maaf, ini bukan n3 SkekTot. N3 SkekTot aku saved as draft je dulu. Akan di publish seperti yang dijadualkan. Ini N3 jiwa kacau tak ketahuan. Jiwa gundah gulana tak memasal, kawan aku cakap.
Semalam, ada kawan send emey pada aku. Suruh aku senyum sorang sorang. Buat hiburan di kala menjalani ibadah puasa. Cukup skima ayat dia. Macam tahu tahu saja, aku sekarang ni dalam situasi jiwa kacau.
Aku baca apa yang dihantar tu. Tak rasa nak senyum pun. Entahlah... susah sangat nak senyum sekarang nih. Gelak ketawa jauh sekali la... rasa macam dah keras otot-otot di muka aku ni. Agak sukar nak menarik hujung bibir keatas menghala ke telinga. Dua tiga hari ni, jiwa jadi kacau. Aku terlalu memikirkan beberapa perkara yang aku sendiri tak berapa pasti, betul ke tak apa yang aku buat.
Aku tak mahu jadi hipokrit. Ada masa kita terlayan jugak Blues, tidak kira kita ni masih remaja, muda atau pun dah tua. Tidak kira kita tinggal di kampung atau pekan, di bandar atau desa, di kota kosmopolitan atau duduk dekat-dekat dengan hutan. Tak kira la Blues ka, reggae ka, Ronggeng ka...kita manusia. Pengalaman dan kisah hidup kelmarin, kekadang akan datang melintas di fikiran juga. Terkenang kisah-kisah lama yang kita lalui, suka dan duka, kekadang buat jiwa kita jadi kucar-kacir. Tak payah la nak nasihat aku menggunakan ayat-ayat klise..aku tahu semua tu. Aku tahu kita di bulan Ramadhan. Kena perbanyak-banyakkan ibadah. Tak payah nak memikirkan hal-hal merepek macam ni.
Merepek ke kerepek pisang ka, aku peduli apa. Itulah...aku kata tadi, aku manusia. Yang membezakan antara manusia dengan binatang adalah akal. Dek sebab akal lah aku jadi macam ni. Kurang pasti pulak adakah pendek atau panjang akal aku ni. Tak pernah aku ukur. Kawan aku marah sebab aku terlalu banyak memikirkan benda-benda yang tak ada kena mengena dengan aku. (Aku manusia...Akal aku kekadang pendek untuk menilai mana yang sepatutnya dan mana yang tak patut aku buat dan fikirkan... salahkah aku?...salahkah?.)
Sekian, Ayat Blues aku...Jika korang tak mahu baca..sila ke bahagian atas ruang sebelah kanan atas, sila klik di kotak kecik yang bertanda (X). Jika dah terbaca, sila abaikan arahan ini, ok!.
korang boleh tak senyum kalau baca cerita ni... Cerita daripada emey kawan aku.
Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika berada di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja.Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".( bila masa Pak Arab pandai cakap melayu hah!...kita tolak tepi kesahihan cerita...layannnnz jer)
Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan"alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan.
Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.
Dalam cemas, dia segera teringat pesan Pak Arab, lalu mengucapkan "Amin! Amin!Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.
Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."
Apa berlaku lepas tu?....dia tak tulis dalam emey dia. Dia suruh aku bayangkan...
(tengah bayangkan niii....)
Cikgooden: Sesekali terlayan Blues....best jugak ye. Teringat lagu dulu-dulu...Still got the Blues.
Serunai faqir, hang tolong cari lagu ni, guna serunai....kala bersua nanti ,boleh jamming lagu ni, henjut guna gendang ngan gong. agak2 masuk tak?...