Jom...

Monday, December 29, 2008

Nasi Lemak Ayam Kampung...

Apa kah menu korang jika bersarapan pagi. Maksud aku, jika bersarapan di kedai. Pasti jawapan standard, nasi lemak, kalau tak pun roti canai. Pernah makan nasi lemak?..Tak malaysia la, jika jawapan korang tak pernah makan. Betul. Nasi lemak dengan rakyat Malaysia cukup sinonim. Tanya lah siapa pun.

Nasi lemak dan roti canai suatu masa dulu menu untuk sarapan pagi. Tapi sekarang, bukan saja pagi, malah tengahari, petang, malam, tengah malam pun ada jual nasi lemak dan roti canai. Tugas kedua-dua menu ni dah bertukar. Bukan setakat mengenyangkan orang di waktu pagi, malah dah tak kira waktu.

Tiga hari aku aku terlibat dalam mesyuarat kali kedua, pasal kerja-kerja Lembaga peperiksaan Malaysia. Mesyuarat yang diadakan di Ipoh. (awat tak buat jauh lagi…). Hari pertama aku masih kuat dan bertenaga untuk berulang alik. Dari Batu Kurau ke Ipoh. Bila masuk hari kedua, Badan dah mula letih. Mata dah mula tak larat. jika minum 13 tin air power root pun tak dapat nak tampung tenaga (amboooih,,melampau sungguh haih..hi hi hi.)

Jadi hari kedua, aku stay sana. Tidur di Hotel chak-chak ayan. Kenapa?...sebab tak terlayan poket untuk menginap hotel yang mewah-mewah. Bagi aku, hotel sederhana mewah pun dah cukup rahmat.

Bila malam, aku cuba-cari tempat makan yang di syorkan oleh kawan aku. Restoran nasi lemak ayam kampong. Menu utama memang nasi lemak. Ayam-ayam nya digoreng di pintu masuk restoran.

Masa makan tu aku tak pasti samada betul ke ayam kampung. Ntah-ntah ayam market. Untuk kesahihan, aku bertanya sepatah dua kata dengan pelanggan kat situ jugak. Saja saja nak buat ramah. Sementara menunggu order siap. Dan, dijawab juga sepatah dua kata. Memang betul la, ayam kampong. Dorang tak guna ayam daging bandor..he he he.

Patut la sedap. Restoran ni terletak di jalan Yang Kalsom, Ipoh. Dekat dekat Public bank, Ambank dan maybank. Bank Simpanan nasional tak pasti, ada ke tak. Siapa-siapa yang duduk kat Ipoh, atau pernah tinggal kat Ipoh, cukup tahu la fasal jalan ni. Dulu cukup femes. Kata kawan aku, ‘ayam bando’ banyak kat sini. Dulu la…dulu.


snap guna hp Cokia. Blur skit.



nasi dia tak le 'besar' sangat. Agak sedap-sedap mata memandang je...




Aku lihat ramai yang makan kat situ. Mungkin sedap. Atau, mungkin orang Ipoh memang suka makan nasi lemak waktu malam. Ntah la. bagi aku memang sedap . Sambal dia. Best. Ayam dia best. garing secukup minyak. Cuma nak cakap betul betul sedap atau tidak aku tak pandai. Subjektif. Brader kita. Bg. Lukman mungkin pernah try makan kat sini. Aku tahu hang cukup pantas bab bab restoran makan nih…Kalu belum, baik hang try sekali. Kalu dah…apa komen. Sedap ke tak.

Aku sebenornya malas nak puji-puji pasal makan kat kedai. Takut dorang ni jadi riak. Hidung tinggi. Kang bila puji lebih-lebih, hidung tinggi mencecah dahi pulak. Kan huduh tu.... Banyak dah kedai makan yg dulu sedap. Bila kita kata best, dan dah promote ke kawan-kawan. Ramai la kawan-kawan datang. Meriah. Dan, bila dah ramai pelanggan. Dah kaya sikit barangkali, terus servis akan jadi teruk. Masakan pun dah jadi tak sedap. Tawar. Tak cukup rasa. Pendek kata, macam celaka!... Harap restoran ni jangan la jadi macam tu.




*******************



Er..ni gambaq beberapa member team marking aku. Selepas berpening-pening buat kija, our boss belanja makan. Di Hotel Hillcity, Ipoh. Makan Buffet tgh hari. Rm10.00 each. promosi cuti sekolah. Bagi aku, tak kira la, promosi ka cuti ka.... Perut lapar. Aku hantammmmmmmmmmm saja!...


