Jom...

Friday, December 26, 2008

Maha Si Tua...

Bangun pagi, kepala rasa denyut-denyut. Ntah apa bahan dorang masukkan dalam sup tulang itu.

Oh, Ya. Lupa nak cerita. Semalam aku ngan Syam, makan nasik di Gerai Pitstop. Bersebelahan masjid. Masjid besar gila di Teras Jernang, kata kawan aku yang jadi engineer kilang tuu...

Bebalik pada cerita, memang gila tak sedap sup tulang itu. Dah la tak sedap, tunggu nak siap masak gila lama jugak. Berdengung perut berkreout-kreout, menahan lapar….

Sepanjang jalan menuju ke Bangi perut aku sentiasa saja jadi gila lapar. Kira nak sumbat makan saja. Masa kat highway dah dua kali berhenti makan. Sekali di RnR Tapah. Makan nasik. Sekali lagi dekat Jejantas Sg. Buloh. Dah pasti la aku terkam Satey Samuri yang kuahnya gila sedap jilat mangkuk tu.

Dah sampai Chalet Teras Jernang, tempat kami bermastautin selama dua hari, perut masih kelaparan. Mintak diisi. Sebagai memenuhi tuntutan perut, aku bersama syam…keluar mencari makan di Pitstop, nama gerai Tomyam tuh.. bila dah kenyang, balik bilik..terus tidur.

Bangun pagi, kepala rasa denyut-denyut. Ntah apa bahan dorang masuk dalam sup tulang itu.


Selepas bersiap ala kadar, berkemeja lengan pendek, berseluar slack kodi (cap Jaya garment, Taiping..hi hi hi). Tanpa tali leher. Kami keluar menuju UKM untuk pendaftaran. Gila awal kami sampai. Tak ramai lagi student-student yang datang mendaftar. Jadi tak lah kebas kaki beratur lama-lama.

Tak sama masa aku mula-mula jadi student berbelas tahun dulu. Pertama kali menjejak kaki di UKM, tahun 1990…Haa?...kejap, nak pastikan. Ya..betul, tahun 1990. Aku daftar belajar masa buat degree aku di UKM. Sekarang ni 2008. wah!...dah 18 tahun. Berbeza betul keadaaan dan situasi. Dulu dihantar emak dan ayah. Sekarang ni ikut redah dan belasah saja.

Jam 9.00 lebih, pendaftaran diberhentikan sementara. Walau pun barisan student masih panjang untuk pendaftaran. Semua kena masuk dewan. Acara perasmian. Gila sejuk aku. Dah lama tak masuk dewan kuliah. Segala kenangan dulu, atau lebih tepat 18 tahun dulu menari-nari dalam kepala botak aku. Botak?...sungguh. Aku mamat botak, kata Acik lupakanjer tuh….ha ha ha.

Sessi taklimat program siswazah dalam dewan Budiman, habis jam 12.00tgh hari. Macam-macam la dorang sumbat nak bagi tahu apa yang kami student kena buat. Aduiiii…Berat jugak.Tapi kan, berat ka ringan, dah takleh kata apa dah. belasah saja. Tak buleh nak gostan dah.

Aku berlumba atas trek rindu sebenarnya. Bila masuk kawasan UKM, jiwa aku dah tangkap Blues. Teringat habis, kenangan dulu-dulu. Teringat kawan-kawan lama. 4 tahun aku tawaf musing UKM, sebelum grad. Arghhhh….itu bukan cerita n3 ni…lain kali aku cerita.

Bila petang semua student bergegas ke Pusat Pengurusan Siswazah (PPS). Mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian. Bagi aku student tajaan KPM, agak rilek sikit kadar bayaran. Cuma RM135.00 untuk bayaran yang aku tak pasti untuk apa….dah kena bayar, bayar ja lah. Punya baik dan jujur. Tak de soal jawab dah. Akur saja.

