Jom...

Sunday, August 30, 2009

Ada betul ka.., tarak betul.?

*
Semalam..er..errr..awal pagi sebenarnya, aku jumpak bende ni dalam blog dia ni..Cam best pulak nak try-try...dan ini dia punya result..


Cikgooden has taken the quiz..>What does your day of birth say about you? and he was born on a Wednesday.

Personality Traits

- Adventurous.
- Great sense of humor.
- Altruistic.
- Loves to enjoy life.
- Caring and loving.<--(ini cukup aku akui punya..sila percaya!..ha ha ha)
- Faithful friend.
- Confident ...personality.
- Quite sensitive.
- Warm and considerate towards people.






...Maaacamm Baagussss..! ha ha ha.. Korang tengok la..betul ke tak..?




*

Saturday, August 29, 2009

jaga-jaga...

Ni kepala bapak kau...ni kepala bapak aku..kalu berani..., pijak!


err..er..tak berani...!




Tahu pun...


*cepeling*

kelas pukul 9.00 pagi. Jam 8.30 baghu pisat2 bangun genyeh2 mata ke bilik ayo...
perjuangannnnnnn konon!..he he he


*********

Friday, August 28, 2009

Ulang alik ulang alik, rasa macam nak terbalik...

*
Diam tak diam dah masuk hampir sembilan bulan lebih aku menginap di kariah Sg.Tangkas ini. Jika aku mengandung, sah sah..aku sekarang ni dah masuk bilik bersalin. Aku cakap jika...Apa gila aku nak mengandung?

...Sebuah daerah sementara aku. Daerah kedua, selain kariah aku di Jelai, BatuKugho. Sudah menjadi rutin aku, saban minggu terkejar-kejar jadual kuliah, jadual komuter, jadual LRT dan jadual bas ekspres Konsortium yang merah menyala warna basnya itu.

Jika aku kumpul keratan tiket bas, aku syak dah sedepa tebalnya(alang2 nak berbohong biar sampai tak logik)...Tapi tak pernah aku simpan pun.

Bulan puasa ni juga masih aku berulang alik. Terpaksa beb!...

Ada la sekali tu, sebelum bulan puasa, bas yang aku naik berenti sekejap. Tempat biasa saban minggu aku lalu. Perut lapar. Di situ cuma ada sebuah lori pesen modified bikin kedai jual jajan. Aku pun pergi nak beli apa yang patut untuk mengisi perut.

Dengan yakin aku ambik jambu dalam plastik. Ambik asam. Picit masuk. Ambik air mineral. Tak cukup aku tambah dengan sebungkus kerepek buatan bumiputera. Dalam perkiraan aku, cukup sekadar kudap2 sementara nak sampai Kuala Lumpur.

Bila nak bayar, (harga semua aku dah lupa). Aku hulur not RM50. Itu sahaja duit yang aku ada. Aku bukannya jenis kaya raya nak bawak berjuta dalam poket. Sekali adik tu cakap tak dak duit tukar. Habis..benda alah ni nak bayar macam mana?..

"abang pinjam la ngan kawan abang" adik tu bagi cadangan. Aku kata aku datang sorang. Mana nak tukar. Bas yang aku naik bukan bas rombongan sekolah yang buat lawatan sambil belajar ke Zoo Negara dan KLCC. Semua penumpang kawan-kawan aku.

"pegi la cari tukar" kata aku. "Takkan saya nak cari tukar". Aku menyambung ayat tadi. Aku dah mula naik darah. Tinggal lagi nak cekik ja budak ni.

"takde la bang"

"takdak sudah...!''. Aku ringkaskan saja pertekakkan aku dengan budak itu. Lantas, aku ambik balik duit. Aku belah. Makanan tu aku tinggalkan kat situ.

Nak meniaga buat lah cara nak meniaga. Sedia la duit tukar. Pelanggan yang datang bukan nya selalu ada duit cukup-cukup dengan harga korang nak jual. Timbangrasa la sikit. Ini tidak. Cakap ala ala menyombong.

Itu cerita sebelum puasa. Dan, hari ni, bas yg aku naik tetap singgah di tempat yang sama. Dan aku tgk budak yang jual dulu masih ada disitu. tapi aku tak pegi. Betul. Jangan harap aku nak pegi beli.

sebelum terlupa, ni gambar lori pesen modified bikin kedai jual kacang.


nampak macam alim pakai songkok plus..tapi menyombong nak mampus...




