Jom...

Saturday, September 20, 2008

Aku juga nakal la...

Seperti biasa, selepas sahaja aku berbuka puasa dan solat. Aku akan pastikan anak anak aku mengaji dengan Tok dia. Nak dijadikan cerita, semalam, dalam perjalanan ke rumah Mak, aku melintas pekan dan masjid. Kelihatan beberapa orang budak sedang bermain mercun.

Ntah kenapa, sejak dua menjak ni aku jadi cepat terkejut. Dada cepat berdebar debar kalau terkejut. Bila dengar bunyi mercun yang budak budak tu main tu pun aku dah jadi cepat terkejut. Semasa aku lintas dorang, ntah macam mana, ada la sebijik mercun yang dorang pasang tu betul betul meletup dekat motor aku. Syiuuuuuuuung…PANG!.terkejut aku.. Nasib baik aku tak latah.

Marah betul aku . Mahu saja aku pergi kat budak budak tu, bubuh penampaq sorang sedas. Aku berenti motor. Lari budak budak tu. Lama aku perati depa. Jika masa muda muda dulu, aku dah tongkat motor dah. Aku kejar sampai dapat. Memang tak kasik Can punya…Tapi sekarang ni tak gamak dah aku nak buat macam tu.

Lama aku terberenti. Agak lama jugak aku tercegat tercangak cangak. Kemudian, pelan-pelan aku tersenyum sendiri. Otak terfikir. Budak budak kan. Mana la dorang tahu tentang perasaan orang tua. Mungkin dorang pun tak sangka. Dan dorang pun tak sengaja nak letupkan mercun tu arah aku. Bila terpikir macam tu, hilang skit rasa marah aku. Pelan-pelan suhu marah aku tu menurun mencecah angka kosong. …

Yang dorang pikir hanya seronok. Aku start motor meneruskan perjalanan. Sambil tersenyum aku terbayangkan gelagat budak budak tu tadi. Dan, aku terkenang balik masa aku budak budak umur sebaya dorang. Aku juga pernah lalui zaman keseronokkan bermain mercun macam dorang jugak. He he he..

Zaman aku budak budak dulu zaman RETRO. Zaman cerita Combat, Six Million Dollar man, Space 1999. Big Foot and Wild Boy. Sikit sebanyak, pengaruh cerita cerita TV masa tu, mempengaruhi corak permainan aku ngan geng geng masa kecik2 dulu…Dan, dalam banyak banyak cerita tu, cerita Combat la, yang paling mempengaruhi sekali, kan?..kan?. kan… He he he..Aku juga gila bermain mercun ala ala perang combat gitu…

Nak dijadikan cerita, berpuluh tahun dulu (mak aihhh..lama tu) selalunya selepas berbuka puasa. Aku ngan geng geng aku dulu mesti main perang-perang mercun. Nakal masa tu. Nakal budak budak. Selalunya kami main perang mercun roket. Ntah ada tak lagi mercun spesis jenis tu. Mungkin skang ni makin canggih dan lebih best lagi…

Bila dah berkumpul, hah…start la adegan perang2 kami. Dengan masing-masing membawa sorang sebijik botol kosong air F&N (orang kariah aku panggil air lemenet…he he he). Mercun roket tu kami letak dalam botol. Macam laras senapang la kekdahnya. Kalau budak lain main mercun roket tala ke atas…biar meletop kat atas. Tapi aku ngan geng aku…kami tala pada geng lawan..straight…nasib la nak meletup depan muka ka, celah kangkang ka…masuk lam kain ka. Kira tadak rules and law. He he he..peraturan yang ada…belasah ja. Kalau kena kira nasib. Bila dipikirkan balik..isk.isk..ganas juga aku masa tu. Soal takut…letak tepi. Yang penting seronok.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam masa kami main, mercun yang kami pasang, meluncur laju, terus masuk dalam kawasan masjid. Pelepang!...meletup betul betul kat kerusi tempat orang orang tua duduk bersembang sementara menunggu Isyak. Apalagi, menjerit la dorang tua tu. Lahabau …H**** J****, l***n*T..segala sumpah seranah kluaq habis.

Kami yang ada kat situ apa lagi…bertabur lari. Selamatkan diri..ha ha ha.. berani nak stay situ?...nak kena makan penampar?. Kami pikir org2 tua tu tak kenal kami…kami silap. Ada yang kenal. Mana taknya, geng budak budak yang dok main mercun mana ada oraang len. Geng kami kami ja…

Satu lagi, kegemaran kami geng geng budak zaman Retro ni…suka penaya kawan..he he he. Tu cara melawak kami geng geng budak. Selalunya kami guna mercun jugak. Mercun tarik. Ala…mercun yang ada tali tu…tarik kiri kanan..Klepang! meletup tengah tu..

Biasanya kami akan ikat tali mercun tarik tu pada kasut kawan kat masjid. Selalunya kami keluar awal..kami ikat cepat-cepat kat kasut kawan. Lepas tu tunggu sapa yang nak kena. Bila dorang nak pakai kasut dan berjalan, kan kekdahnya dia tertarik. Apa lagi.. meletop la mercun tu…dan kami yg tengok akan gelak penuh suka sebab rancangan dajal tu Berjaya…ha ha ha.