Pendaftaran selesai, Aku, Syam dan Madi (saing baghu….) keluar memusing cari rumah nak sewa. Gila payah nak cari. Nasib Baik kakak Madi, tak silap aku kak ina nama dia…tolong bawak kami cari rumah. Semua seksyen di Bandar Baru Bangi tu kami redah. Musing-musing…melilau dengan Honda Odyssey kak ina. Sempat jugak lalu depan Tadika Aulad masa lalu seksyen 3…terus teringat kak Hidayah..he he he. OO..kat sini ghopanyer…







Sudahnya, kami pergi ke 7 eleven ja. Kata ka kina, selalu org letak iklan rumah sewa kat sana. Nasib kami agak baik. Ada sebijik. Nunnnn…kat Sg. Tangkas. Cantik sangat la. Dekat stesen komuter…senang nak balik rumah…

Bila dah setel pasal rumah, rasa lapang ja hati. Dan, esoknya kami semua ada satu sesi taklimat oleh PPS. Di Dewan panggung Seni. Belakang DECTRAR…waaaaa..Kepala botak aku mula mengalunkan lagu still got the blues…Teringat masa dulu-dulu. Kat sini la sekali sekala, aku tengok rakaman Pi Pi Mai Tang Tu. Live. Syok sungguh. Memang Best. Layan teater bersama seseorang..he he he…cerita lama brader, cerita lama. Susah la gua mau lupa.

Selesai acara di Panggung Seni…Taklimat Mengenai Akta Universiti dan peraturan Universiti pengajian Siswazah. Dan, Taklimat Perpustakaan. Dengar saja lah. Walaupun aku dah tahu sikit sebanyak dah benda2 ni. Tak jauh sangat beza dulu dengan sekarang. Cuma PTSL tu ada la sikit tokok tambah kemudahan-kemudahan yang disediakan. Mengikut peredaran masa. Tapi aku yakin, walaupun belum pergi lagi. Pintu masuknya masih lagi di kedudukan yang dulu. Dalam ertikata lain, aku tak sesat la nak cari mana pintu library..

Petang sebelum bertolak balik, kami ke putrajaya. Nak setelkan borang cuti belajar dan pasal biasiswa la…Cadang nak jumpak Acik Lupakanjer tuhh…Sekali No. telefon tertinggal pulak..tak kenal sebenarnya..mana satu la..acik ni..Last-last sampai sudah aku tak jumpa…tapi dalam blog dia, dia kata ada Nampak aku...isk..isk..awat tak tegoqqqq..

Dah selesai, semua kami bertolak balik ke Taiping, sampai rumah..Lenaaaaaaaaa…( Tak dan nak buat apa-apa…)


...............bersambung!

25 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

GOOD LUCK!

hidayah said...

Round jangan tak round.
nanti dah settle boleh la jumpa ngan kawan kepada your cousin(Shahizan).

( My hubby ni kawan dia la,member baik kat SMAWP..mola aku ingat kut Shahizan tu sek Izuddin..rupanya dia sekolah Alawiyah Arau dulu sebelum masuk smawp)

tak lupa juga, belajarklah rajin rajin..

azza_irah said...

ehekss...rasa macam nak jd student balik je..beh nye..
sure org tuh kelek buku skima abih amsuk librry ek..hehee..takleh nak bayang...hehee

lukmanw@gmail.com said...

Hidayah

Shahizan (Prof Madya dan Pengarah Pusat Pratikum di UUM skrg ni) sempat sebulan dua di Izzudin sekelas dgn saya (Form 4 Science, Taayah) sebelum ke SMAWP.

Sapa hubby you? Rami juga SMAWP geng saya seperti Daud Idris, skrg mgr kat Toyota, dll.

Cikgodeen. Bulan Feb nanti aku ada viva PhD di UKM. Boleh kita jumpa sana.

Lukman

Lukman

if only... said...

din, congrats naaaa

xiiinam751 said...

GoodLuck cikgu. Tapi apasal banyak dok ulang perkataan 'gila' kat entry hang ni....

Nak tanya sat;
lukmanw di atas ni Wan Lukman adik kak Wan Norizan ka?
macam pernah ku lihat di Taayah dulu...

Abahnajwa said...

All the best cikgoo..kalau nak mintak tolong apa2 habaqlah noo..mana tau kot boleh bantu2 bagi idea ka..apa kaa...

iina said...

Selamat smbg belajar ye cikgu ;) kim salam ye ngan UKM..

lupekanje said...

Alhmdulillah...segalanya bejalan lancar.. acik gi masuk area UKM mlm penutup AUG aritu...amek anak yg jadik sukarelawan..depa stay kt kolej UKM...balik dari situ yg demam tuh...huhu..

kakpah said...