Semua kerja dah selesai. Pendek kata, panjang pun kata.Hati aku sudah mula senang. Minggu depan aku berdepan dengan perkara yang ada di depan.










Friday, December 26, 2008

Maha Si Tua...

Bangun pagi, kepala rasa denyut-denyut. Ntah apa bahan dorang masukkan dalam sup tulang itu.

Oh, Ya. Lupa nak cerita. Semalam aku ngan Syam, makan nasik di Gerai Pitstop. Bersebelahan masjid. Masjid besar gila di Teras Jernang, kata kawan aku yang jadi engineer kilang tuu...

Bebalik pada cerita, memang gila tak sedap sup tulang itu. Dah la tak sedap, tunggu nak siap masak gila lama jugak. Berdengung perut berkreout-kreout, menahan lapar….

Sepanjang jalan menuju ke Bangi perut aku sentiasa saja jadi gila lapar. Kira nak sumbat makan saja. Masa kat highway dah dua kali berhenti makan. Sekali di RnR Tapah. Makan nasik. Sekali lagi dekat Jejantas Sg. Buloh. Dah pasti la aku terkam Satey Samuri yang kuahnya gila sedap jilat mangkuk tu.

Dah sampai Chalet Teras Jernang, tempat kami bermastautin selama dua hari, perut masih kelaparan. Mintak diisi. Sebagai memenuhi tuntutan perut, aku bersama syam…keluar mencari makan di Pitstop, nama gerai Tomyam tuh.. bila dah kenyang, balik bilik..terus tidur.

Bangun pagi, kepala rasa denyut-denyut. Ntah apa bahan dorang masuk dalam sup tulang itu.


Selepas bersiap ala kadar, berkemeja lengan pendek, berseluar slack kodi (cap Jaya garment, Taiping..hi hi hi). Tanpa tali leher. Kami keluar menuju UKM untuk pendaftaran. Gila awal kami sampai. Tak ramai lagi student-student yang datang mendaftar. Jadi tak lah kebas kaki beratur lama-lama.

Tak sama masa aku mula-mula jadi student berbelas tahun dulu. Pertama kali menjejak kaki di UKM, tahun 1990…Haa?...kejap, nak pastikan. Ya..betul, tahun 1990. Aku daftar belajar masa buat degree aku di UKM. Sekarang ni 2008. wah!...dah 18 tahun. Berbeza betul keadaaan dan situasi. Dulu dihantar emak dan ayah. Sekarang ni ikut redah dan belasah saja.

Jam 9.00 lebih, pendaftaran diberhentikan sementara. Walau pun barisan student masih panjang untuk pendaftaran. Semua kena masuk dewan. Acara perasmian. Gila sejuk aku. Dah lama tak masuk dewan kuliah. Segala kenangan dulu, atau lebih tepat 18 tahun dulu menari-nari dalam kepala botak aku. Botak?...sungguh. Aku mamat botak, kata Acik lupakanjer tuh….ha ha ha.

Sessi taklimat program siswazah dalam dewan Budiman, habis jam 12.00tgh hari. Macam-macam la dorang sumbat nak bagi tahu apa yang kami student kena buat. Aduiiii…Berat jugak.Tapi kan, berat ka ringan, dah takleh kata apa dah. belasah saja. Tak buleh nak gostan dah.

Aku berlumba atas trek rindu sebenarnya. Bila masuk kawasan UKM, jiwa aku dah tangkap Blues. Teringat habis, kenangan dulu-dulu. Teringat kawan-kawan lama. 4 tahun aku tawaf musing UKM, sebelum grad. Arghhhh….itu bukan cerita n3 ni…lain kali aku cerita.

Bila petang semua student bergegas ke Pusat Pengurusan Siswazah (PPS). Mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian. Bagi aku student tajaan KPM, agak rilek sikit kadar bayaran. Cuma RM135.00 untuk bayaran yang aku tak pasti untuk apa….dah kena bayar, bayar ja lah. Punya baik dan jujur. Tak de soal jawab dah. Akur saja.

