Jom...

Friday, August 14, 2009

siapa punya...















Dah lama aku tak mencoret sesuatu di sini. Bukan sebab tak masuk jengok. Masuk. Setiap hari aku menjengok. Malah dalam sehari, berkali-kali. Namun untuk meng-update, terasa seperti ada tangan-tangan yang menghalang. Menarik dan menggesa aku supaya jangan menulis...Perasan malas pun ada sikit-sikit. (apasal macam gampang je ayat aku ni..ha ha ha)

Sehinggakan terasa dalam otak takdak benda nak ditulis. Hari ni aku rasa nak godek gambar-gambar dalam komputer ni. Akhirnya aku terjumpa gambar ni. Dah lama aku snap...

Ada satu hari tu, aku dah lupa tarikhnya. Dari tingkat atas pusat perubatan Apollo, aku terpandang kereta ni...Lawa sungguh. Aku tak kenal siapa tuan empunya. Dan aku tak kisah siapa pun, cuma aku terpegun melihat kereta ni. Comel. Anggun. Tertawan. Tertarik.

Malam itu jugak mimpi aku tiada cerita lain. Hanya berkisar kepada kereta ni. Jenis apa?..Aku tak tahu. Hati aku berdegup degap bila memandang.

Berkenan ........



*

11 comments:

ashley said...

Wish atau estima kut..
brandnew wish RM150K++.
estima brand new RM280K++

recon estima RM110K++ yr200 up

teringin?
ada duit beli jarrr..

round satu malaysia

Brahimnyior said...

Cikgudeen,

Berdasarkan 'cutting' dan design lampu depan dan belakang, jentera tersebut sah Toyota Wish, yang pernah jadi idaman saya.

Harganya bergantung kepada aksesori, tetapi jika recond dari Jepun, antara RM110K hingga RM140K.

Saya idamkan 'abang'nya, Toyota Estima yang lebih besar dan praktikal untuk keluarga ramai, macam saya.

Tapi duit tak berapa ada, lagi pun cukuplah dengan kereta yang ada sekarang.

Kata orang, besar periuk, besar keraknya. Kalau besar kereta, besarlah pulak mentenennya...

Safiya said...

BETUL CKP JEJAKA BRAHIM NII... BESAR KERETA LAGI BESAR MAINTENANCE...... SAYA TERINGIN MEMILIKI TOYOTA ALPHARD TAPI ....
EM LASTLY JUZ INNOVA SYUKURLAH

Sheikh said...

AKU JUGAK YG MASIH PAKAI honda NO DOOR.... TAYAR 2 JEA !

Tijah said...

toyota caldina kot tu. dia rendah sket dr wish. tapi mmg lawa. recon baru 122k lebih kurang gitu la...

deeja said...

SAlam..Ziarah & kenal...Tuan umah..yee

KAKTINY said...

abis master nanti.. leh beli sebijik.. insyaallah.. semoga impian jadi kenyataan.. amiiinnn..

Yunus Badawi said...

Hebatlah ko sampai boleh termimpi2. Itu petanda awal yg ko satu hari nanti akan memilikinya juga.

Aku ni teringin jugak nak pakai Alphard tapi mimpi pun belum pernah. Mimpi kereta cabuk adalah huhuhu

ladylikeme said...

estima? menjadi idaman....wah2...semoga satu hari nanti cigo berjaya memilikinya...

aku? cukuplah dengan sang kancil aku sekarang...

senang nak lap...huhuhuh

tasikmerah said...

aku rasa estima ni den. gila mahal nih... tp mmg mantop!

Nizam.Ariff said...

Tu base model Toyota Wish, tapi versi Wald.

Kalau versi Wald ni, kira tambah je 50~60 ribu lagi dari harga asal wish.

Macam Mercedes versi Brabus
Atau Mercedes versi AMG
Atau BMW versi M6
Atau Honda versi Boon Siew...