu memang pemain gendang di kampungnya...
cikgu... selamat hari raya. datanglah beraya ke rumah kakpah
Post a Comment