Pendaftaran selesai, Aku, Syam dan Madi (saing baghu….) keluar memusing cari rumah nak sewa. Gila payah nak cari. Nasib Baik kakak Madi, tak silap aku kak ina nama dia…tolong bawak kami cari rumah. Semua seksyen di Bandar Baru Bangi tu kami redah. Musing-musing…melilau dengan Honda Odyssey kak ina. Sempat jugak lalu depan Tadika Aulad masa lalu seksyen 3…terus teringat kak Hidayah..he he he. OO..kat sini ghopanyer…







Sudahnya, kami pergi ke 7 eleven ja. Kata ka kina, selalu org letak iklan rumah sewa kat sana. Nasib kami agak baik. Ada sebijik. Nunnnn…kat Sg. Tangkas. Cantik sangat la. Dekat stesen komuter…senang nak balik rumah…

Bila dah setel pasal rumah, rasa lapang ja hati. Dan, esoknya kami semua ada satu sesi taklimat oleh PPS. Di Dewan panggung Seni. Belakang DECTRAR…waaaaa..Kepala botak aku mula mengalunkan lagu still got the blues…Teringat masa dulu-dulu. Kat sini la sekali sekala, aku tengok rakaman Pi Pi Mai Tang Tu. Live. Syok sungguh. Memang Best. Layan teater bersama seseorang..he he he…cerita lama brader, cerita lama. Susah la gua mau lupa.

Selesai acara di Panggung Seni…Taklimat Mengenai Akta Universiti dan peraturan Universiti pengajian Siswazah. Dan, Taklimat Perpustakaan. Dengar saja lah. Walaupun aku dah tahu sikit sebanyak dah benda2 ni. Tak jauh sangat beza dulu dengan sekarang. Cuma PTSL tu ada la sikit tokok tambah kemudahan-kemudahan yang disediakan. Mengikut peredaran masa. Tapi aku yakin, walaupun belum pergi lagi. Pintu masuknya masih lagi di kedudukan yang dulu. Dalam ertikata lain, aku tak sesat la nak cari mana pintu library..

Petang sebelum bertolak balik, kami ke putrajaya. Nak setelkan borang cuti belajar dan pasal biasiswa la…Cadang nak jumpak Acik Lupakanjer tuhh…Sekali No. telefon tertinggal pulak..tak kenal sebenarnya..mana satu la..acik ni..Last-last sampai sudah aku tak jumpa…tapi dalam blog dia, dia kata ada Nampak aku...isk..isk..awat tak tegoqqqq..

Dah selesai, semua kami bertolak balik ke Taiping, sampai rumah..Lenaaaaaaaaa…( Tak dan nak buat apa-apa…)


...............bersambung!

Sunday, December 21, 2008

Seronok kah Aku atau Aku berseronok?....

Aku diasak dengan pelbagai reaksi dan usikan semasa aku ‘pukui canang’, aku nak sambung belajar. Reaksi kawan-kawan. Ada yang bagi semangat. Alhamdulillah. Aku terima dengan hati yang cukup bersemangat juga. Aku tahu kemampuan aku. Daya tahan aku. Kekentalan jiwa aku. Aku tahu sangat had dan takatnya.

Bila ke Ofis. ada juga yang mengusik,..dah duduk sana kau ‘kebujangan kembali’ la kan.. Aku tahu apa maksud dorang tu. Dapat tangkap la. Selalunya camtu la. Sang suami, bila berjauhan sikiiiiit jer. Dan , lama sikiiiit jer dari famili, biasalah kan. Akan terasa jugak la, bonjol bonjol tanduk setan kat kepala. Tak banyak sikit, pasti tercuit di hati.

Bila berdepan dengan asakan macam ni, aku tak reti nak balas apa. Jika bab berhujah, gila bangang aku. Bab bertikam lidah, Fail…Nak jugak aku balas. Bukan nak tunjuk perangai malaikat. Aku tahu aku jugak buas dulu…dulu la..dulu. Tapi bila sekarang ni..ada rasa ka lagi. Nak nak kelmarin. Apa yg terjadi kat adik. Buat aku sungguh tertekann…

Bila dah nak pergi belajar ni rasa gundah ja hati...Harap2 org sebelah aku pun tak demam sama…Adik, kelmarin asma dia datang lagi. Sehari sebelum tu, kami ronda-ronda sg.Perak. Gila suka dorang. Aku layan ja…. Balik. Malam kelmarin. Bergegas jugak kami ke hospital. Macam selalu, Cuma kelmarin agak awal. Selalu-selalu dulu jam 2 atau 3 pagi..kekadang berkain pelikat ja aku bawak dia pegi bhgn kecemasan hospital Taiping.
bahagian kecemasan Hospital taiping. dah berwajah baru dah. Untuk sesiapa anak taiping yang dah beberapa puluh tahun tak balik kampung. sila la tenung gambar pintu masuk Unit kecemasan. dah tak macam dulu dah.....
Nurse sedang memasang natang corong sedut dimulut adik. Aku tengok muka dia..alahai. Mata dia, kuyuuuu.. ja. Aku tahu dia tengah berlumba acara pecut 100 meter dengan nafas dia. Sapa dulu sampai ke garisan penamat....

kakak tetap peneman adik yang setia. Aku pernah tanya kakak...kalau kakak anak tunggal. Takdak adik beradik lain. Hanya kakak sorang ja anak baba. Boleh tak ?. Segera jawapan dia tak boleh. memang dia nak berkawan. dan, pada dia, adik dia nan sorang tu lah kawan dia dari pagi, sampai la pagi esok. Bersambung esok , esok, esok.....

