Jom...

Monday, September 8, 2008

SkekTot #1

Apa itu SkekTot?...ha ha ha.

SkekTot adalah genre baru dalam kesusasteraan Melayu alaf 21, kata kawan aku. Aku ia kan saja. Tambah dia lagi, SkekTot adalah singkatan kepada Sketsa Kontot. Aku akur. He he he…

Lokasi; Depan rumah. Atas kerusi rehat.
Pelakon Utama: Baba, kakak, Adik.
Pelakon tambahan: Kucing, pokok Bonsai dua tiga pokok, Kerusi taman.
Masa: Lepas buka Puasa.

Adik: Esok baba beli mercun roket tau…

Kakak: Kakak nak bunga api dan mercun lalat.

Baba: Ish…ish..Tak elok main mercun. Bahaya. Nanti polis tangkap tau!..

Adik: Bukan nak tangkap punnnn. Adik nak mercun roket. Adik nak tulis surat.
Nak ikat. Ambik api. Cucuh. Pastu dia naik ..naik..naik..terus sampai awan..
terus naik..naik..

Kakak: Tingginyaaa…ha ha ha

Adik: Tingggiiiii. Terus sampai awan. Sammmmmpai jumpa Allah. Pastu Allah
ambik surat adik. Dia baca. “ saya Izzah. Tolong bagi mama…..dapat baby.
Lelaki. Dua. Sebab baba tak dak kawan!”

Kakak: Ha Ha Ha…

Baba: Senyum (aduhai..anak baba. Tinggi imaginasi mu, sayang).


Malam itu aku. Termenung panjang. :=(

16 comments:

Mr PenyuBiru said...

yg ko termenung panjang malam tu buat ape.tunaikanlah hajat anakmu itu.hehe..

ps:mane pergi selumbar emas?huhu..

Cikgooden said...

penyubiru:

aku pun pening...selumbar emas dah di'kapankan' oleh google. Aku frust.mana pi nak cari apa aku dah tulihn tu...celaka.(op..bulan posa tak boleh maki hamun kan.)

Ungku Nor said...

lalalala..
*buat muka blur*

;p

tasikmerah said...

aku pulak nk anak pompuan. er... berbesan je lah senang.. he he...

Superb GURU BaniHassim said...

Salam cikgu..anda telah ditag..sile dtg rumah saye ye... :)

Cikgooden said...

ungku Nur:

faham. faham....

tasik merah:
ingat mudah nak berbesan macam tu ja?...

banihashim:
minta maaf, aku tak reti Tag tag nih,....

Mak Su said...

baiknyerrrr anak

hidayah said...

baru dua anak pompuan pun dah tomonung..

relax la bro..
anak tu kan ujian..tak kira lelaki atau pompuan..

Cikgooden said...

maksu:
aku sendiri tak jangka...ayat tu terbit dr mulut dia,,

hidayah:
depa nak kawan ramai kut...

julietchun said...

Kena tunaikan hajat anak tuh cikgu tambah lagi di bulan yg penuh keberkatan ni :D

iina said...

budak2 imaginasi dia tinggi.. kira dia prihatin ler tu sebab nak baba dia ada kwn.. tapi mana tau kan jika ada rezeki dari Allah.. insyallah kan ;)

xiiinam751, musafir denganMu said...

Cikgooden dah renovate rumah! Raya lama lagi... Nyaris ckLah tersesat tadi.


ps: sering2lah berdoa, moga Allah kurniakan putera bernama Muhammad(...) juga suatu hari nanti.IsyaAllah...

S.YanaZ said...

CikGooDen...
ke surat tuh ditulisss oleh bapaknye...

uiksss...tuh yg sampai termenung panjang...
",

suara said...

Salam Ramadhan Cikgu...

Skektot... erm... menarik jugak tu.

whitetulip said...

hajat anak, kena tunaikan bro. bulan ramadhan yang mulia ini..kih!kih!tau takpa!

if only... said...

so, apa tunggu lagi?