*
Tengok ke tajuk...macam tajuk tazkirah ramadhan...
Minta maaf ye. Tak berhajat langsung untuk bertazkirah..
apatah lagi bermuzakarah...
Cuma terkedu bila masuk ke bulan Ramadhan. Kata orang yang aku dengar, bulan ramadhan bulan mulia. Bulan Ibadat. Bulan barakah. Dan bulan ini juga arwah ayah aku ke alam Barzakh...
Tarawih pertama aku, kelmarin dulu...di surau Taman Universiti. Sg. Tangkas. Malam yang dingin dek hujan. Usai 8, aku cabut balik. Dalam kedinginan itu, fikiran aku melayang. Melayang jauh menilai diri. Aku sudah semakin laghoooooooo....
Dan, ketika ini juga. Juga dalam kedinginan malam.
Aku cuba membetulkan diri...
Moga aku mendapat kekuatan dan tetap istiqomah dalam perjalanan aku..
*
3 comments:
amiinn....moga dibersihkan hati-hati kita dan didorongkan kebaikan untuk kita lakukan dan dijauhi kejahatan dari kita menggapainya.
InsyaAllah..
Moga akan ada kekuatan dalam diri itu.
lepas raya kata nak gi subang jaya..
Post a Comment