Bila aku renung gambar ni....dan aku pulak nanti akan berjauhan dengan dorang. Adakah aku boleh rasa seronok?...Atau aku boleh berseronok-seronok ke'bujangan' aku di sana?...Wahai sahabat...cakap boleh, tapi jangan sebarang cakap. Jentik boleh, tapi jangan sebarang jentik...
Hidup aku sendiri gundah...gelabah...tensen...kucar-kacir...Apakah bodohnya aku, jika aku nak tambahkan lagi segala macam kegundahgulanaan...ini?.

Saturday, December 20, 2008

Bila kepala Rasa Ringan, Hati Rasa Tenang, Hidup kita Rasa best kan...

Kelmarin aku turun Kuala Kangsar. Jumpa dengan ketua Pasukan. Ambik Skrip Pelarasan ke dua. Selalu nya guna pos jer. Sebab gila nak setel cepat, aku tawar diri nak ambik sendiri. Dari Rumah aku..drive pegi Kuala kangsar. Bawak sekali anak bini. Masa ni la aku cuba ambik peluang bersama-sama depa.

Setelah hampir-hampir dua minggu, aku tak pedulikan depa. Aku bergelut dengan skima aku. Gara-gara nak cepat setel kerja. Seolah-olah dunia nak berperang. Start minggu depan aku dah takde kat rumah...Sambil2 tu buleh la bawak depa makan nasik lauk ikan patin masak tempoyak. Kate ndeme tompoyak kuale, sedap rasenyer yer..

Habis makan..jalan-jalan tepi tebing sg.Perak tu. Kat penambang kate demer orang kuoler..kangsouorrrr..Dan, ternampak satu banner promosi sg.perak. Naik bot persiaran menyusuri Sg.Perak...

Korang pernah naik Bot menyusuri sg.perak?..Kelmarin aku bawak depa naik bot. Selalunya aku hanya memandang sg.perak tu dari tebing dia jer..Tapi kelmarin aku dapat tgk Kualer Kangsourrr.. dari view yg berbeza..he he he. View dari tgh sungai...Syok gak la...



Pandangan bawah Jambatan...kalau naik keta..tak dapat tgk la..

Friday, December 19, 2008

N3 aku dua baris pun kena tulis tajuk jugak ker?....

Dunia aku dah kembali cerah...secerah blog aku ni..

Sangkar skima aku dah pecah. Aku dah bebas terbang!

Sunday, December 14, 2008

kat mana rumah hang?....

Di kala ini, jam di komputer menunjukkan pukul 2:52 AM. Bermakna dah gila pagi. Aku masih gila wat kija. Mata tak gila ngantuk. Siang tadi aku dah bantai gila tido tak hinggat donia. masa ni la aku dengaq ada kokokan Ayam kat belakang rumah aku. Bila masa aku bela ayam. haih...tgh sunyi sepi, jangan buat melawak main.

kata orang keretapi pun ada stesen. Sampai stesen dia berenti. Aku pun sama jugak. Sampai ja tahap tepu pala hotak, aku berenti sat. Sambil sambil meround google wikimap...saja saja nak trace dimana kedudukan rumah aku....

Patut la bunyi ayam kokok belakang rumah. memang rumah aku dikelilingi hutan...ha ha ha. Mesra alam sekitar kan.....gambar tu, atap biru sekolah tempat aku 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' . Yang kotak kecik sikit, hujung padang, tepi jalan, Haa..itu la tempat aku 'kais malam-malam orang sebelah' aku..ha ha ha.

Friday, December 12, 2008

aku tetekannnnnnnnnnnnnn....

Penyakit yang akan dihidapi oleh lelaki dan perempuan yang sudah berkeluarga apabila diinjak usia, atau dalam perkataan lain…pasangan yang dah lama berkahwin. Yang lelaki berpenyakit Bo, manakala perempuan berpenyakit Me :


Lelaki:

Bo san
Bo roi
Bo tak
Boh jan.... hi hi hi...

Perempuan:

Me ngarah
Me ngomen
Me ngomel
Me mendam perasaan
Me repek
Me ‘rendang’..hi hi hi…

(Apa komen korang?..)