*

Tuesday, August 25, 2009

dah jumpa...



Ingat gambar diatas ni...Kelmarin aku tercari-cari. Hari ni aku dah jumpa la....Aku jumpa kat sini.

Tapi selang sehari..Aku jumpa kat sini...,,,dan sini juga sebenarnya,,

seperti kata saudara Pyanhabib.."dan, seperti dilapor kulup sakah, aktiviti di gedung kartun sekarang ialah: gulung kulup!" Apa yang di gulung?,..lihat sini


Tak dan nak kata apa....

Tak sempat nak tengok...ha ha ha..Ini lah negara DemoKerasSi


*


Monday, August 24, 2009

ada siapa yang nampak..?

*
Cuba korang perhatikan gambar di bawah..Apa yang korang nampak?..Macam sebuah majalah kan?..



Aku pun tgh mencari majalah ni..Ada korang nampak ia dijual di mana-mana kedai buku?. Kalau ada, tolong bagi tahu aku, ok!.

Tapi sebelum tu.., Korang beli la satu. Kemudian baca. Pastu bagi tau aku apa isi kandungan dia.

Aku cari tak jumpa la......


*

n3 tambahan untuk hari semalam...

lepas bersahur....lepak2 bukak tenet sementara menunggu subuh....

Tiba-tiba terlayan lagu raya....M.Nasir...Satu hari di Hari Raya...mak Aiii....cepat betul masa aku berlalu. kalah masa orang lain..

Posa baru 3 hari dah nak raya..kah kah kah...

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan yang mulia..


*

Tengok ke tajuk...macam tajuk tazkirah ramadhan...
Minta maaf ye. Tak berhajat langsung untuk bertazkirah..
apatah lagi bermuzakarah...

Cuma terkedu bila masuk ke bulan Ramadhan. Kata orang yang aku dengar, bulan ramadhan bulan mulia. Bulan Ibadat. Bulan barakah. Dan bulan ini juga arwah ayah aku ke alam Barzakh...

Tarawih pertama aku, kelmarin dulu...di surau Taman Universiti. Sg. Tangkas. Malam yang dingin dek hujan. Usai 8, aku cabut balik. Dalam kedinginan itu, fikiran aku melayang. Melayang jauh menilai diri. Aku sudah semakin laghoooooooo....

Dan, ketika ini juga. Juga dalam kedinginan malam.
Aku cuba membetulkan diri...

Moga aku mendapat kekuatan dan tetap istiqomah dalam perjalanan aku..


*

Tuesday, August 18, 2009

demam...

Hai...

saya Nurul Khairina

saya Nurul Izzah

kami anak cikgooden...

baba cakap dia tak sehat..tak larat nak update blog..
baba dah pegi klinik...nasib baik bukan H1N1
baba demam biasa ja..

.
.
.
.
.
kt
rrrt..tteett. tett...



*

Friday, August 14, 2009

siapa punya...















Dah lama aku tak mencoret sesuatu di sini. Bukan sebab tak masuk jengok. Masuk. Setiap hari aku menjengok. Malah dalam sehari, berkali-kali. Namun untuk meng-update, terasa seperti ada tangan-tangan yang menghalang. Menarik dan menggesa aku supaya jangan menulis...Perasan malas pun ada sikit-sikit. (apasal macam gampang je ayat aku ni..ha ha ha)

Sehinggakan terasa dalam otak takdak benda nak ditulis. Hari ni aku rasa nak godek gambar-gambar dalam komputer ni. Akhirnya aku terjumpa gambar ni. Dah lama aku snap...

Ada satu hari tu, aku dah lupa tarikhnya. Dari tingkat atas pusat perubatan Apollo, aku terpandang kereta ni...Lawa sungguh. Aku tak kenal siapa tuan empunya. Dan aku tak kisah siapa pun, cuma aku terpegun melihat kereta ni. Comel. Anggun. Tertawan. Tertarik.

Malam itu jugak mimpi aku tiada cerita lain. Hanya berkisar kepada kereta ni. Jenis apa?..Aku tak tahu. Hati aku berdegup degap bila memandang.

Berkenan ........



*

Tuesday, August 4, 2009

Rijek...berdengung...

Apa dialog yang sesuai nak bubuh di sini?...cha habaq sat?..


















*