Ada juga sekali tu…nak cepat cepat ikat…tersilap ikat. Kawan aku ikat kasut orang tua punya kasut. Apa lagi, melatah la orang tua tu kena…nasib baik takdak sakit jantung. Kalau tak tentu sekarang ni anak cucu dia akan kelam kabut nak cari pusara dia di perkuburan yang dah semakin semak ni masa raya nanti...he he he.


Kemudian…rancangan dajal tu …bukan setakat kasut…kami juga ikat mercun tu kat tayar basikal. Sama juga kekdahnya..kalau kawan tu kayuh basikal…bayangkan mercun tarik tu jadi cengkang!..meletup la…

Ada la sekali tu…aku ngan geng len..ikat kat tayar basikal. Oleh sebab gila dan ghairah melampau nak penaya orang, hingga terlupa nak bezakan mana basikal kawan dengan mana basikal orang tua punya…kami ikat semua sekali basikal yang ada kat situ. Jadi boleh bayang la..macam mana kalau kita sendiri kan…tengah sedap nak kayuh..tiba tiba ..Pelepang!...mercun meletop…tekejut tak?..Dah tentu la kan..Soheh dah! Hanya orang pekak saja yang tak terkejut..

Camtu la….Bila kenangkan balik…betul la, kalau tuhan nak hukum kita…dia boleh buat cash kan..tak payah nak tunggu kita ke alam barzakh. Kalau dulu-dulu kita pernah penaya orang…mungkin sekarang ni kita kena balik macam kita buat kat orang.Mungkin kita yang kena ni lebih teruk lagi.

Sebab tu..kata orang kalau kita buat orang macam tu…kemungkinan kita kena balik macam ni..Ntah lah…sebab tu aku suka perkataan Camtu-Camni…

9 comments:

lupakanje said...

sib baek copek soda kan...klu tk..kener bambu la bebudak tu.

Cikgooden ader ke jaman2 combat dulu??? setau acik la... jaman combat tu..acik kocikk na lagi..tk la kecik bena...tpi zaman tu zaman itam putih..acik nengok tb kat umah ong lain.. tingat nengok combat tu lah kat umah arwah Nek Tipah tu. Agaknya cikgooden lagi kocik dari acik masa tu...

iina said...

cikgu.. rasanya semua budak kampung sure main mercun yelah.. kalau tak main kira tak sahlah jadi anak kampung.. skrg nie mudah terkejut.. tu tandanya dah makin muda hehehe.. jangan melatah udah..

Mr PenyuBiru said...

hehe... bile kenangkan semula zaman bebudak dulu, memang klakar.masa tu pikir nak seronok ajer.bila dah tua ni, kita lihat berbudak skang,macam diri kita masa bebudak dulu.

Abahnajwa said...

"Otak terfikir. Budak budak kan. Mana la dorang tahu tentang perasaan orang tua"

Hahahaha...Part orang tua tu yang aku tak tahan tuu..kakakakaka

Ungku Nor said...

saya masa kecik kan cikgu,
baiiikkk je.
comeeeeelll je.
dok dendiaaaaammm je..ekekeke

xiiinam751, musafir denganMu said...

eerrr...main combat-combat...?maknanya, sezaman kita! ckLah dulu selalu gak berlakon jadi tentara Amerika (Vic Morrow) yang tak pernah mati2 lwn tentera German tu.....pernah dilibas emak, kerana pandai2 potong pokok jambu batu jiran untuk dibuat senapang!

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

achik:
zaman combat la zaman aku membesaq sebagai budak nakal dan buas ( sekarang pun ada skit skit lagi..ha ha ha)..betuii la..zaman tv itam putih...nak tengok kena bayaq sekupang....

...............

iina:
aku budak kampung...the kampung boy..ha ha ha..dah makin tua...tak pernah nafikan..selalu ingatkan diri...takut buat balik benda2 masa muda dulu...ha ha ha.

...............

Penyubiru:
betul...cerminan kita ...so, nak marah pun tak leh la kan..

..................

abahnajwa:
sungguh...aku mengaku aku dah tua...supaya aku takkan buat balik benbda2 yg aku buat masa muda..yg mmg aku rasa tak best la kan..he he he.

..................

ungku nor:
aku tak percaya 100%..ha ha ha.

.......................

cklah:
aku selalau nak jadi askar jerman..ada bom panjang...ha ha ha..hang sezaman la ngan aku...masih dok siasat lagi...tak dapat2..ha ha ha.

hidayah said...

OPOOCOT!!!!@#$%$#@*@..mujur tok imam MUDA tak melatah tengah terawih...
Yang melatah tu, makcik yang solat sebelah aku..lepas habis 8 rakaat, budak budak hilang sunyi senyap..kena perambat balik..

depa bukan nak mai solat sangat..depa nak jumpa kengkawan jer lebih..rapatkan ukhuwah..

tu kisah kat surau ngan budak yang dok main mercun kat sini...

whitetulip said...

ya ampun....little rascal rupanya. Pernah tengok dak filem little rascal??Ha, samalah macam cikgu!!!punyalah banyak rancangan dajal korang ah. Hihi...sib baik lum ada anak lelaki. Kalau idak......