..dalam keadaan tertekan…otak aku tak boleh dikawalllll….kenapa dia memikirkan benda-benda cam gini..?

Tuesday, December 9, 2008

sahabat yg prihatin...

Dah seminggu lebih aku tak update blog ni. Berbekalkan ilmu ghaib tu lah aku cuba menahan diri diri daripada merayau-rayau dalam alam siber ni ( konon sebab nak kosentret wat kija laaaa)...Ilmu ghaib aku cukup mujarab. Sungguh. Selama seminggu ja kesannya..he he he. Aku cuba untuk ghaib lebih lama. Tak boleh. Aku gian campur ketagih nak menulis dalan blog ni.

Tahap gian aku untuk melihat dan merayau-rayau dalam alam maya makin parah.Sebelum parah dia lebih teruk aku merayau sat dalam blog aku dan blog sahabat2 yg lain. Walaupun ketika ini aku cukup banyak kija dan dah rasa macam tak cukup tangan nak wat kija kija ni semua.

Cuma hari ni aku rasa nak berenti sat buat kija...bila aku nampak ada rambut dua tiga selai atas kertas..ha ha ha. Bila aku lihat cermin...waaaa..pala nak nak 'bubuh' dah. Tu la...sambil wat kija, sambil garu kepala...jadi nak elak dari 'bubuh' lebih teruk lagi, aku rehat sat...

Pada last N3 aku, pasai belajaq, waaa...ramai jugak sahabat2 yg bagi komen dan semangat pada aku yang dah tua ni sambung belajaq. Tak sempat aku nak balas komen korang. jadi dalam kesempatan masa yang secoleh ni...aku pastekan dalam n3 ni... Bila dah lama tak update, jari pun rasa keras ja..nak cari huruf h, pun meraba...setiap baris..Syok jugak balas membalas komen ni..he he he. jadi korang sila la, baca semula komen korang yer...ha ha ha.



29 LEPAK LEPUK:


azza_irah said...
tahniah..tu la surat nyo deh...kawe tengok doh dale blog azlan..mogo demo berjayo..kuat di luar jugok kuat di dale..kawe doa hok terbaik utk demo..jange ketar2...

Cikgooden: Tq..sungguh aku cuba jugak kuat di dale..de kawe sapa lo ni masih keta2...

Mak Su said...
oh, masuk sekolah balik?semoga berjaya ya :)
Cikgooden: Aisey maksu...gua tak masuk sekolah...gua keluar sekolah.

hidayah said...
Semoga siksasss.oooppss sukses!Bagus la dah nak sambung lagi belajor...Welkam to bangi, bandar ilmu!!waaahh..

Cikgooden: Ya la kak Hida...Siksasssssssss...Dah kebetulan dapat Bangi, Boleh la pi melawat...nak rasa kek masak guna Oven baghu tu..hi hi hi...

ZulDeanz said...
ooOOO.... cikgu lepas belajar la pulak!!

Cikgooden: ya la zul, dah tua baghu nak belajaq..ha ha ha!

Shifu67 said...
Tu laaaa...dah tumbuh uban baru nak sambung mengaji, tekoo hari tu tak seii, pah tu tepaksa la tinggal 'ibu' kat umahh!...... (huhuhu... jeritan seorang 'bapa' yg ditinggalkan oleh 'ibu' kes sambung mengaji.... pstt... mlm ni mem besor balik cuti sampai 1 hb... hehehe)

Cikgooden: Dulu buke kawe tok seir...keadae dok mengizinkei kawei buwak maso tuh..Loni..boleh la..

if only... said...
tahniahhhhhhhhh

Cikgooden: Ceh, aku ingatkan kau nak tulis panjang2...he he he. satu word ja?..takpa la..nak bagi panjang, aku baca 1000 kali, ekkkk..

julietchun said...
Minumlah kopi cap kapal api, musti takleh tutup mata. Nak skolah balik nih suma dah beli ka?

cikgooden: Waaaaaaa...puas aku cari..takdak jual la kat kedai..

ku tak sempurna said...
hahahahhaha... kompem keras kejung cikgoo.... musim2 ujan ni, jalan sangat la jeeeemmmmm...

cikgooden: Ya ka?..aku tak tahu..

xiiinam751 said...
Waaa...bakal sarjana Sejarah ghopenye.....tipah cemburu!!!!!'Belajar rajin-rajin ye'
cikgooden: Tq, cklah...belum lagi...ha ha ha. Daftar pun dak lagi....

