Jom...

Sunday, September 7, 2008

Kata kawan aku..

kata kawan aku...bukan aku yang kata,


1) Kalau mula mula kawin, jangan terus puji masakan bini kita sedap, walaupun hakikatnya tak sedap. Sebab nanti kau kerap di hidangkan 'masakan sedap' tuuuu ja.

2) Kalau kau kerap balik lambat sebab selalu melepak dengan kawan, dan selalunya pabila sampai ke muka pintu rumah, 'radio bini' terus berpot pet pot pet...Ada dua tindakan yang afdal diambil. satu, masuk rumah jalan mengundur...jangan tengok muka dia. Dah tentu kau takkan kena siaran radio tu. sebab dia kat belakang kau. kedua, Jika cara satu tak jalan, kau buat2 marah. sepak segala benda yang ada. Lebih molek, pada barang mainan anak. marah anak, sebab sepahkan mainan. dah tentu dia akan terikut sama marah marah anak..Selamat kan. ketiga, kalau dua dua tak jalan....kau memang sepatutnya kena marah..ha ha ha.

3) kalau kau baru kawin, jangan kau buat-buat rajin teman dia ke pasar atau market. kesudahannya, sampai ke anak yg ke-12 pun, rutin itu yang kau akan buat...dah tak boleh nak buat aktiviti kegemaran sesama geng kau tu...


Ini nasihat kawan aku!...


Boleh pakai tak?..

17 comments:

iina said...

emmm.. cam tak leh pakai je.. rasanya semua2 yang kawan u cakap tu semuanya teman tak buat.. dia komen sedap ke tak sedap ke..Masak hari-hari lain2 juga..

Balik lambat pot pet.. dia balik kul 12.. 1 pagi tu teman wat selamba je.. dah gitu keje dia nak buat camna..

Teman pergi pasar? teman ke tak teman ke.. rasanya sama je.. selalu pergi gak pasar sorang2.. ok je.. kadang2 dia yang nak temankan.. sebab nak beli lauk yang dia nak I masak.. uihh.. dah nak 10 tahun kawin nie.. lagi2 suami isteri keje.. kenalah tolak ansur..

oRanGeLiLY said...

gile jahattttt ideaaaa

Abahnajwa said...

Cikgoo...

Hang jgn buat leceyyy..ni mesti hang punya akai ni..dok kata kawan pulak punay idea..kikiki

Tokyo BLUE said...

hehehe... cam best je petua dan tips nie.. hehe

nordee said...

amboi...bestnya nasihat..nasib baik saya bukan 'mem' yang suka berleter kat umah...cool je tau..hehe

hidayah said...

Tok sah dok ikut la tips ni. Yang nombog 3 tu lagi la nak kena buat selalu la cikgooden oooiii.

Kut tak mau buat, satni walaupun dah 15 tahun kahwin, antara ikan temenong ngan ikan sadin pun tak kenai. Antara sayog sawi ngan sayog kailan pun tak tau.
Antara daun sup ngan daun ketumbag pun tak boleh nak differentiate...

Hah! apa ke hal nye..

Nak nak bini pulak tengah dok dalam pantang..mak mertua sughuh pi market, entah ikan dan sayog mende la hangpa bawak balik....

saja la nak habag maiiiii...

l.i.f.e said...

ahhhhh..saya tak setuju dengan yang nombor dua tu!

kalau macam saya, buka pintu, pusing, jalan tanpa keluar kata2, zzzz...

lelaki bersyukur tak kalau isteri begitu?

Cikgooden said...

iina:
itu kawan kawan aku...aku pun rasa macam tu...jugak! ampess.

orangelily:
nanti kau akan mengalaminya jugak la..dengan apa?..inche apa namanya?..he he he.

abah:
betui la...kawan aku kata..Aku?..aku baekkk..he he

tokyo Blue:
Aisey tafik..kena belajaq aaa.

Nordee:
solehah tu ...solehah. Mudah-mudahan dapat payung Emas.. he he

Hidayah:
selalu jugak pi pasar..masih konfius mana satu ikan NyokNyok dengan ikan uji rashid...

l.i.f.e:
laki rasa tensyen gak...

kamar hati said...

uikssss...suda tukar ka??? (",)

Cikgooden said...

kamar:
tukar....aku suka tukar...tadak kerja.

julietchun said...

BONO kah yg berkata2 itu? Baru kawin suma bgs,kentut pun bau wangi kan :D

Mr PenyuBiru said...

kawan ko tu mesti lum kawin lagi kan?kan?

Cikgooden said...

jULIETCHUN:
bono dah senyap sekarang nih..dia konsentret melukis. kata ada job skit..ha ha ha.cari duit raya.
Kentut tetap busuk!.

Penyubiru:
dah kawin. bini dua beb!

tasikmerah said...

nk kena sabit kawan kau tu... :p

hidayah said...

ikan uji rasyid mata terbeliak,
ikan nyok nyok macam nyog...

..posa posa....

smile...

Cikgooden said...

tasik merah:
dia kata..buleh.. ha ha ha

hidayah:
silap..uji rashid dengan plata...duadua nak sama..

Serunai Faqir aka SF said...

Emmm terpakai apabila situasi mendesak bro! heheheh