Jom...

Wednesday, December 29, 2010

cak pak..cak pak.. ting ting das...2

Dah lama aku tidak bersembang tentang gendang silat. Aku terleka dengan hal-hal duniawi aku yang satu itu. Dua tahun. Agak lama. Bukan tidak bergendang. Atau melupakan terus. Cuma jarang-jarang. Mana mungkin untuk aku melupakan terus.

Sahabat pergendangan aku, saudara SerunaiFaqir dari kumpulan gendang silat Gemala kasturi KGGK pernah menyuarakan hasrat untuk membina satu laman weblog tentang seni gendang silat. Dan ya. Dia telah melaksanakan hasratnya.

Sebagai menyahut seru beliau, aku dengan berbesar hati dan punggung, telah menempek profil kumpulan gendang Selumbar Emas yang tak seberapa ini di Blog tersebut. Blog gagasan Gendang Silat Semalaysia. Di SINI.

(Gambar semasa last function (pergh..) di rumah kenduri salah seorang sahabat)...cerita panjang lebarnya, aku akan muatkan di blog gendang KGSE nanti...sila baca(tapi biar siap dulu la).






*******
Dari sembang-sembang aku dengan beliau, timbul satu isu di sini. Isunya, blog aku sebenarnya sudah menjadi satu blog cukup caca marba. Seawal dulu, tujuan aku berblog adalah untuk tujuan peribadi sendiri. Segala catatan di sini, segala yang aku merapukan di sini, semuanya bertujuan untuk mengisi masa lapang. Betul. Aku bangsa Melayu. Bangsa ini memang banyak masa lapangnya. Tidak dinafikan.

Justeru, aku bercadang untuk membina satu lagi blog khas untuk gendang silat. Lebih tepat, khas untuk kumpulan gendang Silat Selumbar Emas (KGSE). Segala akitiviti kumpulan itu nanti, akan aku muatkan di sana. Sekali gus, blog tersebut akan menjadi wadah dan lidah untuk aku dan rakan-rakan sekumpulan.

Jika rajin aku jadi terlebih, akan aku muatkan beberapa artikel yang aku simpan di dalam simpanan tentang gendang silat itu sendiri. Terus terang aku mengaku sedikit sebanyak ada juga aku cuba menulis tentang permainan gendang silat. Terutama daripada aspek alatan, permainan, lagu, falsafah, adat dan keseksaannya.

Seksa itu merujuk kepada seksanya untuk mempelajari dan memahirkan permainan ini. Kedua, seksanya untuk mempertahankan kedudukannya di mata masyarakat kita. Aku cuba letakkan semula kedudukannya setaraf dengan justin bibier yang terkenal dengan lagu baby sehingga anak aku sendiri menjadi fanatik dengan dia. Celaka sungguh bibir itu.

3 comments:

Nizam.Ariff said...

Satu usaha yang murni dan bagus...

tasekM said...

makin hensem la hang den.

ehem.





.

Cikgooden said...

Nizam:
memang..akan diteruskan selagi terdaya

TasekM:
amboih, hanggg..