Daddy Cool said...
Tahniah...jeles...bila borang pengambilan tahun depan nak keluaq? Aku nak jugak!

Cikgooden: Sila jeles ...

iina said...
selamat memasuki arena yang bakal menensenkan diri.. pening2 guling2 tak cukup tidur.. tidur pun asyik mimpi bukan2.. dan segala-galanya.. welkam to the klub pal.. heheheh.. selamat menjejakkan kaki ke menara gading semula.. kali nie menambah gading yang telah sedia ada.. gading yang dulu kena gilap balik tau..semua tu kena guna semula skrg nie.. hehehehe..

Cikgooden: sungguh,,,belum masuk klub nih, aku dah nensen dah kak iina weiii...pa pa hal..TQ.


Yunus Badawi said...
Sunyilah kami masa cikgooden dlm edah. Cubalah tiru cara ckLah - dlm kuarantin pun masih boleh ngeblog. Nak hilangkan bosan kata dia he he he

Cikgooden: Sama la aku nya.....Edah aku masih panjang...tapi dah gatai nak nikah ( supa la macam ustazah yg kawin ngan pengarah pilim tuh...)

theconfused said...
camtuhlah daku rasa masa dpt surat offer tuh dolu.. cam nak lompat2.. heheheh

cikgooden: er..er..lompat2 katak ker?..

Nad Eusoff said...
ihik..dighaibkan ye?dasat sungguh..

cikgooden: dasat...mmg dasat..he he he.

tembakau said...
bagus nih cikgu. dah ada ilmu ghaib, lepas ni kot boleh ada ilmu lompat pucuk ke pucuk pokok nyior

cikgooden: ilmu lompat pokok...tak sempat belajaq..nak belajaq tok guru mati..ha ha ha.

lupakanje said...
baguih...n tahniah...terus maju dan bejuang hingga habih cuti bajar tuh...jgn biasiswa abih, bajar tk gak abih2....heheh..selamat berjaya.

cikgooden: TQ..kak Chah...tolong la bagi dapat biasiswa awai skit..ha ha ha.

Tokyo BLUE said...
mung hebat! hehe

cikgooden: Mung baghu tahu dih...ha ha ha..besa ja..

Sri Diah said...
Wah cikgu, memang bagus sebab ada niat nak belajar balik... Tahniah dan selamat menyibukkan diri... Tentang orang sebelah tu, biasalah... pandai-pandailah pujuk :-)

Cikgooden:wah..kak Sri:..Niat ada mcm-mcm dah ni selain niat belajar..ha ha ha. pa pa hal pun TQ.

Ungku Nor said...
saya sokong cikguuuuu!!hehehe..tetibe jek ;p

cikgooden: Hang memang la...kak unibers...mamai lagi ka?..ha ha ha...Rasa macam YB pulak ada org sokong- yer..

KAKTINY said...
selamat menempuh STATISTIK yer cikgooden.. kahkahkah...alah.. UKM jer.. sebelah jer kita.. bile free lah roger2.. tiny banjer cikgooden kat Johhny's alamanda... (john, JOHNNY, jonathan.. tara ram pam pam pam pam..) kahkahkah.. org sebelah mesti sokong punyer.. ini kan utk mereka jugak.. (cikgooden tu yang kena sentiasa ingat diorang.. sbb cikgu yang ghaib.. bukan diorang.. kehkehkeh)

Cikgooden: la ni baghu aku rasa apa yg hang dok rasa pasai belajaq2 nih...tapi bila sebut bab nak banjer..ha ha ha ilang nensen..ha. Sungguh, aku teringin sungguh haih Johnny, Jonnathan..tuh.ha ha ha.( yg priii..la.)


one love said...
sukseeeessss!!!

Cikgooden: TQsssssssss!!!..

ladylikeme said...
saper kata oneway xbleh gostan...bleh la cikgoo..cuba try test dulu la...anyway semoga berjaya...

Cikgooden: Wey...Aku tak mau gostan la...nak terus nih...Pa pahal pun. tahniah kat hang dapat baby Boy..ahakkkkks..

lilda_yong said...
Tahniah cikgu dan selamat ghaib....

cikgooden: hang pun ghaib jugak Yong...mentang2 naik pakat dalaen porung..aku pong tak tego dah. ha ha ha.

December 1, 2008 1:41 PM
http://www.blogger.com/profile/04965025780568782991 said...
Tahniah CikgodeenMu lawat dah laman nihttp://s1.zetaboards.com/Batu_Kurau/Lukman
Cikgooden: sudah la Bg. Lokman...Ada ramai geng aku kat situ...