Cikgoo. Saya ada rumah flat nak sewa kat seksyen 4. Tapi kena menapak empat tingkat la. Sewa 350. Kalau ada kawan cikgoo yang belum dapat rumah, habaq la. Contact prof Hamirdin. Rumah tu ada dua bilik.

julietchun said...

Pasni takbleh panggil cikgu lagi la,hahahha.

lukmanw@gmail.com said...

Salam xiiinam751

Ye itu mmg saya.

Lukmanw
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
http://izzuddin8084.blogspot.com/
http://oshthejourney.blogspot.com/

Shifu67 said...

Selamat kembali jadi student... memang seronok bila sambung belaajr lagi ni.

Emmm... aku rasa cam teringin gak la nak buat master.... tengah duk fikir2 ni... hehehe!

ab geldofg said...

lain kali singgah kt umh bila ke bangi

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

# Selamat maju jaya mengharung kehidupan sebagai pasca siswazah

Sri Diah said...

Selamat menjalani hidup kampus dan semoga tahun baru ini akan membawa berkat berpanjangan untuk seisi keluarga.

Suka dengan entri Bo dan Me tu ;-)

roseniy said...

salam...hai din...aku roseni
tahniah...n selamat berjaga dan menempuh kepayahan dalam kegembiraan

Yunus Badawi said...

Tank hang besaq no. Makan sampai 3 kali.
Welcome to Selangor. Kalau hang sempat singgahlah rumah Sabtu depan.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Prof:
Tq...kalu ada masa kita boleh berdiskusi..ha ha ha!(suka tengok warna kehijauan dalam blog hang!)

Hidayah:
Ya..round musinggggggg...ya, shahizan, my cousin..dulu skolah alawiyah, arau. Pastu gi SMAWP...nanti buleh jupak laki hang. Rasanya, kalu dia penah gi Jelai. Pasti pernah jupak aku kut. (Shahizan tu aku panggil abang...cam abang betul dah..)

azza:
sungguh..dan aku dah beli beg galas.ha ha ha.

Bg.Lokman:
sungguh..buleh jumpak. sapa laki hidayah?...rasanya batch hang..nanti aku confirm ngan Fadzlan...

if Only:
tQ, sal...(u are my...)

CkLah:
dah aku pun nak jadi dekat2 nak gila dah..ha ha ha.
Wey..cklah..Tu la LUkman..musuh debate hang...sama ngan che azhar..budak izzuddin..my super duper senior...he he he..jumpak dalam blog ja. bila tahun nak jumpak, ntah la. Sebok manjang, haih.

Abahnajwa:
Ya. TQ..nanti ada masalah apa2 aku YM hang..

iina:
he he he...masih teringat UKM ka?..insyaAllah n TQ..

Acik:
Laaa..Demam ka?..Ya, betul. sekarang dipanggil Kolej...dulu2, Kamsis.

KakPah:
Rumah dah ada..nanti kalu ada kawan nak cari umah, aku contact, ok.TQ.

Julietchun:
Haih, hang nak panggil apa?..jgn panggil HOi!..kecik ati dengaq..ha ha ha.

Shifu:
teruskan...jika sanggup menjadi botak!..ha ha ha.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Ab:
ok...jika berkesempatan.

arsaili:
TQ...aku aminkan dah...

kak Sri Diah:
TQ...aku aminkan jugak..N3 apa?..ooo.yg tu..ada lagi sambungan..tunggu dalam bentuk kartun ..he he he.

Roseni:
wahhhhh....akhirnya muncul jugak minah ni..ha ha ha. Amacam, kesihatan?..ada okey?. (wei..Liza pun nak apply master gak, hang pi usik dia..ha ha ha)


En.YB:
Ya..Tank aku besaq...sila sediakan juadah dalam kuantiti yg banyak..minggu depan..ha ha ha., haih!

oRanGeLiLY said...

yiiiiaaa...welcome back to ukm. haaaa..kang2 nak carik makan kat bangi..mai tgk2 yg ader kat blog saye. takla sakit pale. hiks

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tak dapat masuk blog hang...send me via email pasai tempat2 makan kat bangi tuh...yg best!..kalu biasa2...tak payah.

one love said...

selamat berjaya ckgu!!!!

:)

tasikmerah said...

teringat UKM... hmmmm.....



.

lin said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室