Gee said...
elow sigu...p blog sa ye...sa ada tag utk ko jawab ne..hehe
Cikgooden: elow to u too..sa pigi sudah...nanti sa ada sinang sa jwab ko punye tag aaa...

13may said...
all the best!

Cikgooden: TQ...
suara said...
Salam cikgu...Alhamdulillah... dan InsyaAllah, moga Allah permudahkan laluan pengajian cikgu nanti.

Cikgooden: salam sang suara...TQ, Amin.

tasikmerah said...
dah dok kelumpo esok bulih pegi MASKARA ye yob... :).
cikgooden: tasik, Boleh...Boleh la Jumpa kat sana...( toreh okey dak kut...?)

tasikmerah said...
cekgu, aku curik gambo MC tu bulih tak?ha ha.

Cikgooden:..Laa..hang lagi ka?..he he he..pasai gambo MC tu hang tgk kat bawah...ambik la. Aku suka sungguh haih MC. teringin nak jumpak.

Dan sahabat2 yg aku dah lukis gambo korang, sila la ambik. Aku tgh mood baik nih..ambik la..ha ha ha. ( macam la ramai sangat pun..) Yg betulnya aku suka tarik pen, sketch gambo budak..he he he..teringin aku nak lukis gambo Anjib the 'Smack Down' (UngkuNor), Nureen (kaktiny), babyW(maksu)...Dan anak2 CkLah dan kak hida...Serta Nana n Baby (If Only)...Korang kasi ke tak kasik ka...aku dah tarik pen dah..ha ha ha.

Mc n Achu...aku suka karekter Mc... (kelabu la, gua snap ja..tasik weii)

Azza ngan basikal dia...katanya masa kat Cameron..hi hi hi.


Azlan ngan kereta...





Friday, November 28, 2008

Aku dah khatam Ilmu Ghaib…

Pagi jumaat sampai satu surat. Dah lama aku nanti surat ni. Penantian ni membuatkan aku jadi serabut, kalut dan sedikit kucar kacir. Tapi bila dah dapat…lega satu hal. Hal-hal lain pulak yang menyusul. Banyak perkara nak aku buat dalam bulan ni…semua nya nak diselllllllesaikan, sedas sekali ruuuuup…

Jadi, dalam bulan ni lah aku nak praktikkan ilmu ghaib yang aku dah khatam. Nak ghaib sekejap dari blog aku ni…

Minggu depan dah aku dighaibkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Aku hilang dalam skima aku…sama la macam cklah tu…tapi dia dah habis…seronok la hang!. Edah yang diberi pada aku hanya tiga minggu…start 4/12/2008 hinggalah 29/12/2008. Dalam edah ini jugalah aku kena siap macam-macam..

Nak ke JPN pasal Cuti belajar….ke Putrajaya pasal biasiswa, ke UKM pasal pendaftaran, penginapan…..Waaaaaaaa…( keras kejung atas keta napak gayanya aku nih..ha ha ha)

Moga Tuhan bagi kekuatan tahan bijik mata daripada tidur pada aku. Dan, Aku tak boleh merungut sebenarnya. Semua ini aku yang cari sendiri. Takde siapa yang letak pisau kat tengkuk aku, paksa buat semua perkara ni. Cuma, teringat kata kawan aku dulu,..No pain No Gain…dan, sekarang aku dah tak boleh Gostan dah. Jalan aku one way. nak tak nak, kena hadapi jugak.

Moga orang sebelah aku faham dan menyokong aku….Dan, nasib baik juga aku sempat bawak dorang berfoya-foya dah. lepas ni kalu aku ghaib pun, macam tahun-tahun lepas…tak la terasa sangat…
Ni la surat yang kawe dok khoba ke deme....


Tuesday, November 25, 2008

Part II-Cuti cuti Malaysia, Jalan-Jalan… Cari Hujan…satu catatan ringkas-

Anak-anak teringin sangat nak makan angin. Kalau ikut hati, nak jugak aku bawak dorang pegi makan angin kat London. Kata orang, angin kat sana sedap dan pandai cakap omputih…kata orang la. Aku bukan orang kaya nak bawak dorang pegi sana. So, aku cakap angin kat Malaysia pun sedap jugak.

Sudahnya aku bawak dorang pegi Kuala Terengganu ja. Ha ha ha. ( angin dia sedap rupanya…sesedap kopok losong tu…). Aku start jalan pagi khamis. Ya..aku jalan dari pintu rumah aku menuju ke kereta.

Dan, aku berkereta menuju Terengganu melalui jalan Bukit Sumpitan, menuju Grik terus naik Jalan Timur barat…terejun turun sampai ke Simpang tiga last, aku lipat naik ke Kuala Terengganu dalam situasi berbasahan disimbah hujan. Haa…Ujan ja sepanjang jalan. Apa kes, pukul dua petang naik kereta kena pasang lampu?....

Dalam hati, dah terdetik sebanyak se…takkan la aku nak makan angin dalam ujan?...tak iklim la camni. Mesti rasa tak best nak berfoya-foya kalau cuaca camni. Berdoa ja supaya cuaca berubah panas skit…


Sampai, terus ja chek-in hotel…rilek kejap…malam kluar makan…Jumpa geng lama. N3 lepas aku dah bagitahu dah pasal dorang. Jadi aku skip la pasal dorang ni..Pada kawan2 lama yg terbaca n3 nih…tu la gambaq terbaru kawan2 kita ( dah berubah habis dah..yg lain aku tak tahu la camna….yg pasti…perut makin boroi dan kepala semua dah ‘bubuh’..ha ha ha.)

Jumaat tu cuaca agak best skit. Ujan dah tak berapa nak rock dah…Cuma ronggeng skit2 ja. Jadi boleh la aku bawak anak bini aku berfoya-foya..ha ha ha. Kami berfoya-foya kat Pasar kedai payang yang femes gila baban seluruh Malaysia tahu tu…

Masa tu aku fikir nak beli ja semua kain batik kat situ…lawa lawa siut. Tapi ngenangkan kalau aku beli semua, nanti dorang nak jual apa pulak kan..kan. kan.So, sebab tak nak dorang susah hati .. .(sila jangan percaya ayat takbur ni…)
aku Cuma beli beberapa helai ja baju utuk aku. Jadi la…is3 aku?...ada la beberapa yg dibelinya tu..he he he. Mak aku juga ada la beberapa yang dibeli.


Kenapa pasar payang ni cukup femes?..aku dah dengaq banyak kali dah kawan2 dok sebut..Dan, dah pergi dah beberapa kali. Benda yg dijual masih asas yang sama. Tapi kita tetap nak pergi jugak.…ntah la. Jangan tanya aku apa jawapan..Aku sendiri pun tak tahu. Asal ke K.Terengganu, situ la tempat tumpuan.

Aku suka memerhati. Gila ramai org tumpu situ. Bas rombongan banyak jugak. Masa makan pagi.. terserempak dengan grup rombongan dari Johor. Aku agak dorang dari Johor, sebab tertulis kat dinding bas tu….Kalau dorang sewa ja bas tu tak tahu la kan. Baru sampai kut…satu bas turun makan. Masing2 muka kerek ja. Pelancong la katakan..he he he.

Habis berfoya-foya kat situ, kawan aku bawak kami jalan-jalan.. Anak2 aku dah close ngan Nuar ni…Siap panggil pak ngah nua lagi..ha ha ha. Lantak korang la. Jangan panggil Hoi!.. sudah. Kemudian dibawaknya kami pusing-pusing K.Terengganu..tgk masjid Kristal..masuk muzium..gi taman tamadun islam..noor arfa…semua yg dekat2 ja dapat pegi. Jadi la…terhibur jugak dorang…




Ni mak aku. Sejak Pakwe dia arwah tahun lepas...dengan aku la selalu dia berdating...walaupun tak berapa nak larat, digagahi juga ikut aku. Aku sayang mak aku. tak gamak aku nak tinggal dia, sedangkan dalam masa yg sama aku berfoya-foya dengan family...



Selain dari suka air, kopok lekor memang feverettttttt dorang..he he he.


Suka sangat tgk laut ha...siap posing menonggeng..gaya rock metal ..ha ha ha.


dan lagi sambaq penyu dua ekoq kat bukit bunga

Tempat skima dan standard jika ikut jalan Timur Barat. Atas hentian Titiwangsa. View dari angle atas bukit. memang syahdu. masa pergi, berkabus. hujan. Masa balik, cuaca jadi kacip ngan aku. Dapat la layan dorang tgk gaung...

Sabtu aku dah balik. Kata aku pada kakak ngan adik, cukup la dua malam kita tidoq sini . Dorang ya aje…tapi dari raut muka, aku tahu dorang tak puas. Memang la, nak puas bukan senang kan. Tak semua benda yang kita buat, kita akan puas. Selagi kita ni bernama manusia, selagi tu akan ada perasaan tidak puas hati!dalam diri…Tak puas hati. Tak puas hati..tak puah..dok puah..weii aku dok puah wehh….Dok Puah…hi hi hi.